Buat Bodoh?

Pernahkah kamu sebagai seorang perempuan mengalami masalah sebegini dengan teman lelaki? Begini ceritanya.

Ada suatu situation di mana kamu memerlukan pertolongan dan perhatian dari teman lelaki kamu. Contohnya, kamu mahu teman lelaki kamu membelikan sesuatu yang penting seperti tuala wanita ke, alat tulis ke, dan  t-shirt This Is Good yang cun supaya boleh melaram depan member ke..

Dan macam biasa naluri normal kebanyakkan perempuan, kamu akan menunjukkan reaksi malu tapi mahu. Kamu mahu yang tersayang kamu itu membantu kamu, namun kamu bercakap dengan nada berkias trend wanita terkini. Nadanya seperti mahu menjual mahal sedikit dengan konon-nya tak mahu menyusahkan teman lelaki, namun sebenarnya 'dalam hati', memerlukan sangat. Ia seperti berbunyi begini ;

"Abang, ayang nak beli baju This Is Good tu. Adik ayang pesan. Penting. Sayang takpayah lah tolong belikan, nanti ayang pergi beli sendiri."

Kemudian, teman lelaki kamu berkata ;

"Oh ok, hati-hati pergi kedai beli baju tu."

Dan kamu sebagai wanita yang mengharapkan perhatian bantuan dari si dia rasa tercengang sendiri. Kamu berfikir, "Eeee bengapnya pakwe aku, takkan dia tak tahu aku nak mintak tolong dia?". Dan mula berkata dalam hati, "Tak guna punya balak, tak boleh di harap nak mintak tolong pun tak nak, tak gentleman langsung!"

Dari situ, kamu rasa sakit hati. Di lain harinya, bila kamu bertikam lidah. Hal yang ini di timbulkan, bergegar bumi dengan pergaduhan.

Si lelaki membalas ;

"Hak alah, yang awak tak cakap terang-terang kenapa? Nak mintak tolong, cakap straight to the point tak boleh ke?"

Kamu menjawab ;

"Ahhh, awak tu kalau nak jadi pakwe tapi tak faham naluri makwe buat hape? Awak ingat orang perempuan macam orang lelaki ke?"

Fight and fight so on so on. Sampai bila pun tak habes.

........................................................

Cara nak setel benda macam ni? Aku lebih suka menerapkan knowledge pada setiap pasangan yang menghadapi masalah sebegini. Sebab itu wujudnya Terfaktab ini, untuk memberikan sedikit-sebanyak knowledge pada korang semua.

Menerapkan knowledge pada setiap pasangan masing-masing lebih aku suka simpulkan sebagai 'kenali lah hakikat budi, tatacara, perilaku bahkan anatomi pasangan korang masing-masing'.

Para pasangan yang mengalami masalah seperti yang di sebutkan di atas, twist-nya senang sahaja. Mereka sebenarnya masih belum mengenali sepenuhnya pasangan mereka dan masih tercari-cari rentak harmoni dalam percintaan. Mungkin baru awal percintaan, dalam 3 tahun kebawah.

Ia lebih tepat jika di katakan sebagai masalah komunikasi dalaman yang tidak sampai halatujunya.

Yang si perempuan terlalu bersikap 'mengharapkan yang terbaik dari lelaki'. Seolah apa yang di fikirkan-nya mengenai lelaki adalah sweet-sweet sahaja. Gurls, itu tidak adil. Kata berpegang pada prinsip 'terima seadanya'? Maknanya, kenalah buangkan fantasi cinta yang mengandalkan bahawa lelaki sentiasa akan memahami wanita setiap masa. Itu karut. Tidak setiap masa seseorang lelaki itu akan boleh memahami apa yang perempuan inginkan. Ingat, tidak setiap masa.

Yang si lelaki pula bersikap terlalu mengambil ringan dalam perhubungan dan perasaan perempuan. Ini satu masalah yang sejak sekian lama di alami oleh para lelaki. Untuk keluar dari masalah seperti ini, para lelaki perlu ingat bahawa percintaan itu melengkapi perasaan satu sama lain. Perasaan perempuan memang sensitif, jangan samakan tatacara dan sifat perempuan itu sama dengan lelaki. Ini kerana, rasional bagi seseorang perempuan itu berbeza dengan rasional seorang lelaki. Kita ingin menjadi teman lelaki terbaik bukan? Jadi, cubalah untuk sekurang-kurangnya jadi ringan tulang terhadap teman wanita sendiri. Tak rugi, malah sebenarnya ia akan buat teman wanita kita lebih sayang pada kita.

Bukakan pintu kereta untuk si dia teman wanita. Benda itu remeh, dan memang perempuan boleh buat sendiri. Namun, untuk serlahkan sikap gentleman, bukakanlah pintu untuk si dia itu. Apatah lagi kalau masalah di atas, kalau kita sebagai lelaki rela menolong membeli barangan di kedai. Kan itu berfaedah dalam perhubungan. Faedah perhubungan tak semestinya di nilai dengan mata kasar beb. Ingat tu.

Para wanita pula perlu juga ingat bahawa, dalam menginginkan sikap gentleman seseorang lelaki. Korang tak bolehlah terlalu mendesak atau cepat terasa hati jika tak dapat layanan sebegitu. Adakalanya, sedar tak sedar sebenarnya kita terlalu cepat beremosi dengan diri sendiri. Kemudian, kita luahkan dan jadikan teman lelaki kita sebagai mangsa. Mana boleh macam tu selalu. Benda itu semua jika selalu terjadi, ia boleh menyebabkan teman lelaki kita naik muak dengan sikap kita. Karang bila kena dump, tahu pula menggelabah? So, berpada-pada lah dalam sikap berharap pada lelaki. Maybe dia bukan seorang yang gentleman, tapi dia tidak panas baran. Ada kelebihan dan kekurangan bukan?

Kesimpulannya, 

Hek eleehhhh. Jiwang-jiwang sangat tak rock la bai. Awek gua rock, lu rock tak? Tak rock boleh jalannnn! Geli ketiak gua! Geli!



p/s : Entri ini didedikasikan kepada seorang pembaca setia Terfaktab. Mekaceh!

Ulasan

Husky Pusky berkata…
kacak sial brotha bob punya muka
Mademoiselle berkata…
tu macam bani hakim..ye dok?
Mademoiselle berkata…
budak fskm.hehehe.satu fakulti.ke aqram tu bani???whattttt...
Along Usop berkata…
uyoh.. ni lah artikel yg dicari-cari..
heheheh..
=P
inna_risna berkata…
btl2..pernah merasakan pengalaman yg hmpir serupa mcm tue..
Husky Pusky berkata…
@ain gojes

ni yang tengah komen ni tuan punya badan. jap did we know each other?
Mademoiselle berkata…
lol...bani = husky pusky.macham tak pecaya.hahaha...tak kenal, u kenal azie ngan asiah kan..?
Mademoiselle berkata…
if tak silap, u budak IT kan....
Hellioz berkata…
sesi jejak kasih pun bermula
detik2 percintaan terjalin

bermulanya hubungan baru.
rumi bertemu juli
segalanya hampir pasti


bersambung...






sedap tak karangan darjah 2 gwa?
kah3~
Husky Pusky berkata…
@ain gojes

kenal la 2 ekor tu punca aku hampir2 kantoi paper EC kah3.tak lah budak bizcomp.
AlexiaAqram berkata…
aku pun dapat rasakan ada suasana jejak kasih di sini. hahah!


selamat pengantin baru.
jangan lupa jemput saya ye?
Husky Pusky berkata…
@helly n aqram:

dem terfaktab guwe
Mademoiselle berkata…
hahaha..i housemate dorang. hahaha...tidak ku sangka husky pusky = bani.ingat sama kos ngan dua orang tu.
Mademoiselle berkata…
jejak kasihan. bagus jugak belog terfaktab ni. hahaha
Tanpa Nama berkata…
huhhhh? FSKM????ngaitii
Mademoiselle berkata…
matahari : jejak kasih jugak kah?hahaha
Husky Pusky berkata…
ah dan dan la kau matahari
Si Forever Alone berkata…
gambar last terbaek...
vampire's lovex berkata…
kalau awek lu rock pon...dya tetap AWEK ..hue hue...



so lyan cam awek gak le..hehe
Tanpa Nama berkata…
ngeh2. kalau aku terserempak kau, n aku tiba2 jerit woha! aku lettew.
Husky Pusky berkata…
@MATAHARI

aku lama dah grad. kau woha! ain je la ye. keh3
Tanpa Nama berkata…
cis. baik. ain! woha!
Mademoiselle berkata…
hahaha..aku pun ex-fskm la.kalo jumpe aku kat seksyen 7,woha la..exspecially kat icity.hahaha
nadia berkata…
ahahahha...nice~~

tp balak ak jenis merajuk klu ak ta mntak tlg ngan dy...

demm...ak balak dy awek ke ak awek dy balak??

=.=
Nurul berkata…
aku rock la jugak kan..ahahahah
Maria Hasun berkata…
biasa la gurl .. hehehe
Tanpa Nama berkata…
xpe. kalau terserempak. aku woha!
ohhmenuez berkata…
i like this.
fes time tau I komen kat terfaktab.









untuk minggu ni.
eszol raar berkata…
yup2

communication is the solution

try cope n adapt to your partner
bukan penggoda berkata…
woha! kehkeh.

jgn nk buat bodoh, geli ketiak, terima seadanya la bos.

ok. gua nk g clas dlu. kat fskm. woha!
Mademoiselle berkata…
hahaha..fskm tetiba femes.kim salam kat lecture2.
Unknown berkata…
fskm?woha? -.-" lantaklar...


btw, entry ni sgt nais~

er, aku rasa..sbnrnya pompuan dlm dilemma..antara xnk menyusahkan dn sgt memerlukan khidmat bf pd ketika itu..*owh, itu slalu terjd pd aku! T.T

solution aku :: ketepikn rasa malu, jz be honest!sbb klo nk tgu dorg volunteer sgt lambat! -.-"
mila berkata…
ko nih mmg pndi bab2 cinta...
mesti ko ngan awek ko tu xpenah gado kan.mesti ko phm sgt2 isi ati awek ko kan? untung sungguh la.. haha
gadis berkata…
tak gentleman tapi tak panas baran. okay serious suka that type (:
Tanpa Nama berkata…
woha! zuely! kita jumpa di fskm!
NurulShahida berkata…
perghh ramai lak budak fskm..
Tanpa Nama berkata…
tuala wanita!!!!!ada ke???urrmm...
Tanpa Nama berkata…
erk.kenapa aku lagi suka baca komen dari entry? woha semua!
bukan penggoda berkata…
@MATAHARI

jgn nk woha sgt la mat. kehkeh.
Tanpa Nama berkata…
@bukan penggoda

keh3. tak kira. aku nak woha! gak. tanda seru alaf baru.:P
Tanpa Nama berkata…
Ak xheran dowh kalo tym kpel bf konon gntleman bkakkn pntu,pgagkn hdbag,lyn awek cm princess bagai..tp pas kwen jalan pgag tgn pn tanak.xbest lgsg.ak ag prfer die lyn ak bese2 tym kpel,tp pas kwen lyn ak cm queen.heh.

-kucinggedik-

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.