25 Mei 2012

Entri Gaya Brader-brader #2 - Dah Selamat Dah.


Dalam malam-malam yang bahang ni sambil layan sendu foreveralone gua, tetiba gua teringat dengan member Felda sekor si Azrai. Makwenya si Shedah tu, kawan gua jugak. Dua ekor merpati joli-joli geli-geli dalam geng gua zaman Uni dulu. 

Kenapa gua tetibe teringat? Entah bila punya cerita entah, tetiba gua teringat, bukan otak ni gua boleh kawal sangat pun. Bila datang momen-momen sentimentalis macam ni, gua rasa nak up dalam blog sepam dua, so lantak engkolah baca sampai lebam.

Dulu-dulu, adalah dalam tahun lepas, takdelah dulu sangat macam zaman dinasor, gua terima panggilan dari Shedah.

“Azrai telepon hang tak?” kata si Shedah dalam loghat Penang pekat beliau.

“Takdak, awat?” gua pun join sekali Penang nya.

“Ceq benci, nyampah dengan si Azrai ni. Habaq kat dia, dah takdak papa antara kita lagi.” Hambik engko. Lima tahun mentein bercinta, tiba-tiba tipon gua cakap camtu. Gua tanya kenapa, kot-kot Shedah dah sangkut kat gua ke. Gua kalau boleh taknak la sailang bro gua punya barang. Mampus kena sula denan pemetik kelapa sawit karang.

Oh ya, dia cakap petang tu dia nampak remove relationship status Azrai dah takde dekat FB, tak tau sebab apa. Maknanya nak single la tu, kata Shedah.

“Takpa, takpa, hang bincang dengan dia dulu, awat jadi camtu…” gua pujuk dengan loghat Penang terbaik gua boleh buat.  Tapi gua tak sure pun apa beza loghat Penang dan Kedah. Hang Hang je la gua tau. Dan pelak dengan peliaq dengan pelik, jangan sekali tersilap. Mau free gua dapat lempangan si Shedah tu karang.

Apapun, lepas gua pujuk (entah apa tah gua cakap, gua mana ingat), gua dapat pulak panggilan dari mamat Felda tu.

“Shedah call engko tak?” tanyanya. Gua teringat Shedah suruh gua janji jangan bagitau. Jadi gua geleng ajelah. Lepas tu gua tanya apa jadi, konon-konon gua bersih suci daripada sebarang spekulasi.

“Ni…Shedah kata aku buang status relationship daripada FB….engko tengok betul-betul, ada kan? Tu error je la kot…” kata Azrai. Aku tengok profile dia, memang ada “in relationship” lagi. Ke lepas kena sound dengan awek, dia letak balik, tak tahulah. Wallahualam. Aku bukan iron man.

Aku telepon balik si Shedah, aku habaq mai yang mungkin tu error facebook. dia jawab sepatah. “Mungkin. tapi…”

Haaa, part tapi yang payah tu. tang tapi tu, dia pi tambah semua jenis isu baru, hak isu lama dua tiga bulan lepas pun dia hawan sekali. “tapi minggu lepas dia tak angkat telefon” la, “ceq keluar dengan member dia tak jeles” la, “minggu lepas ajak dating dia kata busy kerja” la, “tak reply mesej pukul 12 tengah malam tadi” la, habih semua dia habaq. Gua syak dia dah siap list depan telefon, tinggal nak pronounce satu-satu kat gua je.

Gua angguk-angguk, gua letak telefon, gua contact si Azrai balik via FB chat pulak. Gua mintak dia explain satu-satu semua benda ni dekat Shedah. Tapi katanya Shedah dah merajuk tahap Powerroot dah, hanset, fb chat, YM, semua menatang dia off. Kawan yang lain ikut sama off jugak, stendet la kalau kapel gaduh, dia tarik semua kaum kerabat member lepak sekali.

“Dah, dia tak mau ada apa-apa dengan aku lagi. Kalau inilah takdirnya, aku relakan ajelah….” luahan si Azrai pada gua. Daaaah sentimental la pulak dengan gua. Nyanyi lagu putus harapan pulak. Gua dah tepuk dahi. Apekebengang bercinta pumpang pumpang lima tahun, semua benda kau harung, satu malam ni pun lu tak boleh handle.

“Engko tak payah nak explain-explain facebook error tu lagi. Tak payah nak defend diri engko lagi. Time ni tak penting dah lu salah ke lu betul. Engko defend, dia bukak cerita lain pulak. Sampai bila la tak sudah bro.” kata gua panjang lebar.

Dia tanya apa perlu buat. Dia ada satu lagu jiwang dalam tangan, yang dia sibuk layan sejak tadi. 

“Engko amik je video lagu jiwang tu, engko post ke wall dia.” gua kasi cadangan.

“Betul ke, tak pe ke, gua tak biasa buat camni…”

“ENGKO BUAT JELAH” sedebik gua kasi.

Seminit kemudian gua nampak post lagu Di Badai Asmara (nasib baik bukan lagu Pelamin Anganku Musnah) up dalam wall si Shedah, dengan ucapan “Sayang, love you so much.”

Hambik engko.

Pastu tak lama kemudian, Shedah komen kat bawah tu “Ailebiuuuu so mach tuuuu.”

Hambiiiikkk engko.

Dah, selamat dah.

Tunang dah pun lepas tu.

Hahaha. Perempuan. Gua tak tau la nak cakap macam mana. Suka gaduh benda yang lekeh-lekeh, dan makin dilayan makin besar pulak jadinya. Tu satu gua nak cakap pada makhluk-makhluk macho di alam semesta ni—jangan dilayan sangat. Kalau dah malas sangat, mintak maaf dan ucap sayang je. Kalau kurang malas sikit call station radio dedikasi lagu ke, beli bunga sejambak ke, kasi jam kapel sebijik ke. Distract sikit kasi dia lupa masalah apa. Dia gaduh pun bukan sebab nak selesaikan isu dengan korang pun, kadang-kadang dia nak dengar engko jawab balik je. Nak attention.

Kepada makhluk-makhluk jelitawan perawan tu pulak, tolonglah jangan semakkan otak makhluk macho dengan permasalahan kecik macam ni. Kitorang ada isu yang lebih besar untuk diselesaikan, contohnya taktik merokok tanpa membaukan baju, atau cara tukar timing belt dengan sebelah tangan. Contohnyalah. Nak cari penawar kanser pun sedak jugak.

Jadi engkorang berdua tengoklah. Adakah berbaloi sesuatu isu tu engko nak panjang-panjangkan sampai berhari-hari. Senang macam ni—kalau member lu ke, adik lu ke (atau sesiapa selain kekasih lu) buat benda yang sama—lu merajuk tak?

Kalau tak, tandanya tak berbaloi la tu gaduhnya.

Ok lah. tu je. gua nak blah dulu. Nak google kejap lagu Sera tu, harap-harap masih ada lagi kat Youtube. Sedak gak layan memalam gini.

13 ulasan:

Rokiah Wandah berkata...

Mampus kena sula denan pemetik kelapa sawit karang.

nasib baik Denan yang kena kan . . . hahaha

aku berkata...

status fb ja kot [=="]

super d0uble F :) berkata...

hahhaa,terkena sedas dua kat muka sendiri tapi standard la kot.kuang3 ;)

keli menari berkata...

Hmm dasat orang bercinta.Adoi

Tanpa Nama berkata...

sentap aku bace!! hahaha

Nurana berkata...

hahahaha.. entri ni buatkan aku gelak guling2.. ;p beselah perempuan memang camtuuu

miza kimbum berkata...

wakaka XD

Tanpa Nama berkata...

tak tahu knapa, tapi bila baca rasa comel gila! kelakar pun ade

-MH-

sophieima berkata...

hehehe. kiut je citer. hahaha

Tanpa Nama berkata...

inilah yg berlaku kat aku semenjak dua menjak ni

Myra.KS berkata...

hahaha...realiti! :P

Myra.KS berkata...

hahaha...realiti! :P

fatin qurratuaini berkata...

ada time kawan kedah aku tersebut pelik jadi peliaq. kawan kelantan aku lagi sorang tanya, 'apa tu?'. k0s0ng.. k0s0ng..