7 September 2012

Cinta Buatan Twitter



1. Hari ni gua nak bincangkan tentang pro dan kontra Cinta Buatan Twitter. Gua syak semua orang pernah rasa, takpun ada crush kan?

2. Cinta Buatan Twitter ialah cinta yang bertemu, berlangsung dan mungkin putus di Twitter.

3. Supaya tak rasa faking dan rabak cepat sangat, gua cerita apa yang pro tentang Cinta Buatan Twitter dulu.

4. Untungnya Cinta Buatan Twitter ni ialah tak banyak kerja sangat. Follow, mention, DM. Kalau dah benci pun ada unfollow dengan block je.

5. Cinta Buatan Twitter menambah keyakinan pada orang. Ya, lagi mudah sweet talker menggunakan taipan dari ungkapan.

6. Cinta Buatan Twitter juga berkesan untuk hubungan jarak jauh. Jimat. Kini semua orang boleh dating dengan hanya bukak laptop atau henset.

7. CintaBuatanTwitter berkesan untuk mewujudkan makwe imaginasi. Create satu akaun, letak avatar makwe comel, haa borak la dengan diri sendiri.

8. Kalau tetiba cinta tu berjaya sampai ke alam perkahwinan pun senang nak jemput orang makan kenduri. Takpun kahwin kat Twtup. Jimat.

9. Ada lagi kot kelebihan Cinta Buatan Twitter tapi banyak tu je yang gua terpikir. Ok, kita beralih tentang apa yang kontra.

*cucuh rokok*

10. Indah Twitter dari rupa. Tengok avatar macam kacak, tweet macam power tapi jumpa depan depan, lari 360 darjah.

11. Cinta Buatan Twitter juga mudah disailang. Letak tweethandle makwe kat bio lagi!

12. Bila dah kena sailang, benda yang biasa terjadi akan berlaku pada kita. Kena troll pulak. Cilake, simpati memang tak wujud kat twitter ni.

13. Kenapa gua kata lari 360 darjah dan bukan 180 darjah? Alaa, esok esok jumpa kat twitter semula. Peh, genius betei gua cover.

14. Menyampah. Bayangkan ada couple hari hari berdating depan rumah kita. Menyampah kan tengok? Berdating hari hari kat twitter pun sama jugak.

15.  Gaduh pakwe makwe kat twitter lagi havoc dari gaduh kat luar atau kat henset. Semua orang boleh baca, silap-silap boleh trending.

16. Dan benda kontra terakhir yang gua boleh pikir ialah Cinta Buatan Twitter tak thrill macam Cinta Buatan Bus Stand.

17. Tapi balik semula pada cinta takde law, tak salah pun nak jatuh cinta, bercinta atau putus cinta kat twitter.

18. Engko orang punya cinta ikut engko orang la ye dak? Karang tegur, kabor kita menyibuk. Jadi pikir sendiri la apa pro dan kontranya.

19. Jadi akhir kata, teruskanlah percintaan selagi boleh diteruskan. Persetankanlah percintaan yang boleh dipersetankan.


p/s : sebab nama pun cinta buatan twitter, gaya tulis pun bior macam tweet ye dak?

7 ulasan:

fifie berkata...

Tak ada akaun twitter maka nya cinta buatan twitter itu tidak ada. Kuikui

Maria Menado~ berkata...

haha.. nice. saya twitter kureng sikit. tapi kalau bercinta melalui fb okay sikit kot dari twitter.. macam terlalu maya... fb tak maya pulak maria?? eh.

mendatak hijau berkata...

tak aktif twitter

Cik NurulZaty berkata...

nmpknya entri pasal twitter dah trending kat blog ni.hehe

toxicparallel berkata...

dah boleh da slow2 compose lagu..sape2 yg berminat?
hehehe
:)

apple berkata...

kah kah kah leplep.

TheBentPencil berkata...

No. 7 tu: buat akaun makwe utk diri sendiri, adalah @______ dan @________

muahahaha!

also tahniah kepada dua pencinta twitter bernama @_____ dan @______ yang baru bertunang hari tu. Siapa kata cinta twitter tak kemana ye dak?