Racun Diam

Saya sudah beberapa kali minum racun ini dan mati tanpa simpati sesiapa. Percayalah, diam sebenarnya racun penuh berbisa.

Jangan pernah anggap orang lain tahu perasaan kamu. Walau sepedih mana kamu fikir rasa yang bakal menimpa saat mulut dibuka, barahnya lebih subur andai kamu pendam segala mahu dan cuma akur.

Find a way to tell him/her whatever you feel. Especially when you start to feel that he/she is the one. Kalau bukan dengan bertentang mata, barangkali dengan susun kata dalam warkah tanpa suara. Atau zaman kini, di belakang tabir dunia maya.

Persetankan berani dan gentleman. Chivalry is not dead just because you confessed your feeling via Facebook post, Twitter direct message, or a blog post. Kelelakian kamu, baik yang di dalam seluar mahu pun di hati tidak akan tercalar walau sedikit. Ini kalau kamu memang jenis yang semerta bisu saat berhadapan gadis idaman.

Hah, entri ini pun saya tulis sambil menghadap cermin. Entah sampai bila saya mahu berselindung di sebalik smiley dan "hahaha" untuk menyatakan sebenarnya "aku suka kau". Bodoh. Saat menaip ayat ini pun saya mereguk racun diam penuh rakus.

Tak mengapa. Bukan kali pertama saya mati sebegitu.

Tinggalkan racun ini. Spit it all out. Sesaat kamu diam, bermakna sesaat kemungkinan indah kamu bakar tanpa sisa. Segalanya sia-sia. 

Ulasan

Hafiz Baharson berkata…
kadang kala diam itu tidak bermakna lebih balik. hmmmmm
alfsfr.ali berkata…
Gila la terfaktab laju je post sejak kebelakangan ini. Tak sempat nak hadam satu dah keluar lagi satu. Harap2 kehadapan nanti pun selaju ni.

Btw, meluahkan tak bermakna dengan mulut saja. Mungkin boleh jadi dengan tindakan. Kelelakian jugak tak bergantung sama ada diluah atau ditelan. Its depend. Depend on the person.
Hakim. berkata…
Diam tu kadang2 bersebab. Takut Fairy Tail yang kita reka dalam minda tatkala sebelum tidur tu tak seindah mana jadinya.
cik FIFFY berkata…
ahh.. kalau yang disayang meluahkan rasa kan best
tira berkata…
Diam adalah teman saya. Racun diam ni telah sebati dengan saya. Terima kasih. :)
anerp berkata…
Xguna kalau luahkan tapi tidak berjawaban. Bia kan je lah racun ni aku telan, drpd aku dpt racun drpd seksa tgk org yg xberperasaan.
anerp berkata…
Xguna kalau luahkan tapi tidak berjawaban. Bia kan je lah racun ni aku telan, drpd aku dpt racun drpd seksa tgk org yg xberperasaan.
TheBentPencil berkata…
anyway, memendam itu memang racun. ada dua solusi saja, meluahkan, atau menelan dan biar ia berkumuh keluar.
dalam kata lain,let go n move on.
TheBentPencil berkata…
@Hakim
fairy tale lah. I baca fairy tail I teringat budak rambut blonde bertatu di tangan dan binatang terbang yang asyik "plue! plue!" lololol
. berkata…
it's too late.
lin berkata…
Racun diam . dia racun tapi kadang2 dia juga penawar kan :-)
aniskittle berkata…
feelings are complicated..there's no manual for it.. how to handle them is up to you..i've seen people 'confessing' their feelings to the one..sometimes it came up as truce..or consequences.. whatever you decide.. but i believe it would be much better and relieving if you ask Him.. whatever you feel He knows..so you are never alone in this..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.