Awak, ini nasihat.


Awak, mungkin awak tidak tahu,
yang begitu ramai bencikan awak.
Awak, awak mungkin tidak tahu,
yang begitu ramai dengkikan awak.

Jadi tolong, 
bila satu hari nanti awak bercinta,
mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan.
Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan.
kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu,
Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan.
Ada yang hanya
gunting dalam lipatan.

Awak tahu kenapa awak single?
Awak single sebab
setiap kali awak hulurkan bunga,
ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu.
dan kalau awak dapat pun si gadis baru,
mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu.
Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun,
mereka nampak peluang mereka dan
mereka lancarkan serangan.

Awak, ini nasihat
saya nampak semua yang berlaku,
dengan kekasih awak yang dulu-dulu.
Ada kawan yang memang kawan,
ada kawan, yang hatinya penuh lawan.

Awak, ini nasihat
saya pohon jika awak punya teman lagi,
simpan kisah awak dan dia
baik-baik dalam hati sendiri.
Biar kata-kata manis,
hadiah-hadiah indah
milik awak berdua
tanpa dikongsi siapa-siapa.

Sesungguhnya awak,
belum tahu lagi
bahawa pencinta rahsia itu lebih indah
lebih manisnya
daripada pencinta yang memberitahu dunia.

Ulasan

AkuOsi berkata…
Awak, ini sangat true
Itu Aku berkata…
tak perlu terlalu menonjol..
biar tenang dan relax
steady je :)
My territory berkata…
this is 200% true!!!! pernah mengalaminya!
Unknown berkata…
kawan yang hatinya penuh lawan lagi banyak dari banyak dari kawan yang memang kawan.

nainiazm berkata…
pencinta rahsia itu lebih indah:) deep!
Laserquest berkata…
awak, terima kasih untuk peringatan ini.
sy setuju..
jika cinta itu terlalu dihebah-hebahkan, takut kalau hubungan itu tak menjadi kelak sendiri yang merana...

sy suka dgn kata2 terakhir itu:
"bahawa pencinta rahsia itu lebih indahlebih manisnyadaripada pencinta yang memberitahu dunia....."
everybody wonder berkata…
yup..spt membaca diari lama
Cik Kaishi berkata…
awak...
mohon share
sebab ini sangat betul

sangat mendalam

dan sangat perlu sedar.
Cik Mieza berkata…
Sangat mendalam .
Sangat tertarik dengan ayat last:

Sesungguhnya awak,
belum tahu lagi
bahawa pencinta rahsia itu lebih indah lebih manisnya
daripada pencinta yang memberitahu dunia.

Kebahagiaan dicari bukan mudah. Semoga keindahan dan kemanisan itu yang bakal dikecapi dalam hubungan kita. Insyallah.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.