Dinding Cinta Hati


Berikut ialah artikel kiriman e-mail pembaca yang bernama Iera Anuar. Sebuah artikel ringkas yang menarik untuk di baca. Kirimkan artikel anda yang menarik kepada kami di terfaktab@gmail.com . Terima kasih kepada Iera Anuar atas kiriman artikel yang di hantar. :)

Angin malam yang menghembus laju, membawa seribu kedinginan malam itu. Angin sepoi sepoi bahasa bagaikan mengerti situasi yang berlaku. Perbualan di antara Edward dan Bella juga semakin dingin. Bunyi cengkerik yang sedari tadi saling sahut menyahut mencetus kesayuan malam, angin malam semakin kuat menghembus laju. Malam itu tidak sama seperti malam sebelumnya. Tidak senyaman malam biasa.

Edward masih tertunduk lelah selepas selesai menjawab segala butir pertanyaan yang lahir dari bibir comel Bella. Nafas ditarik sedalam mungkin, Edward akhirnya memulakan bicara.

"Andai kata suatu hari nanti kita ditakdirkan tidak mampu bersama, saya tetap berbangga kerana awak pernah jadi sebahagian dari hidup saya Bella. Jadi tidak salah jika kita terus mencuba."

Bella terkedu seketika. Sambil menggenggam kedua belah tangan kecil itu, mata kaku memandang ke tanah sambil mengumpul segala kekuatan yang ada.

"Saya cuba", cetus Bella dengan penuh kesayuan disambut dengan angin malam yang menghembus lembut.

Satu kata yang hanya mampu diucapkan juga mungkin satu kata yang semahunya didengari di cuping telinga Edward. Edward tersenyum mendengar jawapan dari Bella, tersenyum bagaikan dia sudah memenangi sebuah hadiah yang mampu membuatkan dia tersenyum lebar, tersenyum bagaikan tiada apa yang berlaku sebentar tadi, tersenyum bagaikan tiada masalah baginya kala ini.

Akan tetapi Edward masih tidak dapat mengagak bahawasanya masih ada sesuatu yang berlegar di ruang minda Bella. Masih ada sesuatu yang bermain main di kotak fikiran gadis itu. Hati Bella semakin berbelah bahagi, semakin tak keruan.

Bella kaku seketika, memikirkan apa yang harus dilakukan untuk meluahkan rasa hati. Dengan penuh rasa berani, Bella bangun memandang muka Edward, memandang dengan penuh keinginan. Edward terdiam penuh tanda tanya. Mata saling bertentang mata. Cahaya terang bulan terus melimpah ke arah pasangan itu, membuatkan keadaan bertambah sepi.

"Untuk pengetahuan awak kala ini, saya sudah pon membina sebuah dinding/benteng di hati saya. Ini kerana saya perlu menjaga hati saya supaya tak terlalu mengharap ke atas awak dan saya tidak mahu meletakkan seribu kemungkinan supaya saya yang akan merasa kesakitan yang teramat dalam jika kita ditakdirkan untuk tidak bersama satu masa nanti. Maafkan saya.", ulas Bella memecah kesepian malam.

Edward kaku, mendengarkan bicara hati Bella. Dia masih kaku, terkelu, diam seribu bahasa. Apa mungkin Bella telah menguris hati lelaki itu. Hati sang lelaki yang mungkin akan mengubah hidupnya suatu hari nanti.

"Bina lah dinding sekeras besi konkrit, bina lah dinding setinggi gunung, bina lah dinding setebal lautan. Saya janji saya akan lintasi dinding awak asalkan awak percaya saya akan datang di hadapan awak. Binalah setinggi langit, saya tetap akan cuba memanjat dinding itu. Tunggu saya di seberang saya, saya pasti datang."

Terkedu Bella mendengarkan tiap bait kata yang dilontarkan Edward. Manis katanya melebihi manisnya gula. Perbualan terhenti begitu saja, tanpa diduga. Bella berpaling, memulakan langkah kaki kanan pergi meninggalkan Edward keseorangan dalam cahaya terang bulan diiringi dengan angin bayu malam.

Ulasan

Wadi AR berkata…
hebat dinding tersebut
sweetnye....malam2 baca kisaha2 romantic...(^____^)
Apple Xander berkata…
aku nak dinding itu. :)
scha cha berkata…
da smbungan eh?
Tanpa Nama berkata…
tapi kalau tak berjaya tembus dinding tu macam mane?
. berkata…
Awwwww. sweet gilaaa
Tanpa Nama berkata…
berjayakah beliau menbusi dinding tsebut?
rasanya gagal kot,sebab perempuan kalau syg dia sanggup je hadapi pape,tp sekali dia da tawar hati,kirim salam je la..
ahahhaha
Iera Anuar berkata…
biar masa yang tentukan dinding tu berjaya di tembusi atau tak.tapi tak mustahil kalau dinding tu runtuh sendiri kan.huhu
Terfaktab berkata…
hanya masa menentukan.
Izzah | zulkifli berkata…
hebat betul cinta tuh.. =)
dramastail berkata…
sangat puitis..=)
nots berkata…
sangat ! na lelaki macam tuh boleh ? (:
From Me to WE berkata…
@Tanpa Nama

Berjayakah menembusi dinding itu? Bolos saja dinding itu... :p

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.