sedalam mana cintamu



Love is more than a noun -- it is a verb; it is more than a feeling -- it is caring, sharing, helping, sacrificing.
- William Arthur Ward

Berapa ramai dari kita yang berapi api bilang cinta, tapi bila tiba satu ketika, pada suatu keadaan, cinta yang dilaung laung itu seperti hilang arah. Sepertinya sudah tidak cukup perisa. Hari hari manis berganti hambar. Malah kasih sayang dan kemesraan yang dahulunya hangat, dengan tak semena mena bertukar menjadi dingin dan beku.

Situasinya mudah.

Kekasih engkau ditimpa petaka. Kekasih engkau dilanda malang bertimpa.
Kau jadi gusar.
Kau jadi tak senang.
Kau tidak lagi girang.
Kau mula rasa susah.
Justeru itu kau jadi menyampah.

Bala sudah datang. Kau juga ditimpa tempiasnya. Yang belum pernah engkau buat, terpaksa engkau lakukan. Yang tak mahu kau tanggung terpaksa juga kau bawa. Yang memberat di kepala terpaksa juga kau hirau. Kau mula rasa kacau.

Sekejap.
Nanti dulu.

Dulu kau kata kau kasih. Tapi, kenapa bila tiba waktu kau diperlu kau seakan menyisih?
Mana dia lukisan wajah girang, redup pandangan, manis tingkah engkau yang dulu?

Tanya kembali sama hati kamu.
Apa kamu masih cinta? Apa sejak dulu kamu memang cinta? Atau ada sesuatu padanya yang membenihkan cinta? Maksud aku, mencintai dia kerana sesuatu. Mungkin rupanya. Mungkin kesenangan yang disogokan olehnya. Atau mungkin, hanya semata kerana ingin membalas semula perasaannya dan kamu juga tidak betah hidup sendiri sendiri, lalu berteman dengannya menjadi opsyen terbaik untuk kau mengisi kekosongan selama ini.

Kadang kadang kesusahan boleh menjadi titik relatif untuk menguji sejujur mana perasaan kita. Seikhlas mana kita menerima. Sebab pada hemat aku, kalau kita tidak sanggup berkorban, kalau kita tidak sanggup berkongsi segala susah payah sakit pening, kalau kita tak tahu erti menjaga dan peduli, maka cinta dan kasih sayang itu masih belum cukup mapan. Belum utuh. Atau mungkin sebenarnya kau tak ada lansung rasa cinta melainkan rasa yang terlalu perlu akan hadir dirinya untuk kamu. Untuk mengisi kekosongan kamu.

Jadi sedalam mana cinta dan kasih sayang kamu?

Jangan lah masa sihat cergas kaya berduit je kau sayang. Bila dia jatuh, kau tinggal tinggalkan.

from my very own blog; Aku Bukan Kamu

Ulasan

fatinizzati berkata…
cinta sesama manusia memang macam tu selalunya.
nurradizan berkata…
Entry ni best.
Cinta pada manusia tak akan kekal.
Tanpa Nama berkata…
btl2 mcm yg jadik kat aku. awal2 tu mmg hebat membara, tp ble dia dpt 1 musibah..dia trus jadik dingin, beku. even aku mbantu sedapat aku & menjadi manusia yg bukan lg 'aku', tp endingnya ble musibah tu da xde, aku ditinggal sendiri. dia pilih jln bahagia dia sendiri.

hmm, xdalam mana pn cintanya kat aku.. apa pn, aku bsyukur. bnda tu ajar aku untuk lebih cintakan DIA yg lbih berhak, DIA yg maha hebat perancanganNYA.

~bUkaN puTeRi rEmBuLan~
PERAHSIA HATI berkata…
Cinta juga menyebabkan kita berkongsi emosi...
Tanpa Nama berkata…
aku cinta sepenuh hati,sanggup berkorban segalanya untuknya..tetapi ditinggalkan saat aku dalam kesusahan..perit sungguh derita masa itu..walau aku kini sedikit banyak sudah bangkit namun perit itu cukup untuk aku serik menerima cinta lagi..
amira_hasrori berkata…
sekarang ni masih dalam fasa saat bahagia. saat duka, belum lagi. harap dapat menangani dengan bahagialah hendaknya.
syaza syahhanna berkata…
mula2 je best... bagai...

lepas tu... dia minta maaf...
dia xdpt lupa awek lame...
sekian terima kasih.
FARA berkata…
Sokong satu statement kat atas tuh . KESUSAHAN dapat menguji sejauh mana kesanggupan and sejujur mana hati kita .

Bila satu2 perkara jadi masa tuh lah kita nampak dia still ada untuk kita ke tak atau wujud masa kita senang je .
little.pingu berkata…
musibah mmg kayu pengukur..bia la dia ditimpa malang, trse cam fed up, marah..tapi bila dri sndr ditimpa malang, die tak pernah mengeluh, jd pembimbing, penenang hati, pemujuk lara..tak setanding cinta diri ni nak dibanding dia..mula belajar lebih menghargai dia, lebih memupuk cinta..
Eyka berkata…
cinta itu bila kita menghargai org yg kita syg dan kita sangat menghargai orang itu dekat dgn diri kita :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.