Jangan Hilang Harapan.


Aku percaya setiap orang akan sampai lowest point on their relationship in life. Been there, done that. Hati sakit macam kena pijak. Kehilangan separuh jiwa. Atau mungkin seluruh jiwa. Aku pun pernah lalui zaman itu. Hati sakit sampai tak terluah dek kata kata. Dan sedar atau tak, kebanyakan dari kita hanya sedar akan adanya Tuhan bila waktu susah begini. Dia lah menjadi tempat mengadu dan meminta bila mana sudah tiada telinga yang mampu lagi untuk mendengar kesedihan kita.

Sekadar nak berkongsi pengalaman lepas, masa zaman meroyan aku ni, memang setiap hari pun menangis, mengenang nasib dan sebagainya. Aku pun naik menyampah dengan diri sendiri. Tapi perasaan ni memang bukan saja saja buat. Memang tak dapat dibendung. Soalan yang kerap aku tanya kat diri sendiri “Kenapa? Kenapa jadi macam ni? Kenapa dia tak pernah nampak susah payah aku selama ni? Kenapa?”. Aku pun takde jawapan untuk itu. Aku anggap itu adalah karma. Mungkin dalam relationship sebelum ni aku kejam dengan orang lain. Dan itulah apa yang diorang rasa dulu. Padan dengan muka aku.

As the time goes by, aku cuba move on. Sampai satu tahap aku rasa dah immune dengan relationship and all this shits. Aku tak terfikir nak commit lagi dah. Tak kahwin pun tak kahwin lah. Anak buah aku pun dah bersepah. Kalau teringin sangat anak, ambiklah anak angkat seorang bila umur dah 35 tahun nanti. Aku malas. Aku malas dah nak sakit hati, aku malas nak melayan rajuk, aku malas nak berkenalan dengan orang yang bangang, aku malas nak sumpah seranah orang, aku malas asyik kena tipu dengan jantan tak guna, aku malas buang masa+duit+tenaga, aku dah malas!

Tapi tu semua cakap cakap yang keluar dari mulut aku je. Kuasa Tuhan tak sape boleh halang. There’s always a rainbow after the rain, orang kabor. Aku tak harap dapat pelangi. Dapat awan kumulus pun dah bersyukur. Tapi kali ni Tuhan bukan saja bagi aku awan kumulus, Dia bagi aku sekali pakej pelangi, bulan, bintang, beserta planet planet yang lain. Dan aku bersyukur dia datang pada masa yang betul. Macam jatuh dari langit. Dan aku takde masalah langsung nak settle down dengan kadar segera walau pun ada cakap cakap yang suruh aku kenal dia betul betul dulu.

Satu benda yang aku percaya dari dulu, jangka masa kita bercinta dengan seseorang tak menjamin langsung bahawa dia adalah jodoh kita. Bercinta lima, enam tahun pun sudahnya ke laut. So, jangan takut ambik risiko. Maybe this is your destiny. Aku bersyukur sebab aku dah move on sepenuhnya. Alhamdulilah. Dan aku pasti ramai yang masih belum move on. Jangan hilang harapan, jangan putus asa (walau pun aku pernah rasa camtu dulu), jangan berhenti berdoa. Tuhan sentiasa mendengar doa kita. Mungkin korang akan dapat hadiah tunang ikat reben (kinky-nya!) masa birthday korang. Who knows? Time will heals you. Cuma masanya kita tak tahu.


p/s : I love you to the moon and come back.


Ulasan

Unknown berkata…
ntah kenapa aku menangis. sudah habis move on, tak pandang belakang langsung tapi hati tertutup terus. hanya masa penentu segala.
Farah berkata…
Aku memang dah lama move on . Dan sekarang aku dah sampai tahap taknak bercinta , hati kering , benci dan tk percaya lelaki . Besar gila impak yg jd lepas aku putus dgn org yg aku percaya dia lah jodoh . Pfffttt .
Tanpa Nama berkata…
24 tahun hidup, 2 kali i tinggalkan orang, 2 kali jugak orang tinggalkan i. tapi i tak pernah serik untuk bercinta. hiks.
Atikah Hakita berkata…
sblm kawen mmg tak penah serik bercinta...sebab Allah lbh tahu apa yang terbaik utk kita.
reenapple berkata…
Aku setuju. Kena move on walalu macam mana sekalipun tapi aku dah serik dengan cinta. =(
Unknown berkata…
Aku pun nak move on. Semoga aku akan bertemu dengan jodoh yang telah ditetapkan untukku
Unknown berkata…
aku rasa yang ini terbaik . setuju!
penulis v.s pelukis berkata…
setuju dengan maksu..
pengalaman lepas tu kira macam bagi pengajaran..
maju dan terus maju..
:)
pikir kool berkata…
"Satu benda yang aku percaya dari dulu, jangka masa kita bercinta dengan seseorang tak menjamin langsung bahawa dia adalah jodoh kita. Bercinta lima, enam tahun pun sudahnya ke laut. So, jangan takut ambik risiko."

dalam bab jodoh ni, dalam islam x perlu trial and error atau ambil risiko sbb kita ade istiharah.

dengan istiharah, Allah swt boleh tunjuk kita apa yg akan terjadi pada masa hadapan sekiranya kita terus bercinta dgn si dia.

dan in shaa Allah kita bole tau on the spot samada sorang tu akan jadi heartbreaker atau soulmate.

daiaziz berkata…
yup... aku suka tu.. ada pelangi di hujung jalan.. wakaka. that is good spirit weh. ko perasan tak. semua yang berlaku mmg ada hikmah. aku selalu pcaya tu. hikmah nye skg, ko dh dpt keje ok... dan ko akan jumpa org2 kat sn.. pcaya la..laki kat sn bapak gentle gile!! ;) dan aku dah cop satu...wahahaha.. cumanya.. kita harus pcaya mmg akn ada yang baik untuk kite. aku sayang ko. aku sayang kwn2 aku! chaiyokkk!
phaz berkata…
aku tak malas,tak juga serik..cuma kadang-kadang rasa mcm tak de tenaga dah nak bercinta,takde daya dah..penat kut..
Tanpa Nama berkata…
aku pon sama mcm kau maria natasjha.. dah malas nak bercinta bagai dah.. hanya berserah ja kpd takdir..ada jodoh, ada la..takdak jodoh, takdak laa
Ana Wana berkata…
move on, itu yg tiap2 hari aku bisik motivasi pada diri. tapi tak semudah diucap, walau berbulan bertahun masa berlalu, renduu masih ada. apa aku yg msh tanam harapan agar dia kembali ?
hmm entah.
aku juga masih menantikan pelangi ceria, utk aku kembali bahagia, moga ada nya nanti, suatu hari pasti
muCux berkata…
maksu kawen bulan 6 jangan lupa jemput tau
hihihihi
FarahPingu berkata…
aku hilang tujuan
Unknown berkata…
saya tahu macam mana perasaannya.

http://coretanhiduphawa.blogspot.com/2013/01/episod-satu.html


R.A berkata…

ko dah dapat bahagian ko..tahniah..
mmg masa pnjg pendeknya perhubungan tu tak menjamin apa2.
tapi bagaimana pnjg pndeknya bila ditinggalkan..
pnjagnya aku ditinggalkan..tapi masih menanti harapan..aku tau sia2..tapi soal hati..aku naif..
Unknown berkata…
hah..cinta...pui...penat ahh

baik aku cinta sportbike aku sepenuh jiwa dr asik bg kat pompuan yg bangang sudahnye kelaot...
NZ berkata…
Tengah melalui saat perit. Harap satu hari nanti, dapat rasa macam kat tempat you jugak, Maria.
everybody wonder berkata…
hopefully dpt bintang mcm you

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.