Perutusan Ramadhan Tahun Ini

Asalamualaikum w.b.t

Ramadhan yang dinanti-nantikan telah sampai dengan berkoyan-koyan makwe menukar profile picture ke gambar bertudung mahupun berbaju kurung. Mungkin juga baju raya tahun lepas. Juga tak dilupakan ramai pakwe menukar gambar profile picture ke gambar tahiyat akhir, takbiratul ihram, gambar berdoa lepas solat juga tak lupa gambar pakai songkok dan kopiah.

Alhamdulillah. Perkembangan yang serba Islamik dalam bulan mulia ini amat dialu-alukan agar kita semua sentiasa beringat untuk berbuat baik pada Ramadhan kali ini.

Kami di kumpulan Terfaktab Holdings dan anak-anak syarikat ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa dan ingin berpuasa (mana tahu ada orang bukan Islam yang nak try belajar berpuasa). Semoga dengan puasa ini boleh mencegah dari kita melakukan perkara-perkara tidak baik. Baik dari segi realiti mahupun maya.

Syukur ke hadrat ilahi kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa. Buat mereka yang berpasangan sama ada berkahwin atau belum berkahwin. Jadikan Ramadhan ini sebagai landskap untuk belajar mengawal nafsu. Berzina di bulan puasa, gantinya amat berat tahu? Kena kaffarah. Sama ada kena bebaskan seorang hamba (ada lagi ke hamba zaman ni?), atau berpuasa 2 bulan tanpa selang, atau beri makan 60 orang miskin setiap sorang dengan secupak beras.

Maka dengan itu. Janganlah berzina atau jangan bersetubuh di siang hari. Aku hentak kepala kau dengan kerusi ni karang kalau aku jumpa korang buat benda bukan-bukan macam ni.

Sekian, selamat berpuasa dan wassalam.

Ulasan

Wadi AR berkata…
mohon geng buat amal bukak pose utk readers
Hakim. berkata…
saya setuju benar dengan cadangan komen di atas saya.
Syawal berkata…
Istilah 'berzina' bermaksud pasangan mengadakan hubungan seks tanpa nikah. Siang ke bukan tetap haram. Tak payah nak kaitkan dgn kaffarah. Tu khas kpd pasangan yg dah bernikah.

Aku kasik jelas, nak elak bg yg kurang arif confuse.
Tanpa Nama berkata…
bersetubuh bulan ramdhan tak kira kahwin ke tak. tetap kena kaffarah lah gilerrr.

haram pun kena, kaffarah pun kena. paham dak?
Tanpa Nama berkata…
teringat ada ustaz yang cakap dia terkejut ramai benor pi bayar kafarrah semenjak 2 menjak ni. camne tu? haha

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.