Bride-Want-To-Be : Awareness for Dummies


Hai gojes gojes semua. Mesti semua ternanti-nanti tip-tip serta informasi terkini dari mak kan? Tinggalkan segala drama mama di wall Terfaktab tu. Marilah bersama mak menuju kegembiraan duniawi. Wahh gitu.. Itu je mak boleh janjikan. Selain dari duniawi, noks noks semua jawab lah sendiri ye.

Jadi berbalik kepada tajuk yang terpampang di atas sana, mak tengok sejak akhir akhir ni ramai betul orang kahwin. Nak kahwin lepas raya pun berlambak. Maklumlahkan, dah hujung hujung tahun ni haaa... Kerllassss kau noks, nak berlaki dah bagai. Mulalah memasing kemain sibuk bebenor la mengatur majlis. Semua nak serba serbi updates. Baru lah grand kan? Yang lain kahwin yang lain beriya iya mak tengok. Haruslah berlawan sesama jiran, sedara mara, adik beradik gitu. Pedulik apa kan? Mak andam jugak kaya raya gitu.

Tapi kan sayang-sayang sekalian, kalau nak beriya iya pandang jugak lah kiri dan kanan haaa.. Jangan dok main taram je. Dah la kahwin sekali seumur hidup (melainkan kau jantan kaya raya yang mungkin berkahwin 4 ataupun kau memiliki hidung secomel Salih Yaakub, keberangkalian kahwin hanya sekali adalah amat rendah). Lepas tu kan gambar kahwin kau noks, melekat terpampang terbentang terbengkalai kat wall tu dok bertahun tahun. Nala punya jiran depan rumah duduk kat hujung dapur pun kalau bukak sliding dapur dah nampak muka gojes kau tu.

Jadi bagi menjadikan muka gojes kau tu dan hari wedding kau tu noks di ingati sepanjang zaman bukan kerana ke 'disaster' annya. Ikutilah segmen mak (ohh.. bukan segmen Abam Ben10 okay) bagi merealisasikan perkahwinan yang lebih sedap mata memandang. Ini pada pandangan mak je okay, biasalah mak kan #retis #flipshair.


1) TIARA/CROWN IS SO LAST SUMMER nokkssss..

Oh oh oh, TIARA? Big NO NO NO! Lagi lah kalau dengan tudung. Oh jangan nak fashion disaster sangat ye Senah. Mak tahu kau mengidam benor dari dalam perut mak kau lagi nak feeling-feeling puteri raja dari kayangan gitu. Mak nak kata memang tak sesuai. Melainkan kau tu noks, Kate Middleton, Lady Diana, gegolongan raja atau menyertai pertandingan Ratu Cantik Mukim Kampung Ketior, Perak dan juga kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Noks noks semua boleh je menggantikan headband atau pun aksesori lain kat atas kepala tu. Mungkin tiada sebab yang kukuh tapi tiara tiara bagai sila tolak ke tepi. U are so like ketinggalan zaman sayang. Lagipun takdenya feeling feeling tuan puteri pun kalau pakai tiara sebesar tempayan di atas kepala tapi at the same time kau still  jugak makan beradab tetengah jalan, khemah tak berkipas, nanti kau ke mana, tiara ke mana yang oii.. So mak cakap, 'NO, NO, NO' *sambil menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan*


2) Katakan tidak kepada eyeliner CLEOPATRA/AMY WINEHOUSE dan juga EMO/GOTHIC STYLE.

Pernah tak tengok eyeliner Cleopatra/Amy Winehouse senah oiii? Haruslah. Ada yang panjang, melentik, tebal ya amat. Memang ramai yang mak tengok suka sangat melaram begitu rupa. Si Zuzu Zabedah pun ada la gamaknya mak tengok gegambar dia. Mak nak cakap ni haa, katakan lah noks semua ni buat photoshoot sesaje ke, pergi ke kelab malam ke, mana mana pusat hiburan ke, shopping kompleks ke, boleh la kalau nak melentik sampai ke telinga. Tapi kalau nak make up kahwin, tolonglah jangan buat perangai serupa beruk. Takde cantiknya la weyh Senah oi kalau nak buat gaya mata begitu. Dah perkahwinan Hindu Bali pulak mak merasanya. Lainlah kau tu noks bini kepada Elvis Presley. Itu mungkin ye. Pasal Emo/Gothic pulak Senah, kau bayangkan la kau punya la dah cantik cantik hari itu, tetiba dapat Mak Andam make up kan kau ala ala Gothic gitu. Tak ke haru? Tak dapat Mak bayangkan jikalau itu terjadi. Kau simpan je la fantasy wedding kau tu Senah, jangan dibuat pasal. Kau ingat kau COOL? Takde maknanya la.



3)  TOO MUCH MAKE UP aka Tepung Gomak.


Haa.. Ini yang membuatkan mak rasa takut sangat nak berkahwin. Bukan pasal takut malam pertama dik non oii.. Bukan juga takut menghadapi hari hari mendatang sebagai seorang isteri sepenuh masa. Tapi takut menjadi badut sarkas time kahwin tu nanti. Banyak sangat yang mak nampak depan mata weyh. Ohh scarynya. Nasib baik kena sanding laki bini, kalau tak kau ingat laki kau tu nak duduk sebelah Hantu Jepun? Takde maknanya. Nasihat mak, sebelum majlis tu, pergi balik kat Mak Andam tu, cer try buat trial make up. Alaa.. pepandai la Senah oii, kau jack kan Mak andam tu bagi free trial. Kalau kena tambah 50 hengget pun apa la salahnya jika nak dibandingkan dengan ke'malu'an yang bakal kau pikul seumur hidup. Then dari situ la Senah oii, kau boleh tahu hasilnya, apa yang kau suka, tak suka, nak adjust, tambah, kurang. Eh kau bayar nokss, haruslah demand. Tapi kalau kau ni memang jenis dilahirkan dengan sifat semula jadi banyak cekadak,  
                                                                            haruslah kau me 'make up' kan muka kau sendiri ye.

4) Pakai baju sama warna dengan back drop? LAKI KAU BERSANDING DENGAN WALL JE LAH. 

Mak tahu noks, yang kau tu jenis gila PINK. Kalau boleh atas meja, bilik, lemari kau noks semua nak PINK. Tapi jangan di bawak perangai serupa kurang kasih sayang gitu ke gerbang perkahwinan. Yang gila PINK punyalah baju kahwin, tudung, kerusi, pelamin, rambu ramba, kain langsir segala jadah semua nak PINK. Dapat pulak lelaki kulit se'putih salju' macam Brader Leplep, ah sudah. Dah boleh makan penampor barang sekali dua. Ada sedara Mak tu ha, baju biru sebijik macam pelamin. Bila dalam gambar nampak muka je. Nokss, kau kena mintak nasihat pakar. Dari Mak Andam ke, Wedding Planner ke. Jangan semua nak ikut sedap hati kau. Mak bukannya apa, Mak taknak orang orang Gojes seperti noks semua menjadi buah mulut kepada semua orang. Kita kena fashionable sayang. Tak suka ke time kahwin tu? Kau ingat di buat main main? Oh tidak okayyy..


5) Aksesori berlebihan, kau ingat kau kereta AUTOSHOW?

Nokksss...Tak payah la kau nak beriya-iya sangat la nak kahwin tu nanti. Selagi selagan kau nak letak kat kepala, tangan, baju, dengan muka muka sekali siap berbling-bling. Dah la make up kau kemain meriah dengan baju sarat marat, letak sampai kerusi meja atas kepala, kau hengat kau cantik? Dah berupa kenari yanga da kat Autoshow kau tahu Senah oii? Risau Mak menengoknya. Dah takde rupa orang dah ha. Ni kau nak kahwin ke kau nak masuk pertandingan kereta berhias sempena Mukim JKKKKKKK Kampung Pisang? Tapi bukan nak kata apa la, banyak yang macam ni Mak jumpa orang KPG-KPG. Mintak mahap la eh. Bukan nak mengata, Mak bagitau kebenaran je. Aww..


Kesimpulannya di sini, berpada pada lah Senah oiiii. Jangan di ikutkan hati sangat. Mintak pendapat BFF adik beradik dan jugak bakal laki kau tu. Jangan mintak pendapat bakal laki tu sahaja, kang memang kau menikah pakai baju raya tahun lepas je. Laki ni memang nokss, nanti dia kata tu semua tak penting. Yang wajib je di dahulukan. Tu Mak tak boleh kata apa lah kan, laki kau, taste kau la ye dak?

p/s: Mak sebenarnya dapat banyak gambar orang Melayu kita based on story line di atas. Tapi Mak taknak la upload. Nanti orang cakap Mak, traffic hunter.

p/s/s: Lagi satu semua orang ada taste memasing kan? Kalau kau rasa mampu, buat lah majlis ala-ala Tan Sri Teh tu haaa.. Kalau tak mampu? Nan adoooo.. Tapi nak jugak buat walau berhutang bagai. Lepas tu, balik balik salahkan NONA. Pathetic tahu?

Ulasan

Danish. berkata…
perkahwinan fantasi jadi mimpi ngeri ><
A.I berkata…
aku tak tau la aku tak matang ke apa.
tapi aku tak penah ada wedding dream.

wedding dream aku masa speech laki bini dalam bilik sebelum tidor.
e2 jaa yang aku dok pikir, apa la laki aku bakal cakap.
kot dia nak cakap la kan.. muahahaha!

nnti la pas nih aku nak pikir la theme apa, kaler apa, blah2 apaa. tp takder calon, nk pk pon malas. haha
Tanpa Nama berkata…
kelas kau mak buat macamni. hahaha
best entry!
Tanpa Nama berkata…
nak buat wedding ada gig ok tak ER? pengantin pon turut sama berjoget lambak.. kehkeh...

-uvf
Zaujah Miqdad berkata…
hehehe..well said mak~~~~
Diyana berkata…
Nasib baik I ni minimalist so make-up baju accessories semua minimalist :)
AsyieqiN Rkey berkata…
wah...dasat ER....abes sume kene kumbah....retis tau statement...terbaek dari ladang..heheh
cikpia berkata…
a good reminder.... suka! suka!!!
cahya indah berkata…
ohh..terbaik. gelak guling2 bila bayangkan bride yang cukup semua ciri2 kat atas..

tiara - checked
make up ala Amy Winehouse - checked
serba serbi 1 majlis 1 warna - checked

. . . etc

:p
Miera Aziz berkata…
Curlassss kau mak!
Suka!
nn berkata…
super like entry ni! teringat tengok gambar sorang bini artis ni. baju purple. backdrop purple. tenggelam habis.
annur kardashian berkata…
vrader leplep kena bahan lagi. akakakakakak. nice one mak !
afiqah berkata…
-,- hahaha. terbaik oh. mmg aku rase ni sbb nak jimat sbnrnye ;p
shamyheart berkata…
pesanan yg bagus utk bakal pengantin..

prnah tgok kwn bersanding guna semuanya merah. tenggelam seri dia, nampak muka jer. isk, tak elok daa..
norinaomar berkata…
sebab tu less is more..
yang paling simple tu yang paling manis.

biasa makcik makcik yang suka meriah sarat-marat ni.pada dia paling cantik dah tu!

mak aku suruh aku pakai crown masa tunang haritu,aku tutup telinga je.
norinaomar berkata…
sebab tu less is more..
yang paling simple tu yang paling manis.

biasa makcik makcik yang suka meriah sarat-marat ni.pada dia paling cantik dah tu!

mak aku suruh aku pakai crown masa tunang haritu,aku tutup telinga je.
Tanpa Nama berkata…
Saya nak saman Elena Reeney kerana membuat saya tergelak sampai sakit perut di pagi hari ni.

wahahahaahahhahahaha


*say no to tranny-makeup-look!*


-ZBP
sYafIk-wAy berkata…
bersedrhana lah ketika berkahwin .

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.