Hujan Khatulistiwa di Bulan Virgo
Mujur aku cepat menutup jendela. Jika tidak pasti ruang tamu ini akan basah dek tempias hujan lebat yang menyinggahi dengan lebat ke kawasan perumahan ini. Aku 'switch on' televisyen, kelihatan ZaraZya sedang mengomel dengan loghat Kedah terhadap seseorang yang bernama Tuan Anas. Ternanti juga siapa Tuan Anas itu.
Lahh, Aaron Aziz rupa-rupanya.
Aku lihat di bawah skrin televisyen. Tertulis perkataan bersaiz kecil; Tuan Anas Mikael.
Mendengus kelucuan aku mendengarkan tajuk drama ini.
Sejak akhir-akhir ini banyak perkara mengarut aku dengar di garis masa dan di bahan berita. Kalau kau tak berapa pasti apa itu garis masa dan apa itu bahan berita, garis masa ialah 'time line' di Twitter dan bahan berita ialah 'news feed' di Facebook.
Ya, bahasa Melayu memang begini.
Aku masih berpegang pada keutuhan prinsip 'Meraikan bahasa Melayu, Memeriahkan bahasa Inggeris'. (cerita lain)
Perkara-perkara mengarut yang aku dengar seperti kenaikan harga dan perkhidmatan di sana-sini. Ramai orang mula emosi. Menghamburkan kata-kata kesat, sindiran, ejekan, intelektual, hujah, debat, fakta, menyanggah, menyokong, membuat lawak, loyar buruk dan paling aku tak lupa ialah menyalin semula apa yang ditulis oleh orang lain kemudian menampalnya di medium media sosial lain seolah apa yang dipersembahkan itu datang dari idea sendiri. (harap boleh faham)
Nampaknya tenggelam cerita cinta dan kasih sayang kerana perkara sebegini.
Jauh dalam fikiran aku, sedang memikirkan bagaimana orang negara kita boleh kembali berbunga mekar dengan sifat kasih, santun, harmoni dan cinta.
Mungkin hujan lebat yang turun sebelum ini sehingga menenggelamkan Seksyen 13 tidak cukup untuk menghanyutkan kebencian rata-rata manusia.
Atau yang ada dalam garis masa dan bahan berita itu sahaja penuh dengan perkara sebegini?
Masih ada orang di luar lingkungan ini yang dalam dirinya penuh mekar dengan cinta?
Mungkin lebih banyak pussy hunter di luar sana yang sedang mencari mangsa sebelum menjelang bulan Ramadhan tahun depan.
Inilah ragam kehidupan. Aku harap aku takkan terpedaya dengan perkara macam ini. Misi memandaikan orang dengan cinta masih banyak langkah nak di isi.
Paling utama, misi nak rilis buku dengan tajuk entri ini. Haihh, bila agaknya ya?
Ulasan