Lelaki Melayu Sekarang Agak Loser

Hi.

Gua Elena Reeney, penyokong setia Arsenal. Perempuan sedikit comel, perwatakan agak kasar walaupun kereta gua color PINK. Mula menulis pada Jan 2009, tapi sekarang gua dah tak active. So, gua rasa gua dah hilang taring nak menulis. Bila dengar Terfaktab cari bunga nak menulis, tangan gua rasa gatal je tanya criteria. Bab troll troll orang ni sumpah gua tak tau. Gua tak tau apa korang maksudkan dengan troll tu. Gila ketinggalan zaman. Tapi apa yang gua rasa nak tulis, apa yang gua nampak depan mata gua, perjalanan hidup yang berlandaskan realiti dan kezaliman abad ini.

Apa yang cuba gua sampaikan nanti dan seterusnya agak panas, agak bingit dan agak membuatkan kebencian. Gua rasa kita masih lagi tak bebas nak tulis apa yang kita nak. Masih tak keluar dari kepompong zon selamat. Apa yang kita cakap masih lagi di tapis dan kita still lagi pikir tanggapan orang luar. Pada gua, selagi lu orang tau siapa diri lu orang, kawan kawan lu orang tau siapa lu orang, family lu orang tau diri lu orang, apa ada hal?

Contoh:

“Apa U pandang pada lelaki? Harta atau rupa?”

“Dua dua I tak pandang. Ibu I pesan hati yang suci sukar di cari.”

Pada gua, ABAH LU. Baik lu cakap apa yang lu betul betul nak sebenarnya. Ada ah dua tiga kerat tepikir benda ni but hey, di alam fana 2010 ni, ada lagi ke orang pikir macam tu. Baik lu berbual,

“Mesti ah harta weyh, takde harta nak bagi I ngan anak bini makan apa? Rupa kena ah ada agak. I nak tatap muka dia sampai akhir hayat I.”

Dah soalan tanya harta ngan paras rupa kan? Aduhhh.. Hati suci sangat pun susah weyh. Ikut kesesuaian ah. Semua hati nak suci, belajar malas, kerja malas, lu bawak hati lu pergi GIANT apa barang lu boleh dapat? Gua rasa, pada zaman sekarang ni orang lagi memilih kebendaan dan apa yang di boleh dirasai. Sekarang mungkin lu orang sama sama belajar, berjanji sehidup semati, mengharungi liku liku kehidupan yang mendatang sambil berpegangan tangan. Gua rasa BULLSHIT. Bak datang mamat bawak Buggati Veyron menabur kekayaan kat awek lu orang, tengok gila tak gila awek lu orang? Gua rasa sebagai kaum perempuan, kita orang tak selfish. Tapi lebih memikirkan masa depan anak anak kita orang nanti. Bukan kah lebih terjamin? Mana ada perempuan taknak hantar anak kat private school, petang ada kelas piano dengan swimming, malam hantar mengaji dekat guru Agama terkenal, bagi kegembiraan dan kesenangan demi masa depan anak anak.

Pada gua tu semua lelaki sekarang kena fikir. Lelaki sekarang banyak hanyut dah. Yang loser pun berlambak. Gua jadi takut. Lagi lagi lelaki Melayu. Gua bukan nak mengutuk tapi bagi gua kalau lu betul betul nak bahagiakan anak dara orang ke tak berapa nak dara ke janda ke apa ke, lu orang kena berusaha lebih. Jangan biar diri di takuk yang lama. Jangan nak tradisional sangat. Buka mata buka minda. Biar ah nak cakap awek lu sayang lu sebab duit lu. Tapi dari lu tak berduit, muka lagi la tak berapa nak segak, apa pun takde. Lagi takda siapa pandang. Itu bagi gua ah. Tapi gua cakap apa yang betul je. Gua tak menulis untuk jaga hati orang. Gua menulis sebab gua memang nak bakar line. Sebab bila dah terbakar sikit sikit baru ah lu orang tanam azam. Nanti, setakat Buggati Veyron, lu orang boleh siap sedekah kat orang ramai la kan.

Okay, dah dah. Entry intro gua bagi sikit je dulu. Btw thanks to AlexiaAqram sebab bagi gua peluang nak menulis. Gua dah tak active personal blog so ni je la blog yang ada untuk gua mengarut. So agak agak nanti kalau gua terpost sampai 5 entries sehari lu orang jangan nak panas sangat. Haha.

Biar ah gua kekal misteri. Siapa yang kenal gua, kenal ah. Yang tak berapa nak kenal, nanti kita boleh berkenalan. Btw, gua takde ah mengancam macam AlexiaAqram berbual tu. Dia tu memang lebih sikit. Haha. Ok lah, see U guys later.xx

P/s: Gua nak syorkan lu orang cari/download cerita The Invention of Lying. Macam mana orang orang memang stock cakap berterus terang tahap menusuk kalbu until ada seorang manusia start menipu. Memang menarik!  

Ulasan

Hellioz berkata…
nak je rase counter attack
bole bwat 1 entry sbenanye
tp malas

perempuan sekarang rmi sgt mengharap dapat laki yg kaya, banyak duit, banyak harta.
#fakta

cuba kalau perempuan tukar mentaliti,
jadik helper, bukan jadik burden.

masing2 rasa boley dapat partner yang kaya macam sultan brunei nak cover sampai mati.
BS gyler.

kalau jmpe awek yg cun macam lisa surihani pon,
tapi kepala otak berkarat,
srsly, gwa pk lapan kali nk buat awek.
lulz~

ade yg gwa buat n3 ni kang
dala
ciao~
Unknown berkata…
yeker?

haish...memg smua pompuan idamkan laki yg ada 5k..

apa tuh 5k???

nah...

wpown angan2 itu indah tapi..
berpijak-lah di bumi yg nyata!!!
Elena Reeney berkata…
hahahaha. sumpah lawak. gua suka betul orang counter attack ni.

gua cakap fakta tapi lawak giler takde siapa nak menggunakan benda tu sebagai api pembakar semangat. masih nak menidakkan realiti.

masih di takuk lama. haihhhhhhh..

nak awek cantik macam lisa surihani. damnnnn!! bagus harapan tu tinggi, gua suka.

angan angan mmg indah. tapi tau tak dari angan angan tu jadi impian dan seterusnya kenyataan?

lu orang kena amik positif side. gua tau korang mmg susah nak menidakkan mesej yang gua cuba sampaikan. lelaki ego.

perghhh rasa nak buat entry lelaki ego plak. haha
Nurul Ayu berkata…
holamak..sedikit sebanyak benda ni betol..bukan nak kondem lelaki tp ini realiti..

tp jgn lupa pompuan pon ada gak perangai mcm haram jadah...

realiti oke...
Unknown berkata…
p/s :: sbb kenyataan dn realiti itu memg pahit utk ditelan kan...

gwa sokong lu buat entry lelaki ego...muahahahahahaa
Unknown berkata…
aku suka pessimis dan sinis.

tak sabar aku nak tunggu entri seterusnya dari kau...
Elena Reeney berkata…
ayu: tau. gua sedang menyenaraikan jugak apa perangai perempuan haram jadah.

eiffel: kannnn? sangat susah ditelan. gua paham. nnti gua tulis pasal lelaki ego plak.

tipah: selagi persis ku tak terkikis seksis... cehhhhh..

gua tau first entry gua dah kena condemn. gua tak kesah. ada gua nak back off tulis entry menjaga hati? harapannnnn..

gua akan tulis apa yg lu orang tak suka/ naik menyampah nak dengar tapi jauh disudut hati, lu orang still bersetuju dengan gua. lagi satu lu orang mesti nak tgk apa gua nak tulis seterusnya.

hidup Gaban Seven!! promote plak.
Linglung berkata…
gua dah tgk cite invention of lying..siok siok!

dan..gua tau lu sape..haha..

gua nak beli bugati veyron nnt, doakan tabung gua cukup penuh utk beli..
unastacco berkata…
hahaha. derr tak payah nak comment sgt la linglung.
miracha0s berkata…
gua perempuan tapi gua stuju dengan hellioz.
kenapa bila lu perempuan lu nk kena harapkan lelaki tok tanggung lu?
kenapa taknak tunjuk perempuan sekarang bole maju?
sedangkan Nabi pn uruskan harta Isteri dia?
kalau lu nak kaya, lu usaha.
lu harapkan lelaki nak tanggung lu, pada gua la, aih,, buat malu je.
memang la lelaki perlu ada sikap tanggung jawab segala.
tapi lu tak perlu nak buat macam semua pompuan pandang harta.
AlexiaAqram berkata…
kalau perempuan jadi kaya. dah ada kes lelaki nk cari perempuan kaya pulak.

haihhh. lagi lah terfaktab!
Elena Reeney berkata…
Gua bukannya cakap gua nak kaya guna harta lelaki. Aduhhh... Kan gua cakap demi masa depan anak anak. Lagi satu cuba lu kaya, laki lu kayap. Lu ingat lu xbesar kepala, lu ingat lu boleh jadi pengasih macam khadijah? Bukan cakap lu tak boleh. Seboleh bolehnya biar lah lelaki yang lebih berharta. Bukan kah dia ada anak bini nak tanggung. Kang jadi queen control plak. Lagi terfaktab weyh.
Tanpa Nama berkata…
Isu ni mmg takkan abis la smpai kite mampos n sampai generasi cucu cicit piut..

Yg laki carik pompuan pandai masak, rajin bla bla

Yg pompuan carik laki kaya duit kepok boleh kasi hadiah bla bla

Sonang cito halusi diri n perbaiki diri kito dulu, kompem mudah je ape yg kite nak akan terkabul.. kalau setakat kecoh sekampung pon x guno sobona nyo..

kalau dicarik wakil laki, ramai jo laki baik luar sano dpt pompuan hampeh, tgk jantan kayo trus blah ke jantan tu padahal laki tu setio macam kambing biri2 dah..

summary nyo,tak semuo yg kito nak leh dapat..igt tu je la.. tp aku lg bersyukor dpt yg baik dr yg kayo..sbb yg baik ni menjamin kebahagiaan..yg kayo tu blom tontu laie...

sbb ramai jo aku tgk pompuan laen bahgio jo ngan apo yg dio ado.. syukor jo lah ngan apo yg ado..

n kebanyakan anak2 org kayo aku tgk spoil jogak bilo dah besar pjg ni.. mak bapak pon die benci.. apo apo lah yg ponting niat nk berpasangan tu biar satu..kerana Tuhan..nnt mati jmpe Tuhan gak bkn jmpe harte, laki kayo pon xdapek nk nolong aihh
Tanpa Nama berkata…
harta penting jugok, takkan sampai tak makan.
rupa pun penting, baru boleh stim.
agama pun penting, nak masuk syurga.
keturunan pun penting, barulah ada kebanggaan skit.
akhlak yg penting, tak nak aku dengan orang jahat.
Jerung Tempang berkata…
haah. btolla apa yg dsmpaikan entry ni. criusly aku skong. and criusly,klau nk butthurt trok2 dgn entry ni pn xd guna. hell yeah,mmg rmai yg akan butthurt. tp plzla,pd aku, dia ni hanya bersuara. kalau korg rsa dia slh,buktikn. 2je. tp kena ingt jgk,both side ad kkurngan. mcm brader hellioz ckp,jgn jd beban.. klau btol nak hdup snang,tlg mnolongla. tak semua laki bila dilahirkan terpijak duit, terus kaya. dan tak semua laki kaya tu leh bahagiakan pempuan. kbhgian hdup tak dtg dri duit cik kak. kalau anak tokey pn,tpi xtaw rolling duit nak hidup,lma2 pokai jugk kn. so,amek bhgian pstifla. jgn angin2. both side ad point. tp xpyh gadola. xkn nk jdi mcm org2 atas. gado gado n gado. tah sampai bila. haha. aku cuma bg pndpat. maafkan aku klau aku salah. ok?
Elena Reeney berkata…
Gaduh ke? Mana ada seyyyy. Kan gurau gurau manja tu.
Hellioz berkata…
attention.

gwa butthurt?
lulz~

nah,
m not against d statement
m with it
but with additional flavour from women too

aite?

dayum.
gwa paling benci borak pasal cinta2 jadah ni.
u make me wanna write a post bout it zonka~

lulz~
Tanpa Nama berkata…
tulis je lah helly. sampai bila kau nak single?
Hellioz berkata…
sampai gwa stable.
salah ke gwa single?
haha~
Unknown berkata…
Salam, tertarik pada isu ini.. bagi saya setiap orang ada pendapat dan pandangan sendiri dari segi pelbagai hal.. ada pendapat itu salah daripada pandangan orang lain ada ynag betul.. kita xboleh puaskan hati semua pihak, yang kita boleh adalah menghormati pandangan orang.. walaupun aku kurang setuju beberapa perkara asalkan tidak melanggar daripada Hukum-hakam agama aku xkisah.. Sememang Tanggungjawab suami untuk menyediakan keperluan yang sepatutnya yang diperlukan oleh keluarga, hanya ada satu shaja keperluan yang boleh melebihi keperluan keluarga iaitu keperluan untuk menegakkan agama. isteri adalah sepatutnya membantu meringan bebanan suami dari apa sahaja yang boleh dibantu.. tetapi kena mendapat IZIN suami.. so kita saling memerlukan.. Tanya pada diri sama ada kita layak untuk seseorang sebelum kita ingin orang itu seperti kita.. Jangan dambarkan Isteri sebaik Siti Khadijah R.A, kalu diri xsemulia Nabi Muhammad SAW.
Ni just pendapat saya, no offend.
zamzam berkata…
btol btol..sebaik baik pasangan adalah pasangan yg dapat menolong sesama sendiri di samping kasih sayng x berbelah bagi..

walopon idop x sekaya mana, anak2 pun mendapat inspirasi drp ibubapa yg saling bekerjasama membesarkan mereka,..

alangkah indahnya hidoppp camtu!
The Poyo Me berkata…
bukan no offend, tapi "no offense".
haih...grammar nazi di pagi hari.

wakaka

selamat datang elena, ke terfaktab.

aku setuju dgn entri sulung ko nih(sikit2 la).

Lelaki paling terfaktab:
gedik2 nak kahwin, dah letak tarikh.
tapi gaji seibu lebih, dan nampak macam xde effort nak cari kerja tambahan@kerja gaji lagi tunggi.

ok lu cakap gua materialistik. takpelah.

tapi duit tu bukan untuk lu buat wedding besar2 dgn kereta kuda segala. bukan untuk lu pergi honeymoon kat negara sejuk beku. bukan juga untuk lu beli kereta sport dan rumah besar immediately lepas kahwin.

tapi untuk anak lu yang akan datang. ape lu ingat anak tu murah? Lu akan perlukan at least sejuta dolar untuk anak tu dari kecik baby sampai la masuk UNI #fakta.

Lu tamau pikir pasal rumah besar kereta besar hidup kaya. oklah. tapi pikir anak lu yang akan datang nanti. ape lu ingat lu takkan ade anak? abis tu lu kawin tak berjimba2 la? duduk bilik asing2 cam I'm not Single?

Lu AKAN ada anak. dan anak itu mahu lampin mahu susu formula mahu vaccination. semua tu duit bro. bukan aku kata perempuan tak mau tampung, tapi kalau combination gaji korang berdua tak mencecah at least 3000, or simpanan campuran tak mencecah 10k, ko simpan la niat nak kahwin tu dulu.

*sori marah pagi2. semalam dengar cerita pasal laki xde duit tapi sangap nak kawin, tu yg RAGE tu.
Che Cha berkata…
love love love ur entri gagagaga

hmmm berapa ramai peratus mamat kat pusat serenti ?

tapi aku xmo ulas lebey2. sendiri nmpk sume dah tau apa yg jadik sekarang.

ahax entri ni 3/4 dah betul. biasaklaa. mmg ada laki yg bagus tp 1/4 je la kot. kehkeh.


pape pon, aku jatuh cinta dengan laki jugak. Sayangku Mr. Tett. OWWMAIGAWD! perlu ke nk public confession kat cni kan?nyebok entri orang.ehehe

pape pon, semoga semua orang kat malaysia ni,rajin nk improve diri memasing.


releks ~ hehe =)


cuma, kalo berbalik ke al-quran sume...lelaki yg wajib tanggung bini...segalanya. dari makan ke tmpt tinggal. tp, zaman sekarang...dah terbalik..walopon mmg ada 1/4 golongan laki suci itu =)

renungkan la broo~ bukn nk ngutuk. bukak mata.


adiozzz!

-T.A-
Abdul Hadi berkata…
bukan semua orang dalam dunia hidup hidup boleh jadi Alpha Male doh,

nampak sangat OP ni perempuan yang banyak songeh , lebih kepada beban dari menolong
Irwan berkata…
Salam Cik Eleena,

Oleh kerana Cik dah membakar, maka saya mencurahkan petrolnya. Saya suka dengan entry ini yang sarkastik tetapi direct. Saya setuju lelaki Melayu semakin kalah dalam perlumbaan untuk menyebarkan benih pembiakannya, berbanding lelaki dari bangsa lain. Satu sebab utama ialah rupa mereka yang lebih menyerupai Proto-Malay dari rupa Pan-Asian yang lebih eye-friendly. Sebab kedua ialah mereka takde material kerana saya juga setuju, tanpa material, macam mana kita nak dapat (pe)listik pembungkus barang keperluan rumah setiap bulan. Dan komen ini ditulis dari perspektif seorang perempuan MELAYU. Sebab tulah saya bagi salam, walaupun saya tak pasti Cik ni agama apa.

read more...
http://aderberani.blogspot.com/2010/12/komen-kepada-lelaki-melayu-sekarang.html

yang kalut: tukang komen
Burungman berkata…
nasib baik aku bukan lelaki berbangsa Melayu.
Anonymous Melayu berkata…
Ahhh setiap minggu dapat je aku undangan kenduri kawin.. yg miskin ada yg kaya pon ada.. isu camni maybe timbul pade org yg ade masalah dgn history dia atau masalah mental.. samada ex-bf dia miskin ajak kawin ataupon die gi kat jantan lain sbab ex-bf die miskin... haha, igt satu je la jgn la igt bila ko da tanak kawin ko boleh buat sex lak ngan jantan ikot suke ati ko sbab kawin tu salah satu niatnya utk mengelakkan zina.. boleh ke ko tahan dara selamany? kalau boleh syabbas to u elena!!! nanti da dapat anak sama2 la kerja bg anak makan, takkan nk takuk lama jaa... zaman skarang mmg mencabar skit nk besarkan anak, so jgn ajar diorg dgn material sgt, kalau 24jam kasi tatap mtv hollywood, movie hollywood mmg sumer ko nampak material je laaa, nk anta kelas Agama gi je antar surau, belambak kasi free servis, kalau naklaa..jangan komplikatedkan bende yg senang dan jangan byk songeh sgt, nnt anak ko banyak songeh baru ko tau penangannyer,, sume nye berbalik padaaa nawaitu saumaradin an'adai fardhu syahrir ramadhana,,, eh terniat puasa plak!
PointBlankShot berkata…
Gua setuju. Tapi gua tak 100% setuju.

betul. memang pada gua lelaki meleis sekarang ni banyak yang loser.

gua tak salahkan kaum hawa kalau dia orang demanding nak harta gedebuk gedebak, itu ini.

Heck, kalau kawin dengan laki kaya tapi tua nak mampus, kalau mati harta dapat kat janda dia jugak, kan?

Kalau laki tu tak mati lagi, boleh tuntut harta sepencarian even lu duduk mengangkang jek masa kawin dulu.

sapa taknak laki yang kaya, muda, hensem, educated serba serbi kan? itu semua mimpi basah setiap wanita.

sama la mcm laki pun - nak pompuan kaya, lawa but not bimbo, berbudi bahasa blablabla

sama jek lelaki meleis dengan perempuan meleis zmn sekarang ni.

Reality check. si perempuan demanding ni kawin jugak dengan laki yang tak termasuk dalam checklist dia orang.
Iye dak?

pada gua, rezeki Tuhan tu ada kat mana2. Harta banyak tapi hati serabut buat apa?
Tanpa Nama berkata…
juz nk cakap, isteri nabi Muhamad SAW kahwin dgn baginda sbb kejujuran yg ada pda baginda. Bukan harta. Isteri nabi jauh lebih kaya drpd baginda. Kenapa saudari tulis entry ni sikit pon tanpa mengambil contoh tauladan drpd Nabi kita? Kita org Islam, Islam tidak akan luput, so walaupon zaman berubah sistem kekeluargaan tetap sama. Saudari tulis entry ni hnya untuk puaskan nafsu saudari semata2. saudari terlalu taksub dgn kemewahan dunia sehinggakan mahu kahwin dgn llki Berduit.
Tanpa Nama berkata…
to the poyo me : gua sgt setuju dgn lu beb. kalau setakat nk idup average, bile2 pun bole kawin. xkan masih nk berpuas ati di tahap average je. money is not everything but it is a start to something.
Tanpa Nama berkata…
weyh!! seriouslyy sokong doe entry niey..
laki skunk bnyk yg nk harapkn pompuan.. (yg aku jumpe la)
xtwu la kes korg cmne kann..

bkn la nk suro dorg jd kaya ke ade keta besa ke..atleast be independent dh laaa..niey x! bile xde dwet je crik pompuan support..
x bertanggungjawab lgsung..

n yeah! sbgai pompuan mmg kne tunjukn kte niey lg berjaya dr laki..n kne support dorg n dnt be burden for them..but come on la beb!korg nk ke korg yg support laki smpy mati?? x sweet lgsung doeeee..loser dat men! lolz
Lee Yna berkata…
i like this post..
actually kalo dpt lelaki kaya itu satu bonus..kalo paling tidak pon lelaki tuh mampu memenuhi keperluan..kehendak belakang kira..tapi kalo keperluan pon xmampu, mintak duit isteri xbest la..
pada saya biar lelaki tu lebih kaya dpd pompuan hatta RM1..bukan apa..xnk kalo ada apa2 berlaku(cth:gaduh) isu gaji/pangkat diungkit..nnt xikhlas pulak..
kepada para isteri pula..boleh membantu si suami tetapi haruslah dicatit segala perbelanjaan kerana dikira sbg pinjaman(apa yg saya pernah dengar dalam tv)(terutama keperluan BUKAN kehendak-perlu dibezakan)..haram suami makan pendapatan isteri kalo isteri tak redha..kalo tgh bayar hati asik merungut xredha nama nyer..

*sharing is caring*
Lee Yna berkata…
i like this post..
actually kalo dpt lelaki kaya itu satu bonus..kalo paling tidak pon lelaki tuh mampu memenuhi keperluan..kehendak belakang kira..tapi kalo keperluan pon xmampu, mintak duit isteri xbest la..
pada saya biar lelaki tu lebih kaya dpd pompuan hatta RM1..bukan apa..xnk kalo ada apa2 berlaku(cth:gaduh) isu gaji/pangkat diungkit..nnt xikhlas pulak..
kepada para isteri pula..boleh membantu si suami tetapi haruslah dicatit segala perbelanjaan kerana dikira sbg pinjaman(apa yg saya pernah dengar dalam tv)(terutama keperluan BUKAN kehendak-perlu dibezakan)..haram suami makan pendapatan isteri kalo isteri tak redha..kalo tgh bayar hati asik merungut xredha nama nyer..

*sharing is caring*
scarlett berkata…
me LIKE dzzzzz!!! betul sgt lah tu . act , kalo beharta tapi makbapak punye harta baik xpyh kan . beharta mungkin general . sebenanye lelaki MELAYU skarang perlulah cintakan pendidikan/ilmu cz a man who is extremely well educated will definitely have extremely large bank account means kat sini duit masuk banyak lah complement dengan pekhidmatannyerr . citer die skang fenomena yang berlaku ialah kalo kat skola2 kite pehatikan budak lelaki MELAYU ni ade sifat malas blajar , suke ponteng . mmglah cina india pon ade . tapi aku ni melayu so aku ckp psl meelayu la . dorg ni la suke rempit , smoking . bangge ape tah buat mende2 camtuh . ntah ape-ape je . pastu sebuk la dok becinta/kapel . baru skolah , duit pon mak bapak bagi sebuk nak becinta , kang dah habis skola mule lah tekontang kanting . org sume masuk ipt, further study . dorg ntah kemana-mana . pehtu mulelah . isap dadah/gam . ragut,rompak curi . n so on .apsal lelaki melayu ni jadi camni ha?tidakkah dorg punye akal untuk pk . kalo aku malas blaja . naty aku nak kije ape . naty nak kawin nak bg makan anak bini aku ape . aku ckp la en . laki yg makan/gune duit pompuan adalah laki yg paling TAK TAHU MALU la!!dr fadzilah kamsah ade ckp . duit suami duit isteri , duit isteri duit isteri . it means laki tak boleh count on pompuan .n one thing lagy ,smpai bila kita nak jadi kuli kat negara kita sendiri . kita kan bangsa melayu . tapi maksalah gak la , da name pon meLAYU . hurm .salo aku tengok whatever la , kedai ke , bisnes ke . ape ape jela . tokey cina . mlayu kuli . thats d FACT . smpi bila nak biar cmni . kalo one day kempimpinan cina amik alih kite for sure akan left behind n xkan dberikan priority in any aspect pon. even indian skang da about to success ..
last not least , dz is juz my point of view . kalo ade salah tolobg betul kan . =) .peace
JANE berkata…
sape tak nak idup senang. semua orang nak kan..

itu saje.. jadi carilah lelaki berduit maka, anda pun senang ..
Ridhwan Breakaz berkata…
erk...
aku xpandai sangat nak ber komen2 nie..

tapi dari sudut pandangan kau mana lagi ko prefer sebagai laki ko??

1.lelaki yang kaya atas usaha sendiri
2.Lelaki yang lahir dan mewarisi harta keluarga
3.Jika ada jawapan lain..
Tanpa Nama berkata…
ko mesti x laku kan???
Unknown berkata…
@Hellioz
hello! fakta tuh perlu diperbaharui klu u still ade kt 'zaman' ni la..
bkn skarang dh terbalik k? pempuan yg cari duit laki melenggang kt umah...
sorry la klu harsh tapi mmg 'facts' jugak pon..
btw, bkn semua pndng harta.. sbb i dri keluarga average so pndng sports car k, rumah agam sebesar alam pon tak terliur..
bottom line, sometimes klu fikir nk idup sendiri x pela ignore harta tuh sume tapi klu dh berkelurga nak sara cmner??
owh lagi satu.. yg kate suh tukar mentaliti yg kitorang ni so called burden tuh..sorry laa x btol kot.. wat pe la pompuan susah2 blaja klu stakat nk harap kt laki..pompuan skarang ni lbih fikir cmner nk survive sndiri kt dunia luar since dorang thu yg laki skarang x sume boleh diharap..in other words fikir survive sndiri dulu bru settle down in marriage..so still mentaliti nk jadi burden k? in islam pon, klu ikutkan wife as helper tuh option not obligation but husband tuh sara keluarge is an obligation not an option.. there's a reason knape husband tuh head of a family..tuh la namenyer responsibilities..tapi sadly ramai yg dh x thu ape responsibilities memasing .. lpas tgn jew kt isteri.
Unknown berkata…
@scarlett
btol la tuh...sebijik cm pe yg aku rase...cume ko ckp dulu..
pendek cite dorang x pikir masa hadapan kot..tu yg jadi cmtuh..tak de rase cm ade tanggungjawab..
maybe not for now tapi later life tuh.. kawen nak tapi jage x mo.. pe ntah..susah ar cmtuh..
skarang ni de lagi sedeyh.. kawen pon pkai duit mak bapak lagi..igt bdak kecik lagi ke? malu laa plak klu laki aku cm tuh...huhu.. sorry guys...not meant for all of you..sape mkn cili die rase la pedasnye...
wassalam n peace..
Tanpa Nama berkata…
alahai..nak laki kaye...tp muke sendiri bersepah..well, laki kaye xde nak amik pompuan buruk wat bini. ,makin kaye laki tu, makin lawa la bini die..itu je benchmark utk ukur semua tu. kalau rase anda btol2 cun, baru ade harapan nak tackle si kaye.. tp kalau kaye hasil mak bapak xde gune gak mcm jejai tu.. nora danish, fasha sandha..who's next? sebenarnya pompuan camni yg memebetulkan statement "money can buy almost everything"...jgn murahkan maruah anda hanya kerana wang..Allah yg memberi rezeki..ingat dude, rezeki bkn diukur menggunakan wang ringgit. kite ckp jgn terlalu bersifat sekularisme.
Tanpa Nama berkata…
Penulis ni pemalas la.... sombong je lbih..
TheBoatThatRocked berkata…
But not my beloved one...
Ade mamat ade Master, pkai Alphard, kerja Best, dtang nak merisik awek gua, mak ayah die dh terlopong dh..
tp awek gua steady mengacungkan jari tengah kat mamat tu...
awek gua cakap; "nanti aku yang nak tido atas katil dgn laki ak, bukan korang, so what the heck you all want to bother about my life".
hahahha, still...
p/s:aku pon bkan cikai. Stdy obersea (thou still undergrad, but I already got a secured job). N ak ade job kat sini (gaji dlm $200perweek+elaun=agak kaya bg sorang undergrad). Hahaha. Then I can conclude that, pompuan still tgk material.
kentang berkata…
Kentang berkata si penulis ini sebenarnya SAMPAH! diulangi SAMPAH! sekali lagi SAMPAH!

Kentang berkata begitu bukanlah sebab Kentang marah sebab kutuk laki melayu loser tapi sebab mentality yang duit itu yang terpaling penting.

Bila duit itu yang terpaling penting maka para lelaki akan disuruh mencari duit.

Maka akhirnya lelaki tersebot menjadi kaya.

Beliau (perempuan durjana) pon bahagia.

Kesimpulan: ko ni dah mcm Hawa, buat Si Adam lupa perkara yang sebenarnya. ko jugak dalam kawalan freemason, ko tak sedar yang mereka buat ko rasa takut dengan kemiskinan supaya jadi balaci dorang habiskan duit dengan apa yang dorang plan. ko taw tak ape tujuan ko diturunkan ke bumi? untuk jadi khalifah, untuk memakmurkan bumi Allah. ko dahla lupa, pastu ko ajak kaum adam lupa. Bodoh! biol dan tolol. Ko ni memang jenis pompuan materialistik yang lelaki selalu kutuk.
Poison_Ivy berkata…
aku pon secara jujur nye, memang nak kan dalam suami @ lelaki yang berduit. tapi selalu gak dapat bf yang bese2. pe yg best nye, diorang suke nak blanje2 aku. tapi aku bukan jenis pmpuan yang ske meminta2. even makan kat luar ngan bf pon aku bayar sendiri. ni kan kalo aku nak beli barang, aku memang x kan gune sesen duit bf aku. aku ni bukan pisau cukur pon, bf aku cari len. mungkin x cukup cantek cam lisa kot. haiyaa..

point nye, aku nak cakap, aku memang secara jujur nye nak kan lelaki yang berduit (bukan kaya), yang mampu untuk tanggung diri sendiri, mampu untuk isi minyak moto @ kete, dan mampu untuk tanggung kuarge. aku x nak nanti, lom kawen da gune duit aku, nak kawen nak bagi hantaran pon gune duit aku, bile da kawen beli susu n pempes anak pon gune duit aku. x rase cam lelaki sadis ke tu, gune duit pmpuan untuk tanggung kehidupan? even Nabi Muhammad s.a.w pon melarang lelaki gune duit istri. tapi kalo waktu bujang pon gaji x cukup untuk diri sendiri, cam ne ko nak tanggung bini ko?
sendiri fikir la. bukan nak materialistik, tapi ni untuk kepentingan bersama.

aku rase point penulis same je ngan point aku, cume mungkin bahase nye agk kasar so kaum2 adam ni pon tercabar la gak ego nye. padahal die de niat yg baek. die soh kaum2 adam ni fikir dalam2, pe yang die cube sampai kn. da la. same2 muhasabah diri...ok? salam. :)
heheh berkata…
lelaki melayu dan perempuan melayu sekarang (bukan semua) sama saja losernya. takda kesedaran diri untuk memajukan diri. dan yang paling mereka loser adalah dari segi akhlak masing². loser dengan tuhan. huhu.
ben berkata…
Rezeki jodoh masing-masing. Kalau sendiri alim berilmu, kan dah boleh ajar anak sendiri, tak payah nak hantar mengaji dekat guru agama terkenal.

Rumput kat seberang sana memang selalunya nampak lagi hijau. Lelaki melayu je yang loser.
Tanpa Nama berkata…
sokong dengan penulis dan pompuan2 ni....so laki2, sila majukan diri anda untuk bahagiakan rumah tangga ya.. cinta saja tak cukup untuk mengenyangkan perut tau....sebab takdak duit perkahwinan boley hancur dan sebab duit byk sgt ponn perkahwinan boleh hancur jugak... so org laki, terima la kenyataan ni.jgn nak emo ja lebey..sekian
hamba allah.. berkata…
hahahaha...lawak...perempuan nk laki kaya la apa la..bersyuker la dgn apa yg ada..jgn nk demand sgt...kalau ada duit ada harta tapi tak tau rasa bersyukur lama2 harta semua nya akan ditarik balik dan perempuan yg dapat lelaki kaya itu akan menyesal..tetapi lelaki yg miskin yg sudah ditolak sudah menjadi kaya..pada masa tu baru la nk terhegeh2 kat lelaki yg dulu miskin tu pulak...jgn kerana harta anda binasa..anda bukan tuhan untuk menentukan segala nya..cuba anda bayangkan kalau anda kawin dgn lelaki miskin lepas itu anda dan dia buka satu perniagaan..kerjasama..bukan kah itu satu kelebihan..bukan terus2 nk kaya...memang seronok jadi kaya tetapi hanya kaya di dunia tidak cukup...BERSYUKUR dgn apa yg ada dan berusaha untuk mendapat lebih...
anaLiaa berkata…
Haah. Aku biasa2 x pandai masak tp duit banyak. Tp aku xde la nak cari lelaki kaya ensem bagai. Cukup mata aku nmpak dia ensem. Cukup ada kje ttp dgn gaji yg xkan buat aku merempat.

To gila apa asik jumpa jantan pengikis. Mmg sial la kan. Aku tau aku byk duit, tp asik minta aku belanja mkn kat tmpat mhl, beli baju, gila kowt. Tp kalau bhgian dia, time dia belanja kat warung je (aku xde mslh mkn kat warung), free gift yg dia dpt dia balut kasi aku sbg hadiah.

Aku x kisah mkn warubg, dpt free gift, tp bab mengendeng duit aku tu buat aku rs nak tempeleng dia seribu kali.

Mcm ni, x kwin pun xpe kut. Aku cukup bhgia jaga maka apak aku skrg. Tak terpikir nk cari biawak hidup sekor nak letak atas kepala.

Tp kalau ada mamat yg baik, tau tggungjawab as 'lelaki', i dun mind berkongsi susah. Tp jgn meminta2. Gua bukan stkt x suka. Tp buat gua rasa benci tahap mahadewa.
.
Sekian
Tanpa Nama berkata…
sokong dgn ER dan pompuan2 di atas..harap2 lelaki2 sekalian berfikiran positif dan berinisiatif untuk memajukan diri masing2...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.