Hal-Hal Yang Mungkin Perlu Kamu Tahu Mengenai Perkahwinan


Ada beberapa pembaca yang mahukan aku menulis kembali siri-siri Tafsiran Jantan. Aku ucapkan terima kasih atas perhatian kamu atas penulisan aku. Buat masa ini, itu saja tafsiran mengenai perempuan yang aku mampu nukilankan. Jika ada kesempatan masa dan analitik yang sempurna, akan aku tuliskan. Mungkin.

Secara mudahnya, aku kini lebih suka menulis mengenai hal perkahwinan. Walaupun aku belum berkahwin, aku rasa aku cukup minat menulis mengenai hal perkahwinan. Ini kerana, di waktu bujang inilah merupakan masa yang tepat untuk menulis topik sebegitu. Jika aku sudah berkahwin, aku akan ada tanggungjawab dan larangan untuk menulis mengenai hal perkahwinan kerana di takuti membuka rahsia perkahwinan aku kelak. Seperti hal kehebatan aku di ranjang misalnya. Itu perkara rahsia bukan? Lagipun, memang di dalam pemikiran aku kini boleh dikatakan 30% mengenai perkahwinan, 30% mencari rezeki dan 30% mengenai kekayaan dan kuasa. 10% pula aku simpan untuk diri aku sendiri. Ini normal. Usah kamu pertikaikan mana pula pemikiran mengenai Tuhan dan Islam, tak payah mengatakan aku sudah sesat. Bagi aku, Islam itu bukannya perlu di letakkan dalam ruang seperti perkahwinan, rezeki, kuasa dan kekayaan. Islam itu perlu berjalan dalam pemikiran sahaja agar dapat mencantikkan lagi 100% itu. Faham?

Aku lihat, semua orang berbahagia dengan perkahwinan. Video perkahwinan yang menghiburkan. Lagu-lagu typical Taylor Swift. Gambar indah sana-sini. Tapi, terus terang aku cakap. Itu bukanlah perkahwinan yang sebenar. Kerana perkahwinan yang sebenar akan bermula pada 3 bulan pertama. Perkahwinan yang sebenar adalah bermulanya dugaan dan ujian. Itu saja. Sama ada kau berjaya harungi bersama, atau kau terkandas, atau kau bercerai-berai. Pilih.

Hubungan dua hala bak kata Cob Nobbler bukan mudah. Ia mudah untuk kita lafaz dan bincangkan. Namun, apabila sudah merasakan sendiri, baru kita tahu sebagaimana. Baru kita tahu isteri kita langsung tidak sama sekali boleh di kaitkan dengan pelacur kelas pertama seperti yang di pendapatkan oleh golongan Al-Arqam mahupun parti bulan.

Aku tak mahu melalut terlalu banyak. Ini lah pemerhatian aku mengenai tempoh masa dalam perkahwinan.

3 bulan selepas perkahwinan.

Apabila kamu melihat suami kamu suka meletakkan baju bersepah. Seluar dalam campak sana-sini tak pandai kemas. Gantung baju suka-suka dah macam buat rumah ini seperti kotai. Pengotor dan suka berbogel di dalam rumah. Apabila kamu melihat isteri kamu rupanya kuat membuta. Tak pandai memasak. Masak asam pedas bertukar jadi masak sambal cili merah. Tak pandai menjahit seluar kamu yang koyak dan hanya tahu membebel sahaja.

Itu baru ujian ringan. Ujian menyesuaikan diri.

1 hingga 4 tahun selepas perkahwinan.

Kamu masih tiada anak. Si suami mula persoal. Si isteri mula merungut. Bermacam posisi di buat, tapi semua tidak berhasil. Segala ubat cuba di telan, segala tukang urut batin di jumpa, segala doktor sakit tuan dan puan di temui. Buntu. Mula bertekak dan salahkan sesama sendiri. Kalau mula mengandung pun, tiba-tiba keguguran.

Itu baru ujian sederhana. Ujian keredhaan.

5 hingga 10 tahun.

Kamu sudah ada anak kecil. Tapi, gaji kamu si suami kecil. Kurang cukup menampung perbelanjaan sekeluarga. Kemiskinan dan kesempitan wang mulai terasa. Anak kamu mula merengek lapar dan lapar. Kamu yang isteri bekerja membantu keluarga. Tiba masa hal anak, kedua-dua kamu tidak dapat memberikan komitmen menjaganya dengan baik. Terpaksa hantar ke rumah mentua atau ibu untuk tolong jaga.

Itu pun baru sederhana sukar. Ujian ekonomi keluarga.

11 hingga 15 tahun.

Ekonomi keluarga kamu baik. Mungkin kamu juga boleh di katakan sebagai mampu. Tapi, siapa sangka si suami kamu gatal. Alpa kerana ada duit. Mula mencari perempuan lain. China doll contohnya. Kerana bosan dengan kamu. Si isteri pula, di tempat kerja terperangkap dengan lelaki lain. Jatuh cinta lagi sekali katanya. Hal ini bila di ketahui pasangan kamu, menimbulkan perang paling besar dalam perkahwinan.

Ini adalah ujian berat. Ujian kesetiaan.

16 hingga 22 tahun.

Anak kamu sudah besar. Bersekolah menengah. Ekonomi keluarga sudah kukuh. Kerana didikan yang kurang baik sewaktu anak masih kecil akibat suami dan isteri sibuk mencari rezeki. Anak kamu buat hal. Bergaduh di sekolah. Asyik meminta duit kamu. Di tangkap bercium dengan kekasih di luar. Memberontak. Lebih teruk, anak kamu mula terjebak dengan rokok, porno, kawan-kawan yang liar, rempit dan mungkin gejala yang lebih teruk seperti seks bebas, arak, kelab malam, dadah, ajaran sesat, serta akademi fantasia. Pening kepala kamu? Tak mengapa.

Itu juga ujian berat. Ujian anak.

23 tahun hingga ???

Tanya kembali, umur kamu sudah berapa? Hampir separuh abad. Anak kamu sudah besar. Hubungan kamu baik. Mungkin sudah menerima seadanya pasangan kamu. Ekonomi keluarga juga kukuh. Tetapi tiba masa, si dia pasangan yang kamu cinta, pergi meninggalkan kamu menghadap ilahi. Di saat kamu mula menikmati kenikmatan hubungan manis berdua. Kamu terpaksa bersendirian menempuh hidup.

Itu adalah ujian terakhir. Ujian kematian.

Bagi aku, perkahwinan adalah mati-hidup kita. Pengisian kita dalam dunia yang sementara. Buruk atau baik perkahwinan kita adalah melalui diri kita juga. Kita kena terbuka dalam hal perkahwinan terutama antara sesama pasangan. Usah berfikiran sempit. Bila menegur pasangan, tegurlah dengan gaya steady, kool dan power. Andaikata kamu melihat isteri kamu mengenakan shawls warna merah, baju hijau dan seluar kuning tahi itik. Jangan kamu berkata ;
"Oi sayang, awak ni merepek apa pakai baju kaler macam ni. Dah macam keling saya tengok!"
Jangan berkata sedemikian. Kecil hati isteri kamu. Dia tidak pandai berfesyen, nak buat macam mana. Kita tegur dengan gaya berhemah dan kool lah seperti ini ;
"Sayang, sayang. Abang nak cakap sikit ni, tapi jangan marah ya? Sayang janganlah pakai pakaian warna macam ni. Kurang sesuai, pakailah warna yang sekata. Barulah cantik, barulah cun. Okay ya sayangggg?"
Nampak? Kan mudah? Ayat itu biarlah kena betul. Baru tiada siapa yang sakit hati. Malah makin bertambah sayang. Jadi, berkatalah dengan steady terhadap pasangan kamu. Semoga perkahwinan kamu semua di redhai Tuhan.

Chalo, assalamualaikom!

Ulasan

hyz berkata…
suba bab 1 hingg 4 tahun... hahhah pelbagai posisi dibuat... ngeh3 loike
Tanpa Nama berkata…
gua stuju gile dgn lu...sebab tu kene perncgn perkhwinan...
erniemusliana berkata…
wow. bukan senang. =.="
Edi berkata…
masalah ekonomi dan masalah orang ketiga memamng boleh membawa kepada perceraian
Ne0 berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sarah. berkata…
kawen bukannye senang ooi~
Brilliant Marjan berkata…
salam...

"Baru kita tahu isteri kita langsung tidak sama sekali boleh di kaitkan dengan pelacur kelas pertama seperti yang di pendapatkan oleh golongan Al-Arqam mahupun parti bulan."

Saya merasakan ada pembetulan di sini. Tak silap saya, parti bulan tidak mengatakan demikian. Yang saya baca pemberi idea itu adalah Dr Rohaya, Naib Presiden Kelab Isteri Taat..

Sekadar pandangan sahaja..Kalau salah betulkan..
Alexia Aqram berkata…
@brilliant

oh. saya menulis dari pemerhatian saya. jiran belakang rumah saya ni jemaah al-arqam dan penyokong kuat parti bulan. suami nya asyik duduk di masjid tetapi anak2nya sering merengek kelaparan. ibu saya yang prihatin, sering menghantar makanan ke rumah jiran saya kerana kasihan.

ini adalah pemerhatian realiti.

alamak, nampaknya saya sudah mula mahu mengumpat. maaf. astaghfiruallah.
dibnye berkata…
tak tak. aku tak nangis pon. mata masuk habuk.

hehe. nice.
CircleofLife berkata…
Islam bkn hanye perlu dlm pemikiran , ttapi seluruhnya . Yakni trmasuk prbuatan dan niat .

Sekadar teguran yg dirasakan ayat tu x selamat utk akidah anak-anak muda zmn skrg :)

Terima kasih .
Miss Dee berkata…
sapa cakap kahwin senang?? spm mungkin lbh senang dr kahwin..ahahhaaha

aku jeles tgok parents aku. 24 tahun kahwin duk surprise sokmo. jalan kepit-kepit. mcm org muda bercinta..aku respect pasangan yg dh kwin lama tapi masih mampu berkasih sayang macam mula-mula bercinta.
Unknown berkata…
aku sedang menempuh ujian sederhana, ujian keredhaan
Asri Khalid berkata…
wakaka, baru 3 bulan dah baju sepah2.. 3 bulan? 3 minggu kot..papepun gambar lawak!!
Unknown berkata…
Wa'alaikumsalam!
Faris Hadi berkata…
"seperti seks bebas, arak, kelab malam, dadah, ajaran sesat, serta akademi fantasia"

thinly veiled sarcasm.. niiiiiceeeeeeee.. =D
Tanpa Nama berkata…
@AlexiaAqram
rsenye tu pndpt pribadi jiran awak la kot.. sbb x penah plk sy dgr pemimpin parti bulan ckp camtu.. bkn pe.. statement camni cam bhye la sket.. sensitip.. lgpun ia mlbtkn fakta... haha.. x kisah la..yg pnting isi entri awk ni mmg btul.. kawen bknnye sng.. & rmai yg gagal m'hdpi ujian yg awak nyatakn kt atas tu.. sedih la tgk institusi pkhwnn kt Msia rntuh camtu je..
AlexiaAqram berkata…
apa yang sensitipnya bila sebut parti bulan? kalau sebut parti dacing, sensitip tak?
QarteeNi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
QarteeNi berkata…
hahaha . aku dah boleh bayangkan cmne keadaan kalo dah kahwin nanti .
AQLIS ZAMIA berkata…
aku yakin.. ko tak kan macam ni langsung bile kawen nanti.... tu teori.. tapi praktikalnya... tak pe.. dah kawen nanti baru ko tau.. ape aku cakap ni..
nfar berkata…
terbayang sesatu scene2 di atas..nice info
Tanpa Nama berkata…
@AlexiaAqram sensitip jugak.. hahaha
Miss FZ berkata…
nais..tenkiu 4 sharing.have to rethink again.
p/s:perasaan takut nak kawin tu memang dr dulu ada. haih.
Alya Syaqiera berkata…
aku suka ini.. terbaikkkk! hahaha
cik mek molek berkata…
ko kawen la dulu..tengok sama ke tak dengan apa yang ko fikirkan... bagi aku.. perkahwinan ni kalau kita ikut syariat insya alllah semuanya dipermudahkan... keadaan disekeliling aku ok je..mungkin sekeliling ko yang bermasalah..yelah.. dugaan dan ujian kita kat dunia ni lain-lain..apa-apa pun..nak buat apa-apa..kita kena berbalik pada landasan yang ditetapkan dari dia.
shinobee46 berkata…
perkahwinan mengubah status menjadi suami/isteri. lalu setiap kebaikan para suami dan isteri digandakan ganjaran pahalanya berbanding yang belum berkahwin.

dalam perkahwinan banyak rahmat bagi mereka yang bersyukur. macam mana berat pun ujian, syukurlah kerana ada orang yang hidup membujang hingga ke tua.
Tanpa Nama berkata…
like sejuta kaliiiiii :)
zai zai berkata…
baju kaler trafik light tu kire ok lahhhh...
qalam_timur berkata…
saya masih berada dalam tahap ujian keredhaan.....semua pasangan inginkan cahayamata,namun untuk melukakan hati isteri,tidaklah sesekali saya mampu lakukan...semoga saya kekal dlm keredhaan.
lynnlola berkata…
mintak izin nak share this entry kat blog saye yer ;)
LY berkata…
1 hingga 4 tahun selepas perkahwinan...mmg sebijik jadik kat kazen..
TheBentPencil berkata…
@AlexiaAqram

correction Aqram.

parti bulan bukan cakap pasal pelacur kelas pertama, tapi pasal "tambah cawangan."

pada pertengahan perkahwinan anda menghadapi ujian perkongsian si suami mula teringin menambah cawangan. nak ikut cakap al ustaz suruh bantu ekonomi mak janda. tapi mak janda yang dipilih janda berhias cun melecun lagi muda bergetah dari RCW.

ha camnaaaa tu kekawan. sanggup tak?

*oh ya, saya neutral x sokong memana parti.
Tanpa Nama berkata…
saya mahu kahwin sekali saja. dan biar berkekalan sehingga ke akhir hayat. moga hasrat saya tercapai.

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.