Artikel Kotak-kotak Terakhir Penulis Sahaja.
Dalam dunia ni, setiap yang mempunyai hujung, pasti akan ada hujungnya yang lagi satu di satu sudut yang lain. Setiap yang bermula, pasti akan bertemu dengan pengakhiran. Setiap yang ada, pasti akan tiada semula. Setiap yang di atas, dengan kuasa alam, dia akan jatuh juga. Tiada apa yang kekal selamanya di tanah pinjaman Tuhan ini.
Mungkin ramai orang sudah tahu dan ramai orang belum tahu. Semalam ialah hari aku di Terfaktab. Aku sudah tarik diri dari apa sahaja aktiviti Terfaktab sejak semalam. Jangan kata aku buat keputusan drastik. Hasil perbincangan 2 bulan lepas dengan Aqram, ya dia lepaskan aku 21hb Mei. Walaupun sebenarnya aku minta untuk dilepaskan pada 21hb April pada awalnya. Ya, semasa proses Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal sedang disiapkan dan launching tempoh hari, sebenarnya aku masa tu dah hampir waktu-waktu terakhir dengan Terfaktab.
Aku masih ingat kali pertama Aqram tanya aku pasal hal Terfaktab 2 tahun lepas. Masa tu dia rancak membaca blog aku. Tulisan yang meninggi atas langit dan mempunyai tektikal 4-4-2 itu sudah berjaya menarik perhatian Aqram. Aku jujur kurang reti nak menulis untuk buat orang senyum dan gelak seperti Brader Leplep, Bukan Penggoda mahupun penulis yang lain, aku, Penulis Sahaja, lebih kepada penulisan yang kotak-kotak, sistematik, berikan pandangan sendiri berdasarkan fakta.
Aku mula melangkah kaki masuk ke alam Terfaktab sebagai penulis ke 3 blog ini satu masa dahulu. Aqram bersama bekas kekasihnya, dan aku. Kami sama-sama bangun dan mencari penulis-penulis lain yang berpotensi. Sehinggalah pada satu masa, ia menjadi satu hit dan sampai satu masa yang lain, kami sudah punya 2 buah buku hasil tulisan kami. Ehmm, boleh tahan.
Ramai yang tanya kenapa. Kenapa? Kenapa? Bagi aku, sampai satu masa, kalau kau tak bela cinta kau dekat satu-satu benda tu, satu masa ia akan hilang. Begitu juga aku dan Terfaktab. Aku tak bela betul-betul cinta dekat Terfaktab, dan akhirnya, aku rasa Terfaktab ini bukan lagi perjuangan aku yang patut aku menjadi serius. Haa, macam gitu lah sebenarnya.
Dekat sini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Aqram yang memberi aku peluang menulis di sini 2 tahun dahulu, kawan-kawan penulis yang lain. Kawan-kawan yang dah banyak berusaha untuk meletakkan Terfaktab di satu tahap sekarang ni. Dan buat pembaca-pembaca setia penulisan kotak-kotak aku, jangan risau, aku masih menulis di blog aku. Dan kepada pembaca-pembaca kurang setia aku dan rindu nak baca penulisan aku, boleh juga jenguk ke sana.
Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Sebelum aku mengakhiri penulisan aku di Terfaktab ni, sini aku nak beri beberapa quotes. Kau boleh jumpa beribu dan jutaan quotes mengenai cinta di dunia ni. Bagi aku, ini adalah quotes yang paling asas dan power yang aku pegang di antara semua quotes tentang kau dan cinta.
"Cinta itu halal, yang haram cuma cara kau lakukannya."
"Bawa bertenang dan bawa berbincang."
"Emosi dan ego tidak layak di depan, ketika kau dan dia rasa tertekan."
"Cinta itu ada. Cinta itu rasa. Cinta itu manusia. Percaya pada masa."
Kau tak perlu quotes yang kompleks dan sakit kepala memikirkan apa yang diterangkan dalam ayat-ayat itu. Sebenarnya benda paling asas sudah ceritakan semuanya. Dan kepada kawan-kawan yang sedang bersedih mengenai cinta tak kesampaian, mari aku kongsi 4 equations mengenai kau dan pasangan sehidup semati yang diajar oleh @abu_dolah.
[EQ 1] orang salah + masa salah = failure.
[EQ 2] orang betul + masa salah = confusion.
[EQ 3] orang salah + masa betul = frustration.
[EQ 4] orang betul + masa betul = successful.
Melihat dari 4 equations di atas, percayalah, rasa cinta agung tu akan datang ketika dia datang dengan lagak gayanya keluar dari bilik yang penuh cahaya, ketika satu masa yang betul. Ketika kau lengkap, kau sedia. Dan ketika itu lah kau tahu, dia lah orangnya. Jadi jangan pernah membenci dengan cinta. Jangan pernah berputus asa dengan cinta. Walau sudah ditulis kau akan bersama seseorang, tapi macam mana kau nak jumpa kalau kau tak pernah cuba mencarinya?
Jangan sampai saat kau jumpa dia, sebenarnya kau sudah terlepas waktu yang betul, dan masa itu, kau berada dalam fasa confusion iaitu kekeliruan. Tunggu lah lagi masa yang betul tu tiba. Entah bila pula waktunya. Haha.
Sekian dari saya. Semoga kita berjumpa lagi nanti di tempat lain! Teruskan membaca Terfaktab! I love you all! Spread the love beybehhh!
Terima kasih, terima kasih, terima kasih. |
Ulasan
xpe. farewell kt terfaktab je kan.
di blog snediri masih wujud kan? hehe
~all the best PS!~
keep blogging, k!
good luck in future under-taking brader. jika bukan di Terfaktab, tetap teros hasilkan karya walau di mana sekalipon. saya antara jutaan peminat awak, tahu?
tanak sedeh sedeh. teroskan melangkah ke depan. moga ada sinar di hujong sana. =)
teringat dulu, ada Alexia, Aqram, Apit. Pastu korang approach saya minta lukis komik.
Pastu blog baru nak naik, promot habis-habisan. Awal-awal memang kena hentam, kena troll. Sampai nangis-nangis jugaklah (saya je tu, korang kental).
Lepas tu kita masukkan ramai lagi penulis yang besar-besar namanya, secara tak langsung tarik lagi readers diorang ke sini. Kemudian Aqram beri idea gila "Jom buat buku!"
Dan dengan keliru tapi bersemangat, kita puan buat buku.
Tau-tau je dah buku nombor dua.
Dari situ sampai sekarang ni, perjalanannya rasa macam sekejap sangat, bukan? Tapi macam-macam jadi. Seronok sedih semua ada. Dan yang paling penting, tak sangka dari blog busuk-busuk tu, boleh pergi sampai sejauh ni.
*sobs* poyo pulak tulis camni.
semoga pilihan terbaik !! ^^
masa betul + pilihan betul = jawapan betul!
Cheers!