Surat untuk bekas bakal ibu mertua

Assalamualaikum.

Hai makcik! Ingat saya lagi? Yup,saya yang pernah tulis surat kat makcik dulu. Kalau ingat,syukur alhamdulillah tapi kalau makcik tak ingat,makcik pura-pura jelah ingat. Jangan nak buat saya terluka sangat.

Untuk makluman makcik,saya sedang serius tidak dicintai oleh anak makcik. Entah apa silapnya,jodoh kami tidak panjang. Yang saya tahu perasaan itu tidak boleh dipaksa-paksa,tidak boleh dibentak-bentak,tidak boleh diugut-ugut. Yup,saya sedang rabak serupa celaka sekarang. Astaghfirullah,tercakap celaka pulak. Maafkan saya makcik tapi sejak dua tiga menjak ni emosi saya memang tidak menentu sikit.

Makcik tahu apa rasanya bila seorang penagih dadah tak dapat bekalan dadah? Atau bila seorang penagih twitter tak dapat sambungan internet? Atau bila seorang mat rempit kena kerja tengah laut? Darabkan sepuluh rasa itu untuk sama apa yang saya rasa sekarang. 

Makcik,

Terus terang saya katakan tanpa anak makcik,hidup HD saya tiba-tiba jadi hitam putih. Saya tak boleh berfikir,saya tak boleh menaip entri,saya tak boleh tengok kaler pink,saya tak boleh dengar lagu Safura,saya tak boleh tengok makwe ada lesung pipit,saya tak boleh buat apa-apa. Yang saya boleh buat cumalah mencarut dan terajang objek berdekatan.

Tapi makcik jangan risau,saya okay. Serius,saya okay(sambil tonyoh-tonyoh mata). Cuma saya nak katakan kalau ada sesiapa kasitahu makcik yang saya sibuk ejas makwe sana sini,percayalah saya buat semua itu untuk menghilangkan imej anak makcik dan tak pulak saya berniat mempermainkan perasaan sesiapa dalam proses itu.

Saya seorang yang percaya pada jodoh dan saya tidak menolak kalau jodoh itu datang dalam masa yang cepat. InsyaAllah,saya tidak akan pernah memaksa jodoh. Andai jodoh itu tiba-tiba datang esok atau seminit lepas saya publish surat ni,tak bermakna perasaan saya pada anak makcik dulu tidak real. 

Betapa ruginya saya tidak dapat beribu mertuakan makcik dan begitu jugalah betapa ruginya makcik tidak dapat bermenantukan saya. Percayalah,kita sama-sama kerugian dalam hal ini. Saya terlepas mendapat bakal ibu mertua seperti makcik dan makcik terlepas mendapat bakal menantu paling happening seperti saya.

Ikhlas saya cakapkan,saya tidak pernah menyalahkan anak makcik atau sesiapa pun dalam hal ini. Semuannya saya anggap kelemahan saya sendiri. Setiap benda ada hikmahnya dan saya yakin perkara ini terjadi untuk saya memperbaiki diri sendiri. Apapun alasan anak makcik,saya yakin tujuannya tepat.

Maaf saya ucapkan andai selama ini saya banyak melukakan hati anak makcik,banyak janji yang saya tidak dapat tepati dan banyak ruang kosong yang saya biarkan begitu sahaja. Saya hanya puaka biasa berketinggian 175cm tetapi bermimpi untuk mengutip bintang. Power jugak ayat saya ni kan makcik? Kehkehkeh..

Akhir kata,saya harap makcik sekeluarga hidup bahagia. Saya juga berharap anak makcik akan lebih gembira tanpa saya dan dia dapat menjaga dirinya sebaik mungkin. Andai satu hari nanti anak makcik ingin menamatkan zaman bujangnya,tak perlulah hantar kad undangan pada saya,risau saya datang mengamuk dengan mesin rumput pulak nanti.

Oleh sebab saya dah tak berapa steady mana ni,saya akhiri surat saya kali ini dengan serangkap pantun. Assalamualaikum!


Pecah kaca Pecah gelas,
Berat bahu memikul berat lagi hati menggalas.

Ulasan

milaSAJJEsajje berkata…
hahahaha! luv it brader leplep!
deylaSUPERB . berkata…
kahkahkah . lu mmg superb la bro !
Ceiler Mun berkata…
gua rasa entry ni cute + kelakar la... hahahaha..



okbai!



^^
pinjam! aku nak bagi kat bekas bakal ibu mertuaku.
mesti die bersyukur gila xbermenantukan hantu seperti aku.
kehkehkeh.
833H4 berkata…
hahha...wa pun ingat nak tulis untuk bekas bakal mak mertua..haha
arina ahmad berkata…
Mak mentua mu:

ade aku kisah? hahaha~
puihh~ KL ni makcik pegang la.
rozeeta rashid berkata…
bekas bakal mak mertua rugi tak dapat menantu paling happening.. hahaha! tergelak-gelak baca entri nih.
idora ilyanee berkata…
kah kah kah kah
terbaik punye surat
wanie berkata…
kehkehkeh! bila nak hantar surat untuk bekas bakal bapa mertua pulak? baru adil dan saksama katanyeeee
Tanpa Nama berkata…
hahaa . surat lu best derhh ! gua rase gua nak pinjam ayat ayat lu buat kasi katbekas bakal mak mertua gua ! haha . tak pon gua copy paste jep laa . weee ;pp
Pencinta Seni berkata…
part mesin rumput tu bleh blah..hahaha.. XD
TheBentPencil berkata…
saya ada dua adik perempuan.



*hantar rombongan merisik leplep*
Unknown berkata…
spruh tragis bekas mak mertua bace surat ni..haila..haila..
Nazhirah Mazlan berkata…
comel aje sindir menyindir,,:)
Tanpa Nama berkata…
terbaik !
rugilaa mak mertua terlepas menantu yang happening nih kan ..
hahaha ~
Cik Bunga_Kaka8 berkata…
nak kate tacink....aku gelak..
nak kata kesian....aku gelak..
nak kata kasar.....aku gelak..
pendek cite,aku rse nak gelak je baca...kau mmg kelasss leplep..
AsyieqiN Rkey berkata…
terbaekk..nak amik bg kat bekas mak metue jugak ah...syg lebeh le leplep ari nie..hehe
Di berkata…
lu memang koc kelas business arhh leplep !
Tanpa Nama berkata…
series surat ni antara artikel yg best dlm terfaktab ni..bgs tuk self healing..terbaik..
Unknown berkata…
gua baca sambil lap air mata tau leplep.
Lalala berkata…
surat ni terbaiklah... kelakar .. dulu aku tulis surat utk bakal mak mentua.. anak dia baca.. now kami kapel haha...
FARHANA BAHARUDIN berkata…
mak mertua pasti nangis sambil hentak2 kaki baca surat ni. melebammm haha
Eyka berkata…
bhahaha...nak tulis jugk laa nti..gila sempoi habis surt..haha:P

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.