Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan


Assalamualaikum. 안녕...

Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik. 

Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki; "Kalau nak kawen dua ni, kawen je dulu. Sebab lagi senang nak mintak maaf daripada mintak kebenaran". Memang otak geliga kan bila masuk bab nak memadukan bini.

Ok, back to the main point. Penah tak korang dengar yang orang kate nilai hantaran kawen ni sbnanye menjadi indikator kepada maruah dan nilai seorang perempuan tu? Korang setuju ke? Dulu-dulu, dulu-dulu la kan, aku pon penah rase macam tu. Rase macam kalau laki tu bagi hantaran sikit je, ape kelas kan? Kita perempuan-perempuan masa kini, zaman millennium, zaman pijak menara gading gajah, mane main kalau setakat dua tiga ribu macam zaman mak-mak kita dulu. Sekarang paling koman pon kalau takde doploh ribu, boleh jalan la. 

Tapi bila aku dah dapat akal sikit untuk digunapakai, aku rase mende-mende ni sume ngarot je. Serius. Sape yang tetapkan nilai hantaran kawen ni aku nak tanya korang? Sape? Ada ke Allah nyatakan dalam Al-Quran nilai hantaran kawen seorang perempuan hendaklah berdasarkan tahap pelajarannya? Ada ke? Kalau memang ada, bak datang tunjuk kat aku. Tapi setakat yang aku tahu, takde. Yang memandai letak nilai haram j sume ni, kita sendiri. Manusia ni kan memang suka kesusahan dan menyusahkan. Itulah namanya manusia.

Kekadang aku kesian tengok pasangan muda mudi skang ni yang kalau nak kawen tu, aralnya adalah nilai hantaran yang melampau-lampau. Kita ni kalau nak kawen, aku nak tanya korang la kan, nak bahagia sehari ke nak bahagia sepanjang hayat? Ape guna buat majlis meriah bagai nak gila, pastu korang pulak yang take turn jadi gila? Baiklah korang buat secara bersederhana tapi mengharapkan keredhaan dan keberkatan, lagi bagus. Tapi bukan bermakna takyah kumpul duet langsung. Kena kumpul. Tapi bukan untuk dihabiskan untuk majlis perkahwinan tapi sebagai simpanan masa hadapan selepas berumahtangga. Cewah, aku tules pampung pampung macam dah ada pengalaman kan. KAHKAHKAH!

Sbnanye, aku harap sangat ramai mak-mak (termasuk mak aku. HAHA) akan baca entri ni. Sebab kadang-kadang anak-anak tak kesah pon tak tinggi sangat nilai hantaran tu, tapi aku tengok orang tua pulak yang galak letak tinggi-tinggi nilainya. Jual anak ke hape? Buatlah ikut kemampuan kita. Buat apa nak menyusahkan diri dan ornag lain. Dah elok-elok boleh suap makanan lalu depan, nak jugak pusing tangan tu lalu belakang kepala baru nak suap makanan. Manusia... Manusia...

p/s: pegangan aku; Tak salah perempuan nak belajar tinggi mane pon, tapi mesti tahu masak dan jaga makan pakai suami. Jangan sampai buat nasi kangkang sudah. Kehkehkeh. 
p/s/s: nilai hantaran kahwin tidak mencerminkan pon maruah seorang wanita. Call me ortodox, yes I am. :)

Ulasan

rinn kechiik berkata…
ouhhhh suka entry ni..
Anisa Anuar berkata…
setuju sangat...based on cause-and-effect
Fana Hadi berkata…
Sumhow aku rasa yang pasal hantaran ikut tinggi rendah pengajian tu is just a sarcasm. Sangat sarcasm.

its a pity kalau ada antara mereka mengambil perkara itu secara serious.
Izzah | zulkifli berkata…
terbaek lah..

kadang-kadang terpikir jugak, buat ap lah sangat letak hantaran b'puluh-puluh ribu?. =.=
misz yan berkata…
stuju!! klu bole nk mntak hntaran snaskah Al-Quran jek, lbih afdhal kan..

tp knduri nk kne wat gak, pling2 pun pggil sedara mara.. ;))
AVE berkata…
Betul. Sebenarnya dalam alquran pun takde ditetapkan nilai hantaran.
Lagipun itu hanyalah angaran. Anggaran tu bermaksud nilai tu mungkin diambil daripada:

(bil jumlah hantaran orang kaya x bil jumlah hantaran orang sederhana) / (bil orang kaya+orang sederhana)

Sooo....orang malaysia ni ramai yang kayelah ea???
bujal X berkata…
nilai hantaran sama dengan nilai lembu.naik harga lembu naiklah harga hantaran.

hari ni bila mak abah perempuan cakap hantaran ikut kemampuan.maksudnya minima rm10k.
Nursaila Norman berkata…
saya suka+setuju dgn entry ni. alhamdulillah la sejak kebelakangan ni dh ramai yg makin sedar (bg yg nak sedar) psl nilai hantaran ni. tp masih ada lg yg xreti2 nak guna akal tu yg ssh nak di bentuk.

apa2 pun harap utk beberapa thn akan dtg lebih rmai yg sedar ttg nilai hantaran ni.

xde maknanya nilai hantaran melambangkan maruah atau status seseorang. yg gila glamer,pujian je yg bt mcm tu.

mohon jadikan entry awk sbg rujukan di entry sy boleh? :)
Anisa Hang Tuah berkata…
ikut kemampuan dua-dua pihak.
idafirdausi berkata…
setuju sangat=sangat...!!
ceklala berkata…
letak hantaran sampai 20k tp masak tak tau,kemas uma tak tau hanya pandai make up tebal2 je pun tak guna jugak kan kan?? hehe..biarlah bersederhana dalam segala segi :)
asipo berkata…
Sebenarnya, mahar memang boleh dinilai dengan "saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu, kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya"

Source:
http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/munakahat/maskahwin.htm

But yeah, mahar tu ikut lah kemampuan lelaki
Kc Kasedah berkata…
yea, aku pun rasa isu duit hantaran kawen ikut pelajaran neh tak munasabah. tapi ibu bapa neh pikir anak perempuan dia dah study sampai berjaya mestilah dia nak setimpal. aku tak rasa perkahwinan sekarang neh mcm dulu. skg serba-serbi mahal. bagi 3-4k apa je yg ada. lagipun duit hantaran tu da boleh tolong2 masa awal-awal kawen nnt. hmm.
Pisau Cukur Karat berkata…
@asipo
"saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu, kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya"

abis kalu kau tu tak cantek dr saudara pempuan terdahulu..knp bg diskaun la? camtu??

kalu da syg & suke xkesah bg brp pun..tp bg banyak pun bagus juga, boleh tulun setel hutang2 yg dibuat oleh cik awek sblm kawen, spt hutang Visacard...ehehehhe br la pas kawen idup lebih tenang. merdeka dr hutang =)
Tanpa Nama berkata…
nice~~
my family ckp nnt kalau i nk kawin, hantaran terpulang kat pihak lelaki asalkan ikhlas kerana Allah..n i agreed with that.. Wanita yg diberkati Allah adalah wanita yg rendah maharnya kan? ada hadis psl ni tp xsure the exact words.

peace~~
AsyieqiN Rkey berkata…
heheh...

like dis one..

mende mudah g complicatedkan wat ape ye dak?
Wadi AR berkata…
gua takot mak gua je. gua tak pe lagi.
Tanpa Nama berkata…
sangat setuju...perkahwinan tujuaannya utk membahagiakan bukan untuk memudaratkan. sebagai pengalaman nak kongsi, masa kawen dulu mak letakkan nilai hantaran dan tanya pada bakal suami sama ada mampu atau tak dan cakap dia tak nak pasal kahwen anak2 dia susah berhutang. yang penting fikirkan kesannya dalam jangka panjang. timbang-timbangkan ;)
norinaomar berkata…
suka berkali-kali..jap lagi nak share entry ni kat FB.

semuanya bergantung kepada penerimaan.terus terang saya bangga dengan sikap ibu-ibu yang kata 'kenapa pulak kita nak tetapkan harga,ikut mana yang dia mampu lah'.
K berkata…
gua mahu kawen sama lu boleh? mas kawen rm1 :P
Shiela Rahim berkata…
"tapi kan....kalau kau bole bayar downpayment kete RM15k...takkan dengan bakal bini kau nak kedek?..."

hehehehehe............. kawan aku persoalankan tentang ni
Unknown berkata…
aku dr dulu tak suka pasal hantaran ni.. menyusahkan..
Leng Chai berkata…
haha jual anak.... so true
yang nak kawen anak tp mak bapak lak yang beriya2
mr_right berkata…
the problem now is, si pihak lelaki yang akan tanggung semua tuhh.. so bila dah ade perkara macam ni, memang lelaki akan pikir banyak2 kali la untuk kahwin. at the end, gejala sosial semakin bertambah. so sad ~

http://hafizilmi.blogspot.com/2011/09/dont-break-my-heart.html
bLaCk | maWaR berkata…
usha dlu pengetahun agamanya~ layakkah sampai nak ber-k k k tue~
LailaAlfisyahr. berkata…
Zaman Rasulullah dulu, sebiji kurma pun boleh dijadikan mahar.

Seelok-elok wanita yang dinikahi adalah yang rendah maharnya

:)
yunZatie berkata…
nga belajar msk sbb nak kawen
beautiful_rose berkata…
nak kawen bayar hantaran mahal2
esok bercerai berai,apa pun tak dapat.tak ke dah macam membazir kat situ.nak pulak kalau kawen tak sampai setahun dua....
sayA tonaH berkata…
uih bahaya tu nasik kankang~
Alan berkata…
like2..! utk orang laki2 mcm kita ni, mmg patut like.
kdg2 bkn mak ayah yg trkinja nk mahal2, anak sndri yg nak. ntah pape.
tp kdg2, due2 same. *sigh
sYafIk-wAy berkata…
dapat isteri yang baik dan berpelajaran tinggi satu pakej yang baik dalam hidup . ehem !
Tanpa Nama berkata…
kalau anak dara sendiri dipinang orang, nak letak hantaran tinggi, serba satu, serba berdiri lah.. kalau nak meminang anak dara orang, tau pula nak minta hantaran rendah.. ishh ishh...
Izwanie Eynia berkata…
betol! nilai hantaran tak mencerminkan pn maruah seseorg. mak ni yg payah skit bab2 hantaran ni.. ank skola tggi terus mintak hantaran tggi gk.. apa lg d zaman semua brg tengah naik harga ni..T___T
kaktuscomei berkata…
dpt bini blaja tinggi..kerja elok..hantaran pun tinggi.. tp slalu outstation tinggal suami..masak pun xreti..rumah cm tongkang pecah.kuang3
Takutake berkata…
Hantaran tinggi-tinggi, lepas kahwin, hutang keliling pinggang. Yang susah, diri sendiri jugak.

Cuba usha sendiri:
http://takutake.blogspot.com/2011/07/kalkulator.html
Yuuki Taiyou berkata…
cuba kalo hangpa ambik artikel ni pampang to your respective fathers in their faces...

p/s: apa? nape tak tunjuk kat mak? apa barang tunjuk kat mak?~
faten falina berkata…
nice entry. aku ada degree & aku wanita berkerjaya. tapi hantaran aku rm8k je. rm8k standard spm je kalau tak silap. tu pon mak aku dah sound "guna rm5k je, balance simpan untuk masa depan. yang lain2 mama tanggung." Alhamdulillah. aku manusia biasa yg ada angan2 & wedding impian. tapi sedaya upaya aku try spend seminima mungkin. survey sana sini mencari harga termurah. semoga Allah permudahkan segalanya. amin :)
Brilliant Marjan berkata…
waktu sambung MBA dulu, ramai kawan kata, "hantaran ko mesti tinggi?" & kebetulan pegi jemputan kenduri & hantaran yg diberi utk pengantin adalah RM 10 K walaupun dia hanya ada SPM...

Saya jadi pening.. Mujur saya faham berdasarkan ilmu yg tak banyak ni..Apatah lagi bila saya ambil subjek Islamic Financial Planning (IFP)..mata terbuka luas..

Sedikit yg sy nak kongsi, lepas kawen tu lagi penting belanjanya..kebajikan & pelajaran anak-anak yg bakal lahir..simpanan kecemasan, simpanan utk amal jariah & yg penting simpanan utk tunaikan haji..

tak dinafikan terdapat anak2 yg sedar perihal ni jika mereka tahu agama & ada ilmu agama..cumanya cara nak maklumkan kpr org tua tu mcm mana..

penah seorg kwn sy cerita, parents kepada si gadis bertanya kpd lelaki yg meminati anaknya, "kamu keje gomen-goverment ke? boleh bayarkan duit ptptn anak sy? kalau kamu tak mampu tak payah!" - si lelaki memang baik budi pekerti & semua org tua pasti berkenan sbb ilmu agama bagus. dalam diam dia banyak harta walaupun kontraktor..bayangkan..tp si lelaki tawar hati sbb org tua tak sudi..

~back to Islam
Jiha berkata…
err tapi ada betul juga hantaran kena tinggi kalau dia belajar tinggi. sekurang kurangnya bagila penghargaan sikit kat mak abah perempuan tuh sbb dah jaga dari kecik, bg belajar tinggi2 jauh2. beli baju, aksesori bagai.

kalau jenis yg duk rumah goyang kaki, baju kotor pahceroh mak basuh baik takyah bagi mahal mahal lah . haha
Cikgu Amin berkata…
good info ... hoho

jom baca ni jap, jangan lepaskan peluang ni... tawaran hebat untuk anda...
Tanpa Nama berkata…
x best la layout baru terfaktab
aljambz berkata…
itulah. ibu bapa yang berfikiran tipikal melayu sekarang ni, lebih pentingkan hantaran dari kebahagiaan buat anak-anak mereka.

siapa tahu zaman aku nak kahwin nanti, beratus-ratus ribu pulak.

sebab aku masih muda.
ZeBentPenzel berkata…
"Tok dulu lepaskan mak hang kat bapak hang hantaran seratuih ja..." kata tok saya pada saya tak lama dulu.

Itulah anak perempuan yang dia sayang, yang dia gadaikan tanah untuk pastikan masuk U. yang dia lepaskan dengan mahar dan hantaran yang kecil, cincin belah rotan yang halus, dan nikah di rumah dengan memakai kebaya putih biasa. tanpa majlis gilang-gemilang.

Rasionalnya kerana dia faham ayah saya masih lagi belum mantap ekonominya. elaun seribu sebulan takkan nak minta hantaran 50k kan.
tapi bertahan 25++ tahun lebih.

kan lebih baik begitu. ye dak?
yes suka, but is there anyone who even dare to question this to them?
Aslina berkata…
aku rasa useless kalo aku ngan bf aku kumpul duit penat2 dalam masa setahun, tapi untuk dihabiskan dalam tempoh 3 bulan dekat2 nak kenduri lepas akad nikah.

hey c'mon... yang tolong perabis duit tu nanti nak tolong kitorang ke kalo susah2 nanti? silap2 haribulan pandang pon tanak...

dats my opinion lah...

aku selalu berfikiran negatif macam tu...hahahahh...

duit aku duit aku lah kan... watpe nak wasting kat orang yang nanti blom tentu hadap nak tolong aku kan? kan? kan?

better for both of us saving for our future.

sapa sokong?
Syamimi Fatin berkata…
btul tu.. kdg2 org2 tua yg suka nk letak harga tinggi... anak2 xkesah pun.. better kumpul duit utk lepas kawen jugak... nnat xkn nk mkn psir kot
damia safirah berkata…
juz pendapat:
kadang2 saya tengok org sibuk n complain sebab perempuan xpandai masak n urus rumahtangga, tapi macam mana plak kalau lelaki yang xdapat nak jadi imam bila solat jemaah bersama keluarga? ada yang cakap xready. ok. kalau dah xready, buatpe kawen dulu? kan dalam tnggungan seorang lelaki yg dah berkahwin?
.::TAIKO ::. berkata…
sy selaku perempuan setuju pasai hantaran tu..
tp kalau pasal masak,jage laki sume tu..leh blaja kn..slalunye lpas kawin ni org pmpuan otomatik jd terer memasak..kn..kn..
yg lelaki pun kn la perbaiki dr jugak..bwk2 la jd imam mcm damia safirah ckp...
kalau xleh jd imam toksah harap la bini awk tu leh lengkap pakej serba serbi kn...:)
MisS a0nz berkata…
hehehe..kwn2 pun ramai nak wang hantaran time kawin nt tu tinggi2..
ada diplome,wang hantaran kena la tinggi..tu kata kawan2..
tp bagi sy.. cukupla sekadar ada.. utk buat majlis yang sederhana.. klu bakal laki tu habiskan duit simpanan semata2 nak bayar wang hantaran belanja kawin.. lepas kawin nt nak makan apa? makan batu agaknya.. klu lelaki tu kejanya yg bergaji besar..xpala juga..klu yang sekadar cukup2 makan je? xke naya tu.. kesian juga kan..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.