28 September 2012

Banyak Dugaan Percintaan = Hubungan Tidak Berkat?

Assalamualaikum


Soalan dari Formspring. :

Hi Mr. K. Saya nak tanya pendapat kau sikit. Aku dah tiga tahun bercinta dengan boyfriend aku. Kitaorang memang nak plan kahwin pun. Tapi lately memang banyak sangat dugaan yang kitaorang terima. Betul ke itu petanda yang aku memang tak ada jodoh dengan dia. Help. Thank you.

Sedih sebenarnya bila aku dapat soalan macam ni. Dan soalan macam ni, confirm-confirm perempuan je yang tanya. Tahu kenapa? Sebab perempuan ni pesen overthinking. Boyfriend reject call sikit, terus fikir bukan-bukan. Dah la pesen fikir luar kawalan, ada tu, sampai kaitkan dengan agama. Contohnya macam. "Aku nak beli kasut la." Tup-tup, dekat mall ada sale beli 10 pasang kasut percuma berus gigi. Pastu mesti perempuan tu akan fikir "Ini mesti sign dan takdir dari Tuhan untuk aku beli 10 pasang kasut". Padahal kat rumah dah ada 20 pasang kasut dah. Tapi satu pun tak pakai. 

So, berbalik kepada soalan, betul ke sesuatu perhubungan itu menjadi perhubungan terlarang bila banyak halangan or bab kata orang putih, obstakel?

Sebenarnya, ada jawapan untuk soalan ini. Dan jawapan dia terbahagi kepada dua.

1. Yes, perhubungan anda adalah hubungan terlarang. You both suck. Banyak buat dosa semasa bercinta. Sebab tu banyak halangan. Supaya korang putus dan tak buat dosa lagi.
2. No, hubungan anda memang sweet. Halangan yang tiba hanyalah sebagai ujian untuk lihat betapa kuatkan anda berdua untuk meneruskan perhubungan. Practice untuk perkahwinan bak kata orang.

Wait Mr Kay yang bajet pandai. Apasal pula jawapan terbahagi kepada dua?
Sebenarnya hampir semua benda di dalam dunia ni tak ada yang fix. Tak ada yang tetap. Dan kita biasanya tidak akan lari dari masalah. The issue is, macam mana kita handle masalah tu?

Secara general, manusia terbahagi kepada dua bahagian bila berada dalam certain situasi. Bahagian itu adalah pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif. Dan ini juga merujuk kepada Persimis serta Optimis.

"Bagi gua, orang persimis akan nampak kesukaran di dalam setiap peluang. Dan orang optimis pula akan nampak peluang di dalam setiap kesukaran" - Winston Churchill

Cuba anda bayang kan. Kalau korang kata hubungan tu banyak halangan sebab tidak direstui, then ada itu bermaksud anda patut bercerai bila rumah tangga dilanda badai dan ombak?

Hubungan banyak halangan sebab Allah tak nak bagi anda dapat dosa.
Ada certain ketika yang kadang kalau anda buat la macam mana pun anda tetap tak boleh selamatkan hubungan korang. Korang jumpa mak mertua bincang elok-elok, juga kaunseling bincang dalam-dalam. Jumpa isteri bincang lembut-lembut. Semua nya tak jalan.

Tapi korang still tak nak putus asa. Korang still sayangkan hubungan ni. So, korang paksa supaya ianya berjaya. Tapi since korang paksa, semuanya jadi makin teruk. Time nak jumpa suami isteri, kereta accident. Time nak beli hadia untuk isteri, kena sama. Time nak masak untuk suami, gas habis. Well, dalam hal ni, tak mustahil ianya adalah ujian semata-mata. Tapi tak mustahil juga yang ianya adalah hint bahawa hubungan anda telah hampir sampai ke penghujung dan akan diakhirin oleh takdir Tuhan.

But why Allah nak putuskan hubungan ni?
For those yang dah berkahwin, maybe sebab jodoh anda tidak lama. Maybe, selepas anda dapat anak, suami akan mula buat hal. Sebab itu lah Allah putuskan. Lebih baik janda tak ada anak dari janda anak satu kan? Dan bagi yang bercinta or bertunang, maybe anda masih jauh dan belum layak (Dari segi agama) untuk berkahwin. Sebab itu lah Allah putuskan. Mana la tahu kot-kot baru sebulan kahwin, si suami dah pasang baru. Ye tak?


Dan, juga tidak mustahil hubungan percintaan anda diputuskan semata-mata anda belum layak bercinta. Bila anda bercinta, anda mungkin membuat dosa. So, hubungan anda diputuskan melalui halangan dan tidak mustahil ianya akan disambungkan balik bila both of you guys dah bersedia untuk berkahwin.

Simple kan? And please, jangan fikir korang dah berkahwin 5 tahun dan bahagia, tahun ke 6 juga anda akan bahagia. Banyak masalah yang berlaku dan akan berlaku. Dan itu membawakan kita kepada halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

Halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

"Nothing great comes easy"
"Easy come, easy go"
"What worth, fight"

Pernah ke anda nampak businessman yang betul-betul kaya naik dengan mudahnya? No, most of them adalah dari keluarga yang miskin. Kalau tak miskin pun, dia mesti pernah jatuh bankrupt. Bankrupt pula dua tiga kali. Tapi at the end of the day, dia jadi jutawan. Why? Sebab dia usaha.

Macam tu la juga dengan relationship. Tak akan la sebab ada beberapa halangan, anda (Mostly girls) dah start fikir  untuk give up. Sikit-sikit give up. Sikit-sikit give up. Kalau dalam kehidupan biasa, kita nampak halangan dan kepayahan sebagai satu ujian untuk tengok kita punya kekuatan. Tapi kenapa bila it comes into relationship, halangan dikata sebagai tak ada jodoh?

Tak mustahil halangan yang berlaku hanyalah sebagai cara untuk kuatkan balik hubungan korang. Contohnya, sebelum ni hubungan korang hambar je. And then, masa pergi dating, korang accident. And sejak accident tu, dia jadi lebih caring. Hari-hari ulang alik ke hospital. Siap bawa masakan lagi dari rumah. Pastu makan sambil gegurau sesama. Kan sweet tu. Maybe, ada hikmah disebalik accident tu. Ianya satu halangan. Dan ianya juga satu ujian. Tapi tak bermaksud untuk memutuskan hubungan anda. Kan?

But the most important part is, bila dalam masalah, jangan sekali-kalai lari atau menyerah kalah. Sebab, once dua-dua pihak menyerah kalah pada sesuatu masalah, then hubungan anda akan berakhir, soon.


16 ulasan:

Mohammad Syukri Badaruddin berkata...

Hahaha...
Betul la tu,
Bila aku sakit baru la aku rasa kasih sayang?
Ada org teman sembang
Ada org bagi buah, biskut, air mineral,
ada gak bg duit,
tak lupa gak yg nyakat,
tapi aku anggap sakat kasih sayang,
Makin aku sakit, makin rapat silaturahim
Bukan semua masalah tu masalah
huahahaha...

Imi Bucuk berkata...

Terjawab.

Lea berkata...

thanks for this entry. nice one!

suhaili berkata...

amat bermanfaat!thanks mr K!

Maria Menado~ berkata...

okay Mr. K. noted! :)

DVM berkata...

good advice. thanks mr. K ! (:

adinda berkata...

"Dan, juga tidak mustahil hubungan percintaan anda diputuskan semata-mata anda belum layak bercinta. Bila anda bercinta, anda mungkin membuat dosa. So, hubungan anda diputuskan melalui halangan dan tidak mustahil ianya akan disambungkan balik bila both of you guys dah bersedia untuk berkahwin."
Aku palig suka part ni ^^

mendatak hijau berkata...

aku xde teman lelaki

jodoh serah bulat2 kat mak abah aku


senangggggggggggggggggggg

Izzah | zulkifli berkata...

Noted. Thanks a lot Mr. K. A very helpfull advice. :)

farah umie berkata...

sangat berguna.memang selalu pikir buruk and rasa nak give up.patutnya saya usaha lebih

Suraya Noor berkata...

And please, jangan fikir korang dah berkahwin 5 tahun dan bahagia, tahun ke 6 juga anda akan bahagia.

1.yes.agree.
2.nak masuk 2 tahun kawen.sentiasa cari formula untuk pastikan rumah tangga kekal bahagia dan percaya 'gaduh2 sayang'perlu dan anggap ia dugaan yg akan menguatkan hubungan.
3.Pernah ajak dating berdua ja(slps dpt anak masa utk berdua kurang),utk rungkaikan yg kusut.takmo biaq masing2 simpan suma dalam hati dan makan hati sendiri.kesudahannya positif!!...
4.Tak berani bg nasihat camna nak kekalkan hubungan rumah tangga kat kawan sbb kita pun taktau perjalanan ke depan kita macamana.
5.Sekadar perkongsian.

Enki berkata...

mr k mmg power n plg hensem antara ramai2 penulis terfaktab.cayalah! ('',)

kaisara KHAYLA berkata...

Absolutely true. Never give up on something u love. Tp syg, my ex mengalah dgn dugaan yg dberikan after 4 years we had been together. Dia terlalu mendambakan permintaan hati yg xpernah puas dgn satu cinta.

zafiRah berkata...

" bila dalam masalah, jangan sekali-kalai lari atau menyerah kalah. Sebab, once dua-dua pihak menyerah kalah pada sesuatu masalah, then hubungan anda akan berakhir, soon."

tu lah yg aku petahankan. Tapi boyprengg aku ni klu gaduh sikit clash. gduh sikit putus. Penat lah bcinta dgn org mcm nih.haih

Jack Wong berkata...

Thanks :)

Juliet G-bff berkata...

Mr.k...
Kenapa boyfriend kita selalu uji saya ataupun bgi says ujian..sya tak faham dgn dia..dia bnr cintakn saya ataupun saya hnya permainan buat dia..thanks mr.k