Dan Perempuan Itu Berjalan
Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Zaffan Ariffin. Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Zaffan Ariffin atas kiriman artikel yang di hantar. :)
Di mata lelaki, perempuan itu begitu murah. Perempuan itu dengan senang hati pergi berlalu dari satu lelaki ke lelaki yang lain. Muka tak tahu malu, kata perempuan yang lain. Dia cantik, jalannya menarik perhatian admirers yang lalu lalang di sisi. Tidak pernah ada seorang pun lelaki yang berkata tidak, tidak pernah ada seorang pun lelaki yang menolak pelawaannya. Dari mata orang lain, perempuan ini seorang hotstuff, seorang yang pandai menggunakan kecantikannya. Perempuan ini terdiri dari golongan perempuan bajingan yang mampu membuatkan lelaki yang sudah berpunya melirik mata menjeling melihat gerak gerinya. Mereka mempertikaikan, mereka membawa mulut, mereka menjadi judgemental.
Tapi mungkin tidak ramai yang tahu, perempuan ini sudah mati hatinya. Setiap perhubungan intim dilakukan tanpa rasa apa apa. Bukan kerana suka, bukan kerana perempuan ini ketagih atau sebagainya - tapi perempuan ini seolah olah menerima nasibnya sendiri. Suatu masa, perempuan ini begitu ceria, tersenyum dan hatinya masih hidup. Matanya penuh dengan harapan, dan persepsinya masih lagi naive. Tapi sekarang?
Hanya Tuhan yang tahu betapa kelam hati perempuan ini. Dirinya dirasakan terlalu kotor, kotoran yang tidak dapat dicuci. Hatinya keluh kesah dengan ajakan lelaki lelaki saban hari, namun ini realiti. Tidak pernah perempuan ini menemui seorang pria yang mahu mengangkat darjatnya, yang melihat dirinya selain dari kecantikan dan gaya di ranjang. Betapa hati perempuan ini sebenarnya sayu apabila berjumpa lelaki lelaki yang bukan menyatakan rasa cinta kepadanya dengan ikhlas, tapi sekadar momento seketika ketika klimaks.
Setiap hati perempuan ini berasa berdosa, berasa adakah mampu untuk dirinya bangkit? Bukan tidak pernah mencuba, namun setiap kali perempuan ini menyangka dirinya kuat dan cuba untuk berdikari, cuba untuk lari dari norma yang menyakitkan hati - ada sahaja yang membangkitkan kembali masa silamnya. Ada sahaja yang menyebut nyebut kehebatannya sebagai pemuas lelaki, bukan bakal isteri mithali. Dan perempuan ini jatuh kembali, terikat dan akhirnya mati.
Sampai bila? Saban hari perempuan itu menangis. Kenapa mereka di sekeliling mencaci, menjadi begitu skeptikal dan sempit, menghakimi dirinya yang sah sah telah menjadi mangsa. Kenapa tidak ada seorang yang datang menghampiri, mengajaknya berubah, mengajarnya erti hidup yang lebih bermakna? Hatinya menyumpah seranah, perempuan itu tekad. Manusia sekalian hanya tahu memburukkan menjaja cerita sensasi. Suatu hari nanti, hidup mereka akan musnah! Dan ketika itu, perempuan itu akan berasa puas. Baru ketika itu manusia manusia durjana itu merasakan perit dan sakit.
Dan perempuan itu berjalan, berlalu dengan pandangan kosong di pelukan lelaki yang entah keberapa.
Ulasan
perhhhh ayat.
owowowowow
puke
suka entry ini :)
Tuhan bukan tak tunjuk, tunjuk..
manusia, pengkhianat yg paling hina adalah diri kita sendiri.
maaf.
-tapi ia sakit bila hati kering.sungguh-
cepat2 cari penawar!