Terbakar.
Entah kenape aku rase terpanggil pulak nak tules entri ni lepas baca entri boss yang paling latest. Haha. Dah lama kot tak menules, so macam agak kaku. Pa wau ya wau.
Well, aku bukan nak back up ke ape ke, cuma aku rase macam agak berat sebelah entri tu. Tapi aku tak salahkan boss pon sebab mungkin itu pendapat dari pihak dia. So, tak salah kan kalau aku pulak tules entri mengikut pendapat aku.
Sbnanye dua tiga menjak kebelakangan ni, aku selalu didatangi rase bersalah dekat ex aku. Perasaan bersalah ni gaya dia sampai membuatkan aku terfikir perlu ke untuk aku rase bersalah sbnanye? Tapi, mungkin perlu kot sebab sedikit sebanyak ape yang boss tules tu terkena kat batang tiang rumah aku. Tu yang terasa gegar lebih tu. Kikiki. Tapi, bagi aku tak semua perempuan macam tu sbnanye. Tak semua yang berpelajaran tinggi berperangai macam ape yang boss mentioned.
Skang ni aku tak nafikan ramai sangat perempuan yang suka belajar tinggi-tinggi (tak termasuk aku). Serius aku takde la ambitious gila macam certain orang yang nak belajar sampai nak ada masters la phd la prof madya la ape sume la kan. Bagi aku, dapat completekan degree aku skang ni pon dah abes syukur. Reason kenapa perempuan skang suka sangat belajar tinggi-tinggi pon banyak. Mungkin ada yang memang suka belajar sebab tak suka kerja, mungkin ada yang nak rebut peluang pegi overseas, mungkin ada yang nak belajar sebab self-satisfaction, mungkin juga ada yang belajar sebab parents dia suruh. So, benda ni sangat subjektif. Macam kecantikan jugak la. Benda subjektif ni kita tak boleh nak judge sangat.
"Woman needs protection". Frasa ni aku suka sbnanye. Sebab memang betul. Cuba kita fikir dari perspektif seorang hamba. Untuk apa Allah ciptakan lelaki dan perempuan? Mesti ada sebabnya. Kalau dikatakan perempuan perlukan lelaki, kita tak boleh nafikan hakikat bahawa lelaki turut memerlukan perempuan. Protection doesn't mean you have to be around for 24/7 (bukan Max 24:7 hokehhhh), melekat macam belangkas, NO! It's just a feeling. Feeling protected, not over protected.
Perempuan zaman skang ni walaupon belajar tinggi melangit, macam mana pon tetap perlukan protection and support from lelaki. Tapi, ha ada tapinya. Tapi, dalam dimensi yang berbeza. Mungkin perempuan yang belajar tinggi tak perlukan protection dalam kelayakan yang dia ada, tapi somehow dia perlukan protection dalam perhubungan misalnya? Still, perempuan memang perlukan perlindungan. Tapi cuba kita tengok apa realiti masa kini? Kes rogol meningkat sampai tak cukup graf. Mana lelaki yang claim that woman needs protection? What kind of protection that they have shown?
Okay, now from woman needs protection to woman needs lesson. Yeah, aku pon setuju dengan frasa "Woman needs lesson" ni. Aku rase because of that phrase kot cikgu skang ni ramai yang perempuan. Selalu sangat perlukan lesson kan. Hambek kau hadap lesson 30 tahun kat sekolah. Untuk lelaki-lelaki di luar sana, hidup kami perempuan-perempuan ni tak lebih tak kurang hanya kerana lelaki ye? Apa maksudnya itu? Jadi hamba? Jadi maid? Atau jadi pemuas nafsu serakah? Yang mana satu ye? Aku pon kurang pasti dengan maksud statement tu. Yang aku pasti aku terbakar dengan statement tersebut. Ingat perempuan ni takde keje lain selain menghadap dan memuaskan hati lelaki?
Aku bukan nak cakap ape la. Adik beradik aku semuanya lelaki kecuali aku. Kat rumah, boleh kate hampir 90% keje aku yang buat. Sebab ape 90%? Sebab Dettol pon tak berani letak 100%. Punyalah banyak keje yang aku buat sampai pinggan yang dorang guna untuk makan pon dorang taknak basuh. Yela, memang hidup sebagai seorang perempuan ni hanya kerana lelaki je kan. Kalau tangan tu boleh orang basuhkan, memang dah lama agaknya aku kena basuhkan jugak. Well, woman needs lesson right? That kind of lesson or what?
Kadang-kadang sampai aku rase tak adil untuk diri aku sendiri. Abang dan adik-adik aku boleh keluar ikut suka hati dorang, balik pon ikut suka hati dorang, takde sape nak marah. Kalau aku? Macam-macam alasan yang parents aku bagi tak kasi aku keluar. Dan bila aku mengungkit, dorang akan jawab dengan mudah; "Dorang tu lelaki, kau tu lelaki ke? Kalau dorang takkan kena rogol, kalau kau kena rogol?" Nampak macam tak adil, tapi mesti ada hikmah di sebaliknya. Aku geram jugak bila semua keje aku kena buat. Macam takde guna kan lelaki-lelaki yang ada kat rumah aku tu. Tapi, at the end, bila aku dah kawen, aku tak perlu tanggung parents aku, tapi dorang tak. Walaupon dorang dah kawen, sbnanye dorang maseh kena tanggung parents aku. Tu bezanya lelaki dan perempuan.
Alasan "Saya tidak cukup baik untuk awak" aku tak nafikan memang tersangatlah tipikalnya. Tahap tipikalnya aku nak cakap kalau baby tu boleh bercakap seawal keluar perut, aku rase dia pon boleh cakap. Tipikal tak tipikal la kan. Tapi, alasan tu pon lelaki selalu gunakan bila nak tinggalkan perempuan ape? Yela, perempuan kan baik, hidupnya hanya kerana lelaki, setia macam gampang, last-last kena tinggal sebab baik sangat. Ah sudah. Kacau ni. Jadi baik, kena tinggal. Jadi jahat, dikatakan celaka pula. Korang ingat aku nak tules sembarangan ke? Kalau boss boleh buktikan dengan kes Encik Kudus, aku pon boleh buktikan dengan kes Puan Kidis.
Puan Kidis ni baik dekat suami dia takyah cakap la. Baik tahap macam kena pukau pon ada. Segala kelengkapan biasa dah memang dia sediakan. Tak cukup dengan tu, laki dia ni selalu sangat compare dia dengan perempuan lain. Laki dia cakap dia hitam, perempuan lain putih, dia tak pernah membetah. Laki dia cakap perempuan lain kurus, dia gemuk, dia diamkan je. Banyak lagi la yang laki dia hina kekurangan dia. Sampai satu hari tu, laki dia ni ceraikan dia dengan alasan dia terlampau baik. Aku rase mungkin si suami Puan Kidis ni rase tak seronok kot sebab bini dia terlampau baik. Manusia kan? Mane penah berpuas hati.
Aku tak nafikan yang jadi lelaki memang berat. Tanggungjawab berat. Tak cukup nak tanggung dosa sendiri, nak kena tanggung dosa anak bini pulak. Tapi, kita jangan narrow minded. Sebab bila kita narrow minded, kita akan sentiasa mempersoal dan mempertikaikan banyak benda. Kadang-kadang sampai benda yang kita tak perlu pertikaikan pon, kita akan pertikaikan. Contohnya isu lelaki dan perempuan ni. Memang sampai sudah takkan selesai kot.
Kalau nak compare pasal tanggungan dosa, compare la jugak dengan tanggungan sakit semasa melahirkan. Kalau nak compare perempuan ni hidup senang lelaki tanggung, compare la jugak dengan kesetiaan seorang isteri. Kalau nak compare lelaki lagi banyak tanggungjawab, compare la jugak dengan tanggungjawab menutup aurat perempuan yang lebih banyak. Banyak benda kan yang ada lelaki menang, ada jugak yang perempuan menang. Sbnanye, ni adalah win-win situation. Allah tu kan Maha Bijaksana.
"Hidup kita sebagai manusia, tak lebih tak kurang hanya kerana Allah. Sebab hanya Allah saja yang boleh beri kita pinjaman rasa cinta dan kejayaan dalam kehidupan. Maka, janganlah jadi manusia berperangai celaka"
Walaupon kita putus cinta dengan seseorang, kita tak boleh menghukum bahawa semua orang itu sama. Tulisan kita sbnanye adalah cerminan diri kita. You are what you write. Untuk renungan bersama lebih-lebih lagi diri aku sendiri. Seriously perasaan cinta sesama manusia ini terbatas kerana cinta yang tiada batasan hanyalah untuk Sang Pencipta Yang Maha Esa.
p/s: Well, woman from Venus, man from Mars, meeting in Earth. Assalamualaikum! :)
Ulasan
win win situation itu setuju..=)
btw, soal ditinggalkan semuanya terletak pada hati..
bg aku, if perempuan blajar tinggi mana pon, kalo dia syg dan nak bersama2 dgn laki tu, alasan blajar tu tak boleh pakai..
lelaki pon sama bg alasan cmtu jugak..
biasalah, bila dh tak ada perasaan sayang, cinta tu mcm2 la alasan..
xperlu nak salahkan perempuan/lelaki sangat la. sama ja dua-dua. ada buruk dan baik.
Ingat perempuan ni takde keje lain selain menghadap dan memuaskan hati lelaki?
betul2..
tu belum tahap ade lelaki nak suruh bukak stokin dia lepas balik keje..
hell-loww...
Rasulullah pun tak pernah susahkan isteri dia buat macam2...
jahit baju sendiri lagi tu...
ingt org pompuan ni da tade keje lain agaknye..
because of this post me love you long long time liao!
cakap pasal adik2 lelaki yg er..agak dimanjakan oleh parents, saya juga setuju. mak bapak kemelayuan ni suka bebenor manjakan anak lelaki. last2 merek membesar tanpa ada rasa tanggungjawab. like my bro, most of the time samade dia keluar dengan kawan atau duduk depan komputer.
spender dia kita basuh, spender dia kita sidai, spender dia jugak kita lipat (well not me, adik perempuan saya la yg lipat, saya jgn harap nak sentuh). pastu bila dah siap lipat taknak pulak letak dalam bilik. last2 apa saya buat?
lontar spender tu ke depan laptop dia.
harharhar kakak sungguh kejam.
woman needs lesson. ye, untuk sesetengah sebab, perempuan masih memerlukan pengajaran. especially perempuan yang *&^(&6. sebab tak semua perempuan tau ape yang dye buat. kadang-kadang ape yang dye buat tu tak betul jugak.
saya tak cukup baek untuk awak. pun setuju. sebab kadang-kadang bile kite tengok pasangan kite ni baek sangat pun kite rase macam taleyh ngam je. n biasenye bile kalimah ni keluar, biasenye orang yang mengeluarkan kalimah ni is orang yang tak boleh terima pasangan dye seadanya. n bile kalimah ni keluar, pasangan kena la tau, ade something pada diri kite yang tak kena. so terima je la dengan hati yang terbuka.
love is like try and error. kalu dah cube tapi masih salah, so kite cube yang laen pulak. sampai kite jumpe jawapan yang betul. jangan pertikaikan kenapa benda tu jadi salah, tapi cube betulkan, supaya akan datang takkan salah lagi n dapat jawapan yang betul.
=) win-win situation x?
pemenangnya tetap lelaki dan wanita:)
jantan dan betina takkan menang.
Dlu ms da pts ckp still syg kte, still dlm hati tak g mana2.
Alik2 skg da ade gf baru.
Lelaki skg hebat kan???
dan aku jugak selalu rasa tak puas hati bila adik2 lelaki aku bulehhhhh je keluar siang malam, ke mana2 tempat, driving p mana2, tapi bila aku nak keluar je, mesti kena soal siasat.
tapi.
aku sedar semua tu adelah untuk keselamatan aku. aku anak tunggal pompuan. and yes, women need protection.
dan adik2 lelaki aku betul2 protect aku. kalau p mana2 diorang jadi bodyguard aku.
pasal boyfie tu, ehem. aku pun rasa besalah sebab aku yg menyebabkan hubungan kitorang putus, but its actually for our own good. aku tak sure si dia perasan atau tidak?
kesimpulannya, aku nak cari lelaki yg boleh protect aku macam adik2 aku protect aku, dan dia mesti boleh ngam ngan adik2 aku.
haha semangat type sebab ape kau cakap mmg sameeeeee ngan akuuu!
sekian. thanx beb. nicee entry, yaw! ;)
jadi lelaki memang jauh lebih senang tau x dari pompuan
pompuan sakit beranak lagi,tuntutan menutup aurat lebih banyak kena jaga dari lelaki, bekerjaya+surirumah dalam masa yang sama,kemas rumah, didik anak semua pompuan buat
nak2 pompuan zaman moden mostly educated dan bekerjaya
walaupun kami diberi cuti kdg2 pada bulan puasa juga sama,ia juga x free disertai period pain,pms so xde sbb laki nak jeles ya
so guys out there,u should respect all women like how u respect ur mother, kepada girls,berbanggalah anda menjadi kaum hawa..:)
sometimes time membesar dulu mmg parents i ajar basic suri rumah sume..penting kate nye utk persiapan besok klu dh kahwin n ade anak sume..tapi i wonder la ape laki2 malaya ni semua buat utk preparation diorang plak.. so far i rase..perempuan ni fikirannye lagi wiser dari laki.. mungkin sebab kurang preparations kot..sampai yg kahwin pon pkai duit mak bapak lagi ape kes??..
sorry la klu ade yg butthurt kt sini..