Nora Elena Whoooo?!

Hai semua, selamat hari Selasa. Haha. 

Gua rasa sudah sudah la tu memetik serta mengaitkan gua dengan Nora Elena sama ada di Twitter, FB atau pun private msg. Tahap ke-ter-menyampah-an gua terhadap Nora Elena sudah tahap cipan. Cukup lah ciptaan GambitSaifullah yang membawa kebanyakkan kita terbang ke alam fantasi, drama Meleis pun nak bagi kita tonton modern fairytale. Maybe untuk orang orang seperti Adinda Evans percaya mereka ada harapan? Bakal berjumpa mamat seperti Seth Tan? (read : SETAN) Mungkin? Mungkin?




Cuba bayangkan diri lu orang di tempat Nora Elena, sikit sikt

" Eh apa ni awak? " *sambil acah-acah menolak tangan Seth Tan*
" Sayang kan nak shopping " *sambil menghulurkan credit card*

Wahhh.. bahagia hidup kau nyah. Ingat senang nak dapat lelaki handsome lagi pemurah serta memahami naluri kewanitaan? Hampeh betul. Tapi tu semua bukan tajuk yang gua ingin bincangkan hari ini.

Sedar tak kadang kadang kita terpikir, kan bagus kalau separuh dari perangai ex bf/gf kita, kita boleh gabungkan dengan yang current one? So akan jadi perfect person that we looking for? Oh, tak payah sangat memberi harapan. Benda takkan wujud,

Contoh:


  • Nak lelaki kaya, tapi takde masa untuk lu orang.
  • Nak lelaki banyak masa, tapi kerja gomen (duit sekadar sederhana, buang angan angan nak mintak handbag LV)
  • Nak lelaki handsome tapi kaki pukul dan mata keranjang.
  • Nak lelaki penyayang tak pandang perempuan lain, muka ala kadar je la kan.


See.. nak lelaki handsome, sanggup bagi card credit dia untuk lu orang shopping, sanggup batalkan appointment business juta juta *sambil berdiri tepi kolam bagi ikan makan*, sanggup stay kat rumah sebab lu orang sakit perut, mungkin ada satu dalam sejuta. (merujuk kepada Seth Tan) Haha.


So, apa yang dikatakan di sini, kesimpulannya, tak payah terkejar kejar sangat tengok Maria Elena, eh Elena Reeney eh Nora Elena. Haha. Aku nampak ramai gak perempuan dok berangan tidur malam nak mimpikan suami macam Seth Tan. Eh, bukan gua taknak cakap pasal Nora Elena ke? Damnnn!!

p/s: Ni yang gua malas nak baca novel Meleis ni. Suka buat readers teruja tak pepasal. Cuba tulis pasal realiti kehidupan.
p/s/s: Tau tak korang yang sebenarnya post ni gua nak cerita pasal Bapak Gula/Mak Gula? Perghhh.. Next entry la eh.

Ulasan

red gitarputeh berkata…
seth tan = setan.. Bhahahaha. bukan ayat mr K ke tu.? HAHAHA
Tanpa Nama berkata…
org kita teruja tgk ape yg ada kat tv,bukan yg based on novel tu..membaca malas.

sembang juta-juta,lelaki cantik,awek hensem:melayu.

rasa nak lemapanggg je.
Diana Zainal berkata…
drama melayu mmg menipu! haha mane ade laki cm seth tan tu. tunggu lah bape tahun pon..menipu jeee,haaha
Berto berkata…
apa barang layan Nora Elena, layan Cinta Melody la power. Heroin lagi comel, bibir lagi munggel. Kah kah
Aku tak pernah tengok cerita ni.

Malas nak disogokkan dengan another Adamaya. Enough~

Pfft~
Ora_Adzlin berkata…
hoho mmg pon..sangt x logic tp nk gak tngok hohohoho
siti ika berkata…
yeahhh.. satu dalam sejuta...!!
Milimilo berkata…
hahaha.drama semata.realiti? hmmmmph. nan hado. :D
Unknown berkata…
lakonan je. kat luar susah nak dpt
ika~~ berkata…
tipikal drama melayu
anak dato,bisnes berjuta2,anak dato msti lawa-blaja obersi-rmbut karat,kompeni nk nma sedap e.g. kencana holdings(cob nobbler)
realitinya?habuk pn taraaak!
mimmie berkata…
aku rasa yg tengok nora eleena..smayang magrib mesti tak kusyukk kan...huhu
Nur Syafiqa Emelia berkata…
realiti tak seindah fantasi . erkkk
=.="
mira ellyna berkata…
nak dpt laki mcm ni payah..
sbb tu diciptakan novel untuk kita berimaginasi and beranggapan masih ramai lelaki macam ni walaupun hakikatnya beberape peratus je huhu

Aku Betul2 Syok a.k.a TERKEJUT
bukan Nora Elena berkata…
Nora Elena? siapa tu? tak kenal pun? anyway aku setuju ngan syafaza zara! mengaji lagi bagusssss.. ><
stuvwxyz berkata…
sebab tu lah novel best. sebab kita dapat mengimpikan benda yg tak terjadi di dunia nyata. don't you think?

mana keterujaan novel tu kalau kita tak dpt feel percintaan yang rare kan? hehe :)
Nurul dot..dot..dot berkata…
mujur la aku tak tengok TV..kalau tak mesti da menyampah gile gak..drama melayu and drama indon memang banyak merepek..tak real langsung
Unknown berkata…
'Nak lelaki penyayang tak pandang perempuan lain, muka ala kadar je la kan.'

hahhahaha
maksurozana berkata…
aku tak tengok pun nora elena tu ke, setan tu ke. tertengok ade lah tu puntengok sikit je pastu rase macam blergghh.
novel? tak minat nak baca. tak paham nape orang sanggup habis puluh puluh ringgit beli novel pastu beriye iye nak habiskan baca dalam satu hari sampai tak tido tido. aku baca novel kenkandang je time makan tu pun pinjam je pastu tersambal la sikit.
spesispenunggu? berkata…
guwa tengok. tpi x lyn sngt. sbb memg fantasi nove je sume tuh. rekaan smata. dlm dunia real satu dlm sejuta pon blom tntu ade yg mcm setan tuh. err, silap. mcm seth tan.. :D
Cob Nobbler berkata…
cayalah reeney!
Patenggg berkata…
aku tak faham asal abg aku beria giler tengok Nora Elena tuh!sampai berebut remote..ciss!!!
memessy berkata…
aku tak menyampah sangat sbb aku tahu cerita novel memang langsong tak logik.nak yang perfect je sume,konpem hepi ending.yang aku menyampah bila pompuan2 kat luar dk bersunggoh-sunggoh nak ade laki yang mcm ni..kesian..
drama meLAYU memang camtu. banyak sangat benda fake. padahal.....ptuuiiii!!!!!!
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
feyza berkata…
wujud tak.?
Amoi berkata…
Baca novel melayu ni:

Aku Kan Novelis.

Cerita dia tak pungpangpungpang pasal laki kaya bawa kereta lamborghini. Bukan lelaki kaya yang bakal mewarisi company bapak sendiri.

Tapi cerita cinta antar seorang penulis novelis dengan seorang pelukis jalanan yang miskin suka mencarut ada rambut warna merah dan pakai lens warna merah dan drive kancil sahaja.

Novel tu baru realiti kehidupan yang sebenar!

:)
SakinahSallim^^ berkata…
lelaki perfect? brp hah dlm sejuta? sbb manusia 2 x sempurna~
Cik Ungu Kamila berkata…
peminat Nora Elena datang. ngee.

just cerita untuk hiburan lepas keje seharian kat ofis je maaaa. don't take it seriously. muehehe XD
laskar pelangi berkata…
peminat tegar nora elena komen sini sambil berangan senyuman seth tan. HAHAHA

DAMN!
Miss canine berkata…
Aku rase siti saleha a.k.a nora elena nih dulu pakai braces la...hehehe... aku rasela...entah la...
Cahaya Kudos berkata…
sama je dengan cerita korea.. fantasi melangit...hehe...
aza yunalis berkata…
hahahaha....
sume sme je.. melayu indon korea... even suntimes omputih... mmg sume fantasi... 2 la namenye strategi marketing... hahahaha

kalo x.. x tejual la citer dorg... hahahahaha...

sume 2 tipu je... kalo ade pon... mungkin cm ER ckp... 'penyayang tp muke ala kadar shje... hehehehe
shida berkata…
alamak...xtau td dah send komen ke lom..hahaha~~~
act cite ni mmg so typical malay..but biasa la org cam haku nie..stil gak nak tgk cite tuh..adeiii
DidyaJustsaythat berkata…
cerita melayu dah macam cerita korea kadang-kadang

menyulam ideologi cinta dalam diri wanita, yang sebenarnya jauh di sudut hsti tahu, ideologi cinta tu hanya impian palsu semata.

amacam? boleh buat novel tak? kehkeh
piikachu berkata…
Masalahnye, betul ke yang tak hensem tu tak pandang pompuan lain?

Aku tak percaya lansung ada laki mcm tu, including Sethtan tuh. Imposhhhibbelll. haha.
Pa'an berkata…
best gler..nuff said..=D
always well berkata…
cerita hanya hiburan bukan nak bg angan2, dah korg yg angan2 sape suruh..nama pon cerita...
klu ase x suke x yah tengok...kn senang..
Miz Waniey berkata…
novel melayu xkan larik la dari hero handsome, badan tough, kaya, panas baran,, romantik bagai tuh.....
mana nak carik weh lelaki mcm tu...kalo ada bak kt aku..muahaha

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.