22 Mei 2012

Cinta The Flash

Lu orang tahu pasal The Flash tak? Alaa, superhero yang pakai kostum merah yang lari kemain laju tapi tak pernah kena speed trap tu? Kalau tak tahu, mungkin lu orang tergolong orang yang takde tivi kat rumah atau golongan yang sibuk sembang MLM kat kedai mamak.

Tahu tak ada orang yang jatuh cinta serupa The Flash ni? Apa orang kabor, cinta kilat? Kemain laju lagi dia jatuh cinta, kemain pantas lagi dia tangkap perasaan, kemain lincah lagi dia dah menyimpan harapan. Amboi, pesen tak menyempat nak jatuh cinta.

Kebanyakan orang pesen camni baru kenal sebulan dua seseorang tu dah jatuh cinta. Pesen mudah mengikut drama tivi. Dalam drama tivi tu memang la tak sampai 15 minit dia dah jatuh cinta, kot nak samakan dengan waktu sebenar, berapa tahun pulak dia punya drama. Tu tak masuk lagi dengan iklan serupa cilake lagi ye dak?

Gua kasi contoh sikit, ada sorang makwe ni baru kenal sorang lelaki. Lelaki ni budak sekelas kawan dia. Baru melepak sekali dua dah jatuh cinta. Tak salah nak jatuh cinta tapi agak-agak la, ni lu orang tak tahu lagi lelaki tu pesen macam mana, jahat ke orang surau ke hipokrit ke bekas banduan ke baik macam gua ke.

Jadi seboleh-bolehnya kenal lah dulu, tak kenal maka tak cinta kan? Tengok dulu berbaloi ke tak jatuh cinta, selagi rasa tak yakin, flirt-flirt je la dulu. Ni dah jatuh cinta apa semua bagai, dah simpan harapan apa semua tiba-tiba orang tu dia layan kita biasa-biasa je, kalau frust pun gua rasa nak baling dengan meja.

Kasi mahal sikit la perasaan tu, jangan mudah sangat jatuh cinta. Faking mende nama ayah orang tu pun kita tak tahu dah nak jatuh cinta. Tak payah nak jatuh cinta pandang pertama sangat la, gua terajang karang. Karang gua kabor terdesak mulalah mencarut ke gua. Apa ingat puaka macam gua ni tak kecik hati agaknya kalau kena carut. Tengok, kan gua dah emosi!

Ambik masa untuk kenal dia sepenuhnya baru la boleh nak tangkap feeling. Tak payah nak kabor lu orang punya perasaan tu memang sejati, deep, true. Hek eleh, apa lu ingat lu Nami ke? Suka memang suka tapi untuk menukar perasaan suka itu kepada cinta, ambillah masa. Andai perasaan lu tu ikhlas, akhirnya akan ada jugak

Jadi lepas ni kalau nak jatuh cinta jugak, agak-agak lah. Jangan cepat serupa The Flash, jangan lambat bebenor serupa serupa siput babi. Tapi lu orang nak dengar, dengar la nasihat gua. Kot lu orang taknak dengar lepas tu mula frust serupa cilake salahkan orang yang lu jatuh cinta tu ambik kesempatan la, tak peka la, saja nak perdayakan la, gua boleh kabor satu benda je.

Pergilah meninggal.

21 ulasan:

n u r e e c h a berkata...

kalau semudah itu jatuh cinta ?
langsung aku tak percaya itu dikatakan cinta .
haha .

Red berkata...

Alep...Aku cinta kamu.
Wkwkwkwkwkw..

Cik NurulZaty berkata...

kalo dh cepat sgt jatuh cinta. tu bkan cinta rasanya

more to minat kottt..

Nazrul Ashraff & Syaza Athirah berkata...

tu namanya lust bukan love.. dan sangap nak ada couple.

miza kimbum berkata...

btl sgt da entry nie haa....setuju2 XD

DZERG berkata...

Couldnt agree more..

ஜ miss klanika ஜ berkata...

aku suka part engko cakap."apa lu ingat lu Nami ke ?" XD

nice one ! cepat jatuh cinta tue nampak mcm cinta tue dh takde value sgt.

Tanpa Nama berkata...

kann..cepat sgt..mcm maen2 plk

Fyza Elvira berkata...

Saya suka yang ini !!!!! Hahaha! Cinta tu jgn muroh sgt ye dak! *semat dalam hati*

Tanpa Nama berkata...

Mansuhkan Cinta the Flash!!!!

keli menari berkata...

jadikan hati dan cinta yang mahal!

nadea roslan berkata...

that's why kena bezakan antara minat,suka dan cinta. ahaha good entry leplep.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya tu minat atau suka, tp dia salah tafsir rasa sendiri katanya cinta :)

Ryeha Rafael berkata...

Hahaha. Betul jugak cakap Leplep nih. Sometime org mudah crush sangat. Last2 org tu layan biasa2 jek. Pehh daripada makan hati baik jaga hati sendiri. Ekekeke. Naisssss! :)

Pink-Pink berkata...

Dia cakap cinta..kot2 minat atau suka je..hahahah..

Cob Nobbler berkata...

celaka nama gua kena petik. kahkahkah!

NiK iMaN :] berkata...

hahaha.terbaikk~~ :D

s u a r a h e a R t y berkata...

emm emm . .

e4ezzati berkata...

'baik macam gua ke' ya ya ,leplep paling lah mamat paling baik .

Tanpa Nama berkata...

stiap kali gua bace tulisan leplep,pasti gua hepy dan trsenyum kambing snsorang..adakah mksudnya gua dh jth cinta dgn leplep??ohemmmgeee...

fateha azwa berkata...

Ooooo the flash..cerita tu best~~