24 Februari 2014

Sedih

Lelaki. Mana pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana mereka control hati, mereka jarang luahkan rasa sedih. Tak macho konon-kononnya. Putus cinta, lelaki akan tumbuk dinding dua tiga kali, menjerit dan pergi main snuker dengan member. Itu je.

Perempuan. Memang pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana hati mereka, luahkan sedih dah jadi tabiat. Tak gadis la kalau tak beremosi. Putus cinta, meraung dua tiga jam, tumbuk tumbuk bantal, pergi makan, masuk bilik sambung menangis, pergi mandi, menangis bawah shower, jumpa kawan-kawan, cerita sambil menangis, balik, menangis lagi. Itu je.

"Jangan cengeng sangat, itu pun nak menangis," kata lelaki pada perempuan.

"Jangan ego sangat, lega kalau menangis," balas perempuan pada lelaki.

Tapi tunjukkan atau tak, pendamkan atau tak, rasanya tetap sama. Rasa yang buat kau sesak nafas, rasa yang membunuh segala logik, rasa yang akan menghilangkan segala rasa. Rasa macam celaka.

Lelaki atau perempuan, bila tiba masanya akan diberi banyak pilihan dan pilihan itu samada membahagiakan atau merosakkan. Kadang-kadang, kau hanya ada satu pilihan. Satu. Nak taknak, kau kena lakukan jugak. Walau dengan mengetap bibir atau dengan air mata yang berlinang. 

Sebenarnya gua tulis entri ni tanpa berfikir panjang atau tanpa berfikir langsung. Kalau kau dapat apa yang bagus dalam entri ni, baguslah. Kalau tak dapat, kau anggaplah entri ni entri selingan macam iklan.

Dan pada akhirnya nanti, kalau kau sedih, ada 3 benda je yang mampu buat kau rasa lega sikit. Mak, coklat(untuk perempuan) dan rokok(untuk lelaki, tapi kalau perempuan nak buat jugak takdehal, gua sporting.)

Tapi semua tu mampu melegakan je. Sekejap je. Temporary. Yang mampu menghilangkan terus kesedihan kau itu ialah diri kau sendiri.

Tapi gua tak sedih. Gua tak pernah sedih. Gua terer. Kah kah kah!


5 ulasan:

corbycinta berkata...

Coklat kurang. Makanan yang sodap2 je gua bantai.

Mildred Juen berkata...

hehe tabiat perempuan.

M. Faiz Syahmi berkata...

Kalau aku sedih, aku kombo rokok+makan besar.

Sebab tu makin gemuk.

Hihi.

Arip Ace berkata...

Wahhhh giler r writer ni x pernah rasa sedih..tapi macam mana ko boleh taw sedih tu camna sedangkan ko tak pernah rasa pon macam mana perasaan sedih tu..heeee

dalilie berkata...

Sedih pulak rasa baca entri ni. :(