Seluar Dalam Bocor Di Hari Kekasih


#Yang menulis ni SINGLE.
Sengaja tulis huruf besar supaya orang tak hentam belakang.
Benci tau main hentam belakang ni, tak rare langsung.
Ptuih!

Kalau bocor belilah.
Takkan nak simpan jadikan bahan epik dalam kenangan.
Ini bukan zaman P. Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Apek surat khabar dan barangan terpakai pun tak mahu kasi angkat itu seluar.
Ketawa.

Aktiviti sengaja bocorkan kain sekolah, atau pakai seluar dalam bocor tu budak-budak sekolah yang selalu guna. Eh, macam mana aku tahu? Dah kata kerjaya aku (sambil betulkan baju kurung, tudung dan letakkan tanda nama tegak-tegak) adalah cikgu. Maka benda sebegini sudah menjadi kelaziman bila kita tangkap budak yang berdua-duaan. Seluar dalam masih keluarga yang cuci, tapi ada hati dan perasaan nak mengawan sendiri. Eh?

Sekejap.
Kenapa aku cakap pasal seluar dalam?

#Dua kosong satu kosong
Kempen hari kekasih di mana semua wanita digalakkan tidak memakai seluar dalam (bagi yang mempunyai pasangan). Gila celaka punya kempen dan dianjurkan di kolej-kolej pula. Apa nak ramai orang berbondong-bondong buang bayi pada bulan Oktober, November? 
Ludah.

#Dua kosong satu satu
Tahun ini hari kekasih itu jatuh sehari sebelum Maulidur Rasul. Ya, kelahiran kekasih kita semua (bagi yang beragama Islam), junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Kalau tetap ada yang pergi menyambut Hari Kekasih pada 14 Februari, memanglah sumpah keji manusia sebegini. Yang 15 Februari, agak-agaknya kau pergi?

“ Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)”
[sumber dengan penambahbaikan dari sini]

[Gambar : Cuba sentuh eh? Sentuh dan pergi (baca : Touch and Go)]
Aku bukan nak cakap dari segi hukum ke, apa yang dipesan oleh mufti ke, tapi dari satu aspek yang sungguh nampak secara berleluasa. Sambutan Hari Kekasih ataupun Valentine ini terlampau secara besar-besaran sehinggakan berlakunya pembaziran serta banyak benda mengarut lagi. 

#Biskut dan coklat cinta
Masa inilah ramai yang jual biskut sempena hari memperingati kekasih ataupun pasangan masing-masing. Apa hari lain tak boleh? Masa ini juga semua gadis-gadis berlumba-lumba mahu menempah biskut atau coklat dari mana-mana pembuatnya. Sanggup berhabis duit semata-mata mahu pasangan masing-masing gembira walaupun mereka mungkin tidak menyedari pasangan masing-masing ada kebarangkalian mendapat kecing manis (baca : diabetes) akibat daripada pemakanan benda-benda manis begitu.

[Gambar : Saya cinta awak, awak cinta saya? Saya beri awak makan benda manis supaya hubungan kita sentiasa manis. Kalau awak kena kencing manis, saya boleh melawat awak di hospital setiap hari]

Jejaka : Pandai awak buat biskut.
Dara : Saya belajar ni tahu, semata-mata untuk awak.
Jejaka : Alahai, terharunya saya.
Dara : Segan saya.
Jejaka : Rasa macam makan biskut kedai.
Dara : Eh, mana ada?
Jejaka : Ni tanda harga apa?
Dara : Eh?

Kalau tak pandai buat dan beli, jangan kantoikan diri.
Terima kasih.

#Bunga cinta
Kalau nak tengok harga bunga mahal selain daripada waktu konvokesyen, masa hari kekasih adalah jawapannya. Pembelian bunga boleh mencetuskan pelbagai isu dikalangan pasangan bercinta. Ada yang sanggup tak makan hanya sekadar untuk memberikan si dia bunga (bodoh yang amat sebenarnya)

Jurujual : Awak tak nak beli bunga?
Aku : Kenapa?
Jurujual : Esok hari kekasih.
Aku : Hari kekasih kena beri bunga eh?
Jurujual : Kena bagi, tanda romantik.
Aku : Tak bagi bunga tak kira romantik?
Jurujual : Bunga tanda bagi hubungan bahagia.
Aku : Semua bunga pun boleh ke?
Jurujual : Boleh punya. Awak nak bunga apa?
Aku : Bunga tayar, ada?
Jurujual : Ni bukan kedai tayar!
Aku : Oh, kekasih saya suka bunga tayar.
Jurujual : Gilakah kekasih awak?
Aku : Kekasih saya sebuah basikal. Jadi dia tak perlu bunga ros ke apa ni semua.
Jurujual : Gila.
Aku : Bunga tak boleh kasi perut kenyang.
Jurujual : Bunga boleh buat orang gembira.
Aku : Manusia cuma gembira bila perut dia tidak dipenuhi udara.

[Gambar : Aku dulu konvokesyen pun junior siap tanya, nak bunga ke nak hadiah patung beruang dan coklat. Jangan harap aku jawab bunga. Ketawa]

#Seluar dalam cinta
Nanti kalau lelaki pakai kutang, mungkin akan ada kutang khas untuk lelaki pula.
Agaknyalah.
Yang aku tengok rancak dijual dalam seminggu dua ini adalah seluar dalam pasangan. Macam-macam jenis, warna dan jenama. Suka tengok walaupun nak membeli adalah sangat tidak kena (eh, aku boleh pakai dua-dua kalau nak kan? Ketawa)

http://www.brand-fly.com/p_images/Coupleunderwear/Couple%20underwear_11.jpg
[Gambar : LV pun keluarkan seluar dalam pasangan tahu? Kau mampu nak beli?]

Kecuali dah kahwin, bolehlah nak beli benda yang sepasang begini. Kalau belum kahwin, atau lebih tepat lagi nikah, perlu ke nak beli benda sebegini? Sekadar suka-suka? Bolehlah kalau dah nak sangat.

Teruna : Awak, kita nak keluar ni, awak pakai seluar dalam yang itu ya?
Dara : Seluar dalam yang mana?
Teruna : Ala, yang kita beli sepasang tu.
Dara : (ketawa mengikih) Boleh-boleh. Baju pun nak sama?
Teruna : Ya. Sekali dengan seluar jeans kita tu ya?
Dara : Ya lah.
Teruna : Mesti seronok pakai semua sama ni kan?
Dara : Mesti. Nanti kawan-kawan saya mesti cemburu tau.
Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Takpe, nanti saya bawa RXZ, mesti boleh nampak punya.
Dara : (ketawa) Nakal awak ni.
Teruna : (ketawa) Ala, awak.

Gila gedik rasa bila tulis sebegini.
#muntah hijau dalam baldi biru sebelah katil besi.
Kan lebih kalau kau cakap begini sahaja kan?

Teruna : (ketawa) Mesti punya. Eh, mana nak tahu awak pakai seluar dalam yang sama ni?
Dara : Takkan saya nak tipu?
Teruna : Manalah tahu kan?
Dara : Takkan nak suruh saya tunjuk pula?
Teruna : Kalau awak sudi.
Dara : Ish awak ni (gelak-gelak)

Pang!
Sedas penampar laju.

#Makan malam cahaya lilin (baca : candle-light dinner)
 Buatnya masa makan, lilin jatuh dan menyambar kau, tak ke saja je jadi bahan berita?

http://farm5.static.flickr.com/4042/4354828448_a92d760853.jpg
[Gambar : Ini pun ada ke?]

Sudahlah.
Membuang masa sahaja menulis tentang ini.
Pucuk pangkalnya adalah hati dan iman masing-masing.
Kalau dah kemaruk sangat nak menyambutnya, pegawai agama di tepi pun kau masih sanggup terkinja-kinja. Cuma satu, baliklah pada agama.

Benda yang kurang baik begini, tidak perlu diraikan. Baik 15 Februari nanti, kau bangun pagi, mandi dan ikut serta perarakan sempena majlis Maulidur Rasul. Sarung baju Melayu, pakai baju kurung dan tudung ke masjid berhampiran, dengar ceramah. Untung boleh dapat pahala, ceramah dan hiburan percuma. Siap ada makan dan minum ditaja. Nak mengharapkan makan malam cahaya lilin (baca : candle light dinner), belum tahu kau mampu nak dapatkan penaja.

Itu sahaja.
Apa pun, 14 Februari adalah tarikh di mana berlakunya pertempuran di Bukit Candu.
*******
Oh, aku ambil benda ni dari penulisan aku di sini. Kenapa aku buat penambahbaikan lagi?
Sebab blog aku ada tapisan yang tidak dapat membenarkan aku lepaskan segala butir bicara. Kata cikgu (sambil betulkan tanda nama yang asyik senget sahaja)

Siapa yang kata sunyi di Hari Kekasih (sumpah sangat geli), marilah aku dendangkan sebuah lagu yang bertajuk Anak Itik Tok Wi sebagai tanda kalian tidak berseorangan. Makanlah keropok ditemani lagu istimewa berkenaan. Indah bukan?

Kawan : Aku hidup single ni rasa nak mati.
Aku : Pergilah mati.
Kawan : Kenapa kau cakap camtu?
Aku : Sebab kalau kau mati pun kau akan single dalam kubur.
Kawan : Kan ada malaikat semua?
Aku : Sekarang ni tiada?

Lord Zara : People who getting too upset during V-Day should commit suicide. #sarcasm

Ulasan

Unknown berkata…
pertama! ehehe.
“ Jika anda meniduri kekasih pada 14hb Februari (hari kekasih), kekasih anda akan memberi berita baik pada 10 Mei (hari ibu) dan anda akan mempunyai anak pada 14hb November (hari kanak-kanak sedunia). Jika di lihat pada aspek perubatan, anda dinasihatkan jangan cuba perkara ni pada semua kekasih anda kerana anda akan mendapat berita buruk pada 1hb Disember (hari Aids sedunia)” -----> giler cool statement nie. bise dan menyengat tapi sgt bagus.
As Yusra berkata…
wahh...!! best entry neh.! terbaik sgt. <3
_aliahwafa_ berkata…
asal cikgu aku xd ckp cmni pon dulu2? hahaha
Tanpa Nama berkata…
LOL.

i like this entry. seriously!
PointBlankShot berkata…
pedas berapi! kahkahkah
rekbing berkata…
dialog ko mmg best2 lahh! xD
mentega^^terbang berkata…
14hb nov hari kanak2 sedunia..no wonder macam kanak2 je...tak matured2...hehe..

wanna be happy single person like u..eh u single ker?

nais one.. :)
ayue! berkata…
selamat malam cikgu!!!
nak sign..=p
RastaMat berkata…
Selamat petang che'gu..
hahaha....
xazryx berkata…
kene tambah satu lagi .

hasil cinta . :P
@Lucifer

Ha ha ha.
Lucifer, kau kenal Gumiho macam mana kan?

XD
@mE

Ha ha ha.
Saya single.
sebab saya tak cantik macam orang lain.

Orang kata la~
hahaha~
@RastaMat

Aku gigit plak budak ni kang~
hahaha~
@_aLiaHwaFa_

(ter-skip komentar kamu, sorry)

Err, cikgu sekarang kena selari dengan zaman. lebih baik kalau lebih maju~

XD
Rina Rossoneri berkata…
hohoho sangat sarcastic n funny..suka quote tuh!
@rossoneri :

Terima kasih dear.
:)
mentega^^terbang berkata…
sape cakap tuh?? haishh...
cikgu muka manisss ape... :)
mE :

(muka merah)
Aigoo~
Tidaklah dear~

Siap dapat ayat camni lagi...

"Ala Zara, sapalah U nak tegur orang. Muka U pun tak cantik, sebab tu U tak sambut V-Day kan?" <<< I tak cantik pun takpe noks, I kacak. #sarcasm
mentega^^terbang berkata…
Uiks... kacak dalam kacak luar kacak dengar sini..

Emm cantik luar je watpe, tak kekal yang penting hati banyak cantik.

Abaikan nonoks tu ye..hehe~
masnurain berkata…
hoiitt!!! siot je beli boxer sama caler!! haha .. mau terbelahak aku bace entry nie! extrme sunggoh!! :




tahu kebaikan bercelak?? jom bace!

siapa pernah dengar pasal KB Toys..??

SSUGAR GLIDER tu apa ek..??
TheBentPencil berkata…
erk...terlepas entri ni.
seluar dalam bocor? apakah???

budak2 zaman sikalang..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.