IZZIE ADVISES: uang atau cinta?

 
SOALAN:
Asq0m. Izzie, aq pye pakwe hari ni dia ckp dia xde uit...gaji dia x mas0k agi. So agak2 b0leh tak aq pinjamkan uit kat dye? dye kata nak jmpe aq pon xde uit...

masalahnya, aq bru kenal dye sebulan. tapi aq syg giler kat dye. die baik, caring, jujur ngat ngan ak...die xpakse pun aq kasi uit kat dye. tp ak ksian ngat. so patut ke aq bagi?

yang benar,
Farahanum (bukan nama sebenar)


JAWAPAN:
Adik,
cantik nama saya bagi kat adik. Farahanum. macam bunga bau harum. kikiki

Anyway, bab duit ni susah sikit nak cakap dik. Orang kalau bab duit sampai bunuh dan bakar pun sanggup. Apatah lagi kalau yang dipinjam tu bukan sikit, dan takde jaminan dia nak bayar balik. Tapi ada orang memang betul-betul perlukan duit. Macam saya la, baru semalam pinjam duit orang. Takpe, SESTER, nanti saya bayar tau. saya walaupun anon blogger dan troller, saya boleh dipercayai tahu. TROLOLOL  
Iklan kejap. kbai. [dari memebase]


Ok berbalik ke isu tadi--saya ada beberapa panduan untuk adik Farah. sila baca panduan ini dan nilaikan keputusan adik. Nilah dia benda yang harus adik fikirkan sebelum pinjamkan ke pakwe adik.

1) berapa banyak dia nak pinjam?
Ni sebenarnya ikut kemampuan orang. Kalau jenis pergi kolej naik Fairlady bapak (almaklumler anak datuk), pakwe pinjam 50 ringgit pun tak kisah. Tapi kalau kerja cashier kat mall je, gaji pun kering tengah-tengah bulan...er...50 tu macam banyak sangat.

2) berapa lama kenal?
Aih, kalau baru sebulan, susah la sikit dik. Adik belum kenal habis lagi. Time nak meminjam ni kita kena pandai baca reaksi orang. Muka dia habis jujur ke? Nada dia macam desperate ke? Boleh agak tak kalau dia menipu? That kind of sixth-sense thing only comes from experience. Bila kita dah kenal lama, kalau takde depan mata pun kita tahu apa dia tengah buat sekarang. Ala macam mak-mak kita lah. LOL!


"Abang ni muka monyok je...abang sembelit ya?"-[link]
Jadi apa minimum relationship limit baru boleh kasi pinjam? entahlah, susah nak cakap. Tapi biarlah lebih dari sebulan. Itupun ada yang dah kenal bertahun pun boleh kena tipu gak. Maklumlah ada orang yang kriptonit dia duit. Nampak je bundle2 RM50 depan mata terus lemah iman, buta hati hilang akal.

3) Alasan dia apa? biar logik okeyyh!
 Puh macam ayat rempit jew. Tapi kan, memang boleh nampak kejujuran dari alasan seseorang. I mean, do the math. Contoh dia cakap dia nak duit RM100 sebab nak topup untuk call adik. Tapi adik dah Activ5 kan nombor dia. Dan dia call adik 5-6 kali je seminggu. Adik kira punya kira, RM50 je dah cukup untuk sebulan topup. Eh, habis tu yang baki 50 tu pergi mana?

4) kalau dia tak bayar adik sanggup tak?
Ada orang pernah cakap dengan saya, kalau kita pinjamkan duit, pastikan kita boleh redha andai dia tak bayar. Kalau tak boleh nak redha, jangan pinjamkan. Pepatah ni saya pegang, samada nak meminjam kepada pakwe, member, mahupun adik-beradik. Eh, bukan nak kata kita perlu kasi free duit tu, tapi ni mengelakkan kita dari berfikir tak rasional once dia tak dapat bayar balik. Bayangkan kalau suddenly dia tak dapat bayar--dia kena buang kerja ke, mak dia masuk hospital ke, dia kena kejar dengan Along Along Bukit Beruntung ke--adik marah tak? Kalau nilai duit tu macam terlalu besar untuk adik lepaskan, adik boleh lah kasi sedikit yang termampu je. 
"Eeee! pulangkan balik duit ayang!"--[link]
 Tu je lah pendapat saya. Ah, saya nampak macam nak downkan adik ke? Bukan apa, saya tak galakkan sebenarnya pinjam-meminjam-pakwe-makwe ni. Duit ni boleh jadi bahan untuk merosak perhubungan. Awal awal yelah "I sayang you I rela je kasi duit ni, kasi lebih dari duit ni pomboleyh EH??" Tapi lepas semua sayang-sayang tu hilang mula la ungkit budi (dan bodi) yang telah diberi. "Abang ni miskin, kaki cukur! sikit-sikit ambik duit ayang. sikit-sikit ambil duit ayang."<--padahal dulu dia yang kasi free2 tanpa banyak soal. #sarcasm

Jadi fikir-fikirlah sendiri ya sayang. 

Jumpa lagi! Muahxxx! 


Ulasan

kucokelat berkata…
baru kenal susa maaa~
AsyieqiN Rkey berkata…
xpayah kasik pinjamlah...bukn laki nie byk ikhtiar ke..pasal duet adek beradek leh brgaduh woh...
Adib berkata…
adik mula-mula sekali kena pergi kelas bahasa melayu ye, belajar mengeja, "aq" tu bunyi mcm burung gagak pula, kalau minta nasihat dgn akak, memang makan penampar dulu. Ish, kalau akaklah baru kenal sebulan ni, malu nak pinjam duit dengan orang, takpelah tak jumpakan, nanti dah masuk gaji bolehlah jumpe, takdenye company nak hold gaji tu bawak kebulan seterusnya, sedikit kesabaran akan membantu ye.
Cik MiKi berkata…
ha'ah.. susah la nk pecaya, bab duit plak 2.. wait n see dulu r.. bukan pe, mula2 mintk advice wang @ cinta, kang nanti da kene tipu mintak nasihat mcm mana nk rawat hati yg luka lara plak.. hekhekhek seghupe ak plak yg ditanye kan~ beria beno jawap.. hehehe
Muhammad Ikhwan berkata…
baru kenal sebulan, tak payah la bg..baru kenal lagi tuu..
Unknown berkata…
salam,
baru kenal sebulan dah reti nak pinjam duit?... emmm not a good sign.

as i knew la,
lelaki walau sekering mane pun duit die, pinjam duit kat gf bukan lah bende yg palin normal die akan buat, kecuali kalau dah terdesak sgt n that girl confirm bakal isteri die. pusing2 balik , kalau x de duit , die akan usaha kan juga or berbalik kat family. tapi kalau 2-3 bulan kenal dah reti nak minta2.. erk... malulor...

manusia nie,
logik akal not that simply2 boleh minta pinjam duit...nak keluarkan suara minta pinjam duit pun as human slalunye dah penuh dgn rasa malu...pastu lelaki minta perempuan pulak...yg x muhrim lagik tue...

tapi kalau dah biase meminta,
orang yang baru kenal pun laju je tutur kluar minta pinjam .. sbb dah terbiasa...

sendiri pilih la sbb sendiri yg tanggung akibat nanti .
Tanpa Nama berkata…
tak payah laa bg pinjam..
mcm tak boleh percaya je..
please...jgn cpt terpedaya...
tak kisahlaa sayang mcm mana skali pun..
sgt tak gentleman laa lelaki tu mintak2...
kaktuscomei berkata…
baru sebulan kenal pinjam duit..klo berbulan-bulan kenal...???
ArtForAuction berkata…
@cik aletheea :

"tapi kalau dah biase meminta,
orang yang baru kenal pun laju je tutur kluar minta pinjam .. sbb dah terbiasa..."

memang betul statement ni.
mushroom berkata…
x payah kasi pinjam lagi2 kat laki..nanti dah kawen laki jugak yg tanggung nafkah pompuan, bukan laki.. lagipun baru kenal kn, x perlu kasi
Tanpa Nama berkata…
alah ckp je nk pinjam duit utk topup n call kita, last2 call awek lain..hakhakhak...L.E.L.A.K.I

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.