Kualiti Hidup Berpasangan.
Zaman sekarang ni ramai betul nak berbicara mengenai kualiti. Semua benda nak kualiti. Kononnya kualiti haruslah membenam kuantiti. Kualiti dalam segala hal termasuklah hendak memiliki pasangan hidup yang kualiti tanpa memikirkan tahap kualiti diri sendiri. Kalini, aku sebagai penulis yang rendah darjatnya di sisi kalian pembaca-pembaca blog terfaktab, ingin berkongsi sedikit idea mengenai apa yang aku tahu mengenai kualiti di dalam hidup. Lebih spesifik, hidup berpasangan.
Bila bicara mengenai kualiti, pastinya ia terlampau subjektif untuk di spesifikkan kualiti jenis mana yang kau harapkan ada pada pasangan kau. Ya, ia sangat subjektif. Mungkin kualiti yang aku harapkan ada pada bakal kekasih aku nanti tidak sama kualiti dengan apa yang kau harapkan. Umpama bila membancuh air milo yang berkualiti (ada setengah orang sebut melo. Aku tak tau celah mana huruf 'e' tu wujud), sememangnya ada orang yang suka milonya nipis dan rasa manisnya tinggi. Macam aku, aku suka kepekatan coklatnya. Manis itu sedang-sedang tak apa. Begitulah juga bila berbicara tentang kualiti berpasangan.
Sering kali kita lihat dan dengar, ramai orang inginkan pasangan yang berkualiti. Terma kualiti yang kita selalu dengar dari perempuan ialah semestinya segak, punya wang yang boleh buat koyak poket, kerja yang sedap dan sewaktu dengannya. Tak lupa juga yang reti jadi imam. Kehkehkeh. Pada yang laki, tak habis-habis melabelkan kualiti pasangan mereka mahukan yang lebih kepada yang boleh jaga mereka. Jaga makan minum, jaga pakaian mereka dan bermacam lagi. Tapi sejauh mana kau boleh jumpa kualiti tu dalam satu badan manusia? Sejauh mana kualiti yang kau mahukan tu 100% wujud dalam manusia di dunia ni?
Ramai orang pernah dengar perkataan 'picky'. Mereka memilih kerana mereka telah listkan satu list panjang mengenai kualiti bakal pasangan mereka. Bagi lelaki, mungkin tiada masalah. Bila umur hit no 40 pun masih ada yang mahu. Kan orang kata life starts at 40? Tapi perempuan. Susah. Bila tak match dalam list sahaja, tangguhkan. Akhirnya kau akan dilabel andartu. Dan, bagi pengamatan aku, lelaki yang kualiti kebanyakannya, sememangnya wujud selepas mereka mendirikan rumah tangga. Jadi kalau perempuan mahukan lelaki yang berkualiti, mahukah mereka berkongsi kasih sayang dengan perempuan yang lain hanya kerana lelaki itu berkualiti? Jika tidak berkongsi, adakah kau mahu menggoncang tiang arasy?
Maksud menggoncang tiang arasy tadi ialah, tahukah kau orang semua, setiap kali ada seorang manusia melafazkan cerai kepada isterinya, tidak kira isteri dia mintak atau memang atas dasar dirinya sendiri, masa tu bergoyang lah tiang arasy. Dan tahukah lelaki, kalau kau kahwin dua atau lebih, dan kau gagal memberi kasih sayang sama rata kepada isteri-isteri kau, di zaman kebangkitan nanti, kau akan berjalan tempang?
Bagi perempuan, memilih lelaki yang amat berkualiti untuk dijadikan teman hidup, mungkin adalah satu langkah yang baik, atau satu langkah yang buruk. Bergantung kepada situasi dan bagaimana terma kualiti tu kau kupaskan. Andai kata kau label lelaki berkualiti itu ialah seorang yang kaya, berperwatakan kacak, berkata manis, mampu mengimamkan kau. Keadaan sekeliling aku memberi tahu, lelaki sememangnya mudah untuk maintain kualitinya yang sebegitu. Jika kau pilih lelaki yang sudah tinggi kualitinya (yakni ramainya dari yang sudah berkeluarga ataupun pernah bekeluarga ataupun dipertengahan umur), ramai mana lelaki yang sudah umurnya mencecah 40 tahun akan bangun tengah pagi semata-mata untuk menukar lampin bayi? Ramai mana yang sanggup bangun tengah pagi, ke dapur semata-mata untuk membancuh susu kerana bayi yang menangis? Ada. Tapi ramai ke? Adakah pilihan yang kau pilih tu sanggup buat semua benda begitu?
Sememangnya orang sebegitu ialah seorang yang keras bekerja. Mereka lebih banyak memikirkan hal pejabat hari esok. Yalah kau nak lelaki yang poket kembung, terima sajalah. Kata orang, if you love me, love my passion. Tambahan, untuk maintainkan kualiti. Lelaki amatlah mudah untuk maintain kualiti mereka. Perut boyot? Tidak apa, asalkan sweet talker, poket kembung. Kau milikku. Kau kan mahukan payung emas? Berkongsilah apa ada. Nampak tak betapa bahayanya bila memilih seorang lelaki yang kualitinya amat tinggi.
Hasi carian google 'lelaki buncit kaya' |
Bagi lelaki pula, bila kau melabelkan pasangan kau yang berkualiti itu terlampau tinggi seperti badan macam semut, rupa serupa Erra Fazira, nak yang ada rambut selembut salju. Yes, memang ramai yang begitu. Malahan ada yang bonus, reti masak masakan melayu. Tapi sanggupkah kau tanggung kos untuk maintain kualitinya itu? Kualiti seorang perempuan pada pandangan lelaki kebanyakannya begitu. Bohong sangat kalau lelaki atau perempuan tengok bakal pasangan mereka tidak pandang langsung pada rupa. Baginya hati itu penting. Chiit podaaahhh. Lahanat penipu besar.
Hasil carian google 'awek melayu comel' |
Balik pada topik maintainkan kualiti perempuan pada pandangan lelaki, kalau kau sudah pilih perempuan yang tinggi kualitinya, kau harus berani untuk maintainkan kualiti tu. Lepas bersalin sahaja, dia akan menerima lebihan lemak. Untuk nampak dia seperti yang kau kenal awal dahulu, kau haruslah berani untuk melabur duit hantar dia ke slim world tak punbeli 1001 jamu supaya dia kekal langsing agar sayangnya kau terhadap dia kekal abadi seperti kekalnya dia yang slim. Dalam konteks yang sama, bagi perempuan, boleh ke kau tahan makan nasi pun kadang-kadang semata-mata menjaga badan. Tengok kawan makan nasi kandar mamak, kau hanya minum air sahaja. Sanggup? Yah. Demi lelaki tercinta aku, aku sanggup. Kalau tidak nanti, dia lari. Sudah lah dia tu kacak, duit berkepok, sweet talker. Cuma boyot sikit.
Namun akhirnya untuk mempunyai kualiti hidup berpasangan, kualiti yang perlu kita cari ialah, sejauh mana hubungan kau dan dia tu boleh mencanakkan pahala. Kualiti, sejauh mana hubungan kau dan dia tu buat kau kenal Maha Pencipta kau. Bersyukur atas apa yang ada. Aku tak kata memilih pasangan yang tinggi kualiti itu salah. Tapi biarlah selari dengan mengenali Pencipta. Seorang anak, dua orang anak, tiga orang anak. Bagi yang perempuan, kau akan mungkin akan gain banyak berat dari situ, bagi lelaki tanggungan yang banyak buat kau agak sempit untuk hidup. Tapi percayalah, setiap anak itu rezeki kau.
Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit atau dinar dirham wang emas.
Kalau kita hidup dengan mencari kualiti pada pasangan masing-masing sambil beringat yang satu hari nanti pastinya ada hari perhitungan, InsyaAllah tiada masalah untuk kita handle kualiti yang ada. Contohnya bagi lelaki, seperti yang aku cakap tadi, aku kawin ramai, kau tak adil, kau tempang. Bagi perempuan pula, kau buat benda tak senonoh sebelum kahwin, dosanya akan terbahagi sedikit kepada ayah kau. Dan bila kau dah kahwin, disalurkan pula kepada suami kau.
Kau kata kau sayang mereka dua, tapi kualiti yang kau ada tu, kau tak langsung buat seperti kau sayang mereka. Harus pandailah menjaga kualiti itu. Agar sayangnya kita kepada mereka tak terhad pada dunia semata-mata. Kesimpulannya, mempunyai diri yang kualiti dan pasangan yang kualiti tak membawa kepada kehidupan yang kualiti. Kehidupan yang berkualiti datang dari cara kau handle semua status kualiti yang ada.
Itu lebih mustahak.
Ulasan
dapat juga pasti smpurna kann
Okbai.
saya sangat setuju
Namun tidak salah untuk memilih pasangan yang berkualiti,namun tetap berpaksikan realiti.
Tersenyum saja bila membaca
10 CIRI2 BF/GF idaman:)
hidup berpasangan telah tertulis
"lelaki/perempuan yg baik utk pasangan yg baik begitu sebaliknya"
samada kita sedar atau tidak itu terpulan pada individu.
jika kita muhasabah kembali tentang kisah perjalanan kehidupan sebelum ini dan melihat kembali kepada diri sendiri dan pasangan insyALLAH akan terlihatlah maksud ayat diatas
sebab itu bagi saya,saya lebih suka ungkapan ayat bermaksud "mensyukuri kelebihannya dan menerima kekurangan dengan sepenuh hati" itulah intipati dalam berpasangan..
:)
koh3..
Then , bagi perempuan , banyak-banyak lah bertaubat before berkahwin , kasihanilah mereka .
keh keh keh :P