USIK MENGUSIK JANGAN UNGKIT MENGUNGKIT!
Salam berpuasa semua!
Maaf, masih lagi saya kurang berblogging, kerana kali ini sukar pula saya membuka Blogger menggunakan Opera mahupun Mozilla Firefox. Entah kenapa asyik-asyik bad request padahal I’m not a bad person. LULZ!
Anyway, pagi ini saya terbaca entri pasal ungkit-mengungkit si Aqram tadi dan terfikir untuk membalasnya dengan entri usik-mengusik pula. Ya, selain ungkit-mengungkit, usik-mengusik juga adalah sesuatu perlakuan yang common di dalam sesuatu perhubungan, kawan mahupun kekasih. Tapi seperti mengungkit, ia juga boleh membawa kepada pergaduhan dan perpisahan.
Usik mengusik ada banyak bentuk. Ada mengusik rupa, ada mengusik perilaku dan ada mengusik fahaman dan ideologi seseorang. Namun ada garis halus antara mengusik dan mengutuk. Apatah lagi bagi yang bermulut sarkastik seperti saya, banyak betul pengalaman terlepas mengusik. Jadi sesuailah sangat saya memberi panduan kepada para-para penggurau di luar sana.
Usikan kenalah sesuai masa dan tempat
Peraturan pertama yang saya pegang adalah sesuatu usikan itu mungkin diterima pada suatu hari tetapi tidak diterima pada hari lain. Contoh yang terbaik ialah usikan berbaur lucah dan separa sensual; ia tidak lagi kelakar di bulan Ramadhan (mungkin sebab dulu setan yang menjaga deria jenaka kita kot, hahaha). Also, tengok pada mood si dia. ada usikan yang boleh menyejukkan dia, ada pula yang mungkin memanaskan keadaan. yang ini tak pasti nak terangkan macam mana, it's experience really. Tapi bagi saya, biasanya kalau orang tu tengah sedih, usikan berbaur sarkastik dia tak boleh terima sangat, usikan ceria-ceria dan silly bolehlah.
Lagi satu, usikan yang agak kasar dan ala-ala rempit, mungkin lebih baik ditinggalkan ketika berada di tempat awam. Walaupun si dia telah biasa dengan usikan itu, namun menanggil “hoi piglet comel” di dalam bank yang senyap mungkin mengundang jelingan tajam.
tahukah anda saya terpaksa gunakan proxy untuk mendownload gambar ini. #serius [link] |
Setiap wanita/lelaki ada no-compromise joke
Pernahkah anda gurau-gurau dengan si manja, dan tiba-tiba dia sentap yang amat! Padahal dulu banyak lagi nama usikan yang anda beri tapi dia cool saja? Ya, saya pernah, banyak, sila tepuk tangan untuk saya. Hahaha.
besday nanti beli ni untuk saya tahu.[link] |
Sebenarnya percaya atau tidak ramai orang ada satu “usikan” yang pantang disebut. Dan bagi setiap orang, usikan ini mungkin berbeza-beza. Contoh si Ali ini cool sahaja bila dipanggil “Black Ranger” sebab dia hitam manis dan dia minat Power Ranger, tapi dia sentap bila dipanggil “Hidung Serombong” walaupun memang hidung dia besar macam hidung kuda.
Cara mengetahuinya? Well tak ada cara lain selain mengalaminya sendiri. Ataupun bak kata abang saya “orang bijaksana belajar dari ke-fakap-an orang lain”. Tengok lah kalau si dia itu pernah terasa dengan usikan orang lain. Take note dan elakkan usikan itu lain kali anda bergurau.
Dan jika anda mangsanya -- kekasih anda tiba-tiba mengusik anda dengan perkataan yang “pantang” itu, tarik nafas dalam-dalam. Jangan melenting. Jangan respon pada perkataan itu. Bila anda sudah tenang, nyatakan bahawa perkataan itu terlalu sensitif bagi anda.
Atau anda boleh lempang dia sepam. Biar sedaq sikit. PANGG!
"you call me pussy? damn you!" [source] |
Biasakan diri dengan usikan reverse psychology
Ini azam saya bermula bulan puasa ini—menggunakan usikan secara reverse. Kalau dulu usikan negatif, sekarang usikan berubah sedikit positif. Contoh, kalau dulu selalu panggil awek anda hobbit kerana kependekannya, sekarang panggil dia comel, cute atau teacup.
Saya amat sarankan ini kepada para lelaki kerana ia akan membuatkan awek anda tersipu-sipu malu. Selain itu ia merapatkan hubungan. Malahan Nabi Muhammad SAW pun mengusik bininya Aisyah dengan nama “Umairah” sebab muka dia selalu merah-merah comel macam pakai blusher Siti (ya, blusher dia pekat noks. Eh camne saya tau?).
blusher simplysiti. auuw [sumbergambar] |
AMARAN!
Satu amaran penting yang saya ingin anda fahami ialah jangan mengusik rupa seseorang walaupun dia sendiri selalu membuat lawak tentang rupanya itu. Saya kadangkala mendengar dan melihat awek memanggil pakwenya “bangla” atau pakwe memanggil aweknya “gemuk” atau rakan memanggil rakan lain yang ketinggian empat inci sebelas sebagai “hobbit”...sejujurnya adalah sedikit offensive pada telinga saya.
Ya. Walaupun dia sendiri suka mengatakan bahawa dia adalah jelmaan blue hyppo bershawl biru muda namun pabila mendengar perkataan yang sama terkeluar dari mulut orang lain, dia akan terasa juga. Terutamanya jika dia perempuan, sebab deria butthurt mereka sangat sensitif.
memakai kon plastik tidak akan meningkatkan deria butthurt anda wahai jejans.[link] |
Pernah berlaku di hadapan mata saya sendiri semasa di kolej dahulu, seorang rakan tembam membuat satu fat people food joke di dalam kelas. Semua orang ketawa. Kemudian seorang rakan lelaki menambah “Patutlah kau gemuk!”
Semua orang ketawa termasuk si dia. Namun apabila keluar dari kelas, ternampak si dia menangis terisak-isak. Mahu tak mahu terpaksalah saya tegur rakan lelaki tadi;
“Kamu pun ada kekurangan juga, cuma nasib baik saja kami menghormati kamu dan tidak menjadikan ia lawak jenaka.” Pelajar lelaki itupun meminta maaf dan keadaan kembali jernih.
Jadi kalau boleh elakkan dari menggunakan usikan yang menggambarkan rupa. Unless rupa yang baiklah.
Jika sukar diubah, cari pasangan yang keras hati sajalah
Ini last resort, kalau anda memang jenis sarkastik sarkasis seperti saya. OK tidak dinafikan awal-awal dalam blogging memang saya sarkastik. Alhamdulillah sejak dua menjak ni dah kurang kepedasannya, macam pokok cili—kalau tuaian pertama dia pedas, tuaian kedua dan seterusnya dia jadi makin tak pedas.
Oleh itu jika anda merasakan usikan-usikan anda terlampau pedas kepada orang yang lembut dan seperti shawl dubai, sila cari pasangan yang memang jenis tahan usikan tajam. Contohnya para-para minah rempit, troller forum, dan blogger-blogger dari sarkasis. Eh!
Dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia. Jadi tidak mustahil anda boleh mencari pasangan yang seperti anda juga. Tapi pastikan anda juga tahan apabila dia mengusik tajam kembali!
jika anda dan pasangan anda sama sarkastik, anak anda mungkin IQ tinggi. kotlah. [linktaktaudarimana] |
Tamatlah sudah entri saya!
Setakat itu sajalah saya dapat beri. Ingat bahawa usikan dan gurauan itu bagai pedang dua bilah, boleh menggembirakan dan boleh juga menyedihkan. Pastikan gurauan sesuai pada orangnya, masa dan tempatnya, tidak menyentuh isu yang sensitif kepada peribadi seseorang, dan tidak menyentuh kekurangan diri mereka. Bacaan tambahan boleh didapati di sini, sini, dan sini.
Ini hanya sekadar pendapat sendiri sahaja. Siapa nak tambah boleh, nak tolak pun boleh. Tak ada perasaan “kebagusan” dalam diri author terfaktab yang marhaen seperti saya. So admin afterdark jangan sentap lagi dengan saya tawww *hugs*
Ps. Dikatakan blog rakan baik kami Sarkasis akan dikenakan tindakan SKMM atas blog post yang mengusik keperibadian VVIP tertentu. Bersabarlah kawan. Dan kepada anda fellow bloggers di luar sana, berhati-hatilah dalam mengusik. Kalau kena penjara time raya ni tak bolehlah kumpul duit raya!
Ulasan
hahah...afterdark..kehkeh..(hanya mampu ketawe)
betoi dah tu..banyak kali gak tersalah gurau...hadehhh..=.='
sifat lelaki vd sifat perempuan??
SK, nah lollipop. lol
mekasih! :D
sekarang dah boleh masuk blogger, makin galak ar posting pasni. hoyeaa!
Bersih 2.0: Merakam Semangat Zaman/Capturing The Spirit Of The Times – Pertandingan Menulis Esei dan Cereka di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Lebih daripada RM6,000.00 untuk dimenangi + buku-buku + tshirt diskopi super kool edisi terhad + peluang untuk karya anda diterbitkan di dalam bentuk buku!
Kalau anda berminat untuk terlibat di dalam usaha bersama merakam semangat zaman dan memenangi hadiah-hadiah tersebut, check it out - butiran, syarat dan peraturan pertandingan ini kat:
http://diskopi.wordpress.com
Anda boleh juga download poster pertandingan menulis esei dan cereka ini dalam jpeg file dan meletakkannya kat blog, website atau facebook anda supaya kawan-kawan anda yang lain juga tahu tentang peluang baik ini.
Tolong war-warkan tentang pertandingan ini kepada jaringan dan kawan-kawan anda yang kat online mahu pun offline.
Terima kaseh.
well lucif...idea komik dah banyak hilang sebab muse saya dah tak ada.
dan kalau ada pun...mungkin buat dalam bentuk tumblr. format dia agak sesuai.