Kitab Terfaktab Edisi #1


Beberapa purnama sudah gua menunggu, ini hari baru gua rasa lega dan inzal apabila Kitab Terfaktab bakal menemui para pembaca dengan steady. Gua disini mewakili skuad Terfaktab merakamkan ucapan setinggi-segunung terima kasih buat pihak penerbit Kitab Terfaktab iaitu Lejen Press atas keberhasilan kitab ini.

"Kejap kejap kejap. Kenapa nama dia Kitab Terfaktab bro? Why must kitab? Kitab tu bukan untuk buku-buku agama atau kitab suci Al-Quran ke?" - Ujang 7580

Astaghfirullah bro. Teruk-teruk gua ni yang main duit kutu. Gua dah lama tahu kitab tu cuma terjemahan dalam bahasa Arab yang bermaksud buku. Atau terjemahan dalam bahasa Inggeris-nya berbunyi book. Iaini kitab=buku=book. Benda yang sama juga okeh?

"Apa yang terkandung dalam Kitab Terfaktab ni bang? Adik nak tahu jugak. Mana tahu boleh buat cover lagu ke. Hik hik." - Ainon Tusneem

Oh, sedap suara adik. Sesedap kandungan dalam kitab ini yang menampilkan pelbagai gaya penulisan dan komik berkenaan cinta dan relationship(t). Semuanya baru dan dikarya oleh skuad Terfaktab.

"Hek eleh bai, cakap je lah lu orang nak buat buku sebab blog lu orang dah tak boleh makan blog Ben Khushaiari, Cikopal dan XuxuXabedah kan? An an?" - Amal Ilmi.

Kahkahkah! Tak terlintas hati gua dan penulis-penulis lain nak pintas-memintas dalam populariti ni. Bukan ada faedah nye yob! Lu orang patut tahu, dunia blog sekarang sedang berkembang dan bakal meletup satu hari nanti. Terfaktab membuat buku kerana satu saja matlamatnya. Mengembangkan sayap penulisan ke mana-mana platform dalam menambahbaik soft-skill diri terhadap semua penulis-penulis Terfaktab. Kitaorang semua menimba pengetahuan dan pengalaman dalam kitab ini. Disamping merapatkan hubungan silaturrahim antara pembaca dan penulis Terfaktab. Steady!

Ok, cukuplah gua bagi 3 pertanyaan yang kerap ditanya sejak-menjak ini. Sekarang gua nak buat beberapa pengumuman: 

1. Front-page Kitab Terfaktab


2. Facebook khas untuk Kitab Terfaktab. Di mana lu orang boleh mendapatkan atau memberikan feedback luorang mengenai kitab ini di sana. Terjah!


3. Pre-Order! Ya, lu orang sudah boleh melakukan pre-order Kitab Terfaktab mulai sekarang. 

Apa yang gua tahu, Kitab Terfaktab akan dijual pada harga RM20 (Dua puluh ringgit Malaysia sahaja). Dan ada 10% diskaun jika lu orang membeli sekali novel salah seorang skuad Terfaktab iaitu Cob Nobler a.k.a Nami yang berjudul Awek Chuck Taylor. Umum semua orang tahu bahawa Awek Chuck Taylor juga pernah tersiar di Terfaktab dan memang merupakan sebuah penulisan yang.... ah, sedih gua nak cakap. Menyentuh perasaan bai!


Hamacam? Jom order!

4. Untuk mereka yang rasa malas nak beli secara online/pre-order ni. Mungkin sebab kaki lu orang bebas dari gout dan gangren. Gua nak bagitahu bahawa Kitab Terfaktab akan mula dijual secara khayalak ramai pada 17 September ini bertempat di Stadium Merdeka bersempena event Suara Kami di Astro. Perghh. Terfaktab masuk Astro la dowhh. Gempakkk!

Paling tidak pun, kitab ini akan dijual di Uya Distro. Sebuah tempat paling cempion dan kool untuk korang membeli belah dan melepak. Kat mana Uya Distro tu? Lu orang boleh tengok iklan paling atas tu. Click dan akan sampai ke facebook Uya Distro.

"Buku ni tak jual kat Kinokuya, MPH, Boarders ke bang?" - Frimpongpong.

Ha, meh sini gua nak explain. Yang gua tahu, pihak penerbit iaitu Lejen Press dalam proses mendapatkan ISBN dari Perpustakaan Negara untuk kitab ini terjual di book-store semua tu lah. Jadi, agak makan masa jugak lah. Tapi, memang satu hari nanti akan dijual di book-store jugak. Lu tunggu ke, lu tunggu je.

5. Pengumuman last. Gua segan nak cakap. Tapi, kena cakap. Sebab kalau tak cakap. Orang akan ingat Terfaktab ini sampai tahap macam tu saja. Tak gerak-gerak. 

Dengar kabornya untuk isu 15 September kat majalah REMAJA, akan ada review pasal Terfaktab? Biar betulllllllll???!! Pergh pergh pergh!


Sekian dari bilik berantai Skuad Terfaktab. Gua ucapkan terima kasih buat semua pembaca Terfaktab dan pembeli-pembeli Kitab Terfaktab nanti. Tak lupa juga mak dan ayah yang berada di kampung. Walaupun tak banyak cuti anakanda dapat untuk beraya di kampung. Tapi, itu pun dah cukup buat gua menitik air mata memohon kemaafan kepada mak dan ayah. Oh, salam kemaafan juga dari Terfaktab kepada lu orang semua.. Salam aidilfitri buat semua. Chalo!

Ulasan

mr_right berkata…
weeeee ~~~
dis id what im waiting for !!!!
AsyieqiN Rkey berkata…
sudah order pon...kehkeh..excited!

promo kat blog kite tak pe kan?
Terfaktab berkata…
ohh, terima kasihh asyieqin!
fingerkontot. berkata…
delivery ke aussie ade ke tak, bang?

mengidam la org kat sini.
Tanpa Nama berkata…
berapa ketebalan kitab ni bro?gua bminat gak nh
Khaisya berkata…
dah order.... bila leh dpt ek?
Cob Nobbler berkata…
Aqram ni sejak jumpa ikan duyong negeri sembilan dia memang macam ni meriahnya..

Anyway - great to see this book siap!Fuh!

Gua tak sabar-sabar nak baca kisah cinta Leplep.Dengar kata kisah cinta dia paling epik.
Unknown berkata…
rasa cm nk order je..
bujal X berkata…
tebalnya berapa muka kah?
Pateh Adnan berkata…
dah keluar jugak akhirnye! kena beli ni!! ;D
sYafIk-wAy berkata…
macam best jewkk !

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.