Kelab Taat Suami?


Masa sekolah dulu, aku dengar ada banyak persatuan. Persatuan Bulan Sabit Merah. Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Kelab Bola Sepak, Persatuan Kelab Sejarah dan Geografi. Macam-macam.

Then aku pernah dengar jugak Persatuan Ayam Serama, Persatuan Kelab Vespa, Persatuan Wau Bulan atau Persatuan Penanam Koko. Macam-macam.

Kalau kau bukak Facebook macam-macam Persatuan ada. Persatuan Benci Fixi, Persatuan MLM AC Mizal, Persatuan Benci Adinda Evans, Persatuan Anti Freemason dan sebagainya.

Kali ni aku dengar - Persatuan Kelab Taat Suami?

First time aku dengar benda ni - aku tergelak kecil. Aku #facepalm melihat kebebalan yang sedang melanda. Apa takde persatuan lain ke? Apakah ini satu projek menjual agama oleh daulah lagi?

Persatuan ditubuhkan atas dasar menyatukan manusia atas dasar sesuatu. Contohnya, saya akan ke Persatuan Peminat Liverpool FC kerana saya peminat Liverpool FC. Saya juga peminat Radiohead atau Pink Floyd. Kalau ada yang menubuhkan kelab tersebut saya pasti akan memasukinya. Dan saya benci Caprice - kalau ada yang menubuhkan Kelab Benci Caprice pun saya akan masuk juga. Pendek kata, perkataan "persatuan" tu - menyatukan manusia atas dasar sesuatu.

Tetapi - Kelab Taat Suami ini apa? Motif?

Aku tergelak kecil lagi. Saban hari aku melihat wanita ni sering didera - sama ada fizikal atau mental. Wanita ini sering dilihat sebagai warga kelas kedua di negara ini. Cuba kalau aku usulkan wanita jadi Perdana Menteri dah pasti ada serbanistas yang akan berkata "wanita kalau jadi pemimpin negara akan jadi huru-hara". Cheh, penipu. Jerman pemimpin wanita relax je negara maju, no problem pun. Apa ada hal?

Aku seorang lelaki. Tetapi aku tak rasa Persatuan Taat Suami ni perlu. Sebab hubungan percintaan - tak kisahlah bopren gepren ke, suami isteri ke, pasangan bersekekedududukan ke - the main key is respect dan hubungan dua hala. Isteri taat kepada suami tak menjadi keluarga bahagia jugak kalau suami tak taat kepada isteri. Contoh kau baca Pecah, macam mana isteri si Bakar taat kepada suami tapi si Bakar pulak boleh belasah main mahjong time bini nak bersalin. No working out sebenarnya.

Bagi aku - penghormatan perlu datang jika perlu. Kalau title suami tapi perangai macam lahanat tak guna. Sebab tu pihak suami juga perlu tubuhkan Kelab Taat Isteri - baru fair. Kalau pihak isteri je yang buat Kelab Taat Suami tapi pihak suami tak buat Kelab Taat Isteri - ini macam masturbate sorang-sorang pakai dildo.

Tapi kita dilahirkan dalam sistem patriarchy. Lelaki lebih ulung dari wanita. Perlu dihormati lelaki dahulu daripada wanita. Sistem ini telah menjadikan wanita ini kelas kedua.

Dalam sepanjang hidup aku - aku telah perhatikan lebih ramai wanita memberi nasihat yang lebih bernas kepada aku daripada lelaki. Lebih ramai wanita yang mengajar aku daripada lelaki. Ibu aku banyak mengajar aku tentang kehidupan. So, bagi aku ketaatan itu kena datang dalam dua hala.

Yang aku dengar punca suami lari ialah kerana isteri tak pandai dalam hubungan kelamin. Isteri perlu melayan suami seperti pelacur kelas pertama.

Part ni aku terkejung seketika. Adik aku pun terbangun bila dengar cerita ni.

Bagi aku memanglah it's great to have great sex partner. Tapi tak guna juga kalau isteri je power tapi suami dua minit dah terpancut dan tidur. So the best thing is sex ni hubungan dua hala jugak. You don't get unless you don't give. Lelaki Asia bila dalam hubungan seks ni yang selalu gua dengar malas nak foreplay. Tau terus bukak langkah je. So, kau expect pelacur kelas pertama apa ni?

In the end, bagi aku persatuan adalah manusia bersatu atas satu perkara - dan manusia hanya bersatu jika ada kegiatan ekonomi. Persatuan peminat Liverpool FC akan membeli barangan Liverpool. Akan ada manusia Liverpool ini yang sibuk membeli scarf, cap, sticker kereta, jersi Liverpool siap font EPL nombor 8, dan beli tiket paling mahal masa Asia Tour walhal John Tosack dengan Alan Hansen tak kenal [baca: poseur]. Akan ada Persatuan Cinta Sejarah dimana mereka melakukan kegiatan menjual barang-barangan artifak tinggalan sejarah. Akan ada manusia yang benci Caprice dengan memboikot barangan Caprice dan muziknya. Ini semua adalah kegiatan ekonomi. Manusia bersatu kerana ekonomi.

Tetapi - Kelab Taat Suami ni apa pulak kegiatan ekonominya? Melatih para-para isteri untuk menjadi pelacur kelas pertama? You bet.

Ulasan

Wadi AR berkata…
serius! aku sedih sbb isteri digelar 'pelacur'. pempuan lak tu. patot ke? :(
AlexiaAqram berkata…
dengan kuasa veto aku sebagai kapten. kita lancarkan TROLL terhadap kelab taat suami. hell yeah!!!
CKB berkata…
menggelabah. Xde keje sgt lah tu nk buat persatuan bukan2. Kalau betul taat pada suami, duduk ajelah rumah jaga makan pakai anak n laki. sibuk nk brpersatuan jugakk.
ceh
Balqis Riza berkata…
aku tak suka gile pakar motivasi tu kata kena layan suami mcm pelacur kelas atasan..aku tau point dia tu apa tp perlu ke samakan dengan pelacur? and itu je ke tugas isteri? layan nafsu suapaya suami tak lari? hek eleh..

i want to be a wife..not pelacur kelas atasan..pakar motivasi tu kena belajar vocabs laa..memalukan..
dh la tak minta maaf..
Kc Kasedah berkata…
heh. hormat menghormati kunci utama laaa kan.
shaerin syazwan berkata…
kalau jadi isteri orang tu ibarat jadi pelacur 1st class .

so , nak jadi awek orang je =P
Cob Nobbler berkata…
Gua takut ahli-ahli kelab ni bz nak promote Kelab Suami Taat ni,nak kembangkan keahlian - jap lagi suami makan megi je kat rumah.

Balik ke petak pertama jugak.kahkahkah!
apa jadahnye beza isteri dengan pelacur?

pelacur cuma layan kehendak baten lelaki....untuk duit. nothing to do with a guy's life.

isteri layan, temankan, jaga makan pakai, sokong suami selagi tak langgar hukum agama. isterilah tulang belakang seorang lelaki selain ibu lelaki tu.

bezanya macam langit dan bumi.
Cob Nobbler berkata…
Gua nak sound je la kepada Presiden Isteri Taat ni.

Pelacur,lu pancut sekali lu bayar RM200. One night stand RM400. Kalau pekerjaan tiupan kau bayar RM150. Kalau pekerjaan tangan RM50.

Ini harga Jalan Imbi, bukan Damansara Heights ke hotel 5 stars yer. Kelas berapa la tu.

Now - berapa banyak suami bagi duit untuk barang dapur.Ce fikir sikit.
DidyaJustsaythat berkata…
Saya nak usulkan persatuan suami setia

1) wajib bagi makan pakai kat anak, kalau tak semua harta kena lelong buat trust fund anak

2) wajib hafal hari jadi anak dan bini, termasuk jenis hadiah kegemaran lagi.

3) wajib bagi bunga atau romantik dinner, at least sekali setahun kat bini

4) tak boleh tinggi suara seinci pun terutama kat bini yg fulltime suri rumah

5) mesti tolong-tolong bini kalau dia penat kerja tapi kene basuh baju/masak/jaga anak sekali.

kalau tak tolong jugak, jangan minta "layanan" malam tu sebab bini dah penat dah tu.

amacam, ada berani?
NBLH berkata…
Husbands Responsible Club? more relevant I think.
mushroom berkata…
bad,,, this is baaddddd
romeo berkata…
isteri berbeza dengan pelacur. isteri kalau dapat anak di sayang. pelacur dapat anak di lambung.
Cikya berkata…
mengarut lar.
alasan pom tak kukuh lansung.
apa hidup kahwin based on sex je ker..
loyalty, love, passion, understanding campak mana.
laki kalau dah jenis gatal, perempuan layan macam harem pom selingkuh jugak..
i n - c h a n berkata…
kalau isteri pun dah kena anggap sebagai pelacur kelas atasan, tak gunalah peranan isteri sebenarnya.

marriage is always about give and take and respect, and without those qualities, even the greatest sex pun wont make you stay.
Kepala Mancis berkata…
hormat bukan suruh taksub. macamlah suami tu maksumic.

kalau ada pun kelab taat isteri, aku takkan setuju. dua dua kelab inipun takde hala tuju yang jelas. campundek. persatuan menyatukan manusia atas dasar tertentu. dan kelab2 yang takde hala tuju hanya akan menambahkan nafsi nafsi terhadap kepentingan memasing. pui.
Dunia Mommy Comel berkata…
larh kalau gelaran untuk isteri sampai tahap pelacur klab atasan mmg memalukan cmni xyah lah jadi mini jadi pompuan simpanan ok x??
Tanpa Nama berkata…
gila, perlu ke bandingkan isteri dengan pelacur? kalau pasal layanan seks tu, memang betullah hubungan dua hala, tapi masing-masing kena open lah, tak perlu sampai bandingkan tahap serorang isteri dengan pelacur. wanita diciptakan daripada rusuk kiri sang suami, dekat di hati untuk dilindungi dan dicintai. isteri bukan seorang pelacur, tetapi tulang belakang kepada seseorang lelaki untuk berjaya, motivator, pendengar setia, kawan baik kepada suami. haih

anyway, cuba tengok muka presiden kelab taat suami. selera lak laki dia nak tengok dia buat erotic dance. wakakaka!
Tanpa Nama berkata…
gila fuck kelab ni!!!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.