Kahwin : Friends and Family

Bila usia dah menjengah ke suku abad, soalan yang lebih kerap ditanya dari “apa khabar?”  adalah soalan berkaitan kahwin and everything revolves it. Lebih lebih lagi kalau kawan kawan kau yang sebaya dengan kau sorang demi sorang bertukar status dan kau, kau dan kau pakwe pun takde. Kalau ade pun masing masing baru habis belajar. Duit nak makan pun takde nak menikah apenya. Or even worst, kau dengan pakwe kau dedua pun lum habis belajar lagi.

“Bila nak kawen?”

“Si A dah bertunang dengan anak Dato F kau bila lagi?”

“Ex-boyfriend kau dah ade anak sorang kau tak teringin nak ada anak ke?”

“Kau dengan pakwe kau dah 10 tahun kan? Takkan taknak kawen?”

“Majlis aku bulan 9 ni, harapnya bulan 12 ni kau pulak. Tak gitu?”

“Mak dengan abah ni dah tua, kau sorang je last lum kawen. Bila ni?”

T_T
Kill me. Pretty please.

Soalan soalan ni dah macam peluru bertubi tubi kat telinga aku. Aku pun naik heran, yang asyik tanya ni tak penat ke mulut engkorang? Everytime orang tanya soalan ni kat aku, aku dapat rasakan muntah aku dah sampai ke tekak, tinggal nak hamburkan je. Kalau boleh, aku nak muntah kat kaki setiap orang yang tanya soalan ni kat aku. Haptuih.

Kalau kawan kawan tanya boleh lagi la nak elak elak. Jangan pegi majlis kenduri kendara yang melibatkan kawan, jangan pegi reunion, jangan pegi majlis cukur jambul anak derang, semua jangan. Duk jela menghadap keje kau kat opis. Or kalau lum habis belajar, duk jela menghadap assignment korang. Biarlah kawan kawan korang nak cakap korang sombong ke, lupa member ke, biarlah yang penting kau tak payah mengadap soalan soalan cepu cemas derang tu.

Yang masih belajar tu aku rasa tekanan pasal kawen ni agak kurang even umur korang dah setengah abad kot. Masih boleh guna alasan yang setiap pelajar akan guna. “Aku lum habis belajar lagi. Rileks lah dulu. Belajar pun pinjam PTPTN, nak kawen amendenye..”. So, kau sambung la belajar sampai PHD tak payah kerja langsung. Senang. Every year pun kau boleh bagi jawapan yang sama.

Masalah terbesar adalah bila mana kau dah lama habis belajar dan dah lama bekerja. Steady pakwe/makwe pun dah ade tapi masih jugak belum kawen kawen. Setiap kali balik kampung emak, abah, kak ngah, kak long, tok cik, tok wan, semua tanya soalan yang sama “Kau bila nak kawen?”. Sekali dua mungkin kau boleh jawab “Belum sampai jodoh mak…” Then emak kau pun senyap. Tapi kalau dah lebih dari 10 kali tanya, kau ingat emak, abah, atok nenek kau tu nak terima alasan belum ada jodoh tu?

Sila bermimpi.

Nak marah, family sendiri. Nak cakap elok elok, dah habis ayat. Nak angkat punggung blah, kang orang cakap biadap. Nak belasah, kau gila ke nak belasah emak sendiri. Nak lari dari umah, nanti masuk paper. Nak tak nak, tadah jela telinga sampai berbuih kat situ. Kena serangan bertubi tubi dan takde sesiapa pun nak back up kau. Semua pakat hentam kau. Lagi pulak kau ade 13 orang adik beradik, semua dah kawen, semua hentam kau. Rasa macam nak cepuk je mulut sensorang. Kau paham tak macam mana perasaan dia nak menghadapi situasi ni? Tekanan siot. Tekanan.

“Kau ni dik, asyik beli baju je, bawak bawak la kumpul duit kawen”

“Mak, adik ni asyik merayau ke hulu ke hilir, bercuti sana sini, suh kawen jela. Senang”

“Bila pakwe kau nak masuk meminang? Senang sikit hati mak abah”

T_T
Kill me now. Pretty please.

So, kepada siapa siapa yang berada di situasi ini moga bertabah. Doa doa lah jodoh kau cepat sampai. Doa doa lah jodoh kau dengan orang yang baik baik. Doa doa lah supaya family kau tak terlalu mendesak sangat macam risau anak dia tak laku laku. Doa doa lah supaya adik beradik kau lebih memahami situasi kau. Sebab aku percaya kadang kadang kita takde rasa apa apa pun kalau kawen lambat tapi tekanan dari kawan kawan dan keluarga yang buat kita rasa nak terjun KB Mall. Semoga berjaya mengharungi semua soalan maha dasyat ini. Amin!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
agree with u!dats my situation dat i hv now..bt my case, i da bwk my bf jmpe family tp diorg plak xske..da 2 kali jd cmni..last2 i rse cm give up pn ade..nk kate xusaha cr jodoh, i da usaha tp da mmg diorg bkn jodoh i kot..my mum offer nk crkn calon suami utk i tp i cm refuse sbb i tau dia msti cr ikot taste dia..haha!i ke my mum yg nk kawen ni?confius i..:D..
Diyana Munira berkata…
Haha! I get that questions sometimes. Rasa macam nak tipu umur pun ada. Fortunately, my parents tak tanya and they're not complaining. Yelah, I'm still studying and no calon at all. I couldn't care less as well. This jodoh thing comes to you when you least expect it. Jodoh masing2. Rezeki masing2 :)
Eyka berkata…
one word: jodoh hak tuhan..so chill :)

klu situasi camni..solat mintak petunjuk laa senang..:P
Malaysian Boy berkata…
hah, takleh lari lagi dah tuu.
kawen je.
bende baik tak elok dilewatkan.:p
Judh berkata…
hahaha rasa camni lah skang , kawan2 semua ad tempat mengadu , aku mgadu kat dinding jela -______-

kawen ?

lagilah tak . brrrrr
Awan berkata…
kill me pls? ha meh sini aku cekik
ana berkata…
Aku hari2 tipu umur. Lucky jgk muka aku x tua sgt. Bila nk cecah 30 cem aku, lg le tensen. Serius rs nk haktuih muka sorg2.
ana berkata…
Sapa tanak kwin afiq arif. Aku nakkkk sgt ada baby sbb aku ske baby. Tp kalau lelaki yg dtg tu x semenggah, acane nk kwin.

Cth lelaki x semenggah: laki org mengaku bujang. Bila pecah lobang hilang.

Lg satu pesen: awk, belanja saya tu, ni. Belikan sy itu ini. Seskali xpe la. Ini semedangggg je nk blanja dia. Nk buat aku bini ke sugar mummy.
MinahSpekMerah berkata…
haaa... aku rasa da sampai tahap kehidupan y soklan2 begitu akn datang menerjah dlm masa terdekat memandangkan aku akn habis belaja dlm bulan 7 insyallah..

kne persiap mental fizikal ne utk menepis serangan makcik2... haih.
CallMe-NW berkata…
dah kawen kang tanya bila nak ada anak..grrr...where is my life???
oshinz berkata…
soalan tak pernah ada kesudahan. dah muak dengar soalan bila nak kawen tu.. haha. rasa macam nak cakap: weh bak meh duit, sekarang jugak aku pegi kawen.
cik-terompah berkata…
mindset ja semua tuh.
Tanpa Nama berkata…
aku memang tak mau kawen lagi bawah 30 ni....lantak la parent ka, saudara ka kawan ka nak kata apa pon...peduli apa aku...depa tak berhak tentukan bila aku nak kawen...banyak gi benda aku nak buat selain kawen ni...cita2 aku bukannya nak kawen ja....lgpon scary ja tengok rumah tangga kawan2 aku..cerai berai bagai....tak kawen lagi senang la.....
Kc Kasedah berkata…
Hahaa aku ni kalau boleh dikatakan ade je soalan cenggini. nak watlek watpis pun tak dapat sbb aku dah lama sgt dgn bf aku.

mak aku runsing asal call skrip tak penah berubah.

aku maish lg, watlek watpis
Kc Kasedah berkata…
Hahaa aku ni kalau boleh dikatakan ade je soalan cenggini. nak watlek watpis pun tak dapat sbb aku dah lama sgt dgn bf aku.

mak aku runsing asal call skrip tak penah berubah.

aku maish lg, watlek watpis

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.