Perempuan Dan Lelaki : Siapa Lebih Rasa Bagus?


Dah lama tak menulis untuk Terfaktab.
Rasa macam nak lempang diri sendiri akibat terlampau lalai dengan urusan dunia dan kerja. Tetapi tidak mengapa, sentiasa ada keinginan itu adalah yang lebih penting. Jadi, antara lelaki dengan perempuan, siapa yang rasa diri mereka lebih baik ya?


Gambar : Bukan lelaki sahaja yang merasakan dia jejaka terakhir, ada perempuan juga yang merasakan dia wanita terakhir yang wujud di muka bumi.

Dan ya, perlu dinyatakan bahawa apa yang bakal kalian baca adalah hasil balasan kepada suatu penulisan tentang 10 Ciri Lelaki Bajet Malaya yang notanya boleh didapati di Mukabuku. Jadi, aku menulis berdasarkan pemerhatian aku kepada dunia. Dan ini santai, janganlah sakit punggung (baca : butthurt) sangat ya kalau baca?

Jadi, apa ciri-ciri perempuan yang rasa diri mereka bagus?

1. Kalau depan kawan-kawan perempuan, cakap lepas laku - tapi bila depan lelaki, tiba-tiba jadi manusia paling ayu sambil meliuk lentok bagai.

Kalau aku nampak yang jenis sebegini, memang akan jadi bahan. Kalau aku tak bahankan depan, aku bahankan secara sinikal bila manusia begini mula bercakap dengan aku. Dengan aku nak lepas laku? Lepaskanlah sebab aku jenis menerima. Tapi kalau kau dah melampau, tak ingat diri punya, memanglah kau tahu betapa susahnya belajar astronomi, geologi dan sebagainya. Sebab apa? Kau ingat senang nak ukur langit tinggi ke rendah?

Dan meliuk lentok bagai adalah intrepretasi bagaimana haiwan betina memikat haiwan jantan. Tak percaya? Kau boleh tengok sendiri dalam pelbagai jenis dokumentari. Lebih-lebih lagi kalau sebelum itu kau sembur minyak wangi sebaldi.

2. Kalau bercakap sesama kelompok, mesti nak guna bahasa pelik. Bila orang tengok, kau pula mencebik jelik. Orang kata kau gedik, kau kata apahal pakcik, makcik? Padahal bahasa angkasa lepas mana kau guna agaknya.

"Korang, korang (cakap dengan nada gedik), malam tadiiiiiiiiiiiiiiii kan, boipren kita bagitau yang kita ni cantiiikkk tau. Korang rasa camne eh?" (sambil ketawa mengilai2)

Nak muntah lupa letak baldi di mana.
Fuh!

Itu tidak termasuk dengan ejaan pelik yang digunakan kalau menulis pesanan di telefon genggam ataupun di laman sosial. Rasa macam nak tanya beberapa soalan seperti :
  • Awak tak sekolah ya dulu?
  • Awak memang suka dengan lebihan huruf W ya?
  • Awak ada kena penyakit sawan W yang lebih dikenali dengan sindrom WTH?
  • Awak dulu Bahasa Melayu mesti gagal kan?
  • Awak rasa tulisan awak tu mencerminkan otak awak ya?
  • Awak rasa comel tulis "kitewww, lettew" ya?

3. Gila nak betulkan rambut ataupun tudung sampai pantang tengok permukaan yang boleh ada pantulan. Sudu pun kau layan sebelum menyudu makanan.

Sejak zaman aku sekolah sampailah aku dah kerja sekarang ni, aku tengok ramai betul manusia begini. Tak salah nak kelihatan kemas, tapi kalau setiap lima minit kau jeling cermin ataupun pergi ke tandas dan belek tudung ataupun sikat rambut tak sudah-sudah, kegilaan apakah ini? Model perapi rambut pun tak sebegitu. Begitu tekun kalau yang menyikat rambut, sampai aku rasa nak tanya - "Sehari kena sikat berapa hari eh?"

Yang kalau dulu ada tudung bawal, mesti seronok tengok gadis-gadis yang asyik tiup tudung bagi tegak. Fuh! Fuh! Fuh! Kalau tiup, sambil tarik tudung ke belakang, ke depan. Nak bercakap pun tarik tudung bagai, rasa teringin betul nak rentapkan ke belakang dan ikat tudung ala-ala Pah Bedah. Comel ya? Sangat comel. Rasa macam susu cap junjung zaman kecil dahulu.

4. Selamba dan tidak kisah dengan pandangan orang lain memanglah bagus. Tapi perlukah sampai tahap selekeh tidak bertempat ataupun tidak memenuhi ciri-ciri tempat yang kau pergi?

Aku pernah tengok orang yang bertudung tapi pakai skirt pendek paras lutut dan sekadar baju yang menutupi banjaran di dada. Mula-mula aku ingat sekadar selendang untuk menutup kepala ala-ala di tepi pantai, tetapi apabila ada serkup kepala dan tudung siap ada pin bagai, aku terpaksa tutup mulut sendiri jangan ternganga. Dan menariknya, bukan di tepi pantai, tetapi di dalam pasar raya. Mungkinlah sekarang ini ada fesyen berani mati.

Dan gadis-gadis yang dengan selamba pakai seluar pendek bagai di luar rumah, aku malas mahu komentar apa-apa. Terpulanglah. Cuma, bukankah lebih baik pakai seluar panjang? Jeans ke apa ke. Tapi yang paling 'seronok' adalah apabila tengok gadis-gadis yang pakai seluar panas (baca : hot pants). Sayang, pakai seluar dalam sahaja keluar mesti lagi rasa berangin tau? 
Betul.

5. Kalau perempuan mesti kena ada benda merah jambu. Wajib, kalau tidak mesti rasa macam lelaki.

Oit!
Tak semestinya ya? Tak salah kalau nak ada barang warna jambu. Terpulang. Pakailah. Tapi kalau dari hujung rambut sampai hujung kaki warna merah jambu yang terang sampai orang terpaksa pakai cermin mata hitam untuk mengelakkan pancaran merah jambu yang menyinar, rasa untuk menampar adalah tinggi. Walaupun obses sekalipun, berpada boleh?

Aku pun ada barang merah jambu, tapi tidaklah sampai menjadikan merah jambu adalah segala-galanya. Ini tidak, kalau dah barang sendiri merah jambu, yang dibelikan untuk orang pun adalah benda merah jambu. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya dipukul rata dengan alasan, "Hey, saya suka warna merah jambu ya? Kamu semua mesti ikut!"
Pang!

Gambar : Tiba-tiba rasa nak pitam. Boleh?




Nak baca lagi lima ciri-ciri?
Boleh tengok di sini.
Maaf.
Aku nak pergi keluar mengayuh.
Daaa...

Lord Zara : Nantikan tulisan aku tentang pasangan yang suka letak tangan dan kaki atas pasangannya atas dasar sayang dan cinta kononnya. Pfft!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
selalu nmpk orang macam itu. tp tak nak lah mengutuk ke ape..sebab bila fikir2 balik, memang ade lucunya.
hehe.
maksurozana berkata…
hahah. semua pun nak pink baik jadi beby (baca: babi) je!
Tanpa Nama berkata…
stuju yg bab kaler pink tu...

aku pun pelik tgk p0mpuan yg sgt 0bses ngn pink... kun0n2 gurly giler la kan...

0uhhh n0... aku juge se0rg pmpuan, tp kale pink la yg paling BUKAN peberet aku... why..?? sbb t'lalu lmbut & x d rase kan sesuai ngn jiwa aku... andai kan di beri pilihan antare pink ngan itam, aku rela pilih itam tau...

tp tipu klu kate lgsung tkde kaler pink lam id0p aku, ade la jugak... cnt0h nye cam bju2 krung yg bunge2 pink, bntal lam kete pun sbijik tu kaler pink, bju pun ade gak kler pin BUT N0T ALL PINK 0ke...

*pde si fanatik pink, s0ri... aku just bg pndpt tp tak hlang pun tuk k0rg setia ngn peberet kaler k0rg tu 0ke..

**kite kwn, xma0 lawan.. peace~
qllmjd218 :D berkata…
wakakah. no komen ^_^
putra87­™ berkata…
hahaha.. suke ngan entry ni... bhasa euuwww (Bak kata anwarhadi)...

hahaha.. i like la this entry...
Tanpa Nama berkata…
pelik manusia ni.
salah org lain semua nmpak.
asek nk mengata je.
awak perfect sgt ke?
when u judge other people, actually, u r not define them. but u define urself.
jgn jd shallow sgt.
trimas
Syaby berkata…
aku sangat sangat tak suka dgn bahasa blkg euuwww. tp BF aku duk euww euwww. tak tau nk ckp pe dah.haha
@vintique

hahahaha.
Bukan mengutuk pun.
Cuma kita akan tersenyum simpul
Schubert Serenade berkata…
okay...i love this entry the most..haha....sentap jugak laa...aku pon jenis tiup2 fuh..fuh..tudung bawal dulu..dulu laa..skrg dah xtiup sbb pkai shawl..kikiki..tapi seriously ur entry kali ni soo funny laa...haha..No offence:)
@yan azian

Ada sikit cukup.
Ni sampai nak bertukar jadi Power Rangers Pink kenapa agaknya?

LOL!
@Tanpa Nama

Dan awak yang tulis komen tanpa nama ni juga adalah refleksi awak juga kan?

Alalala.
Comel awak.
:)
erysweetie berkata…
kejap. ape definisi bajet sebenarnya? dr dulu aku tak faham.

ehem, aku mmg suke tgk cermin. =p
Martini Alwi berkata…
Its the habit. Everyone had its own no matter its bad or good. And for u yg tulis blog ni, what u'll feel if someone talk bad thing bout u. Its just urself. Judge urself before u judge others okey ?

Peace :)
MinahSpekMerah berkata…
haaaa..entri ne syok ak nk komen setiap point wlopon aku jarang mengomen kat terfaktab..sbb sume ciri aku penah jumpa dn mmg dh lama tahan mual dn loya..tggl nk carik baldi berhampiran je.

1. spesis ne...xbole ckp ap..membe2 aku pon ad dua-3 org...aku menerima mereka seadanya selagi mereka tidak begitu bila aku ada.


2. y ne...aku ok kalau nak sembang ngan pakwe/suami/scandal...tapi jangan dengan aku..mmg aku xlayan sbb kalau aku layan..mmg aku sound direct..kalau laki lagi la buruk bunyinya..nak manja ngn aku..oraite...tapi sila tidak guna huruf w..aku reject serta merta.

3. y ne pon...belambak tem aku skola...siap ada yang spesis sentiasa angkat kain skola bagi nampak stoking paras buku lali..kalau tak kerana aku tak bergaul sangat dgn mereka2 sebegitu,lama dah aku nak tanya...."skola kita banjir ke?"

nasib baik perangai mereka ini hanya tem skola je..masuk u sume masing2 dh matured SKIT...just point no 1 tu,ad yang xbole buang lagi.


4. yang ni...no komen...sebab tak ada membe ak begini...hehe.

5. haaaaa...spesis ni..aku penah jumpa..sekali...sorang ni je..nasib baik setaun je..mmg xtahan..kalau hari ni tema dia pink...tudung,baju,beg,kasut,suar sume nak pink..kalau putih...sume la putih..sungguh..aku...tak paham orang begini...=..=





sekian.
abyahuys berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
abyahuys berkata…
okeh,... komen untuk entry ni kat sini^^
http://syuhaiba91.blogspot.com/2011/04/khas-untuk-mereke-yang-dok-x-puas-hati.html
fleura berkata…
sangat setuju,nak2 yang warna pink semua barang tu,adeh berpinar mata.kalau bab tiup2 tudung tu agak terasa.=P tapi takde la all the time tatap cermin.hhuuhu
Emi berkata…
sume benda pon nk kaler pink. belog pon nk kaler pink.ahahhaa..terasa aku..;p
FadhDeela berkata…
suka yg no 1 tu..ada mbr macam tu!! huh rimas giler pernah sound dia nape nak jadi mcm tu *gedik* bile depan lelaki..ish2

meh sini: Perkahwinan Royal - Prince William & Kate

sini jugak: Pertunangan Asyraf Muslim/Ustaz Amirul
Ms Yunis berkata…
Saya suka entry ni :)
noramieza berkata…
Tapi kalau kau dah melampau, tak ingat diri punya, memanglah kau tahu betapa susahnya belajar astronomi, geologi dan sebagainya. Sebab apa? Kau ingat senang nak ukur langit tinggi ke rendah?


hahaha..Good analogy!
yo wassap wassap berkata…
gua perempuan, gua rase gua bagus.

http://duniabloggingblog.blogspot.com/2011/04/tanda-tanda-perempuan-gedik-tak-sedar.html
Tanpa Nama berkata…
i totally agree with the 5th statement...im a girl myself and even i cant stand girly-girl head 2 toe pink girls...omg...anyway its all a problem of us losing our identities as ASIANS in general. we are adopting more and more western behaviors and mannerisms and i honestly feel sad for young girls these days, like 12,13,14,15 year olds who feel the need to put on 5 inches of makeup, so much of eyeliner they look like panda bears and clothes so skimpy i wudnt dress my future 5 year old in. in the pursuit of thrills we are forgetting ourselves and our values. =(

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.