Selamat Ulang Tahun ke-24,Elly (Jika kau masih ada lagi di sisi)
Background music:Pink Floyd - Wish You Were Here
How I wish, how I wish you were here.
We're just two lost souls
Swimming in a fish bowl,
Year after year,
Running over the same old ground.
What have we found?
The same old fears.
Wish you were here.
Muchuk,
Jika kau masih ada di sisi, pada hari ini genap sudah usia kau berusia 24 tahun. Dan dua hari kemudian - giliran aku pula mencapai usia 27 tahun. Pada usia ini, kata kau - jika tidak ada aral melintang - kau dan aku akan diikat menjadi satu.
Ketika itu pointer aku 3.50 CGPA dan kalau aku stabil - Insya-Allah aku boleh dapat kerjaya yang stabil. Dan kau pula berkata, tahun 2009 kau mahu pulang di sini sebelum 2011 - kita akan bersama.
Itu mengikut apa yang kita rancangkan. Apa yang telah kita perkatakan dulu.
Muchuk,
Aku masih ingat semuanya masih jelas dalam memori aku seperti ia berlaku pada hari semalam. Hari itu - 8 Julai 2007 - saat kau pergi - bercerai badan dan jasad. Semua orang bercakap tentang kematian kau - aku sedang mendaftar semester baru. Pada hari itu, bertalu-talu message SMS mengucapkan takziah kepada aku. Aku blur, aku tak faham, apa ini? Apa yang aku buat ialah aku call Fatin kawan kau - dan dia juga bercakap perkara yang sama.
Aku enggan untuk percaya. Sebaik sahaja selesai urusan pendaftaran, aku terus ke cybercafe untuk melihat apa yang berlaku. Along, angah dan rakan-rakan semua meletakkan potretmu di Myspace masing-masing sebagai tanda ingatan. Dan aku masih ingat apa kakak bertanya tentang urusan jenazah dan aku masih enggan mahu percaya. Jelas sekali - aku adalah orang terakhir yang tahu tentang ini.
Muchuk,
Apabila aku enggan percaya, aku menghantar message kepada inbox kau di e-mail, dan di inbox Myspace - bila kau online nanti, aku tunggu kau. Aku perlu bercakap dengan kau. Aku ingin bercakap dengan kau. Aku rindu dengan kau. Waktu itu pukul 11 pagi - 9 Julai 2007, hari Isnin. Di sana adalah 8 Julai 2007 - Ahad. Aku menunggu kau untuk online di YM - sehingga ke tengah hari. Ketika ucapan takziah mula masuk dalam comment box Myspace aku, aku masih lagi enggan untuk percaya. Aku mahukan bukti.
Dan aku tunggu kau hingga 10 pagi hari Selasa. Sehingga ayah kau sendiri menghantar e-mail kepada aku setelah abang, kakak dan juga kawan kau Fatin telah memberitahu yang kau sudah tiada. Apabila ayah kau sendiri menghantar e-mail untuk mengesahkan perkara ini, aku akur dan segala kudrat aku hilang. Setelah dipujuk oleh semua orang, aku akhirnya sedar bahawa kau sudah tiada.
Muchuk,
4 tahun sudah berlalu. Akibat aku terlalu sedih dan habiskan masa aku untuk murung, aku flunk pada semester itu - 1.7 CGPA. Akibatnya aku kena extend satu tahun lagi, dan aku kena cuti satu semester.
4 tahun yang lalu sejak hari itu - aku seperti ini. Setiap malam aku akan merenung tingkap luar mengenangkan masa yang lalu. Betapa agungnya sebuah cinta yang telah gagal - sehingga ke hari ini masih lagi aku menunggu janji. Aku cuba terima hakikat yang kau telah pergi.
Setiap kali menjelang tiga tarikh ini - Hari Mengenang Cinta 14 Februari, Hari Lahir kau 19 April dan hari yang kau telah pergi - 8 Julai - aku melafazkan kata-kata cinta dari dalam lubuk jiwaku. Segala perasaanku, rindu dan sayangku - aku akan luahkan. Dan perasaan hiba semasa aku alami pada hari itu - masih lagi ada di dalam jiwa.
Muchuk,
Buat pengetahuan kau, aku kini bekerja sebagai telemarketing di KL Sentral. Kerja aku menjual insurans. Setiap pagi, aku keluar rumah seawal 6 pagi untuk sampai ke tempat kerja. I got to tell you it's very miserable nowadays. Aku pun tak sedar bila kali terakhir aku genuinely smile. Aku tidak menjadi penulis seperti yang kau harapkan. Aku pada masa ini - belum lagi menjadi penulis untuk membawa makanan ke meja. Setiap hari aku bangun pagi tetapi hanya jasad sahaja yang bangun - roh aku sudah hilang ke mana. Aku rasa jika berterusan begini - lebih baik aku terjun dari tingkat 17 ni dan mati. Sebelum ni bukan aku tak pernah cuba pun.
Tapi kau pernah berkata dengan aku, "ada beza antara terkorban dan bunuh diri" dan aku terus bertahan walaupun lately aku suka duduk di tepi tingkap di bangunan. Berdasarkan apa yang aku lalui hari-hari ini, aku tak rasa aku hidup. Kadang-kadang aku rasa otak aku ke tempat lain walaupun jasad aku di situ. Aku pun tak pasti apakah sebenarnya aku ini sebenarnya dah mati.
Kau telah pergi 1,379 hari. Dan sempena hari lahir kau ke-24, pasti kau ingat lagu ini. Lagu ini aku karangkan sempena hari lahir kau ke-20. Aku masih ingat merah pipi kau bila aku berikan lagu ini sebagai hadiah hari lahirmu. Aku takkan lupa pada hari itu.
Sempena hari lahir kau yang ke-24, aku hadiahkan kau sebuah puisi dari penyair kegemaran kau - Edgar Allan Poe - To One In Paradise.
Thou wast all that to me, love,
For which my soul did pine-
A green isle in the sea, love,
A fountain and a shrine,
All wreathed with fairy fruits and flowers,
And all the flowers were mine.
Ah, dream too bright to last!
Ah, starry Hope! that didst arise
But to be overcast!
A voice from out the Future cries,
'On! on!'- but o'er the Past
Dim gulf! My spirit hovering lies
Mute, motionless, aghast!
For, alas! alas! me
For me the light of Life is over!
'No more- no more- no more-'
Such language holds the solemn sea
To the sands upon the shore
Shall bloom the thunder-blasted tree
Or the stricken eagle soar!
And all my days are trances,
And all my nightly dreams
Are where thy grey eye glances,
And where thy footstep gleams-
In what ethereal dances,
By what eternal streams.
Selamat hari lahir yang ke-24,Muchuk. Semoga kau bahagia di sana.
Ulasan
terima kasih sebab bahagiakan achik selama ni.
sebuah ceritera cinta yang agung, tersebak seketika.
the moment you knew she passed away.
please be reborn.
ya, aku tak pernah hadapi benda ni utk nasihatkan kau.
tapi ni yg terbaek mampu aku lontarkan kat kau.
please, be strong!
you deserve it
aku doakan ko kuat .
All I do is to sit at her room whole day,and remember everything she had done to me.
I'm missing you,Achik.Love you.
hidup mesti terus. aku rasa dia yang kat sana pun tanak kau terus-terus sedih macam ni...
cuma tu yang mampu aku cakap... sebab aku sedar cinta kau kat dia dengan ape aku penah alami dulu adalah 2 bende berbeza. tapi sakitnya tetap sama.
anyways, be strong k :)
Apa FIRST LOVE di mata anda?? :)
http://tulisansuaraku.blogspot.com/2011/03/janganlah-kita-bersedih-lagi-part-1.html
asalnye die slh menggeliat je, tp kaki die trus bengkak....then die hv to tnguh 1 sem dr u....contact thru phone je....lps tu tibe2 die trus MIA...5 bln aku cm orng gile, tnye orng die cmne...sb call n email sume die x lyn....pstu msuk bln 5, die tibe2 msj....aku tnye soklan bodoh, hoping miracle yg knser die myb baik...tp after wish bufday aku 30 my, die mia balik smpailah aku dpt msj takziah dr kwn2 on his departure...than je tahu perasaan time tu...so writer, aku fhm perasaan ko..bufday die 10 jun aku ingt n die pergi 5 july pun aku tiap2 thun ingt...
Be strong..look foward.. :)
even ak x pernah ade pengalaman dgn situasi cm ne... tp ak pegang satu bende je... dia kt sne akan sedih bile tgk kite mcm nie... mmg kite ingt dia itu bagos... jus dun drag too much...
bia la dia aman kt sne n sedekahkn al-fatihah n yasin kt dia byk2...
itu je yg ak bleh kate....
hav faith... n insyaAllah everyting is gonna be fine... even ak sebak gak la bace nie...
dengan lagu tuh lagi buat aku sebak..
Al-fatihah.
al-fatihah.
btw kisah ni mmg sedih..
aq bl0m pnah rse khilangan 0rg yg aq btul2 syg..s0 aq mybe xlayak nk bg nsihat kt kau..tp aq dpt rsekan yg ianya trlalu perit utk dilalui..
aq hrp kau KUAT CN..
sb kau seorg yg brbakat bsar dlm penulisan..cubalah BUKA pintu HAti kau utk terima ss0rg baru...
percayalah stiap perkara yg terjadi ada hikmahnya...ur truly fans!
agk2 ko la klo situasi ko terbalik skg..i mean u n elly change places...ko leh nmpk dy b'sedih u ko..yet u can do nothing..it's same with her,,right now..be proud o yourself cuz u hav found an angel...gud luck 4 ur future..
p/s:sory byk cakap walaupn xlyk sbb ak xknal ko in person
she's really lucky to hve u as her bf
sgt3 bertuah sbb zmn skung susah nk cari lelaki yg setia, i guess
but
kmu really2 need to move on
move on tak semestinye bermkna u have to forget her
nope, she always hve top place in ur heart
yup mmg tak senang tpi u have to try
and never ever give up
Tuhan tu Maha adil
just keep that in ur mind
stay strong dude !
org kata cinta sejati slalu jumpe kt syurga :)
bgunla...xsalah ingt die slalu..tp die mst nk ko bgun gak kn...pray 4 her always okay...
aq slalu gagal dlm cinta.. tp blajar dr kesilapan.. dan aq slalu x giveup ble aq da ad cinta baru.. walaupn hnya bertepuk sblah tngan...
jgn sedih2 sgt, sbb dia mungkin x tenang kt sana klu dia tau ko sedih..
sbb kite menangisi pemergiannya
lepaskan die
kau mampu ke sne bile tibe msenya
jangan asyik fikir bunuh diri
krne arwah pasti akan kecewa
jgn tlalu ikutkan rasa
sbb Allah slalu ada untk kau...
kau layak bahagia mengapa pilih derita?