Kau Anak Tunggal? Untunglah

Minggu Familyhood telah di tamatkan secara rasminya 15 April lepas. Pihak Terfaktab mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penulis dan pembaca yang sudi menjayakan minggu istimewa tersebut. Semoga kita semua mendapat input yang berguna dari minggu tersebut. Sebelum melabuhkan tirai, berikut ialah penulisan dari seorang pengirim bernama Atiqah yang mengirimkan penulisan beliau di e-mail Terfaktab. Selamat membaca dan terima kasih!


"Kau anak tunggal, mesti kau selalu dapat apa yang kau nak".

Dari kecil sampai sekarang ni, bila orang dapat tahu yang aku ni anak tunggal, mesti diaorang cakap pasal benda ni.

22 tahun bernafas kat muka bumi ni, aku ada 2 identiti. Hidup sebagai seorang anak tunggal, dan juga hidup sebagai seorang anak yang ketiga dari 4 orang adik beradik.

Zaman kanak kanak aku mewah. Mewah dengan kasih sayang dari ibu dan ayah, juga dari sepupu sepupu aku. Jarak umur di antara kami agak rapat, mungkin sebab itu aku lebih menganggap mereka sebagai kakak dan abang aku sendiri. Ibu tak pernah bercerita tentang aku sebenarnya anak angkat, yang aku tahu, aku tiada abang, kakak, mahu pun adik. Aku seorang anak tunggal.

Tetapi apabila berumur 11 tahun, aku terjumpa sijil pengesahan pengambilan anak angkat, yang tertulis nama aku dan nama sepasang suami isteri yang aku hanya kenali mereka sebagai emak saudara dan ayah saudara aku. Rupa rupanya sepupu aku yang aku anggap sebagai kakak dan adik adalah adik beradik kandung aku.Aku tidak memberitahu sesiapa akan hal ini kerana aku tidak mahu semuanya berubah. Aku tidak mahu kasih sayang Ibu dan Ayah aku berubah.

Usia meningkat remaja, aku menyalahkan hormone sebagai punca segala galanya. Everything came out. Setiap hari berperang mulut dan air mata dengan Ibu dan Ayah. Ibu menyalahkan bapa kandung aku sebagai punca segalanya. Setiap kali pergaduhan tercetus, pasti dia akan menyuruh aku mengemaskan pakaian dan pulang ke rumah keluarga kandung aku. Sedangkan aku tidak langsung menyanyangi mereka.

Umur 16 tahun, pergaduhan paling besar berlaku antara ibu aku dan bapa kandung aku, hanya kerana hadiah hari jadi aku yang ke-16. Impak pergaduhan itu masih dirasakan sehingga hari ini. Setiap kali bapa kandung aku dan ibu aku berjumpa di dalam pertemuan keluarga, semua merasa janggal. Bayangkan, pada hari raya Aidilfitri aku yang ke-16, keluarga kandung aku langsung tidak menjenguk aku, hanya mengirimkan duit raya kepada sepupu aku untuk disampaikan kepada aku. Alasan mereka ; Nak balik kampung awal nak elakkan traffic jam.

Makan hati, memang terasa. Aku hanya mula boleh memanggil ibu kandung aku dengan panggilan emak hanya pada umur 20 tahun. Aku cuba untuk menjaga hati Ibu aku, aku tak mahu dia terluka kerana dia tak punya siapa siapa selain aku dan suaminya. Aku sayangkan ibu bapa yang membesarkan aku dari usia 1 bulan lagi. Aku seorang anak yang derhaka, yang menelefon ibu bapa angkat nya pada setiap malam, tetapi untuk bertanya khabar kepada ibu dan bapa kandung, sebulan sekali pun amat payah.

Aku anak derhaka. Keluarga kandung aku adalah mewah dari segi harta. Aku mengambil kesempatan, setiap benda yang pinta pasti dapat. Aku tahu, itu adalah cara mereka untuk menghapuskan rasa bersalah mereka terhadap aku. Namun aku pasti akan kembali juga kepada ibu bapa yang membesarkan aku. Mereka lah racun, mereka lah penawar. Terlalu jahat diri ini, terlalu banyak dosa ini tetapi aku tetap berkeras hati.

Jarak antara tempat aku belajar dan rumah ibu bapa kandung amatlah dekat, hanya 2 jam setengah perjalanan, tetapi aku cuba elakkan dari pulang ke rumah mereka. Buat apa aku pulang ke sana? Ke rumah yang tiada tempat untuk aku sendiri. Kakak dan adik aku selesa di bilik mereka, namun setiap kali aku datang, aku hanya dihamparkan tilam di atas lantai. Aku sanggup menaiki bas, perjalanan 9 jam lamanya untuk pulang ke rumah ibu bapa aku yang aku kenal dari kecil, kerana mereka mengenali diri aku lebih dari orang lain. Mereka tahu kebencian aku, mereka tahu kesukaan aku. Kasih sayang mereka tiada terbatas untuk aku.

Setiap kali ada hari ulang tahun ahli keluarga kandung aku, Ibu angkat aku pasti akan menyuruh aku mengucapkan selamat kepada mereka. Aku sentiasa menipu Ibu, cakap dah wish . Tetapi hakikatnya, Hari Ibu, Hari Bapa, even Hari Raya pun amat susah untuk aku ucapkan kepada mereka. Hati aku hati batu mungkin.

Aku amat susah untuk menceritakan hal ini kepada orang lain, tetapi aku decide untuk menulis di Terfaktab untuk berkongsi pengalaman, bahawa kadang kadang, yang bukan melahirkan kita boleh memberikan cinta yang paling agung di dalam hidup kita. Bukan membenci ibu bapa kandung sendiri, tapi kadang kadang sikap mereka juga membuatkan aku amat payah untuk menyanyangi mereka.

Tak tahu lah apa yang terjadi pada masa yang akan datang. Mungkin aku akan mampu untuk menilai kembali semua ini dengan fikiran yang lebih matang. Tetapi, buat masa ini, biarlah aku menyayangi ibu bapa angkat aku sepenuh hati.Izinkan aku untuk membalas budi dan jasa mereka yang membesarkan aku sehingga kini.

Ulasan

JejariTengah berkata…
FFFFUUUU.....susah jugak jadik hang....aku pon penah terpikir gak kalau jadik cam hang nak buat mcm mana....alhamdullialh aku anak kandung.....
Dale berkata…
you being tough enough i think.
bukan semua orang boleh jadi macam kau.
harap yang terbaik untuk kau.
Ms.fida berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ms.fida berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fateen Insyirah berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fateen Insyirah berkata…
Aku pun anak tunggal.Alhamdulillah semuanya baik - baik saja.

Jangan bersedih ya,mungkin suatu hari nanti yang MAHA BERKUASA telah mengatur segalanya dan kembali indah semuanya . Hidup memang tak selalunya indah .
aswadz berkata…
sudah tentu kita akan lebih menyayangi org yg membesarkan kita sejak dr kecik lg...
Elena Reeney berkata…
serious shitttttttttttttttt?? damn!

all the best bro!!
Ibu Ammar berkata…
macam kazen aku, anak angkat kepada mak saudara. tapi dia dari kecik dah diberitahu siapa parents kandung. aku rasa dia untung. ada 2 pasang parents. 4 pasang grandparents.
NuryBella berkata…
Aku pun anak tunggal..mungkin usia kte sme 22 tahun menyedut setiap hela nafas atas muka bumi nih....

sape kte jd ank tunggal tu best? untung? mntk ape sume dpt?

not everyone born with silver spoon in their mouth...aku dibesarkn utk bljr berdikari sndri..tgh blaja ni sume aku kne uruskn sndri tmasuk kewangan..mak ayah mmg x support dh...sume ny independant..kdg2 jd ank tunggal lg baek dr ade adik-beradik ni sbb kte tau kte sorg je so anything happen kne usaha sndri...xde la mengade nk hrp ptolongan dr fmly or kwn2 je....

ape2 pn keep it up..be strong with it :)
cikpia berkata…
aku bersyukur sebab walau mama dan abah aku bercerai sedari umur aku setahun, tapi hubungan mama papa dengan abah ibu sangat mesra. even time adik2 tiri aku kawen abah ngan ibu (bapa kandung + mak tiri) aku akan join sekali as a family. macam tadak jurang antara kami. aku bebas pulang ke ru mah ibu abah bila2 masa aku nak. sesungguhnya membaca entri di atas membuat aku lebih bersyukur.....
Aslina berkata…
tabah beb... lepas baca entry ko... memang wajar sangat ko sayang family angkat ko sepenuh hati... sebab dorang jaga ko elok sempurna sejak kecik... cuma jangan la putuskan hubungan dengan kuarga kandung, ok?

all the best weh... hargai ibu ayah, mak ayah ko sementara dorang masih hidup, ok?
Tanpa Nama berkata…
susah nak jaga hati orang. sampai diri sendiri terluka.
MegaImaginasi berkata…
bersyukur kerana punya 2 famili mungkin bukan hari ini tapi yang pasti esok pasti kembali.
DidyaJustsaythat berkata…
@Ms.fida

saya haru baca kamu punya Fida. Kena tabah. jangan jadikan environment sebagai alasan kegagalan kita di masa depan. I know it's hard tapi for me it's just a matter of emotion. cut them loose, and you will cut the destructive emotion they bring too.

carik la kekawan baru. dalam banyak-banyak yang ketemu dan berpisah tu, lambat laun ada yang lekat jugak. percaya la.

I swear I thought this is my friend's story. Seb baik umur tak sama.
awan[is]cloud berkata…
sdeyh la bca entri .

msa ak drjah 5,ak penah tny mak aku btol ke ak anak kandung dy. cuz ak tgok muka kwn2 ak yg len mcam sme je ngn mak dia tp akuu rase cam x same je .
then bila dh besa cket bru ak prasan yg ak ikt muka ayh ak :))

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.