No Money, No Honey.

Mana-mana pun aku pergi, kalau aku tanya kepada para lelaki terutamanya kepada kawan-kawan aku. Ramai akan jawab;

"Perempuan zaman sekarang memang pandang duit dan harta. Kau takde duit dan harta, lambatlah kau nak berkapel dan berkahwin"

Ok, ini mungkin cerita lama. Tapi, series-lah. Kalau pandangan ini menjadi satu fahaman kepada setiap lelaki, korang yang perempuan ini tak rasa something ke? Macam tergugat ke atau takde rasa secubit kesedaran nak memperbetulkan fahaman ini yang semakin menular dalam jiwa sanubari lelaki?

Ye-lah, kalau dulu ramai orang perempuan berfahaman;

"Lelaki hanya pandang perempuan cantik saja"

Tapi, bila hari-hari berlalu, kita dapat lihat fahaman itu salah dan tak mengena apabila terbaca Ashraf Muslim contohnya, berkahwin dengan perempuan yang 'u-know-what-i-meant'. Kan? Kalau lelaki betul-betul pandang perempuan cantik saja. Mungkin sepatutnya Ashraf Muslim itu berkahwin dengan at least selevel lawa macam Tizz Zaqyah mungkin? Kan?

Well, kalau baca akhbar pun. Ada seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan seorang nenek. Rupa jadi ukuran bagi lelaki? Sudah tak boleh pakai dude!


So, back to the topic. Perempuan pandang harta. Sampai bila fahaman ini boleh dikikis? Kita sendiri dapat tengok betapa Lisa Suriani sekarang pun dah pilih Yusry bekas Erra yang ada sebuah Lamborghini. Kesian Mr.K weh, sampai sekarang merajuk dengan Lisa. Tengok, lama dah dia tak tulis kat Terfaktab. Merajuk punya pasal-lah. Baik korang pujuk dia cepat. Hehehe ;P

Even, Dahlia Teteck tu pun nak-kan si Khairul Fahmi, padahal antara Khairul Fahmi dengan Pipiyapong. Aku rasa Pipi lagi macho. Ok, mentang-mentanglah gaji Pipi tak setinggi Khairul Fahmi. Dahlia Teteck tak pandang dengan Pipi. Apa kelas pemain Arsengal? Kamonlah, gaji pemain Red Warrior antara tertinggi kat Malaysia tahu? YNWA! Kehkehkeh. >_<

Eh, aku ni dari tadi nak beri contoh artis. Apa jadah?

Baiklah, tapi aku memang nak tegaskan disini. Boleh tak fahaman ini diubah wahai kaum perempuan? Aku tahulah mungkin korang pernah terbaca kajian purata nilai hantaran perkahwinan yang pernah aku tuliskan dulu.

Ya, akulah penulis asal dan pengkaji analisis tersebut yang pernah kecoh kat facebook haritu. Kajian tersebut aku buat sewaktu di universiti. Kajian sosial rambang yang dibuat dengan responden kira-kira 50 orang. Aku buat kerana ingin dapatkan kepastian disamping kepuasan sendiri. Itu saja. Takdelah hendak set betul-betul nilai hantaran tersebut sebagai suatu pegangan yang korang kena ikut. Malah aku sendiri sewaktu mengadakan kajian tersebut, terkejut dengan keputusannya. Tapi, hasil analisis perlu didedahkan walaupun apa jua keputusannya. Dalam hati aku, biarlah ia menjadi pengajaran dan kesedaran bahawa nilai hantaran kahwin di Malaysia sebenarnya terlalu mahal, melampau dan teruk. Boleh memufliskan tahu?

Aku harap fahaman ini boleh dihentikan dengan wujudnya satu contoh yang boleh spin semula perkara tidak seimbang ini. Manatahu, mungkin boleh untuk satu hari nanti kita dengar gara-gara Bik Mama tak setuju dengan Najib pasal mansuh ISA. Gaduh-gaduh sampai diorang berdua bercerai, Bik Mama pulang balik cincin 24juta, dan berkahwin dengan lelaki sekampung yang kerja berkebun je. Dah tak pandang dah dengan PM. Berkebun pun dia sauk je, janji bahagia dunia akhirat. Peh peh peh! Epik!

Kalau jadi itu macam. Alangkah seronoknya dunia.. Lepas ini nak meminang gadis lepasan IPTA, hantaran seribu pun dah jadi Malaysia Trending dalam Twitter. Wow wow wow! Ini AWESOME!

Orait? Chalo!

p/s: Sinis Hari Malaysia. Jangan kecil hati broo. Hihi.

Ulasan

Diyana berkata…
It's true, you know. Girls memang pandang harta. Can't really blame them. They're taught.

I mean, mak ayah selalu pesan, "Kahwin nanti cari laki yang ada rumah, kereta ngan duit."

Even my teacher cakap, "Kepada pelajar perempuan, kalau jumpa laki nanti tanya dia ada kereta, rumah ngan duit. Kalau ass semua ni, baru tanya dia sayang korang ke tak."

Oh yeah. Cikgu tu lelaki ye.

Basically, perempuan memang diajar untuk memandang harta.

But, semua ni pasal stability. We girls want guys who can take care of us in the future.

Bab hantaran, I don't really give a damn about it. To me, lagi tinggi hantaran, lagilah tak boleh beli rumah. And, I really want a house.
'ilie.R berkata…
mas kawen RM1000, duit hantaran tak perlu, tp belanja kenduri kawen kene kongsi sama rata..boleh gitu..?
mariea mnayan berkata…
perempuan berduit dari lelaki...
aku ada dua contoh dekat dengan aku. melihat situasi macam nie, aku terpaksa sokong penyataan kau dari menafikan. sebab aku rasa perempuan menanggung hidup seorang lelaki selain ahli keluarganya nampak macam lelaki itu biawak hidup. bunyi agak kasar, tapi aku merujuk pada orang yang terdekat dengan aku. yang aku tak nampak, tak tahulah sebab aku memilih orang yang aku perlu jaga 'tepi kain dia'. sorry lah kalau kasar bahasa kat sini. tu opinion aku. if nanti aku jumpa lelaki yang tak berharta dari perempuan tapi mereka boleh hidup bahagia seadanya, aku akan mention and betulkan balik tafsiran aku.
maksurozana berkata…
ah kau aqram.len kali buat kajian purata tu kat aku.biar aku yang jadi responden. sebagai seorang wanita yang berdikari dan bekerjaya sendiri, aku tak terlalu memandang duit seorang lelaki walhal duit tu aku pun boleh cari. i can earn it by myself bro! perepmpuan ni bagi aku nakkan benda yg dia rasa selamat. macam kau tak perlu bertitle Tan Sri nak pikat pompuan, cukup kau ada kerjaya sendiri yang boleh tanggung hidup satu family. sape nak hidup susah tapi aku tanak hidup dalam kaya raya. buat apa? sederhana tu lebih indah. bukan semua perempuan pandang harta aqram. yang pelik bila letak hantaran mahal cakap menjual anak, bila letak murah cakap "mesti ade ape ape ni". jadahnya. manusia manusia.

sebab aku seorang perempuan dan andai kata aku ni mementingkan sangat poket bf aku, i dont choose a student to be my bf. u know me aqram! benda ni semua pada diri masing masing je.
berharta tue perlu tapi bkn sbb meterialistik ke hape. tapi harta tue aset tuk masa dpn.

cinta mcm mane pun, tp lau hari2 duk gaduh sbb xde duit lama2 boleh cerai berai gak.


duit tue mmg pnting. dan aku pun lau boleh nk cari lelaki y berkerjaya
TheBentPencil berkata…
wow, analisis tu awak yang buat? Tabik spring bro. Research tu. haha.

tapi apapun pendapat kita, you gotta admit--as more women gain opportunities to learning, more women gained better jobs than men. More women earned more than men.

but thank goodness, I still see women out there (my age) who married someone with a less-paying job than hers. Women don't pick face, dont really pick money (as much as you think they do).

if they fall in love, they'll marry. simple as that.
Wid Skyline berkata…
tu la pasall, mak aku pun ada cakap..
"pompuan skrg x hensem xpa, janji kaya.."
haa kalau da macam ghupenyer, xkan la skrg nk kene demand untuk jatuh cinta.. T_T
abang beger tu hensem, tapi....
argh lantaklah! ahaahahah! ^^,
PointBlankShot berkata…
"no money, no honey"

100% gua setuju.

sekarang ni, kalau takde duit apa pun tak jadi even cinta sekalipun.

cuba hang bawak bill letrik hang tu, cakap kat kaunter TNB kata hang nak bayaq bill pakai cinta hangpa laki bini, buleh?

kalau buleh, sila kemukakan bukti kat gua HAHAHA
Ibu Ammar berkata…
laki blame pempuan yang pandang harta, padahal bila laki dah gila2 punya berharta, dia lupa dunia, dia lupa susah payah isteri, dia jugak yg mudah tergoda dgn pempuan spesis gila harta yang cantik bergaya.muahaha.

laki blame pempuan, pempuan blame laki. dua kali lima. LOL
Ceiler Mun berkata…
ooo.. kau la org yg buat psl wang hantaran tu.. hahaha..


errrr... emm.. okbai... ^^
ErnieFaizal Siti berkata…
Mungkin dulu ya..but now i x boleh nak agree 100%..you know what,nowadays FYI ramai lelaki yang mencari wanita bekerjaya dan pandai berdikari utk kesenangan sendiri..i sendiri ada bbrp org kwn lelaki yg macam ni..looking for perempuan berduit untuk dijadikan banker..pasal duit hantaran,itu xboleh dijadikan label utk kata perempuan mata duitan..wellll,duit hantaran diberi sekali je..bukan everyday... :)
sayA tonaH berkata…
ye ke no money no honey~

ak tengok banyak jer pompuan tanggung laki skang nih pe citer~
Tanpa Nama berkata…
skrg tak mcm tu dah bro..mcm aku tak pandang laki tu banyak duit tau tdk walaupun faktor tu mmg kena ada juga..ramai dah wanita skrg bekerjaya dan got their own money jg..i agree jg la yg pemikirn semua perempuan pandang duit ja tu ntah sampai bila nak buang..
little.pingu berkata…
for me, tak kesah la gaji die byk mne pn..yang penting die tau menyimpan n tau manage duit..laki y boros n fail manage financial die, is an epic fail..hjg bulan je dh ikat prot mkn megi..tu takpe lg, at least sdr dri gak dh takde duit..kalo tak sdr gak? asek dok gesek kad kalo dh kering? fail..fail..
.::TAIKO ::. berkata…
aku setuju ngan beberape org yg bg pndapat xsume pmpuan ni pndang duit je kat laki..
sebab seyesly pompuan skang dh pandai duit sndr,ade kerjaya,xpon bisnes..at least leh wat duit poket beli mekap ke baju baru xpayah mintak duit laki kan..well.tiap org de pendapat dr sndr..
as for aku,aku xkesah kalau hantaran aku 1000 je pun jnji hidup sme2 la ssh sng tu...bkn nk harap kat satu pihak je...ye dok??
Unknown berkata…
Hamba duit semua ni.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.