Jam Tangan Kanan

Aku memandu dan dia duduk di sebelah. Mata aku melihat tangan kanan dia dan terlihat dia memakai jam tangan di tangan kanan. Terus, aku buka jam tangan aku yang ada pada tangan kiri dan menukarnya ke tangan kanan aku seperti kebiasaan.
            "Eh, kenapa awak tukar kat tangan kanan?" tanya dia.
            "Oh, saya memang pakai jam kat tangan kanan. Saya pakai jam tangan kiri sebab biasanya makwe sebelum-sebelum ini yang saya keluar ramai yang pakai jam tangan kiri. Karang berlaga" jawab aku
            "Elehh, tiru ke apa? Saya pakai jam kat belah kanan sebab nak cover ini.." tunjuk dia pada tangan kanan dia yang ada parut kecil pada pergelangan tangan.
            "Eh? Saya pun sebab itu juga. Nah tengok." aku dengan segera tunjuk parut pada tangan kanan aku itu.
             Dia tergelak. Dan kami tergelak di dalam kereta. Tak sangka sebabnya sama.
            "Saya ada parut ini sebab eksiden." aku memberitahu.
            "Saya pun! Awak jatuh motor ke?" dia bertanya dengan penuh minat.
            "Ya jatuh motor! Hahaha. Awak kena masa form 5?" aku mula teruja dan bertanya soalan dengan harapan jawapan.
            "Hahaha." dia gelak sambil menutup mulut. Tersenyum dan memandang aku.
            "Ya. Form 5. Depan tu belok kanan tau." sambung dia dan tersenyum sambil memberikan arah keluar dari Cheras.
             Aku membelok kenderaan dan dalam hati aku berkata;
            "Ini power punya coincidence." lalu aku berkata pada dia;
            "Entah-entah kita jatuh pada hari yang sama pada waktu lalu dan kita jatuh hati pada hari ini." aku mengeluarkan ayat pick-up line.
            Dia senyum dan berkata;
           "Ok lah tu, kalau saya rindu awak waktu kita jauh. Saya lihat parut tangan saya, terubatlah rindu saya tu.."




Oh yeah.

Ulasan

ija panic berkata…
arghhhhh....sweet
.::aDa::. berkata…
Manis terlebih.
-err, berkata…
tangan kanan.:)
QZ92 berkata…
citer ni best sgt2. kadang2 membuatkan diri aku ni seperti foreva alone lol

(T.T)
Ahmad Azzam berkata…
Ini dia punya manis boleh potong kaki bro, haha.
Arai Lekir berkata…
boleh kencing manis macam ni
EzzatiExpress berkata…
eh, kebetulan.. aku pon pakai jam tangan kanan dan ada parut dekat pergelangan. hehehehe.
Cik Kaishi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cik Kaishi berkata…
eerrkk,
cam terkene je aku,
dulu2 aku pakai jam tangan kanan,
selalu sangat berlaga,
lepas tu aku hadiahkan jam tangan baru kat dia, sebab risau2 dulu2 kerap berlaga kot2 cermin nya dah calar

awak, saya dah tukar pakai jam sebelah kiri,

jam awak bagi sy hargai, tapi jam sy bagi, mesti dah tak ada makna lagi

Catatan popular daripada blog ini

Perempuan, Perhubungan dan Seksual.

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.

Cara Hendak Contact Balik EX Lama.