24 Februari 2014

Jatuh Suka

Salam sejahtera.

Jatuh suka dengan jatuh cinta ini benda-alah yang berbeza sebenarnya. Kau boleh jatuh suka hari-hari, tapi belum tentu boleh jatuh cinta hari-hari (dalam skop perhubungan lelaki-perempuan). Maksud kat sini, adalah perkara normal kalau kau dah ada teman lelaki/perempuan, mahupun dah ada suami/isteri, kau jatuh suka dekat orang lain. Jatuh suka kat pelakon ke, jatuh suka kat ofismate kau ke, jatuh suka kat kawan kuliah ke, jatuh suka kat mamat/minah mana entah yang caring ke kau tak pasal-pasal dalam twitter/fesbuk mahupun whatsapp. Jatuh suka ke member pasangan kau pun ada.

Benda tu normal. Cuma bila kau tak kawal. Akan jadi jatuh cinta. Yang itu jadi kesalahan sikit atau pun boleh mendatangkan ribut taufan dalam hubungan kau yang sedia ada. Boleh mendatangkan curang dan skandal.

Sebab itu penting bagi kita yang lelaki, tak kiralah kau dah kahwin ke belum. Always take care pasangan kau. Caring ke dia tu biar selalu. Always alert. Kalau boleh, jadikan hari-hari kau bersama si dia tu macam hari pertama kau jatuh cinta. Supaya! Supaya takde can langsung untuk dia jatuh suka ke orang lain, apatah lagi jatuh cinta ke orang lain.

Call lah dia. Tak pun whatsapp. Ni bukan zaman henpon Nokia 3310 tok kaduk setiap kali mesej kena 5 sen. Ni zaman whatsapp kau tulis lah mesej panjang macam mana pun, masih lagi bulanan RM28 internet. (kalau pakai U Mobile la)

Ha, tak pun. Jumpa! Seminggu sekali pun orait. Kalau yang Long Distance Relationship. Tu cerita lain.

Kita nak bagi ruang untuk girlfriend/isteri kita supaya dia tak pandang orang lain (jatuh suka ke orang lain) itu kecil atau lagi bagus, tertutup. Biar dia pandang kita je. Biar dia lihat kita sebagai the only person secara fizikal untuk dia suka. Kalau kau dah kahwin tapi kau seolah membuka ruang bini kau untuk pandang ke lelaki lain. Tu problem beb. Kalau bini kau jenis 'not so kind easy', takpe lagi. Kalau jenis cepat terpengaruh ni bahaya sikit. Kena ingatlah sekarang zaman bini/laki curang melambak. Kau pernah dengar kes yang laki dia rakam bini dia main dalam kereta dengan lelaki lain baru-baru ini? Tak nak sedih pulak, kan?

Aku terus-terang banyak kali jumpa sama ada girlfriend orang atau isteri orang yang entah macam mana boleh rasa sunyi, lalu sunyi itu penyebab dia jatuh suka ke orang lain sebab orang lain tu lebih caring dari boyfriend/suami dia. Teman wanita aku pun pernah rasa benda itu mengenangkan aku selalu sibuk dengan kerja out-station. Nasib baik teman wanita aku ni jenis berakal, dia bagitahu apa yang dia rasa. Aku pun terfikir kejap dan mula membuat satu resolusi. (peh dah macam PBB siap resolusi bagai)


"Sayang, untuk elak awak jatuh suka ke orang lain akibat ketiadaan saya di sisi yang menyebabkan awak akan berasa sunyi. Which is saya faham orang perempuan memang sangat-sangat-sangat perlukan perhatian dari teman lelaki or husband-nya. Maka awak ambillah baju saya yang saya gemar pakai ini. Bila awak rindu atau sunyi, awak pakai."










Ah mamposlah. Makwe aku dengan aku baju sama saiz. Sapa suruh kau jarang bersenam?

5 ulasan:

Bunga_Ibrahim14 berkata...

Haha. kalau nak bagi baju kat awek, cuci guna downy seribu kali. konfem tiap hari awek pakai beb. Kehkehkeh..

Cik Nadz berkata...

Kata-kata terakhir anda adalah kejam kot. Hello..perempuan chubby la yang pandai dan sayang lelaki dia..cewah.

AlexiaAqram berkata...

ahh gua peduli apa hahaha :D

kupu-kupu_cinta berkata...

hahaha good idea. kot 1 hari sakit hati ... baju tu boleh buat lap cecair hijau.

CikJa berkata...

COMELNYA!! sukalah