Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 2)


Hai semua. Sekarang kita kembali ke bahagian dua English Sex Edukesyen dalam Terfaktab. Kenapa ada dua bahagian? Well, satunya sebab saya suka taip panjang-panjang; kedua sebab saya memang rajin menasihat. Kalau orang tanya pasal cinta, pantas saja saya memberikan balasan. Kadangkala tanpa diminta pun saya menyelit sekali member nasihat (kemudian kena marah kawkawkaw sampai nangis-nangis. Hahaha!)

OK, jom sambung part Q&A 2.(Siapa yag belum baca part 1, sila lihat Post sebelumnya)

So now pakwe I nak ajak ringan-ringan. Camne?

Ada beberapa sebab kenapa seseorang itu minta untuk ringan-ringan. Satu sebab mungkin belum bersedia main betul-betul lagi. Atau dia dah memang tak tahan tetapi tak mahu pula si gadisnya termengandung (ni kes banyak sangat tengok video tu ke?).

Betul, bahawa kelau buat ringan-ringan memang kuranglah risiko mengandung . Tapi agak-agak ada ke risiko STD? Ya! STD masih lagi boleh tersebar. Kenapa? Sebab STD ini dibawa oleh mikroorganisma. Microbiology rule 101—if there is contact, there is transmission. Kalau ada sentuhan, ada la transmisi. Ya, termasuklah cemolot dan juga MERABA ya adik-adik. Malas nak cerita lanjut—klik sendirilah.

enjoy your herpes—it’s incurable! (sumber)
Buat ringan-ringan untuk mengelak termengandung? Alasan yang nampak baik, tapi tak kukuh. Kalau dah buat mesti rasa syok. Bila dah syok mesti nak buat banyak kali. Bila dah buat banyak kali....mesti melampaui batas. Awal-awal rasa “Eh takpe, tak mengandung pun.” Tetapi...mungkin ada satu hari di mana nasib anda tidak akan begitu baik.

P.s kepada lelaki. Ingat bahawa jika girlfriend anda adalah bawah umur 18—tidak kiralah kalau dia yang minta dulu sekalipun, atau datang ke rumah anda dengan mabuk dan tanpa pakaian—anda MASIH boleh didakwa atas pertuduhan jenayah seksual. Anda simpan gambarnya—pornografi kanak-kanak. Anda cabul dia—didakwa cabul. Anda buat dengannya—statutory rape. Kejam kan mahkamah ni sebab melebihkan wanita? Well apa nak buat—mak hakim kamu pun wanita juga. Tidak berbaloi  penjara mahupun pusat tahanan juvana kerana beberapa minit keseronokan yang tak adalah seseronok mana pun sebenarnya.

pusat tahanan juvana real tak ada cikgu cun macam Cikgu Zakiah ni ya. Padan muka hang (gambar pinjam dari Budiey)

Dan dia ajak buat. Ya buat yang tulah. Nak setuju ke tidak?

Sebelum saya jawab soalan ini saya ingin kongsi petikan yang saya ambil dari sini-One in four of all sexually active girls are currently depressed. Satu daripada empat gadis yang aktif secara seksual mengalami tekanan perasaan. Kenapa? Katanya kerana wanita memikirkan mengenai cinta menggunakan hati dan bukan menggunakan minda. (lelaki pula? Menggunakan nafsu dan bukan menggunakan minda. Ha #sarcasm!)

Ada persoalan yang diajukan oleh rakan saya beberapa hari lepas. Katanya si lelaki ajak buat. Untuk buktikan cinta katanya (apa, yang selama ni I Love You I Love You dalam SMS, ajak jumpa tu tak cukup ke?) Dia tanyakan kepada teman lelaki tadi kenapa mahu buat. Jawabnya mudah, dia mahu pastikan si gadis ini dara lagi, sebelum berhubung lebih serius!
Cis, ayat mengorat macam tu, aku pun tau--propa je mamat tu!
Sebelum anda tepuk dahi mengutuk kawan saya ini--tunggu dulu. Dia sejak dahulu lagi memang agak depresi kerana masalah cintanya. Dia merasa tidak disayangi oleh sesiapa, ibunya, kakaknya, kekasihnya mahupun rakannya yang sudah sibuk dengan dunia sendiri. Oleh itu, imannya sedikit tergoyah apabila diajukan permintaan tersebut daripada lelaki yang dia suka.

Memang ada maksud di sebalik pernyataan bahawa anak gadis yang depresi lebih cenderung membuat seks luar nikah. Tekanan perasaan kerana tiada perhubungan dua hala dan terbuka dengan ibu bapa, merasakan diri tidak disayangi oleh sesiapa, dan merasakan bahawa memberikan seks itu dapat membawa kasih sayang. Dan jika selepas melakukannya, kasih sayang si lelaki tidak bertambah sedikitpun (malah mungkin menjauhkan diri kerana rasa bersalah) maka si gadis akan lebih tekanan perasaan. Bak kata Harriet Turk--feelings of unworthiness comes from giving your heart and receive little or nothing in return.

Tambahan pula bak kata Mc Manus dipetik dari blog KuyaKevin sini People who have premarital sex run the chance of marrying someone who's not right for them.  Kenapa? Kerana keintiman seksual akan mengikat seseorang secara emosi: ia akan menyebabkan pasangan salah sangka yang mereka lebih rapat. Cinta yang sebenar dapat bertahan lama tanpa keintiman fizikal. Yang aktif secara seksual mudah kehilangan matlamat.

Oh, kisah kawan tadi tu, apa akhirnya? Nasib baiklah dia minta jawapan dari saya dahulu. Lelaki tu, ajak jumpa dating pun kekadang mengelat. Tiba-tiba nak ajak buat. Nak fikir apa lagi? Kata saya, ini semua taktik lelaki yang pandai mengambil kesempatan atas perempuan yang menagih cinta. he deals the love card to get the sex card. He’s the gambit of all the cassanovas.
Bukan gambit saifullah ok. Walaupun video yang dia arahkan tu macam agak kegatalan juga. (sumber)

 Jadi sebelum anda melakukannya, fikirkan dalam-dalam. Fikirkan apa sebenarnya yang anda perlukan dalam sebuah perhubungan. Apakah yang anda mahukan itu hanya perhatian dari dia? Atau mungkin seseorang untuk dikasihi?  Atau hanya sekadar inginkan seseorang untuk dihabiskan masa bersama? Kalau begitu cuba ramaikan kawan dan sibukkan diri dengan aktiviti.  Jangan ada masa senggang lansung—dari bangun pagi hinggalah ke masa tidur. Kalau nak lebih hebat lakukan semasa berpuasa sunat (puasa boleh mematikan nafsu, ya tak). Paling penting jauhkan diri sedikit daripada si dia. Lakukan selama beberapa hari atau beberapa minggu. Dan lihat hasilnya. Adakah anda terfikirkan tentangnya lagi?

Dan kalau dia mendesak, dan anda tidak mahu, katakan tidak. Ya, pada mulanya lelaki akan memanggil anda kolot atau #serbanistas atau jual mahal atau mungkin merajuk seperti budak-budak. Tetapi anda akan lebih dihormati kerana mempunyai prinsip. Mana tahu, lelaki yang anda tolak tadi pun akan mula sedar yang anda mempunyai prinsip, dan mula melayan anda dengan lebih rasa hormat lepas ini.

Respect yourself by saying no from the beginning.

Aku dah maen, so what? Aku tak kesah powm tak darew!!

Jika anda memang seorang yang sedia promiscuous  dan aktif secara seksual serta anda tidak mahu mengubah gaya hidup anda, cuma satu saja saya minta—bawa kondom dalam wallet.  Ya, kondom dalam wallet. Saya tahu anda perempuan tapi anda masih perlu membawanya. Tegaskan pada pasangan anda supaya memakainya, dan jika dia tidak mahu, jangan lakukan.

Saya tahu anda mungkin merasakan kondom itu leceh dan tidak feel semasa melakukan. tapi tidak feel adalah lebih baik daripada mendapat feel seorang janin dalam menendang perut anda, lima bulan kemudian! Selain itu, anda tentu tahu segala macam penyakit STD (kelamin) yang sukar diubati dan akan “muncul” balik bertahun-tahun kemudian walaupun ada tidak membuat seks lagi. Ada juga jenis yang belum jumpa penawarnya seperti AIDS. Paling kurang pun, kebanyakannya sukar untuk dicari ubat di farmasi melainkan berjumpa doktor. Tentu anda malu bukan untuk berjumpa doktor! 

Menggunakan Pil pencegah hamil? Nampak macam mudah. Tapi tahukah anda pengguna Pil mempunyai risiko tinggi untuk kanser. Kanser payudara! Ada banyak lagi kesan sampingan kepada badan selain kanser, tetapi cukuplah saya ceritakan setakat itu. Tak mahu pencegah kehamilan, tak kisah nak menggugurkan anak pula? Well, read this first.<---seriously, try baca!

Dan ya, ramai gadis ingat kalau sekali dah buat, tak ada dara dah, tak perlu jaga-jaga lagi dah. Buat saja. Salah!  Kalau dah pernah buat dan setakat ini tak dijangkiti STD atau termengandung, syukur la banyak-banyak. Ada orang sekali buat pun dah mengandung.
Wahai perempuan. dalam badan anda ada telur tahu? 
Tak kisah mengandung? Inginkan anak? Well, mengandung semasa remaja pula bukan semudah yang difikirkan (walaupun anda sudah kahwin). Bayangkan tubuh anda masih perlu membesar. Anak dalam tu pun mahu membesar. Anda pula hari-hari hidup dengan McD dan maggi. Mampukah anak anda dalam kandungan itu hidup sihat? Tambah lagi ibu remaja lebih sukar untuk beranak dan mungkin mengalami komplikasi kelahiran. Selain itu kebanyakan ibu remaja belum bekerja dan tidak mampu menyara diri sendiri, apatah lagi bayi. Ditambah pula dengan stigma masyarakat yang akan menyisih dan memandang serong ibu remaja, amat sukar mencari bantuan kewangan.

Dan jika anda ingin melakukan lagi, tanya soalan kepada diri anda sendiri. (dari sini) :

1) Bolehkah saya lakukan ini tanpa rasa sikit pun sesal?
2) Adakah saya buat ini sekadar untuk keseronokan masa sekarang?
3) Tak boleh tunggu lagi sikit ke?
4) kalau mengandung, bersedia tak?
5) kalau terpaksa jaga anak sorang-sorang macamana?
6) kalau dapat penyakit yang pelik-pelik tu macamana?
7) Kalau lepas ni dia nak breakup, boleh handle tak?
8) Bolehkah saya pertahan keputusan saya ni kalau orang lain tahu pasal ni?
Bajet #BBNU la bila masuk U. ye tak?

Fikirkan. 
Sekianlah sudah bahagian 2. Panjang sangat kan? Tapi harapnya dapat membantu.

Ulasan

TheBentPencil berkata…
FIRRRSTTTTT!!

yeah!

ok takde kerja.

bye.:P
Wadi AR berkata…
budak budak skg makin advance. patot pikir yang mane baik dan buruk. slh sape? teknologi kot *monolog dalaman
una berry berkata…
nice one
terasa juga walaupun dah tak berapa remaja sekarang ni
hoho
Tanpa Nama berkata…
terasa bhai entri ringan2 ni.
bagus2.

aku suka part yg One in four of all sexually active girls are currently depressed.

tp kekadang, perempuan ni terpaksa ikutkan kehendak bf die tu.
akak eskrem berkata…
Memang. Puasa dapat mem-pause-kan nafsu. Tapi banyak lagi untuk di-fight dan tak tentu lagi puasa the only way. Like what u state kat atas, kena sibukkan diri, will lead to takde masa nak layan benda bukan2 ni. Hoho
TheBentPencil berkata…
@wadi: teknologi cuma sebahgian. peer pressure kebanyakannya. kalau kawan2 dia cenderung seks bebas, dia akan lakukan walaupun taknak, hanya untuk diterima dalam klik

@una: thans kerana membaca! well, we are young at heart lol

@tanpanama: er...itu salah satu penyebab mereka depressed kot--kena paksa. lagi satu sebab mereka tertekan kerana rasa bersalah dari segi moral n agama. lagi satu, tertekan sebab takut mengandung...er byk lagilah kot.

@gha_sudin: right! even kekadang puasa pun still mengumpat. so nafsu tu tak kekang 100%.
Diana Zainal berkata…
warga terfaktab, xpayah update belog ah seminggu ni! final week ni!haha ;p
*jokeeee

btw; good entri!

*doa dlm hati iman kuat smpai akhir nanty ;)
Cieri berkata…
aku pernah pelak ngan member2 jepun aku lepas kitaorang abes exam a few years ago.
japanese,dah legal,apa lagi,togok la kan.
so bila seme dah agak lalok2,keluar lah cerita mcm2 esp cerita pasal sex. sapa dah main,sapa y dah kiss seme aku dgr.

but satu menda yang aku respect sorang member aku was when she who is sexually active bagi lecture kat another girl on sex. sebab the other girl tu,sll ikut ckp bf dia. kalau bf dia nak main without condom pun dia layan.

so my friend ckp, that isnt right. to wear a condom or not,isnt HIS solely choice but also yours. ko kena tegas dalam menda ni tuk elak menda2 y xnak terjadi. kalau bf ko xnak pakai gak,ko boleh walk away from him.

I was like, whoa! sebab aku tau how sexually active this girl is.tapi dia tegas,tahu apa y patut dia buat.
Tanpa Nama berkata…
entah la.. susah jugak nak cakap... kadang perempuan ni tak cukup kuat jugak... kadang dia nak jugak benda tu... especially bila dia dah rasa best...
Azza Azman berkata…
darew...? heheh kelakar.Tulah zaman sekarang tak macam dulu lagi..

follow awak..XOXO, Chempaka Sari.
ewanthology berkata…
benda sedap... susah nak tahan

huhu
Balqis Riza berkata…
alhamdulillah..nice entry :)
mye berkata…
teruk pmikiran budak2 skrang..
hnya fikiran nafsu smata2 bukan kesan yg bakal mnimpa..
huhu
erysweetie berkata…
entry ni sgt tenang dah penuh dgn reasoning! eh, 24 kire remaja lagi kan?
NuRuL berkata…
terbaekk..!! mcm 3R. cme lain version jek, hehe..
Tanpa Nama berkata…
good one! hurm.. tbe2 tingat ex yg gle sex. sgt hampeh!
TheBentPencil berkata…
@Cieri

wah, bagus!
kekadang yang sudah buat tu lebih mahir menasihat sebab dia dah mengalami semuanya.

dan untuk kawan tu, usulkanlah nasihat saya dalam perenggan di atas tu: bawa kondom sendiri kalau tak boleh elak sangat. :P
TheBentPencil berkata…
@Tanpa Nama

lelaki yang gile seks hanya layak men jadi ex.

ada banyak lagi aspek dalam satu percintaan...caring,understanding, trusting, seks tu cuma salah satu bahagian yang kecil. tanpanya, satu perhubungan yang kuat pun masih boleh bertahan. hmmm
Tanpa Nama berkata…
tetibe aku rase sedih sbb mengenangkan lelaki2 err bf yg aku jumpe, sumenye nak ringan2 je. uhh.
Tanpa Nama berkata…
beb, correction... jenayah seksual kalau umur perempuan bawah 16 tahun... bukannye 18.
sayasukaberangan berkata…
erm....memg entry ni bgos sgt2,sbb memg nilah yg terjadi kt remaja kte skrg...sy heran la knp remaja2 kte skrg brani wt pekara2 cmt...xpikir ke tentang dosa n pahala....totally regret.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.