19 September 2012

Terima Kasih dan Salam Kemaafan

Assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh.

Ini bukanlah sebuah pengumuman mahupun ajakan. Dalam entri ini Terfaktab ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga ukurannya untuk mereka yang membantu menjayakan JB Readers and Writers Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru baru-baru ini.

Sebagai orang baru dalam dunia penulisan dan penerbitan, kami yang masih lagi tidak mempunyai panggilan haiwan liar sebagai nama timangan, amat berbesar hati dijemput oleh pihak penganjur yang telah bersusah-payah menyediakan segala jenis komoditi untuk kami yang ada yang datang dari jauh, semata-mata untuk mengisi ruangan booth dan juga slot promosi. Ternyata sambutan yang diberikan peminat-peminat di JOHOR memang antara yang terbaik pernah kami dapat sepanjang roadshow dan event-event yang kami pergi sebelum ini.

Walau apa pun, niat kami ke sana tidaklah dengan rasa ingin menjadi terkenal atau berasa terkenal atau ingin meraih segala jenis perhatian yang kami inginkan. Maafkan kami jika kehadiran kami sedikit-sebanyak telah mengganggu pandangan mata kalian. Maafkan kami juga jika lagak gaya kami serupanya lagak gaya seorang rockstar ataupun memcapap secara tidak sengaja. Seperti yang dilihat, kehadiran kami beserta para puaka yang keseluruhannya 6 buah kereta, sudah pasti akan menggamatkan sedikit sebanyak suasana di sana. Lagipun namanya satu festival, haruslah kemeriahannya dirasai bersama para penerbit buku yang lain, peminat, pengunjung dan tak lupa Remy Hakimi (eh datang kewwwww?). Apabila suara kami yang jumlahnya lebih 20 orang, tambahan bersebelahan dengan pentas, mungkin ada mengganggu sebarang perbualan sinis, menggangu proses mengurat, perbualan telefon, acara mengumpat berlainan booth, mengganggu tetamu terhormat abang Faizal membuat promosi atau pun bacaan buku yang berhelai-helai-helai-helai-helai di atas pentas. 

Oleh itu, kami ingin memohon maaf jika kehadiran dan kelakuan kami di sana agak kebudak-budakan (come on! we are one of the youngest publisher over there, and we are full of excitement!) sehingga menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak. Akhir kata, kami memohon maaf sekali lagi jika telah menimbulkan ketidak-puasan hati beberapa pihak. 

Terima kasih yang tak terhingga juga pada yang menjemput kami turun ke JB Readers and Writers Festival kali ini. Terima kasih juga pada yang datang untuk sesi ‘Meet and Greet’ bersama penulis-penulis Terfaktab. Tidak lupa kepada kaum puaka yang selalu bersama kami, membuat riuh rendah, meniup belon sebesar gajah dan menyertai road trip ini serta menjadi punk! Anda semua memang ekselen!


 Sekian,
 Terfaktab Media




p/s : Kami nak jadi NYAMUK la. Nampak tak liar kan? But the biggest killer in the whole world.... is the mosquito. Kecik je tapi jangan main gila. Eh? Eh?

6 ulasan:

Fikri Misti berkata...

Nak komen skit boleh? di JOHO dan di Johor memberi pengertian yang berbeza untuk masyarakat zaman sekarang. Harap dlm apa-apa penulisan, tidak di campur adukkan.

Other than that, you guys rock. Keep the good work and see you guys new year (kalau JBWRF masih lagi sudi ditaja)

Cik Nurul berkata...

t-shirt terfaktab ade lagi tak?

AlexiaAqram berkata...

hahahah! sapa tulis ni? poweerrr!

Wadi AR berkata...

mohon adakan jamuan makan makan

cikya lah berkata...

Mohon ada kan jamuan makan- makan ala potluck kat key ell okeh.
haha.
senang nak sibuk celah.

btw, nyamuk rawks lar.
daripada jadi ayam si penakut. Chicken dance lar sampai tua... Eh!

greek goddess berkata...

dear tefaktab, u all rock! to get that title rockstar bukan semua orang boleh dapat. do please come again here. tempat jatuh lagi dikenang. hikhik. love terfaktab~