Kosong
Tiada lagi sebenarnya ingatan lama itu. Aku hanya berjalan seorang diri apabila melintas suatu tempat yang dinamakan cinta. Ia datang dan pergi. Kau yang lama, entah aku tidak tahu, entah aku tidak ingat. Kau siapa ya?
Tiada lagi bintang dan boneka. Aku bukan lagi boneka cinta. Tapi, cinta yang datang pada aku. Cinta aku kawal. Aku maharaja yang melaras cinta dengan keangkuhan. Sesiapa saja akan aku tembak dengan laras cinta ini, peluang untuk rasa nikmat apa itu bercinta sebenarnya.
Tiada lagi bintang dan hari. Apatah lagi Sirius mahupun Bellatrix. Semua itu telah aku padam kemas dengan cermat. Aku masih ingat sewaktu kali terakhir terserempak dengan kau. Bukannya rindu yang hadir dalam sanubari aku. Sebaliknya kebencian. Benci semata-mata.
Namun,
Hati aku pada satu saat rasa kosong. Jiwa dan fizikal aku seakan tidak lengkap. Puas aku isi dengan nur, namun masih kekal sebegitu. Membeku. Lelah aku isi dengan kemodenan, jelas ia bukan penawar. Ini adalah satu tahap yang amat sakit untuk aku rasakan. Rabak kerana tidak boleh ke kanan, ke kiri, ke depan mahupun ke belakang. Tergantung ditengah-tengah tanpa boleh berganjak sedikitpun kerana tiada siapa yang mahu menyelamatkan lelaki seperti aku yang memegang laras cinta.
Ini lebih pedih dari terbakarnya syaitan apabila dilaungkan azan.
"Kau nak apa lagi? Kau dah kecewakan aku, sekarang kau datang balik buat apa?"
"Awak, saya tahu saya salah. Saya nak tebus balik."
"Tebus balik haram jadah kau!"
"Maafkan saya awakkkkkkk"
Diam.
Bunyi berat mengiringi diri aku, tika waktu itu aku mengejar bayang. Tanpa sedar, bayang itu sebenarnya mengecewakan. Semakin tipis bayang itu, semakin aku tenggelam dikejar rasa sedih dan hampa. Bukannya dia tak tepati janji, tapi janjinya berselerak. Janji berselerak takkan kekal. Ia akan buat hati kau koyak.
Aku ingin mengingatkan pada diri aku agar jangan bercumbu dengan kemerduan dan gemersik lautan si hawa. Kelak tak mampu merukuni diri pada jalan kekecewaan. Datanglah malapetaka. Kerana laras cinta akan menghukum manusia-manusia yang kecewa mengharapkan kasih.
"Bammm! Bammm!"
Dua das laras cinta. Sekujur tubuh manusia terkulai layu. Pekatnya darah mengalir dengan tangisan seorang lelaki yang menggigil seakan tidak percaya. Laras cinta memakan diri. Angkuh yang disulami kekecewaan telah menjerat satu perasaan lebih pedih dari terpisahnya percintaan. Tangannya masih menggigil. Sejuk dan gadis itu dingin tak bernyawa.
Sayang,
Jika aku gravitimu, adakah kau akan memegang erat diriku? Aku kini rebah dalam ketidakpercayaan pada deklamasi-deklamasi romantis lalu. Perjalanan kau pendek, tapi jauh untuk jadi kenyataan. Maafkan aku kerana terpaksa memutuskan roh kau dan aku sendiri.
"Bammm!"
... dusta segalanya rasa kembali itu.
p/s : Mamak, roti najwa latif satu!
p/s : Mamak, roti najwa latif satu!
Ulasan
kalau cinta girl begitu mmberi kesan mndalam..
begitu jugak cinta lelaki yg pergi mnggalkan aku stelah 4 tahun kenal..
sbb cinta perempuan terhadap lelaki tak sama mcm cinta lelaki terhadap perempuan..
-nangis-
quote terkahir anda mmg menarik.
err..
boleh terangkan?
hehe tq
B: najwa latif?
A: ya lah, kosong.. kosong.. (lirik lagu)
roti canai najwa latif