Chermin

Sebuah penulisan ringkas untuk kehidupan yang serba ringkas.

Mempunyai seorang teman wanita yang tinggal jauh di seberang sana kerana melanjutkan pelajaran merupakan suatu pengalaman baru buat aku dalam menempuh kehidupan. Mempunyai seorang BEKAS teman wanita yang tinggal di seberang pulau sana kerana mahu mengejar cita-cita juga merupakan suatu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Mempunyai seorang bekas teman wanita yang tinggal di ibu kota kerana sedang hidup dalam kejayaan juga pengalaman yang serba istimewa dalam hidup aku. Dan juga mempunyai seorang bekas teman wanita yang tinggal di tengah semenanjung kerana sedang melaksanakan tanggungjawab semestinya memberikan pengalaman lalu yang aku selalu terkenangkan.

Sebenarnya dalam kehidupan ini, aku cuma berharap gadis-gadis yang pernah bersama aku dulu tidaklah gagal dalam kehidupan selepas tidak lagi menjadi orang istimewa dalam hidup aku. Selalunya apabila kita telah berpisah dengan pasangan, kita berharap bekas pasangan kita itu tidaklah terjerumus ke dalam dunia yang kejam dan menyusahkan. Kalau boleh, mahu bekas pasangan kita itu cukup bahagia dan cukup senang supaya hati kita lega.

"Ok, baguslah dia dah berjaya. Takde lah aku ralat sangat lepas clash dengan dia"

Namun, kalau ada antara kita yang berasa dendam dengan bekas pasangan. Aku cuma nak beritahu. Itu mungkin kerja sia-sia. Tapi, dikecualikan jika ada kes jenayah lah. Sebar video seks di ehem ehem mungkin.

Untuk aku sendiri. Mungkin aku bukan lelaki yang sesuai untuk memuaskan keinginan duniawi mereka dan kamu. Tapi, jika aku menjadi teman lelaki kamu atau mungkin suami kamu. Aku tidak mahu menjadi teman lelaki atau suami yang menggagalkan hidup kamu. Gagal seperti kamu jatuh miskin misalnya. Atau mungkin kamu dibuang kerja, dibuang universiti dan kemungkinan mengandung anak luar nikah terkontang-kanting barangkali. Tidak. Jauh sekali aku mahu berbuat sebegitu. Dan paling penting, walaupun sudah tiada kena mengena dengan bekas pasangan, aku berharap dan kalau boleh biarlah kamu yang menjadi bekas teman wanita aku ini, apabila mendapat cinta baru, usahlah jatuh pada lelaki yang salah.

Namun, bila difikir semula. Tak patut sebenarnya aku berfikiran terlalu gusar dengan hal sebegini. Manusia hidup mencari kesempurnaan walaupun tahu memang diri tidak sempurna. Dan manusia tidak akan tahu salah atau betul jika tidak mencuba dan melaluinya. Salah atau tak salah, biar-lah dia menentukannya sendiri.

Ada juga orang bertanyakan kepada aku tentang 'kau selalu fikirkan orang lain, mengapa kau tidak fikirkan diri sendiri?'. Baiklah. Jika soalan itu ditujukan kepada seorang anak tunggal yang menjadi harapan dalam keluarga. Aku rasa soalan kau mungkin tidak tepat. Semestinya aku juga memikirkan diri sendiri. Jika ditanya kepada aku apa yang aku ingin buat sebagai seorang lelaki harapan dalam keluarga, atau mungkin lelaki harapan terakhir umat manusia di Malaysia (jika kamu sudi menggelarkannya lah), aku sendiri tidak tahu. Maksud aku, aku sendiri tidak tahu mengapa aku lebih cenderung memikirkan hal orang lain dari diri sendiri. Mungkinlah, mungkin kerana memang aku ingin abdikan hidup aku dengan membantu yang terdaya kepada masyarakat, wanita-wanita teraniaya, lelaki-lelaki kurang berpendidikan, rakyat yang tertekan, haiwan hilang arah dan juga pemimpin silap langkah, dan banyak lagi.


Aku rasa aku hendak bertanding di pilihanraya akan datang lah. Boleh?




Jadi, untuk gadis yang menjadi teman baru hidup aku. Aku harap kita berdua sentiasa ingat bahawa ;

"Untuk hari esok dan seterusnya, cinta kita ibarat refleksi terhadap diri kita sendiri"


Dan aku menyukainya. :)
Tamat

Ulasan

cg4dis berkata…
kdg2 saya juga sentiasa memikirkan orang lain lebih dari diri saya sendiri.hurmmmm...
selalu ditegur dengan kwan2...tp masih same seperti tu

:)
Tanpa Nama berkata…
means aqram dah ade someone ke.. huhu
Tanpa Nama berkata…
Sentimental gile.

tabik ah.

nampaknya masih ada lagi lelaki melayu romantis di Malaysia :)
yanntulis berkata…
padanlah lah sedap je bace , aqram rupanyeeee huuuu , :')
nots berkata…
Duh , nasib baik ex aku aku dah berjasa , sebelum clash aku dah applykan dy UITM then dapat pulak tuh .
*Diri sendiri tak apply pong . -.-
aina ashaari berkata…
aq pun krap fkirkn org lebih dri sendiri, hrp dy jga bhgia dgn kisah yg dy plih..ada hikmh
B33HA B3n berkata…
haha..

wujud jugak lelaki mcm ni..

aku? lepas kena tinggal?
study hancoq..
susah payah aku bangun..cuba sambung belajar balik..

dan timbul perasaan menyesal sebab tolong adik ex aku masuk U..

aku? masih terkontang kanting.
haha
Cikya berkata…
karna itu aku tepuk tangan depan muka andai ada member yang putus cinta.

Bahagia tengok depa bebas, dari so-called lovey dovey life.

buat alexiaAqram. or karem whatsoever.

Pray hard, work smart. Ehem! baru kacak orang nak masuk minang. Eh! )

BarakaAllah
sephia sophia berkata…
memang byk cerita cinta eh dlm terfaktab ni? jarang gak laki nk cita psl euw euw ni..:)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.