Awek-awek kaki bola dan jenis-jenisnya.


Ketika penulisan ini ditaip, kedatangan Euro 2012 sedekat saja lagi. Wakaf Che Yeh dan Padang Besaq telah dipersiapkan dengan memorabilia Euro tiruan dan baju cap lima ringgit. Mamak-mamak sudah hampir siap renovasi kedai mereka dan memasang layar besar sekurang-kurangnya dua buah kiri kanan. Dan para lelaki pula bersedia untuk menggunakan hikmat jutsu merampas remote Astro daripada gegadis yang mungkin ingin menonton  K-drama dan Mentor.  LOL!

Oh ya, cakap fasal gegadis, kita kupas isu penting mengenai awek-awek peminat bola. Ya bola as in bola sfera berdiameter 22cm dan berpetak-petak selang warna putih, bola apa kau fikir ni saitonnn! Saya jamin tentu ramai pemuda peminat tegar bola yang menginginkan awek peminat bola berada di sebelah mereka semasa menyorak gol kemenangan. Jangan tipu—masakan tidak ramai yang turn-on melihat gadis ber-T Harimau Malaya saiz S ye tak? Tapi apakah mereka ini true fan, atau hanyalah poseur berbaju bundle lima ringgit? Mari kita bincangkan di sini...

EMPAT TAHAP AWEK BOLA

TAHAP 1: “Bola? Natang apa tu bang?”
Komen sebenar. Nama terpaksa dirahsiakan.
Normal bagi hampir 90% wanita di dunia, tidak meminati bola atau tahu-menahu mengenai bola selain bola ayam, bola ikan dan bola sotong. Namun ada sesetengahnya bukan saja tidak minat bola, malah mengatakan siaran bola secara langsung di TV adalah pemusnah peluang beliau menonton Desperate Housewives di malam hari. Beliau juga tidak faham apa itu penalty, offsaid, malah perkataan gelecek pun beliau ingatkan maksudnya kentang lenyek. Tanda-tanda awal ialah menuduh anda curang setiap kali anda keluar melepak di mamak, menarik muka setiap kali mata anda melirik ke skor bola di kaca TV dan dada surat khabar, serta mengatakan bahawa jersi yang anda pakai ketika dating adalah huduh.

Awek-ability: sesuai untuk para pemuda yang kurang minat bola atau tidak minat langsung. Kalau anda peminat bola tegar, mohon jauhi unless anda mampu bahagia dengan duduk rumah layan Kpop sambil menolak godaan rakan-rakan menyorak team EPL anda di mamak.

TAHAP 2: Kaki pancing poseur
Jika anda bertanya kepada mereka “Kenapa anda minat Christiano Ronaldo?” jawapan yang dikeluarkan adalah “hensem gileee awww amagaddd” dan bukan statistik gol beliau semasa mewakili Portugal, MU mahupun Madrid. Ya, itulah gadis peminat bola tahap awalan. Namun begitu terdapat pula mereka yang menghafal sedikit-sebanyak fakta bola untuk menarik perhatian lelaki. Sumber mereka adalah encik Google dan bahagian paling belakang surat khabar. Ya, lelaki memang mudah dimengorati—pakai jersi team kegemaran sikit, claim #ultras sikit, luah sikit komentar fasal game semalam—lelaki boleh sangkut. Namun begitu lelaki yang sedikit bijak dapat membau usaha separuh masak ini dengan mengumpannya dengan trivia bola.  Cara mengeja nama Shweinsteiger contohnya.

"Mafla? tak matching la dengan baju putih ai..".
Awek-ability: sesuai tapi bahaya—kalau mereka semakin lama semakin minat tak apa, jangan mereka hanya minat kerana nak mengorat anda menjadi suami. Namun diharapkan anda dapat brainwash mereka menjadi peminat tegar bola dengan menghadiahkan poster abang-abang kacak seperti  Christiano Ronaldo, Fernando Torres, dan Cesc Fabregas. Dari mata, turun ke hati, dan before you know it mereka akan duduk semeja dengan anda di Syed pada pukul dua pagi sambil menjerit Gooool!!—menjadi awek kaki bola Tahap 3. 

TAHAP 3: Pasangan dua sejoli “Aku ada kerana kau ada”

Awek tahap tiga asalnya meminati bola kerana galakkan pakwe. Tetapi lama-kelamaan terinzal pula melihat gelecekan kaki pasukan Samba, lalu membuka ruang mindanya yang selama ini diisi nama mekap dan designer kasut untuk nama-nama kelab ternama Copa Libertadores, La Liga mahupun J-League (siapa minat J-league di sini? Maskotnya comel banget). Awek jenis ini boleh menghafal nama-nama kelab dan pemain ternama, tapi dari tarikh tertentu saja (contohnya fakta bola sejak 2009, kerana time tu baru kapel). Namun begitu semangat bolanya membara dari hari ke hari, dan tidak mustahil untuk mereka bersesak-sesak-sesakan bersama anda masuk ke stadium sambil membawa banner yang dilukis sendiri. Anda nak lukis sendiri, tulisan anda macam cakar harimau. kahkah!
Sekali dia jerit gol, banner ke mana, bendera ke mana.
Awek-ability: malang bagi gadis seperti ini, kalau dia lawa mesti berpunya. Peluang anda ialah friend mereka dalam FB atau follow dalam twitter, menunggu mereka breakup barulah boleh masuk line. Peluang lain adalah mencari awek tahap 1 dan 2 dan melatih mereka menjadi tahap 3. Oh ya lagi satu tentang awek tahap 3—kalau mereka pernah breakup kemungkinan besar mereka benci team bola Ex mereka. Patutlah awek banyak MU—musuh ketat Liverpool. Eh.

TAHAP 4: Pengulas Sukan Tanpa Gaji aka, Dewi Bola
Kalau awek yang minat kerana pakwe saya letakkan di tahap 3, awek yang minat sejak kecil (terutama didikan keluarga) saya letak di tahap 4. Kerana minat terhadap bola mereka adalah agak lama, mereka mempunyai pemahaman yang tinggi terhadap bola. Mereka dapat menghafal fakta-fakta dari zaman Serbegeth Singh masih bermisai hero Hindustan dan belum menggunakan nama manja Shebby, sehinggalah zaman pencarian Ramli ke Manchester United. Mereka juga setia meminati pasukan yang sama sejak bertahun-tahun, walaupun pasukan itu kemarau juara seperti England, sebab “sejak dijaman Gary Lineker lagi saya sudah minat itu England, kalau tak kerana tangan bedebah Maradona, memang ada can pegang World Cup tu tahu tak.”
Eh pleaselah. Setakat piala buruk tu dua kali kami pegang taw. hikhik!
Awek-ability: Jadi member boleh, jadi awek pun boleh. Seronok melayan mereka berborak bola sambil bertukar pendapat. Berjam-jam boleh gelak ketawa sampai lima enam gelas teh habis dihidang. Lagi-lagi kalau diajak menonton bola (mungkin dia yang beriya ajak), dia bawa banner dan habis bercat muka sambil buat chant sendiri, memang true Ultras di situ.

Tapi...ada dua hal yang menjadi warning. Sebab ketinggian ilmu bolanya, ada kala dia bongkak sedikit. Amboi kalau fakta dia dibidas, mulalah dia menghentam sana sini. Sebab dia “true fans, engkau tu siapa”. Amboi. Kang bawak si puaka Sokerleaks mengeteh sekali, terkedu engkau.

Satu lagi, kalau dia team bertentangan dengan korang. Dia Chelsea, anda Arsenal. Sekali de Blues menang, dia menganjing sekor-sekor pemain Gunners sampai anda rasa nak rampas dan karate dua BB milik beliau. Tapi bila team anda menang dan anda bersorak dan menganjing team dia—amboi lazernya dia marah anda balik. Memaki anda seolah-olah anda baru ditangkap berselingkuh dengan bini orang. Jadi bila jumpa orang macam ni...er...baik buat kawan Facebook je la. Seronok post taunts ke wall diorang setiap kali game. Terisi jugak hidup yang kosong ni bila troll makhluk cepat emo.
Nak letak gambar fans Chelsea di sini, tapi mereka agak cun dan seksi.
Jadi kita letak gambar pakar fisio wanitanya saja. boleh?

So, tu je lah, ada 4 jenis setakat ni. Ingat Ultras sekalian, pilihlah pasangan yang selaras dengan minat bola anda—kalau anda level 2 jangan mengada pilih level 4. Tak sekufu nanti. Dan bagi gegadis yang tengah baca dan tersentap punggung tu, lek lek lu. Tak semestinya anda kena pikap majalah four four two dan baca sampai lenjan—kalau anda bukan peminat bola, cukuplah anda memahami minat yang tersayang dan merelakan beliau bermalam bersama madu anda sekali skala. Ya, ane hemsem dekat mamak tepi jalan berlayar besar itulah madu anda nanti. Huahuahua!

P.s. Kalau saya ada pasangan nanti, mohon Chelsea, boleh geng dengan adik-beradik biru di rumah ni.  Heh. Heh.

p.p.s Oh ya, thanks to google for the Euro chick pics, and @incikweasel for factual/opinion inputs. Yeah!


Ulasan

nhdaughter berkata…
erk? @@ ad jgk tahap2 nye,wakaka XD



p/s : x tersentap langsung :P
Rusa berkata…
titew chelsea titewww chelsea titew chelaseaa ahahaha
Cik Elle berkata…
saye #teamallblues. #okbai
AlexiaAqram berkata…
celaka. kau ni perempuan ke laki? ahaks~~
Tanpa Nama berkata…
Bro.. Eva Carneiro gua lu jgn kacau.. gua dah chup.. sape kaco gua debik karang... Hahaha.
TheBentPencil berkata…
Eva Carneiro dah raba semua pemain de blus
,engko nak lagi? kakakaka
farah waheeda berkata…
Barca forever. fullstop.
Unknown berkata…
for sure memang dari tahap satu. tapi tu kekecik dulu la. kekadang ada kat tahap tiga. kekadang tahap dua pulak. kekadang tengah2 tahap dua & tiga kahkah. tahap empat tu sepupu sy. sy belum lg kot.
No name berkata…
tak der dalam senarai.. hahaha
NHI berkata…
schweinsteiger. with C in between S & H .
nurkaloi berkata…
pg tadi dgt hot fm ade gak pmanggil tpon ckp skong brazil...
bukan pempuan...tapi lelaki hahah
rare
maksurozana berkata…
Sweden sampai mati. Takbir!
TheBentPencil berkata…
@NHI

ahh man...lupa C di situ.dah double check dah semalam. haha
iz berkata…
erkkk...dulu aku jenis yg no 3..org yg aku suka tu sokong team real madrid...aku pun follow je la...skrg, aku neutral...heee.. =P
Miss FieRa berkata…
aku x dak pon dalam kategori ni suma...miahahhahhaa....im limited.
Hizea berkata…
Haha gua rasa gua yang keempat .. Lalala , gua mmg kali bola .. :D
Tanpa Nama berkata…
kepada lelaki yg membaca.
gua nasihatkan jgn tertipu.

pompuan dan bola ada lah bagaikan dua garis yg selari.

jgn tertipu.
[wani_mn] berkata…
<--- tahap 2 kot. hahaha
nabila berkata…
Tipu la.hahah.aku xde tahap.laki pon xlayan bola.kalo layan setakat kaber dr geng geng dia takot kene label kaki bangku.for the truth,futsal pon dia xpenah main.hahahaku yg taktawu menawu pasal bola pon ada team futsal setial weekend hokayyyy.haha
Tanpa Nama berkata…
sempoi...
tapi ape citer lelaki2 yang minat bola, tapiii...main bola tak jugak..erk!
LULZ BRAZIL penah menang EURO siyut! Peta dunia oh peta dunia.. Aku cules de Blaugrana aku suka sebab R10 aku ikut ke mana je tapi hati aku tertinggal di camp nou walaupun R10 dalam Flamingo skarang ni ole!
mr E oSk girL berkata…
x taw nak komen apa...tp chelsea minat la... minat lampard... tp dpt info dr adik2 gak...ye la adik laki 4 org kn? x perlu google kejap je dorg bg info...lebih pantas dr google...tp ari tu shame gak la sebab italy kalah... Lulz la...

**act, minat team yg warna biru.. sbb suka warna biru...haha...boleh gitu :P

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.