Selamat Bergraduasi Cinta!


Assalamualaikum wbt.

Hai semua. Harap-harap sejahtera dan gembira selalu. Terutamanya kepada yang tu, tu dan yang tu--yang baru lepas grad tu. Amboi bergambar sakan nampaknya. Penuh news feed dengan album gambar korang--guling-guling la, gambar lompat-lompat la, salam mak la, dengan pakwe pun ada. Seronok kami yang menstalk ni, apatah lagi dengan layout baru ni. Eh.
Gambar gaya camni, satu album sepuluh pics. LOL [link]


Satu perkara tentang graduasi ialah ia membawa kita berfikir tentang masa depan. Tentang kerja, tentang keluarga. Dan tentang kekasih. Terutamanya kalau kekasih itu sama-sama sudah bergraduat. Jadi banyak pula persoalan timbul dalam fikiran tentang hala tuju perhubungan anda.

Dunia sudah lain, maka cabarannya pun lain. Jadi sebelum anda melangkah lebih jauh ke dunia dewasa ini ada beberapa perkara yang biasanya menjadi kerisauan para pasangan graduan sekarang, dan pendapat saya mengenainya.

1) Kahwin sekarang, atau kumpul duit dulu?

As you guys might have read, my parents get married soon after grad. Mak baru dua tiga minggu kerja kot kalau tak silap. Ayah pula baru ikat perut selama enam bulan. So...idea yang baikkah?

Depends. Sebaik saja lepas grad, kerja pun masih mencari/tidak tetap. Wang simpanan pun baru sedikit. Lagipun biasanya yang kahwin selepas grad ni samada mak ayah support belanja kahwin, atau kahwin simple-simple macam parents saya. Kebanyakan rakan saya (yang ada GF/BF sejak study) akan tunggu setahun dua baru kahwin. Ada yang tetapkan sampai 4 tahun after grad baru kahwin! Nak kuatkan ekonomi dulu katanya. Belanja kahwin bukan sedikit.

"Koje untuk kapel ade dok?" [link]
Tapi saya teringat perbualan dengan seorang kenalan: "Saya dengan kekasih nak kahwinlah juga. Dah setahun grad ni. Kalau tunggu sampai duit cukup, entah bila nak cukup".Betul juga. Kos sara hidup makin lama makin naik. Huh.

2) Patutkah kami cari kerja di tempat yang sama?

Yes, IMHO. Ah, mesti ada yang sindir "Uhh hanya kerana pakwe je? Booo". Well, kalau tak boleh, tak apa. Tapi kalau anda serius nak bawa dia ke jinjang pelamin, usahakan cari tempat kerja di kawasan sama (paling lebih pun negeri bersebelahan). Sebab kalau betul anda berkahwin, nak berhenti kerja semata-mata nak ikut ke tempat suami/isteri agak risky. Berhenti kerja, tapi belum tentu di sana ada kerja yang sesuai. Syarikat sekarang pun belum tentu rela hati lepaskan. Time kita hantar surat berhenti tu mulalah dia tabur dengan janji elaun tambahan gaji naik segala. Hish! Tak jadi nak berhenti. Last-last jadi perkahwinan LDR.
Cintaku tertinggal di Malaysiaaaa.....{via detik.com}

Lagi satu, kalau yang memang couple masa universiti, hari-hari berkepit, bila bekerja jauh-jauh hubungan mulalah retak. Tak biasa berLDR katakan. Ramai juga yang putus selepas grad kerana duduk berjauhan begini.
*Disclaimer: syarat ini tidak tertakluk kepada org yg memang ada posting tetap, cth cikgu dan tentera. heuheuheu

3) Dia sukar mendapat pekerjaan yang setaraf dengan saya. Atau tak ada langsung!

-kadang-kadang selepas bergraduasi baru disedari bahawa jurusan yang si dia ambil itu agak kurang peluang pekerjaan. Selepas enam bulan dia masih bekerja di shopping mall sedangkan anda sudah bersusun syarikat besar menghantar interview letter.

[link]
Bila terjadi kes sebegini, saya mohon anda sabar kerana rezeki orang lain-lain masanya. Apa yang kita perlu lihat ialah kesungguhan mencari kerja. Bagi saya kalau memilih pasangan atas nilai tangga gaji adalah sangat rugi. Kerana tangga gaji boleh naik boleh turun. Hari ini hanya pomen di syarikat, esok dapat tawaran jadi pengurus besar--mana tahu?

Bantu kekasih anda mendapatkan pekerjaan. Carikan dia peluang pekerjaan di suratkhabar, Jobstreet dan bertanya kepada kawan. Tidak kisahlah sama ada mengikut jurusan atau tidak. Memang normal untuk kebanyakan graduan mendapat kerja yang 100% tiada kena-mengena dengan ijazah.

4) Bagaimana pula kalau pasangan hendak menyambung pelajaran?

Haiyo...ni pun kekadang jadi isu tahu! Lagi-lagi kalau dapat Uni yang jauh. Boleh ikut cadangan no. 2 tadi, ataupun tunang/kahwin je la time study. Kalau dalam kes PJJ atau postgraduate, kuliah adalah amat fleksibel (OK takdela "Amat" sangat kan, over lu nyah). Ramai orang yang dah berkahwin buat degree PJJ atau ambil postgraduate, no problem. Lagipun dapat awek/pakwe student ok apa. Cuti sem 2 sekarang kan panjang, boleh jumpa selalu. OPPPS!

Ha empat point ni je la yang ada sekarang. Semua berdasarkan pengalaman rakan dan keluarga saya. Tapi kalau korang ada point, sila jangan segan silu tambah lagi di komen. Akhir kata selamat bergraduasi kepada rakan-rakan di luar sana, dengan ucapan AILEBIU SOOO MACHHH

eh. Assalamualaikum wbt. Heh.

Ulasan

nida tecit berkata…
mak n abah saye dulu kawen masing2 da ade keje. mk gomen. abah keje bnk. mule dari bawah gak as kerani. mule2 kawen pon memasing jao gak. tahun ke2 kawen baru dorang usaha dok same.

bagi saye, kumpul duet tu tak penting sbnrnye. rezeki tu hak Allah. masing2 ade rezeki yang Allah da tetapkan. kite kene yakin dgn qada' & qadar Allah.

kalu kite kawen n kumpul duet same2 bukan ke hubungan suami isteri lebih kuat? saling bergantung, saling bekerjasama. susah senang same2. same2 meningkatkan taraf hidup. itulah yg kurang dalam institusi kekeluargaan sekarang.

masing2 kate 'eh, gj saye lagi byk dari awak, sy yg sara hidup kuarge kite' ~ there shouldn't be something like this in family.
shahirahkhairudin berkata…
kije. kumpul duit. kawen. kumpul duit lagi. sambung study. jaga anak. kumpul duit lagi.

buat sama-sama. yang jadi lelaki tu pun, mesti kena ada vision, majukan diri. kalau pun bukan dari aspek akademik, mungkin dalam bidang bisnes ke. ye dok?

dalam zaman serba mencabar ni, masuk jamban kena bayar lima kupang ni, ekonomi dalam rumahtangga kena bagi mapan. zaman dulu dengan zaman sekarang ni lain.

eh harap harap komen tak menyimpang. maklum la komen sambil makan popia simpul kasih.
mushroom berkata…
lebih baik kukuhkan kewangan dulu baru kawen. oke?
Dorky Guy berkata…
LDR? long dick reduction?
TheBentPencil berkata…
@Nida tecit: betul, macam parents saya la, lepas grad terus kahwin. lepas tu memang start dari bawah la.

berjauhan--memang ada orang boleh buat, tapi ia mengambil orang-orang yang betul-betul sabar la. Kawan saya ada sorang--lepas kahwin awek sambung belajar semula jauh di Johor sedang dia bekerja di Seremban. Honestly--terang-terang dia cakap--gersang.

kesian!

@SK:
ehhh langsung tak menyimpang kak. Betul statement tu! Kena ada vision (both men and women too!)
sebab tu saya tak percaya pada pandang orang dekat tangga gaji. Pandang dia pada visi dia. Orang yang ada visi, kita letak dia kat mana pun--jadi pomen mahupun jadi manager, kejap je dia boleh naik jadi bos.

@mushroom: depends, ikut orang. tapi kalau 0sen pun tak boleh gak. at least ada something. berapa banyak "something", that's for you to decide :)
TheBentPencil berkata…
@dorkyguy

glossary:
1) LDR: long distance relationship
2) IMHO: in my humble opinion.

do not google translate! lulz
pendpaat sy, lebih baik kukuhkan kerjaya & kewangan dulu..bila dah betul2 ready baru boleh kahwin..
sbb perahwinan nie perlukan komitmen yg tinggi, dan perlu ready nk pikul tanggunjawab..
Tanpa Nama berkata…
btl2 saya sokong duit i kite kumpul cmne pun xkan cukup gak sebab brg makin lama makin naik. lg 1 psl hantaran or belanja ape slh nye kalo kite berkongsi sbb yg nak kawin pun kite. dr situ lah kita ptt pupuk tanggungjawab bersama...

QQ..
Tanpa Nama berkata…
@nida tecit

"kumpul duet tu tak penting sbnrnye"

fuhh...either you are f***ing rich or you're living in denial...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.