Aku dan Konsep Kekeluargaan.

Biarlah aku berterus-terang bahawa yang aku merupakan anak tunggal. Ya, anak seorang. Anak tunggul. Yang itulah madu, yang itulah racun. Yang itulah sulung, yang itulah bongsu. Itu juga di panggil abang, itu juga yang di panggil adik. 

Jadi, aku tidak dapat apa-apa pengalaman mengenai konsep adik-beradik. Tiada pergaduhan merebut kereta Hot Wheels mahupun set permainan doktor dan US Army. Apatah lagi pedang light-saber. Hanya aku seorang saja yang hak milik. Tiada perlawanan olok-olok dengan angah mahupun kak cik. 

Mengenai duit saku? Tiada juga. Maksud aku, tiada perlu di-pow oleh abang sulung kalian yang marah-marah tiada duit hendak membeli rokok Winston batang contohnya.

Yang aku ada hanya kawan-kawan karib. Kawan-kawan satu pasukan bola. Kawan-kawan pergi mandi di lombong. Mahupun kawan-kawan bermain Dash Yankuro. Juga tak lupa kawan-kawan jalanan. Kalau aku jumpa Nami sewaktu kecil, aku yakin mungkin aku akan berkawan dengan dia dan belanja dia bermain Daytona di amusement center. Kalau jumpa Apit? Em, seganlah. Apit terlalu comel sewaktu kecil. *tangan ke dada, mata ke atas.

Jadi, apakah kaitannya yang hendak aku tulis mengenai konsep kekeluargaan untuk minggu familyhood ini? Oh ya, aku masih ada umi dan ayah.

Bagi aku, umi dan ayah aku adalah kawan karib aku. Aku sangat sukakan corak pemerintahan keluarga aku. Ia seakan sebuah negara bergerak. Berprinsip demokrasi dan adakalanya boleh menjadi diktator. Yang menjadi bahan eksperimen? Mestilah aku. Kadang-kadang jadi kambing hitam pada peristiwa kejatuhan keluarga aku. Cerita mengenai kejatuhan itu biarlah di belakang, aku rasa ia terlalu peribadi.

Ayah aku telah aku gambarkan sebagai seorang diktator berperasaan. Tegas, garang, kasar tetapi pada masa yang sama mementingkan keharmonian kasih sayang pada anaknya. Dengan misai Mokhtar Dahari, memang dia seorang ahli kakitangan kerajaan yang berdedikasi. Walaupun kerja kerajaan, aku lihat depan mata kepala aku sendiri kerap juga untuk dia kerja lebih masa dan buat kerja part-time dengan meniaga. Jadi, itu yang membuatkan aku ragu untuk menyetujui bahawa kerja kerajaan itu tak berkarisma kerana di katakan terlalu manja. Sebenarnya, bagi aku kalau diri itu memang bertanggungjawab, apa sektor kerja sekalipun, kita akan berkarisma.

Umi aku merupakan seorang yang liberal dan kadangkala sedikit sosialisma. Lembut, beremosi, berhemah. Tetapi pada masa yang sama jika aku melebihi boundary dalam prinsip, hanger itu di jadikan sebatan ke kaki. Umi aku ini seorang yang bijak. Tetapi sayangnya dia tiada peluang dalam melanjutkan pelajaran atas faktor kemiskinan keluarga. Dia seorang yang tabah kerana sewaktu zaman persekolahannya, dia sanggup berhenti sekolah untuk menyara adik-beradik yang lain dengan mengerjakan kebun sawit. Datuk aku tiada pada masa itu kerana bekerja sebagai perisik tentera Malaya dalam menumbangkan komunis dan rusuhan 13 Mei. Jadi, hanya tinggal nenek aku dan umi aku dalam menyara keluarga. Aku dapat rasakan pemikiran aku sebenarnya datang dari umi aku. Jadi, kadang-kadang bila kena sebat dengan hanger, memang sakit jugaklah. Ye lah, tangan orang yang pernah angkat buah sawit. Berketak beb.

Namun, hanger itu biasa saja jika di bandingkan dengan tali pinggang ayah aku. Cara didikan ayah aku menjerumus kepada ketenteraan. Aku masih ingat salah satu rule yang kena aku patuhi ;

"Adik kena dapatkan nombor periksa satu, dua atau tiga, lebih dari itu tali pinggang ini naik ke badan"

Mau tak cuak beb? Kalau dapat nombor 10, maknanya 7 kali aku kena sebat dengan tali pinggang. Jadi, nak-tak-nak aku terpaksa belajar dengan tekun. Untuk mendapatkan nombor di bawah tiga dalam kelas. Alhamdulillah, sepanjang di persekolahan rendah itu. Hanya sekali sahaja aku tidak mendapat nombor dalam lingkungan satu hingga tiga. Darjah 5, aku mendapat nombor 7. Bermakna empat kali sebatan di punggung. Nice!

Sebenarnya, tidaklah aku belajar tekun mana. Cuma aku rasa, waktu itu aku seorang yang 'cepat tangkap' dengan pelajaran. Belajar sedikit saja tapi boleh menghafalnya dan memahami dengan baik. Orang lain darjah  dua baru terhegeh-hegeh nak hafal dan faham sifir 12, aku pada waktu itu sudah hafal sifir 16.

Mengenai cara aku belajar pada waktu itu. Sebenarnya ia berkait kepada cara umi aku yang mencoraknya. Aku sukakan bola sepak. Sukakan permainan bola sepak. Jadi, sebelum aku boleh turun bermain bola sepak selepas sekolah menyertai kawan-kawan. Ibu aku memaksa aku untuk menghafal semua sifir dan melengkapkan latihan matematik 50 soalan ataupun menyiapkan kerja sekolah. Jika tidak siap, macam biasa, hanger naik ke badan atau memang takde can langsung untuk keluar bermain. 

Kadang-kadang aku fikir, adakah ini satu penderaan kanak-kanak? 

Aku rasa tidak. Mungkin ada sedikit aku rasakan sebagai ya. Tapi, bila di fikir semula secara normal. Aku bersyukur dengan semua itu. Ia mendidik aku sehingga ke tahap sekarang. Walaupun kerja tak sebagus mana, tetapi sekurang-kurangnya aku ada pemikiran dan falsafah yang boleh membawa aku ke jalan yang lebih baik.

Ibu bapa yang terbaik bagi aku adalah ibu bapa yang tegas. Yang berani memukul anak-anaknya (Secara berpada-pada. Tak perlulah sampai cucuh rokok ke tangan anak) dalam mendidik anak. Ia penting sebenarnya bagi aku dalam menanam sifat hormat anak-anak terhadap ibu bapa. Dan sifat hormat itu mesti datang dari sifat takut kita untuk tidak melawan ibu bapa yang mahu mendidik kita ke arah kebaikkan. Ke arah kejahatan? Lain cerita.

Ibu bapa zaman sekarang macam mana? Aku geleng kepala sebenarnya melihat anak dara yang keluar tengah malam buta untuk berseronok, tetapi ayahnya tidak berani nak bagi penampar kat muka. Guna pendekatan psiko? Mungkin berkesan, tetapi bagi aku dah terlewat. Haihh. Apa nak jadi? 

Ibu bapa sekarang terlalu memanjakan anak-anak. Ia mungkin faktor pemodenan dan kurangnya model contoh terhadap rangka kekeluargaan di Malaysia. Ok, ia ada. Namun, jarang di perkatakan. Yang selalu orang perkatakan ialah cara suami-isteri nak kuatkan tenaga di ranjang. Kejadah! Apatah lagi dengan sebaran video seks yang di tulis dalam akhbar. Aku terfikir, apakah yang hendak di jawab oleh ibu bapa zaman sekarang jika anaknya bertanya ;

"Ayah, video seks itu apa?"

p/s : Renung-renungkan lah wehh.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
like this entri...


membaca pengalaman orang lain tentang kekeluargaan merupakan penerangan hati untuk aku, untuk tidak melakar sejarah yang sama.


yang mendedahkan vid seks bla-bla yang seangkatan dengannya, ialah my own father.

n aku tak nak apabila aku menjadi seperti dia atau seperti parents yang terlalu memanjakan anak.
Tanpa Nama berkata…
mak bapak aku lebih kurang garang macam ni. sampai kat adik-adik aku parent aku boleh berlembut. kadang-kadang aku heran gak.

uncle aku cakap, biasalah, mak bapak awal-awal kawin, anak pertama muda lagi, darah muda, cepat naik angin. sampai kat adik-adik aku depa dah reti control marah kot. or approach anak-anak cara lain. who knows. things change
Unknown berkata…
bagus parents kamu :)
lebih kurang mak ayah saya and alhamdulillah saya bukan kaki kua malam :P

boyfie saye anak tunggal gak.so memang kene manje lebih ke? :D
AxieAziz berkata…
ibu bapa sekarang terlampau sayangkan anak which leads to anak2 pijak kepala dorang balik. naik minyak.

Tengok je contoh cerita P.Ramlee - Anak ku Sazali.

setuju dgn apa yg AA tulis:

"Ibu bapa yang terbaik bagi aku adalah ibu bapa yang tegas. Yang berani memukul anak-anaknya (Secara berpada-pada. Tak perlulah sampai cucuh rokok ke tangan anak) dalam mendidik anak. Ia penting sebenarnya bagi aku dalam menanam sifat hormat anak-anak terhadap ibu bapa. Dan sifat hormat itu mesti datang dari sifat takut kita untuk tidak melawan ibu bapa yang mahu mendidik kita ke arah kebaikkan. Ke arah kejahatan? Lain cerita.
"

melentur buluh biarlah dari rebungnya.. =)
Aslina berkata…
huhu... aku harap bakal suami aku nanti boleh bertegas la pasal aku dengan anak2 buah aku pun dorang bleh buli aku secara berleluasa... haish...

tapi kalo dah geram tu aku cubit jugak...
erysweetie berkata…
hoh. best aku baca entry ni.

teringat zaman kecikkecik dulu. kalau salah je kompem kene cubit... liat bangun subuh, hanger hinggap badan...tp perlu semua tu...budak2 tak boleh dimanjakan sgt...sometimes yes..tp bila terlalu dimanjakan..tu yg jd semua naik kepala tu..
ak ttp ak berkata…
ak ad soklan tuk AlexAqram - Adakah kamu akn mengajar atau melakukan perkara yg sm mcm ibu bapa kamu terhadap anak2 kamu nnti??

well. nk ckp mcmana mak abah ak ajar ak?? ermm... xde la sama mcm alexaqram smpai kalo x dpt no 1 kena rotan.. cuma abh ak seorg yg sgt pentingkan pljran ank2nya, xleh tgk tv, xleh main, yg blh hanyalah baca...baca.. dan baca buku... ak hanya kenal batu seremban, lompat getah, dan permainan2 yg lain hanya di sekolah... kami (ak n abg2 ak)hanya berani buke tv bila abh tiada di rumah..

ak penah kena bukan setakat hanger, rotan, tali pinggang, mcm2 ak penah kena.. smpai terkencing2 dlm sluar pun ye gak...

kehidupan mcm tu membuatkan ak menjadi seorg yg skema nk mampus, x kuar rumh, introvert, serius memanjang n xtau nk describe mcmana..

ya.. ak akui, cr tu berjaya membuatkan ak jd ank yg baik.. tp ak rasakan itu bukn cara yg terbaik utk mendidik ank2..

ak berubah bila msuk uni, bila bercampur gaul dgn rakan2.. ak mula byk bercakap, mampu gelak ketawa besar2.. mampu rse happy,rse bahagia sesuka hati... and rasa bebas?? tp alhamdulillah, kwn2 ak semuanya baik2 belaka dan ak kekal di jln yg lurus wlaupun bebas dpd keluarga... syukur kpd Allah...

abah ak dh berubah kpd seorg yg penyayg skrg.. untung la adik bongsu ak.. leh main bertepuk tampar dgn abh, kalo ak dulu, confirm tgn dh lekat kt muka.. i really envy u adik... ahaks..
zey berkata…
abah aq, ajar aq dengan rotan, mak aq ajar aq dengan hanger. rotan dan hanger buat aq menjadi manusia cam sekarang.

dan aq pelik, bila sampai kat adik bongsu aq, rotan pon tak kenal. bila mak aq tinggikan suara, merajuk tak hengat sampai abah aq kena pujuk dia. hati dia lebih fragile dari aq dulu yang tough~
afrohead berkata…
memukul anak-anak secara berpada tetap pendekatan terbaik pada aku. jika aku tidak dipukul ditampar semasa kecil, mungkin ketika ini aku sudah rosak akhlak. siapa tahu?
qllmjd218 :D berkata…
cari butang like utk diklik!
Cikya berkata…
kalau dapat hanger sebab liat nak solat tu biasa ah.
tapi konsep abah aku, dia takde ar rotan kalau tak dapat no 3 ker apo, cuma dia bagi galakan macam dapat keputusan bagus belanja makan..

aku anak no 3, dan paling nakal paling kuat memberontak.
adik-beradik aku rasanya tak pernah makan penampar kecuali aku..
haha, tu pom sebab aku gaduh camne kureng ajar ngan kakak aku..
bila aku dah besar sikit..
baru nak paham.

tapi kalau anak sulong parents macam tegas, ngan anak bongsu dah kurang sikit, aku setuju..

adik bongsu aku nak buat ape-ape macam nak pergi camping ker, kuar tdo umah kawan senang lulus, aku dulu, mimpi lar nak dapat..

tapi, satu aku nak cakap..
kalau korang pernah memberontak ker ape, sekarang ker waktu dulu ker..
cepat-cepat mintak maaf, sebab bila dia dah tiada.
menyesal sampai kering air mata pom takdak guna dah..

bila aku dah besar, aku makin faham, dan aku makin kamceng dengan abah aku, sekarang dah takde, aku redha..

life is tough aite
TheBentPencil berkata…
Kena hanger eh...

sama la kita. hanger tu macam cheapo version of rotan. also, kalau rotan kena sorok (saya la yang nyorokkan siapa lagi) mak boleh je capai hanger sebab memang ada dekat dalam laundry. keh keh.

dan honestly saya tahu saya ada genes rebellion. saya syukur kena hentam dengan hanger dari kecik. kerana rakan2 yang ada gene rebellious sama macam saya, sudah dewasa dan jadi macam2 rupa. :/

*eceh macamla saya ni baik sangat kan*

btw, nice entry. sentimental untukku
Tanpa Nama berkata…
Best sgt dpt bce cite org len yg ade mslh cam aku(mslh ker)..aku pon ank tunggal gak,salu org kate jd ank tunggal ni sonok la,epi la,ank emas la,manja mlampau la..ade betol nye,ade yg x btol nye..bab xyah nk brebot brg ke,kne paw ke,all of that is really true..since ayah aku dah xde ni,sume bnd falls under aku..aku nk mama epi,xyah susah2..personally sometimes rse pressure gak sbb dah dia dah arp kn kte jek sorg..kdg aku pk gak,ape la nk jd lau mama aku dah xde nnt..sape aku nk bermanja?xde sape nk amek tau aku nape balik lmbt from kje,how's my day..sedeh~~~
p/s: anak syg mama sgt..
Ms Yunis berkata…
Semuanya sama dengan aku. Aku pun anak tunggal juga. Cara pendidikan yang ibu bapa ajar sama..

Tapi yang berbeza ialah aku takdelah sampai kena rotan. Kena bising adelah dan memang perit telinga nak mendengarnyaa. Kalau taknak kena bising, so buatlah apa yang disuruhh


Tehee =D
AlexiaAqram berkata…
@matahari

memanjakan anak. boleh kita manjakan. tapi, jangan terlebih dan jangan manjakan dengan alat permainan sangat. manjakan dengan alam. aku lebih suka sebegitu. btw, datuk eskay tu ayah kau kah?

@naqib

aku sependapat bahawa apabila ibu bapa sudah semakin berumur. penjagaan anak semakin sentimental. sebagai anak sulung, kita akan rasa tak adil. tapi, itulah hakikat di mana perangai adik-beradik takkan sama.

@bieha

haha. tak semestinya. aku seorang kaki merantau. pada seawal umur 15 tahun, aku sudah mula hidup merantau tanpa keluarga.

@axie

terima kasih.

@aslina

silakan. :)

@ery

ya, tapi kita kena ingat juga bahawa. manja kanak2 tidak sama dengan manja orang dewasa. manja orang dewasa.... merenyam. heh.
AlexiaAqram berkata…
@aku tetap aku

aku mungkin akan melakukan perkara yang sama. namun, ada sedikit pengubahsuaian. mungkin aku akan bertegas bukan dengan tali pinggang. dengan penampar saja cukup lah. dan kalau aku mahu manjakan anak, aku akan manjakan dengan alam. bukan dengan alat permainan.

@zey

itu kerana abah kau semakin berumur. dah tak larat nak garang2.

@afrohead

betul!

@noor

carilah. silakan. thanks.

@cikya

yeah. ramai orang mengalami nasib yang sama. kehidupan memang mencabar.

@bent

sentimental kau, sentimental aku juga sayang.

@cha

anak tunggal jugak? sama2lah kita kental pada kehidupan. :)
Wadi AR berkata…
same mcm aku dlu gk aqram..no wonder aku jd manusia skg..tengs ayah mak :)
CtZ berkata…
betul tu..tgk anak buah dimanjakan kakak, sampai naik kepale..geram betul.
mmg kena bertegas sepatutnya

satu lagi, mmg aku lah yg jahat tapi bila abah aku x bertegas, biar je anak2x buat apa-apa. aku rasa dah hilang respect kat parent aku. ntah lah. mcm dia dah x peduli lagi kt anak2x..aku cuma harap family aku boleh bersatu kembali. Jeles je bila tgk org lain boleh bertepuk tampar, manja2x ngn ayah diorang. tapi aku, nak tegur pun cam dah x de perasaan..teruknya lah aku.
NurLailatul berkata…
ayah ada rotan tapi, kami tak pernah kene rotan..ini semua acah-acah je...bapak aku tak merotan tapi, membebel...kami pulak duduk dengan keluarga yang besar..buat salah membebel-membebel bapak aku, mak aku, nenek aku, pakcik aku...So, tak nak kene bebel..buat pernagai baik-baik..aku tetap jadi orang..walau tak didik dengan rotan..yang penting perhatian yang diberi buat kita tak akan terlalai jauh...
lin berkata…
adik aku pernah tanya "itu apa" masa iklan kotex....kitorg? terkedu...
Tanpa Nama berkata…
mak ayah aku tak pernah naik tangan kat kami.cuma satu je.kalau dia marah,ayat diorang gila sentap weh.takpun dorang tak tegur kami.
Power Rangers Hijau berkata…
hey alexia...^^
aku pun tunggul!
Poist-en Ivy berkata…
masa kecik berbirat badan dengan kesan tali pinggang... i thought.. pak aku ni tak sayang aku ke.. Now, i know he did, and always will.. as i grow older, baru dia guna pendekatan saikologi..

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.