Siri Tafsiran Seorang Pemerhati.

Okay. Dah lama sangat gua tak tulis dalam Terfaktab ni. Asik-asik cerpen je. Ni nak buat kelainan sikit. Hampir di buang kerja oleh boss dah. Tapi gua koyak surat kena buang kerja tu. Jadi, gua tak kena buang kerja dah. Buat lah cara ni nanti kat tempat kerja lu’olls. Sumpah lepas tu lu kerja free je tanpa gaji.

Bila sembang lebat pasal pakwe – makwe ni, menipu lah kalau gua kata relationship paling best ialah bila relationship tanpa masalah. Betul ke? Pakwe buat salah, makwe beralah. Makwe buat salah, pakwe beralah. Alahai. Walau terasa hati, beralah juga.

Best ke macam tu sebenarnya? Kalau boleh di buat graf hubungan lu dan dia, gua dapat analisa hubungan lu’olls mungkin akan menaik secara sekata untuk awal-awal hubungan, tetapi mendatar selepas itu. Jaga-jaga! Boleh juga menurun sebenarnya kalau tak reti nak kawal perasaan yang asyik beralah saja. Ni dah macam graf bandwith dah ni. Haha.



Jom bincang masalah yang dari apa aku perhati.


Masalah 1 – Keluar dengan kawan lain gender.

“Nak keluar dengan polan”

“Buat apa?”

“Melepak kawan-kawan.”

“Berdua?”

“Yalah. Melepak saja.”

“Okay.”

Gua rasa kalau pasangan lu’olls tak terasa hati kalau lu’olls melepak berdua dengan gender yang berlainan, PANDANGAN gua lah kan, dia tak ambil serious dekat lu’olls. Pandangan gua lah. Dialog di atas menunjukkan pakwe/makwe tadi beralah walaupun sebenarnya dalam hati sangat terasa. Tapi bagus juga orang yang mintak keluar tu.

Sebab, atleast dia mintak dahulu kebenaran. Biarlah kawan baik pun. Sebagai seorang yang dah punya status “in relationship” dekat fesbuk, korang patut tahu benda iaitu jaga hati pasangan lu’olls. Ada bagusnya melepak bertiga. Kalau takde option lain, cakap lah sesuatu yang dia tak perlu risau tentang dia. Convince dia. Walaupun nampak remeh, tapi itu yang terbaik.

Contohnya,

“Jangan risau! Kedai mamak je. Dalam pukul blab la bla, balik ah. Lama tak jumpa ni. Hehe”

Di susuli dengan gelak itu sangat mengancam. Menunjukkan bahawa aktivit melepak dengan si polan tu adalah hanya melepak kasual. Nak lagi bagus? Ajak sekali pakwe/makwe lu’olls melepak. Baru boleh kenal mengenali hati budi kawan lain gender lu’olls tu. Mungkin bila dah jumpa, dia dah percaya, lain kali dia dah kasi lu’olls melepak dengan si polan tu tanpa ragu-ragu kan?

Mengadanya! Siku tau laa.


Masalah 2 – I kasi hint, you yang tak nampak. Macam mana ni? Hurmm.

Masalah ni selalu sangat berlaku. Sampai dah di kupas oleh beberapa entri lepas dalam blog ni. Mungkin orang kata benda ni selalu makwe yang kasi hint. Sebagai pemerhati kisah cinta untuk di cedok masuk dalam cerpen, gua perasan juga, ada juga sebenarnya pakwe kasi hint tapi macam biasalah. You tak Nampak. Macam mana?

“Eh, you dah balik dari kelas belum?” text message oleh pakwe.

“Ha, dah nak balik ni.”

“Petang ni you pergi mana?”

“Takde ape sebenarnya.”

“Tadi I ad abaca satu blog ni pasal cendol. Terasa sedap juga tekak kalau dapat minum.”

“Kat mana cendol tu. Esok kita pergi yeh? Adoi penat pula rasa kelas dari pagi sampai petang harini. Kalau balik tidur pun sedap ni.”

“Haha (gelak tak ikhlas). Balik kelas ni tidur lah puas-puas ye.”

Danggg! Nampak tak kesilapan di situ. Mungkin benda tu Nampak sekecil zarah je. Tapi bawa satu makna yang besar sebenarnya. Signifikasi si pakwe Tanya si makwe balik kelas tu menunjukkan dia dah mengidam sangat dah tu nak pergi minum cendol. Haha. Gua malas nak hurai panjang-panjang pasal benda ni sebab dah di hurai dalam BUAT BODOH tulisan penulis Terfaktab lain tu.

Serupa juga untuk pakwe. Sebenarnya aktiviti you yang tak perasan ni lebih kepada pakwe sebenarnya. Sebab pakwe ni jenis makhluk lembab juga sebenarnya. Lebih senang untuk lu’olls sebagai kaum hawa, terus terang sahaja dekat dia apa benda yang terlintas di fikiran.
Seorang pakwe yang bertanggung jawab sebenarnya fikir dari pelbagai aspek untuk merealisasikan impian seorang makwe sebelum dia katakan tidak. Kewangan, masa, hati. Semua dia fikir. Jangan lah terasa pula kalau dia katakan tidak. Sebab pakwe yang macam ni, dia ada sebab tertentu untuk tidak. Sekurang-kurangnya, dia mesti kata,

“Nanti duit dah ada lebih sikit, ada masa, kita pergi ye!” dengan penuh semangat.

Tapi kalau dah dapat pakwe macam tu, jangan nak gatal ambil kesempatan pula ye?


Masalah 3 – You ni tak memahami langsung! I dah cuba okay!

Masalah tak reti nak appreciate apa dia dah buat untuk lu. Ini masalah yang sangat serius sebenarnya. Jenis suka sangat berimajinasi yang indah. Lepas tu apa yang di-imajinasi langsung tak sama dengan realiti. Lepas tu sedih.

It’s okay to be sad actually. But not for too long okay? Ahh, cakap mat saleh pula. Kesian pasangan lu tu. Dia blur je lu sedih tak bertempat. Silap-silap dia pun boleh emosi dengan tiba-tiba. Tak kisah ah laki ke perempuan. Tapi please. Ingat satu benda. Realiti adalah realiti. Tak mungkin dapat sama dengan imajinasi. Kalau kata sama tu, sebenarnya nasib saja. Sipi-sipi.

Tolong ah appreciate sikit apa yang dia dah buat tu. Apa yang jadi. Walaupun tak sama langsung dengan apa yang lu’olls berangan di siang hari tu. Positif lah sikit. Mungkin dia nak buat. Cuma ada halangan yang membantutkan segalanya. Mungkin dia tak mahu cerita segala halangan tu kat lu. Sebab mungkin dia tanak lu anggap dia jenis manusia yang selalu sangat cari alasan. Kan?

“Esok hari sabtu. Mesti dia nak bawak aku tempat special. Atas bukit tengok pemandangan alam mungkin. Hehe.”

Esoknya.

“Jom you. I nak bawak you satu tempat ni. Hehe.”

“Omaigot! You ni penuh surprise lah! Love you! (cara menggedik)”

Sampai di destinasi.

“Sunway je ke you?”

“You kan suka shopping dengan tengok wayang? Kan kan? Haha. Nanti I bawak you main esketing nak? Hehehe”

“Oh. Okay. (masam muka)”

Ini contoh saja. Haha. Sekurang-kurang pakwe tu dah berusaha nak happy kan lu. Dia tau kesukaan lu. Jangan asyik nak penuhkan hasrat dalam imajinasi lu saja. Kan? Enjoy the day! Apa kata lu buang imajinasi tu. Kosong. Takde langsung imajinasi pasal bukit tu. Mesti lu’olls akan happy kan pakwe lu’olls bawak lu’olls main esketing lagi. Kemaen tau!

Dah lah. Gua bukan gempak sangat bagi nasihat macam boss gua. Gua ni picisan je. Cerpen-cerpen pun dah banyak ala-ala drama TV swasta RTM. Loser gila rasa. Haha. Sebagai penutup, gua nak kopipes status member gua kat fesbuk,

“ya ALLAH Kau kurniakan la kasih sayang yang melimpah-limpah di antara keluargaku, pasanganku, ya ALLAH,mereka lah HARTA di dunia yg paling ak sayang ya ALLAH. Ya ALLAH satukan lah kami di dalam syurgamu ya ALLAH”

Amin.



Konon cool kopipes ayat cenggitu. Hahaha! Kemaen!

Ulasan

Mr. Swift berkata…
Dah lama tak bace something good camni. Aminn. :)



New Entry! : Kenapa 2 dalam 1 yang korang mahukan?!
Fall Nish berkata…
Hint2 ni yg payah..
konon nye nk test understanding la..
bru ade chemistry..
tp bnd ni yg slalu jd hal..
tp kalo straight to da point pon..
mcm x besh gak..haha
kusot2..
Adziim berkata…
kan...kdg2 yg ada gelak "hehe" kt last msg tu mcm awek x pndg siyes hal lepak ngan laki lain.
Tanpa Nama berkata…
haha no 3 tu terkena.
balak gua sndiri ckp nak pergi esketing. tup tup tak jadi. bikin gua hot. LOL
Rose berkata…
Haha.. i couldn't agree more. aku tak tau camne tapi byk ape yg ko ckp cam kena batang hidung relationship aku.. ko ni ada psychic ek? haha.. ataupun memang itu tipikal relationship umat manusia smpai ko boleh buat generalisation camni.. erm.. ape2 pun, keep up the good work!
MegaBlue berkata…
bab hint mmg aku kantoi..hahhaha
. berkata…
hint hint
kalau orang lambat pick up ni(termasuk sy HAHAHA)
susah
ckp terus terang kn senang
aiseh! kononlah..
haha



p/s; buatlah entri sal dia yang suka test couple. "ai sengaja bt mcm ni, nk tau u ni org yg mcm ni ke..org mcm tu ke..." huhu entah betul atau tdk. jgn2 tu ayat cover dosa dosa...ok itu over! LOL
penulis.sahaja berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
pasal hint?adoi..gwa slalu terlepas pndg hint2 tuh..pastuh msti blur!bila dia majok...baru nk terhegeh2 pujuk bla.bla.bla...

adoiyaiii -.-"

btw, nais entry!
penulis.sahaja berkata…
semua nye problem bab hint.
mungkin kena byak tonton detektif conan untuk lebih peka kepada hint. haha.
Sca Ndx berkata…
perempuan suka berkias kan.
macam starting citer over the distance. hee
Nad berkata…
bab lepak dulu. ada cerita. kata lepak bertiga. dia dan sorang laki, sorang pompan (ttm). bertiga kawan baik. lepas lepak. dia tak bgtau nak pergi mall. berdua aje tau. berdua.. memang mengambil kesempatan dem..
Tanpa Nama berkata…
cakap pasal hint, hari tu i cakap 'sedapnye kfc'
terus dy nk belanja i makan.
serius terharu.
bagus betol dy.
bagi hint, terus cepat pick-up.haha
Tanpa Nama berkata…
bla bla bla.. pakwe-makwe.. bla bla bla makwe kuar ngan mmbe.. bla bla bla..

last2..
“ya ALLAH Kau kurniakan la kasih sayang yang melimpah-limpah di antara keluargaku, pasanganku, ya ALLAH,mereka lah HARTA di dunia yg paling ak sayang ya ALLAH. Ya ALLAH satukan lah kami di dalam syurgamu ya ALLAH”

an epic article you got here.. nice~
$scientific development is proportional to human idiocy$
Tyra Lullaby berkata…
terbaik laaa belog nih , dapat info lagi :)

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.