Jangan dicemari kemuliaan Ramadhan.
Assalamualaikum. 안녕.
Sebelum ada sesape yang terasa dengan apa yang bakal aku carut coretkan, aku mintak maaf bebanyak. Aku tules mengikut apa yang aku nampak dan alami. Ada satu komen yang aku penah baca daripada pembaca Terfaktab yang menuntut untuk kami turut bercerita dari perspektif yang lebih Islamik. Aku takde masalah dengan perkara tersebut memandangkan itu satu pendapat yang baik. Jadi, ini ada sedikit perkongsian untuk kita fikir dan renungkan bersama.
Aku pon tak paham setan mane yang dah berjaya merasuk anak Adam skang ni sampai terang-terangan tak puasa. Dah lah ponteng puasa tu satu hal, tak hormat orang yang puasa pon satu hal. Merokok besar-besaran, beli makanan dengan muka tembok cina, minum air macam setahun tak jumpa air dan banyak lagi. Kalau aku nak senaraikan, memang cecah lantai la entri ni nanti. Tapi mungkin ada yang akan cakap kita tak boleh ukur iman seseorang tu sebab sape la kita untuk nilai orang tu puasa ke tak. Dah tu ape kejadahnye tak puasa bila orang lain puasa? Tak solat bila orang lain solat? Belum dapat hidayah? Korang mesti dah besar kan, boleh pikir sendiri.
Ada satu kedai mamak kat kawasan tempat aku tinggal yang bagi sokongan padu serta jitu untuk orang yang tak puasa ni. Kalau makan terang-terangan dengan duduk bersenang-lenang tu nanti takut kena cekup. So, cara terbaru yang dorang buat adalah parking kat luar kedai tu dan duduk je dalam kereta. Selang beberapa minit, akan ada pelayan mamak yang pegi amek order. Pastu keluar la berita first day puasa dah ada yang kena cekup. Malu tak malu? Ahh, mestilah tak malu kan. Kalau malu, tak buat dari awal.
Sbnanye benda-benda macam ni memang kita boleh pikir sendiri. Cuma kadang-kadang kita selalu terlupa atau buat-buat lupa. Aku bukan nak cakap aku bagus sangat pon. Tapi, apa yang perlu kita kongsi, kita kongsikan. Aku tak cakap semua yang tak puasa tu lelaki. Mungkin ada jugak pompuan yang beli makanan dan makan walaupon dia tak uzur pon masa tu. Tapi dia tak heran sangat sebab orang mesti akan pikir yang dia sedang on leave. Tapi sbnanye walaupon kita tak boleh puasa, kita digalakkan untuk makan secara bersembunyi (baca: bukan terang-terangan) kerana menghormati orang yang sedang berpuasa dan bulan Ramadhan itu sendiri.
Aku penah dengar satu ceramah Ramadhan kat tempat aku blaja semalam. Ustaz tu kata, kita sbnanye kena ubah cara kita berfikir. Orang kita skang fikir solat terawikh tu lagi penting daripada solat maghrib dan isyak. Bila solat maghrib, ada la dua tiga kerat jemaah yang datang. Bila masuk je terawikh, berduyun-duyun orang datang. Kadang yang datang tu tak solat wajib tapi lebih mengutamakan yang sunat. Itulah masalah kita. Dah taktau nak bezakan mana yang lebih utama. Dah lepas ni jangan tafsirkan ayat aku ni lain pulak. Ada pulak kang tetiba datang cakap aku tak kasi pegi terawikh. Bukan. Maksud aku, elok buat yang sunat tapi jangan ditinggalkan yang wajib.
Ada lagi. Antara benda yang menyentap hati aku bila Ustaz tu cakap bulan Ramadhan ni bulan untuk kita mohon keampunan kat Allah dan kalau dah habis bulan Ramadhan ni pon kita masih tidak diampunkan, nerakalah tempat kita. Aku terdiam dan melihat diri sendiri. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan sampai malu rasanya nak merasa nikmat Tuhan. Tapi aku percaya pintu taubat masih terbuka selagi tidak nyawa di hujung badan dan kiamat menjelma.
My friend's facebook status; Ramadhan is like a short semester in the university. It's the chance to upgrade your credits for the whole year.
Koreksi diri, muhasabah hati. Jangan dicemari kemuliaan bulan Ramadhan ini. Semoga kita sama-sama dalam lindungan rahmat-Nya.
p/s: Cinta itu luas ertinya. Cinta bukan untuk sesama manusia sahaja. Cinta yang paling hakiki dan abadi ialah mencintai dan dicintai sang Pencinta. Selamat bersahur! :)
Ulasan
anyway,,nice one!
slmt bersahur juga :)
selagi ad masa, kta still bleh bertaubat..
sebak rasanya dada ni
pose tak susah klu nak..mmbr aku non-muslim pon sonok join pose..kite yang islam malas?wahhh..tak malu ke
second: ni pun ape yg ustazah teman ckp la ye dan mmg confirm betul Allah tak kan terima solat2 sunat kt klw yg wajib tu kita abaikan
third: org yg tapau mknan n hisap rokok dlm buln puasa ni mmg muka die mcm great wall of China punya tebal. yg panas hati siap drive-thru mcD. yg uzur ok la kan.
nk kongsi citer kwn aku ni muka mmg mcm org cina sikit tapi islam ..balak pun org cina..problemnye die mkn dlm bulan posa terang2 x kantoi..majlis agama kene tgok IC semua org la. jgn tgok kulit je.
Kalau puasa kerana takut Allah, semua orang keliling kita tak puasa pun, kita puasa. Kalau orang makan depan kita pun, kita cool. sebab kita faham bahawa kalau iman kita tak diuji macamtu, tak bertambahla taqwa kepada Allah.
Kalau puasa kerana takut manusia, kita cuma puasa bila berada depan orang puasa. kita sorok-sorok makan di belakang, kerana takutnya terhadap orang lain pandang. dan kalau lupa sahur atau kerja berat, sanggup berenti kerana takut kerja keduniaan tu terefek kalau tenaga tak ada sepanjang hari. Nak tanya, takut boss lebih ke, takut Allah?
p.s dan yang kedengki sangat kepada awek2 islam yang dapat cuti seminggu, sambil jeling tak ingat dunia kalau awek tu pergi tapau makanan, ingatlah bahawa mereka bukan tak nak puasa saja-saja, tapi kerana itu peraturan Allah. dan mereka lebih takut Allah daripada takut manusia yang judgemental. ahaks!