29 September 2012

Ini Mungkin Artikel Penulis Jemputan Yang Jarang-Jarang Ada dan, Selamat Hari Jadi!

Berikut ialah artikel dari penulis jemputan. Penulisnya ialah Mohd Jayzuan, pasti kalian mengenali beliau yang pernah tampil dalam faktab-cara di Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti. Bersempena dengan hari lahir beliau baru-baru ini, dan pelancaran video muzik Di Matamu Ada Hantu, kami berbesar hati menerbitkan cerpen beliau di dalam blog ini. Menarik untuk dikongsi. Selamat membaca. :)
__________________________________________________________________________________________________________________________

Aku tak tahu kenapa mulut gatal cakap kat bebudak Terfaktab nak tulis untuk depa. Yang bebudak ni pun, setuju plak, apahal? Sekarang, aku tengah memikirkan apa yang perlu aku tulis. Kalau tulis untuk Terfaktab, maknanya pasal cintan cintun la, kan? Kisah cinta memang kisah yang tak akan pernah habis. Jadi takda istilah overrated di situ, okey arsehole?

Ini ada satu cerita.

Imagine, korang dah tua, lewat 50an. Satu hari, korang pergi ke sebuah pulau untuk bercuti, bercuti seorang diri sebab korang tak kahwin--nak menenangkan fikiran dan cari sedikit keamanan dalam hidup yang berserabut. So, memang fukced up. Alone, old, mad and spending your time on an island without orang yang boleh korang panggil ‘Sayang’ dan makan ais krim vanilla sesama. Sure, sangat depressing dan buat rasa macam nak hantuk kepala kat muka couple-couple yang sedang bercintan. Hantuk, tendang kepala depa and spit on them; that’s how bitter you are.

Bila dah puas buat tu semua, korang cari sebuah kedai minum. Sebuah kedai betul-betul di tepi pantai jadi pilihan. Ada satu kerusi putih dan meja bulat kecil. Korang ambil tempat di situ. Pesan air kelapa, korang bagitau, “Air kelapa kena manis! Sebab I’m too bitter.” Pelayan mengangguk malas, korang rasa macam nak bagi penendang. Korang benci orang malas.

Sambil menunggu pesanan tiba, korang melangut layan nostalgia, memandang jauh ke tengah lautan. Matahari senja kelihatan nak melabuhkan tirai. Korang tau kan camna perasaan layan emo-blues time senja macam tu? Yeah, betul, macam gils babs lonely nak mamps! Korang keep on bernostalgia, wajah pakwe/makwe yang paling disayang, paling dirindui, paling bagi impak pada diri korang muncul tak habis-habis. Berputar-putar seperti reel filem. Rindu, dendam, suka, marah, manis, pahit, masam semua bercampur jadi satu; complete pakej. Jiwa korang start merana kerana merindu; korang adalah manusia yang paling sepi dalam dunia.

Kemudian, korang dikejutkan dengan teguran pelayan yang membawa pesanan. Terkejut memang satu perasaan yang menyirap, kadang-kadang rasa macam nak lempang orang tu bila korang dikejutkan dan macam tu la korang rasa pada petang yang melankolia sepi sunyi. Rasa macam nak lempang muka pelayan tu. Normal behaviour manusia, sendiri fucked up, sendiri bermasalah--kemudian cari excuse untuk buat benda fukked up pada orang lain. Lepaskan kegagalan kita dalam bentuk yang selalunya bodoh terhadap orang lain.

Pelayan blah, korang hirup air kelapa. “Ptuihhh!” Korang meludah dan mencarut-carut. Air kelapa masam. Potong. BLOODY POTONG!

Korang mula nak marah dan memaki-hamun, tapi terus berhenti apabila ternampak di meja depan, ada satu pasangan membelakangkan korang dan hanya anak kecil mereka yang berhadapan dan memandang korang. Anak kecil tu memerhatikan korang dengan wajahnya innocent yang sangat comel. Mata bulat, pipi gebu--anak kecil kemudian ketawa melihat korang. Korang selamat. Anak kecil adalah penyelamat. Hari kembali aman.

Tak lama, beberapa minit lepas tu je, pasangan di depan bangun dan anak kecil masih memerhatikan korang. Mata korang tak lepas daripada memandang anak kecil tersebut. Ibu bapa anak kecil tersebut terus berjalan, tangan anak kecil dipimpin. Mata korang masih tak lepas menatap pada anak kecil. Kemudian perlahan-lahan korang dongakkan kepala mahu melihat wajah ibubapa anak kecil yang sangat bertuah tu. Yeah, tu dia. Ex-pakwe/makwe korang rupanya. Macibs.

7 ulasan:

greek goddess berkata...

i likey! rub -buck heart! BLOODY POTONG!

shahirahkhairudin berkata...

raaabaaaakkkkk !

TMUkmkd berkata...

notakaki:
- korang tegur ex korang. (pergi muka surat 81)
- korang hanya diam dan pura tak kenal. (pergi muka surat 126)

DHARMA S. berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
DHARMA S. berkata...

well,
dan anak kecil tersebut seolah-olah me-nganjeng korang yang loser itu.

anak mantan pacar pulak.
haih.

BLOODY POTONG.

Mier Ar berkata...

hahahahahahahaha

Mier Ar berkata...

aku suka pulau. pilihan aku nanti.