Mencari Harga Sebuah Ego




Salam Ramadhan semua.
Salam sejahtera juga kepada sekalian yang melawat Terfaktab tanpa rasa prejudis yang berkudis. Eh, jangan curi makan 'cikedis' tahu? Bulan puasa ni boleh makan siang hari, tapi kalau batal puasa, sendiri tanggung dosa, aku tak terlibat.

Sepanjang Ramadhan tahun ini, di samping buat projek #TadarusQuran (yang masih boleh kamu sertai), aku juga menulis satu hari satu tulisan setiap hari. Masih sama dengan tahun lepas juga. Dan dengan kehadiran sekelompok manusia yang entah mana peliknya mencari ego dan entah apa-apa, aku menulis ini. Sengaja.

*******



Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tidak sama, tidak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan pula harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.

Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal cinta.
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki cinta pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.

[Sumber gambar]


Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tiada lagi rasa gembira.
Pudar segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?


Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, itu sudah ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.


Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.


Tetapi, acapkali juga ia dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.


Sebab itu apabila ada yang melaungkan mahu mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apakah benar dan pasti bahawa kumpulan itu adalah mengandungi sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang gemar membuat tafsiran sendiri. Entah-entah yang mahu dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.


Tapi, ada manusia yang takut dengan puak begini?
Ada yang mahu mengambil tindakan  hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tidak sama sekali.


Harga ego mungkin sama dengan harga telur di pasaran.
Kadang kala murah sampai rasa dicuri dari reban.
Kadangkala mahal sehingga menimbulkan baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.


Lord Zara : Hidup ini bagaikan kepingan gambar. Kita boleh lihat semula apa yang kita mahukan pada kenangan, tetapi kita tidak boleh mengambil gambar tersebut semula dengan keadaan yang sama. (Shafaza Zara, 2011)

Ulasan

mR.sAm berkata…
ssh nk tafsir..tp btui la ape yg lebh bernilai ada ttg kesabran tu kn...nice entri der..
AsyieqiN Rkey berkata…
dalam maksud..huuu..=)
TheBentPencil berkata…
orang yang kata dia taknak confess sebab hati dia ada ego...sebenarnya dia taknak confess sebab hati dia ada ketakutan. takut kena reject.
cik marikh berkata…
ego kah aku..?
tak tak...
sembunyikan perasaan cinta itu bagus..arghh
Unknown berkata…
ego perlu ada..tp x perlu tinggi melangit...
sYafIk-wAy berkata…
saya seorang yang ego .
dibnye berkata…
ego menunjukkan diri kita kuat dan tak mudah dipijak oleh orang lain.
Tanpa Nama berkata…
ego yang berlebihan pon tak bagus jugak.. buat bertambah riak, bongkak, sombong dan kadang2 rasa diri sendiri tu lagi superior dari orang lain.. tiba2 gua teringat satu lagu punk dari band belanda, betercore yang bertajuk "fuck your pride!". lagu pasal pride yg berlebihan tak bawa ke mana pon..

-pastadon

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.