Selamat Menyambut Aidilfitri Wal-Faizin
Assalamualaikum
Syukur ke hadrat ilahi, akhirnya setelah sebulan berpuasa, maka kini tiba-lah hari kemenangan buat kita. Aidilfitri. Pelbagai ragam dan rencah berlaku dibulan Ramadhan yang menguji kesabaran. Kontroversi? Bagi kami itu bagai alah bisa tegal biasa. Perbezaan pendapat antara kami (penulis-penulis Terfaktab) dan para pembaca, seharusnya bukanlah menjadi garis pemisah untuk kita bersama membentuk pemikiran dunia baru atau fikiran yang kritis. Titik perbezaan tidak seharusnya diperbesarkan, sebaliknya patut untuk kita memahami dan mengenal pasti perbezaan kerana cara dan daya berfikir setiap manusia berbeza. Sejagat membawa berkat.
Kami pihak Terfaktab dengan ini memohon maaf seribu kemaafan atas segala apa yang kami lakukan sepanjang kewujudan Terfaktab diarena dunia maya ini. Dari kesilapan kecil, mikro, besar, dan tera, kami harap para pembaca dapat memaafkan segala keterlanjuran kami dalam menulis. Mungkin ada yang berkecil hati dan ada yang menyimpan perasaan dendam. Bagi pihak kami pula, kami dengan ini merendah diri untuk memaafkan. Tak simpan dalam hati, kosong-kosong. Seperti alasan putus cinta yang selalu digunakan oleh para pencinta era kini. Hiks.
Semoga Syawal ini membawa kepada kemaafan yang berpanjangan pada bulan-bulan yang lain. Akhir kata, kami akhiri dengan serangkap pantun;
Masak udang dan gulai ketam,
Rumah dihias bagai bercahaya,
Berbunyi mercun berdentun-dentam,
Tanda gembira di Hari Raya.
Wassalam.
Ulasan
Kepada pembaca blog Terfaktab - Selamat Hari Raya juga.
Serta tunggu kemunculan Kitab Terfaktab.Tungguuuuuuuuuu....
selamat rayo geng geng terfaktab especialy
- aqram
- CN
- ER
selamat hari raya :)