Lelaki & Fakta

Selamat kepada semua. Selamat Hari Raya, Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Ulangtahun, Selamat untuk Move On, Selamat untuk Menackle Awek Baru, Selamat Hari Pertunangan, Selamat Menjadi Pengantin, Selamat Menyambut Anak dan sebagainya. Kemain banyak lagi SELAMAT. Gua tahu hari-hari korang tak akan bermakna tanpa membaca TERFAKTAB. Ecehhhh..

Okay, hari ni gua tertarik nak menulis pasal awek-awek semua. Setelah gua amati dan selidik dan pertimbangkan, al-maklumlah gua ni kan dah dikira separa lelaki. Dari kecik-kecik sekolah tadika ke dah tua bangka, kengkawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. Jadi gua boleh dikatakan cukup masak la dengan perangai dieorang ni. So kat sini gua nak list down kan hasil pemantauan gua selama bertahun-tahun lamanya.


1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya

Korang tahu tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It Simple Stupid!) Ini tak, kalau dah janji nak dating, bf/suami lu lambat sikit, lu dah menggelabah nenen. Call je dah 16 kali. Lepas tu tanya kat mana, lalu jalan mana, kenapa lalu jalan tu, tak reti tengok jam ke, kenapa kat sana hujan kat sini tak pun. Soalan feveret: Kenapa tak angkat phone? Kenapa lambat angkat phone? Kenapa tak balas SMS? Kenapa itu? Kenapa ini? Pehhhh.. Kalau gua jadi lelaki, dah lama gua shoot dengan machine gun tahu?

Paling untung kalau laki tu dpaat gf/bini yang hanya tanya "Baby dekat mana? Jauh lagi eh? Lembap ah baby ni. Okay bye."

Habis cerita. Lu nak bising bising pun bukan dia boleh sampai cepat pun. Gila ke apa?


2) Lelaki Memang Gila Bola. Sila Pasrah.

Kalau BF keluar dengan kengkawan dia lepak mamak sampai 3,4 pagi tak payah la nak jadikan isu besar.  Lu tak bagi dieorang keluar macam dieorang dah jadi suami. Ada ke patut suruh layan bola dekat ASTRO sensorang? Tak berperi kemanusiaan langsung. Tengok bola je kot. Bukannya apa sangat. Jadi sebagai kaum perempuan, tak banyak, sikit pun jadilah untuk korang amik info pasal bola sikit-sikit. Bukannya apa, at least kalau BF/Laki korang nak keluar tetengah malam tengok bola, cakap MENYU vs SPURS punya game, boleh ah korang detect betul ke tak. Tak pun tanya score ke. Paling tak pun lu tarik selimut tidur je lah tetengah malam. Takde pekdahnya pun nak tunggu dia balik sampai pagi buta.

Paling untung dapat GF/Bini yang kaki bola sekali. Boleh gak lepak sama-sama tengok bola. Kan senang, depan mata.

Habis cerita.

3) Lelaki Suka Awek Sempoi.

Lu tau sempoi tu apa? Sempoi ah. Tak payah nak menggedik sangat. Tak payah nak poyo sangat. Tak payah nak garang sangat. Tak payah tu tak boleh, ni tak boleh. Perempuan sempoi yang boleh tolak ansur dalam semua benda and faham yang lelaki ni jenis tak boleh nak dipaksa paksa. Yang jenis sempoi boleh cuba nak sesuaikan diri dalam semua keadaan/tempat. Yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan kecik tanpa drag sampai merajuk 16 hari. Perempuan sempoi yang tak perlu berlebih-lebihan tapi still gojes mengalahkan Fasha Sendat.

Paling untung yang boleh dapat awek yang lelaki boleh share semua benda, boleh cakap semua benda dan faham keadaan lelaki tu macam mana.

Habis cerita.

4) Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak dan Pandai Mengurut.

Lebih praktik kepada pasangan suami/isteri. Yang GF/BF pun boleh. Gua apa ada hal ye tak? Adalah penting bagi korang kaum perempuan belajar memasak dan mengurut. Ini adalah FAKTA tahu? Sesiapa lelaki yang tak setuju dengan gua, dah boleh berhenti jadi lelaki. Cuba selidik apa makanan kegemaran si dia, then boleh lah belajar sikit sikit. Lagi satu kalau dia amik korang balik kerja. Tengah jem pepenat tu. Tolong lah urut urut sikit kepala dia. Bahu ke apa ke. Jangan urut tang lain sudah. Kehkehkeh. Jadi sebelum laki korang menempah mana-mana rumah urut, baik menyediakan payung sebelum hujan. Lelaki ni nampak kasar tapi suka dibelai tahu?

Paling untung dapat gf/bini memang power gila memasak dan juga seorang guru urutan 'Cakar Harimau'. Kehkehkehkeh.

Habis cerita.

5) Lelaki Tak Suka Layan Benda-Benda Remeh dan Emosi.

Kalau korang dok bergaduh 24 jam, bf/laki korang buat bodoh je bukan maknanya dieorang tak kesah pasal korang. Benda remeh temeh lagi lah tentang hati dan perasaan ni lelaki seboleh-bolehnya nak simpan. Lu ingat muka macam Leplep tu tak pernah rasa rabak ke? Ingat kental macam Aqram tu tak pernah menitis air mata ke? Silap silap. Kadang-kadang dieorang lagi emo dari perempuan. Tapi kalau boleh dieorang taknak campur aduk kan dan juga berat nak share atau luahkan. Takpe, bagi dieorang masa, InsyaAllah tak ada apa.

Paling untuk dapat awek yang jenis COOL je 24 jam. Gaduh pun gaduh tapi still boleh gelak-gelak bila cakap tentang benda yang tak berkaitan dengan apa yang digaduhkan. Ni tak, belum kahwin dah gaduh macam setan.


Peh peh peh.. Gua dah rasa macam menulis untuk majalah REMAJA plak. Gua harap kaum perempuan pun boleh amik iktibar. Dan kaum lelaki jangan amik kesempatan ke atas kebebasan yang kaum perempuan berikan.

Takpe lah, gua beransur dulu. Semoga anda semua berbahagia dunia akhirat.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
lelaki memang suka amik kesempatan. bila diberi kebebasan, gf percaya, layan pompuan mcm sampah. pegi mampusssssssssssssssssss
doubleHead berkata…
yangterbaikdariladang=post ini..:D
Tanpa Nama berkata…
How if dah buat semua tu and guys still macam tak appreciate . I used to be this kind of girl but then dia take advantage gak . Waitt , move on jela kan patutnya ? -- haha . K , sengal jap .
cik paja hanim berkata…
lontaran anonymous yg pertama..aku sokong dan setuju!!
Tanpa Nama berkata…
haha. best. menurut ex aku la, aku jenis no.3 kot. dia kata: understanding habis. give n take. compromise. sbb tu, dia ckp ssh nk cari perempuan lain yg bole tahan dgn perangai dia n compromise with what he does. :) *bangga kejak*
CtZ berkata…
haha betui, walaupun pempuan dah jadi yg terbaek pun. kadang2x lelaki mmg ttap gak gatai nye x bertempat. tu buat aku hangin kt bf aku jap. hmm tapi sabo j lah. hehe.
Muhammad Ikhwan berkata…
rilex la kaum-kaum hawa diatas. segatal-gatal laki pun dia tetap sayangkan gf or bini dy. laki kalaw tak gatal, tak laki lah. haha
Hannah Haykhall berkata…
err, aku juga tak suka ditanya soalan-soalan yang tak masuk akal . Sekali terang, harap faham. Don't complicate things.
Akim Iqbal berkata…
aku tak minat bola. kbai
cikpia berkata…
men will always be men.... so redha jer la....
faraah berkata…
Lelaki suka layan game hingga mengabai kan awek
Tanpa Nama berkata…
gua garang gila , ramai orang kata . kesian bf gua ? .________.

-R.
B33HA B3n berkata…
2-5 semua aku bleh consider..mmg aku cool pun..tgh gaduh pun aku leh gelak2 pujuk Hahaha..tapi yg pertama tu sumpah aku xleh ubah...sebab perempuan mmg byk tye ok...

hee..=.=
Tanpa Nama berkata…
ex bf aku tu telebey hormon pompuan kot sbb yg no.1 dia lagi banyak buat..tp takble sempoi sgt la nanti kena ckp tak ambil berat la apa..aku pun jenis undestanding gak tp last2 clash gak..nasib bdn memasing kot
AsyieqiN Rkey berkata…
sy ade sume ciri di atas tapi back to basic..jodoh n kegatal seorang lelaki..kehekehekeh....

pape pon ER got the point...>.<
-Faridz- berkata…
sgt suka point las skali bab gado tu.~
Tanpa Nama berkata…
kebanyakan yang komen entry ni sexist!

anti sexism
Dunia Mommy Comel berkata…
alhamdllah syukur si dia sgt sygkan sya
mirul berkata…
tak semua lelaki macam dalam poin dia atas

dan tak semua lelaki same bangsat macam pakwe pakwe lu orang.

jadi jangan pikir semua lelaki perangainye same.
kerja bangang namenye tu.

kah kah kah!!!
Ruwaida Ridzwan berkata…
yg n0.5 tue paling menyampah.

sakit ati kot klu laki wat bodoh je.at least try la pujuk ke ape...

nie tak ley plak wat bodoh...

adoyai..
yunZatie berkata…
ya aku pompuan sempoi itu
Ieqahgajah berkata…
kalau da mcmni kena terima sahaja lelaki yg disayangi apa adanyee..hehee
Eyka berkata…
entri ni besh ! hee;p
Tanpa Nama berkata…
this is so wrong. woman cant write a fact about man or whats in their mind. never.

this is so typical. bukan facts. ini delusional mainan perasaan. title patutnya pandangan wanita terhadap lelaki. Ini kes besar ni, sebab boleh mengelirukan persepsi wanita terhadap lelaki. Lagi2 readers dah bertambah.
Ze_Mhis berkata…
Wiii wuuu... Banyak eh komen sentap. Macam tak puas ati plak dah. Rilek la.. Ini entri dari pandangan ER je pun. Mana yang baik kite folo.

Apa pun, banyak gak le info dapat dari sini. Buleh diprektik untuk masa depan. Kah kah kah. Thanks ERWiii wuuu... Banyak eh komen sentap. Macam tak puas ati plak dah. Rilek la.. Ini entri dari pandangan ER je pun. Mana yang baik kite folo.

Apa pun, banyak gak le info dapat dari sini. Buleh diprektik untuk masa depan. Kah kah kah. Thanks ER
asipo berkata…
pergh, sungguh memahami
Ibu Ammar berkata…
ohh. dah lama aku praktikkan benda2 ni.. and it works.. for my man.
Tanpa Nama berkata…
ER, aku suke cara kau berpikir. salute!
little.pingu berkata…
nape rase cam i'm the one y nk ciri2 ni..apart from bola la..trlbeh testosterone ke ape ni..
Tanpa Nama berkata…
bukan sentap ke apa.cuma kalau tulisan bertajuk "FAKTA", then i expect isi tulisan should be fakta too.

hewhewhew i know this entry dedikasikan kpd lelaki supaya dorang boleh jauhkan diri dari perangai point2 di atas dan treat girls dgn lebih baik. dan mungkin ditambah pula dengan alasan "weh bro ini entry troll la, lu orang nak butthurtmothafackah apahal??.

ini entertainment.tapi kalau ada perempuan yang berkiblatkan point2 entry "fakta" ini i would like to say, Alololololoo naif nya girls zaman skrg ni...-,-

oh nak tambah point 'fakta lelaki' boleh tak?

6. Lelaki Suka Membodohkan Perempuan Naif.
si cebbie cholet berkata…
err...


aku pompuan biase jerk kot..

aku rase sometimes aku tak kisah pon deal dengan benda2 gini...


ader mase aku kisah gak...ikot mood or PMS la..kah kah..


so kesimpulan..pandai2 lah sesuaikan dri..

time pompuan boleh terima..lelaki patut cherish and hargai lah..

time pompuan takley terima..n lelaki dah tolak ansur..so pompuan la plak kena cherish n hargai...

so kesimpulan....

kalau ko jadik pompuan yang mungkin ader hampir semua ciri cam post ni pon..tapi kalau dapat laki longkang..same gak..


camtu gak ngan pompuan..kalau lelaki dah abis tolak kemahuan..ikot semua pompuan nak..kalau pompuan tuh mangkuk pon..tarak gune!


back to basic..tolerate!

isk isk..
nhah berkata…
eh gua ada ciri2 yg laki suka la. tp gua still single. cane tuh? lulz :P






ps: gua gila bola & hope TAKNAK dpt laki yg TAK suka bola T__T
Unknown berkata…
sgt suke entry nie..lelaki dan bola mmg x boleh dipisahkn! girl kene cool bile laki tgok bola.it's true ok! kiter kne suke ape yg laki suke, n laki yg bgus dier akn terime ape jer yg kiter suke like shopping!Aha! each other kne memahami bru relation tu akn jd best..x perlu mara2 sbb dier tgok bola lame2,x perlu mara2 dier lepak ngn mmber kat kedai mamak lame2..buang mse n buat tenge kiter jer nk peram ati satu mlm sbb bende bukn jd laki(suami)..releks..bg mse utk kiter rse zmn mude,mcm tu jgk laki..hee

just my opinion n my experience with my bf :)but dont be trust 100% n jgn terlalu mengongkong sgt! just be cool relationship..bukan nk kawen esok pown..mse panjng lg..
mushroom berkata…
that's y aku ske kapel dgn pondan kahkahkah
Tanpa Nama berkata…
Cik ER,anda single?jom couple ngan saye?hahahha..


-LQ-
gds berkata…
haha. nasib baik singel tu lagi cool. watlek sudah
Luna Nisa berkata…
apa yg aku perasan pasal lelaki ni hari ni cakap sayang awek sampai infinity lah bagai, datang dugaan sket contohnye tentangan dr. family, dah mula rasa lain, dah mula ilang syg, dah konpius dgn perasaan tu..dlm sekelip mata perasaan tu bertukar..alasan tak logik..cehhh
Tanpa Nama berkata…
Lelaki memang mengada-ngada.ekeke ;p

Nais entri
terbaik dari langit...hehe >_<

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.