Umar (2)
Umar berlari ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya berada dalam anggaran 5 batang pokok kayu jati yang tumbang. Pergi ke pantai pada waktu golongan hantu sedang tekun bekerja memang kerja gila tapi bagi seorang Umar, dia memang handal melakukan pelbagai kerja gila.
Sampainya di pantai, Umar menjerit. Untuk menghilangkan stress konon-kononnya. Perangai ini dicedok Umar dari filem-filem yang banyak menunjukkan scene kalau tengah stress, pergi mana-mana lepas tu jerit kuat-kuat sorang-sorang. Bangang. Dia masih memikirkan tentang suara yang menyuruhnya mencari cinta jika ingin megubah sikap pemarahnya. Sebenarnya takde sebab pun dia nak stress tapi anggap je la untuk menyedapkan cerita.
Umar melihat jam di tangannya. 4.32 pagi. Oleh kerana suara itulah, lenanya terganggu. Umar tiba-tiba jadi marah. "Kau menaikkan amarahku!", jerit Umar sambil berlari ke arah laut. Sampai di tengah laut, barulah Umar teringat yang dia tidak pandai berenang. Ombak besar tiba-tiba datang dan menariknya semakin dalam. "Makin saspens nampaknya cerita ni", bisik seorang pemancing dari atas sebuah bot berenjin 5 kuasa kuda. Pemancing itu hanya melihat Umar terkapai-kapai ditelan laut sambil tangannya memasang umpan pada mata kail.
Sinar matahari yang hangat memaksa Umar membuka matanya. Dia meraba-raba seluruh anggota badannya. Ternyata, umurnya masih panjang. Dia bangun dan melihat kawasan sekeliling. Ternyata dia masih berada di kawasan kampungnya. Umar marah. Sepatutnya ombak menghanyutkannya ke tempat yang lebih jauh. Dia memang sudah lama mengidam ingin pergi ke Korea dan menumbuk artis mereka.
Umar mencarut. Ingin berlari ke laut, dia sudah tidak berani. "Saudara Umar, saudara Umar!", satu suara menyebabkan Umar berpaling. Kelihatan Marzuki, salah seorang penduduk kampung sedang berlari ke arahnya. Marzuki seorang yang terkenal dengan sopan santunnya yang keterlaluan.
"Maafkan saya saudara Umar, tapi bolehkah saudara Umar memberitahu saya kenapa saudara Umar terbaring di sini? Maaf kalau pertanyaan saya ini membangkitkan kemarahan saudara Umar", Marzuki bertanya sambil memberikan senyuman manis.
"Marzuki, betulkah cinta boleh menghilangkan amarah?", Umar menjawab pertanyaan Marzuki dengan pertanyaan. "Maafkan saya saudara Umar, saya kurang pasti jawapannya tapi jika diizinkan saudara Umar, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai cinta", Marzuki menjawab sambil tangan kanannya digenggam secara senget, ibu jarinya dikeluarkan sedikit dan dituding ke arah Umar. Umar mengangguk.
"Saudara Umar, sebelum bercinta dahulu saya juga seorang yang pemarah. Pernah seorang lelaki membakar motosikal saya dan saya telah menumbuknya. Kelakuan saya itu amat saya kesali. Tetapi maafkan saya saudara Umar, setelah saya mempunyai seorang teman wanita, saya tidak marah lagi. Ini terbukti apabila saya masih mampu memberikan duit tambang pada seorang lelaki yang merompak rumah saya baru-baru ini, saudara Umar", Marzuki menceritakan sambil tersenyum bangga.
Umar beredar dari kawasan pantai dengan Marzuki sedang terbaring. Darah sedang mengalir dari hidung Marzuki. "Bangang", bisik hati Umar. "Maafkan saya saudara Umar, maafkan saya saudara Umar", terdengar suara Marzuki dari jauh.
Umar memanjat tingkap biliknya dan baring di atas katil. Dia memikirkan tentang apa yang dikatakan Marzuki. Mungkin Marzuki benar. Mungkin apa yang diperlukan olehnya hanyalah cinta dan seorang teman wanita. Umar termenung panjang.
Bersambung
Ulasan
"Kau menaikkan amarahku!"
hahaaha
Tp yang ni serious lawak. Gelak kaw kaw. Haha.five thumbs up!
ayat "bersambung" semakin menaikkan amarahku!!!!
"bersambung" itu memang menaikkan amarahku jua!!!
bersambung niiiihhhh~~~!
Memang menaikkan amarah!
"Maafkan saya saudara Umar, maafkan saya saudara Umar"
hahaha...