episod pengenalan dah 18sx. maaf.

semenjak dua menjak ini aku telah diinvite oleh si AlexiaAqram untuk menulis di sini. entah siapa AlexiaAqram ni, entah boleh dipercayai atau tidak. risau juga takut aku jadi seperti gadis-gadis zaman sekarang, terlampau percaya pada orang tak dikenali, lepas tu dilarikan. tapi selepas berfikir, aku join jugalah. macam seronok jugak.

jadi aku masuklah sekali ke dalam terfaktab. terasa macam budak sekolah rendah baru pindah sekolah. aku tengok saja apa kawan2 semua buat. nak tanya lebih-lebih, malu. Nak join perbualan, takut lari topik. Apatah lagi nak join main rebut tiang. Namun, tiba-tiba setelah nampak hint yang aku boleh mula menulis. apa lagi.

disebabkan ini blog cinta tak cinta mana, dan memandangkan antara kriteria aku dipilih adalah sebab aku dah kahwin, jadi untuk entry pengenalan aku ada satu cerita untuk dikongsi bersama kawan2 sebagai pengajaran. cerita aku sebelum kahwin sehingga lepas kahwin. begini ceritanya.

sebelum kahwin
awek duduk sebelah tersipu-sipu. aku bawak kereta tahap JPJ suka. Bernafas pun perlahan-perlahan je. tak macho langsung kalau bernafas ada bunyi hidung tersumbat. Kalau radio tiba-tiba jadi kuat, aku panik perlahankan. kacau mood nanti. Tangan tersentuh semasa berenti traffic light. aku senyum dalam hati. macam haram perangai.

tengah aku sedap-sedap bawak kereta sambil borak-borak kisah kehebatan diri, tiba-tiba aku terasa satu perasaan. ah. alamak. aku tak boleh tahan. memang tak boleh tahan. tangan rasa menggeletar. kaki tak tentu hala nak tekan minyak ke brek. aku cover. aku bawak macam biasa - malu beb kalau awek aku perasan. duduk tak tenang, peluh dingin mengalir. patut ke aku lakukan benda ni kat dalam ni? patut ke? apa pendapat dia nanti? adakah dia akan setuju? tangan aku tak boleh duduk diam. ish. tak boleh jadi.

aku brek mengejut. berenti tepi jalan. dia terkejut. dengan gaya bakal suami, aku dengan tegas berkata

"cuba awak check tayar depan. ok ke tak?"

dengan muka cuak dia turun check tayar depan. aku kononnya pegi check tayar belakang. dan seperti yang korang agak, ya, aku menyelesaikan kehendak aku sejak dari tadi. peh. puas.

selepas kahwin

bila-bila saja kami sedang dating pun, jika aku gatal bontot, aku seluk dan garu saja. tak perlu buat taktik tayar rosak. tak malu pun.



hai. nama saya Durian! selamat berkenalan.

Ulasan

_aliahwafa_ berkata…
lerr, igtkan tahan kentut tadi. hahah
AlexiaAqram berkata…
ini..... ini... ini... benar2 lahanat punya berdekah!!! mcm haram!

betul ke orang dah kahwen boleh garu suka2 hati depan bini?


aku nak kahwen cepat!

MWAHAHAHAHAHAAH!
Unknown berkata…
-.-" memang camtaek!
Unknown berkata…
@AlexiaAqram :: aqram gila!tp pd pndpt aku, klo ko nk mtk tlg dia pown, aku rasa xderk hal!

tp klo aku, aku tendang jerk montot dia!xsenonoh korek2 montot!byahahhhaaa
AlexiaAqram berkata…
HAHAHAHA! akan aku praktiskan di hari kahwen nanti. oh indahnya bila bini tolong garukan! i loike!
Tanpa Nama berkata…
hahaha. syial. kena kahwen cepat2 la ni.
durian! berkata…
tapi aku memang tak tipu. kalau bontot gatal memang tak boleh bawak kereta. serius.
AlexiaAqram berkata…
@durian

aku setuju. lagi2 kalau kelengkang gatal atau posisi 'itu' dalam keadaan tak betul. rimas! hahahah!
Husky Pusky berkata…
@durian! mesti kau garu sampai berdaki kan
Mademoiselle berkata…
hahaha..macham harammmm
Elena Reeney berkata…
haha. sumpah lawak oh oh.
Shahada Fauzi berkata…
loh..gatal bontot je ke??ingatkan tak tahan nak kentut..ahaha..
Lucy S. berkata…
igt nak berak tadi. hahahahhahaah
inna_risna berkata…
haha..bley2 aku tgelak..ingtkn nak kentut td..cis, mcm tu perangai lepas kahwin erk...
citah bukan mazid berkata…
miahaha!
nice story!
selamat berkenalan!haha
vampire's lovex berkata…
hahahahaha !!! sengal jek..
Tanpa Nama berkata…
hahaha. entri pembukaan yang comel!
Tanpa Nama berkata…
KALAU tiba-tiba tegang lagi tak selesa beb. nak betulkan posisi yang selesa pun nanti awek cakap PERVERT .saat itu lah aku bayangkan neraka, supaya 'ia' kendur sedia kala. it works all the time bebeh.
J. Abdullah berkata…
saya suka makan durian. boleh saya makan awak?
Stalker00 berkata…
saya setuju dengan anda! lmfao~!
faiz berkata…
kahkahkah
cam haram prangai
SaSa berkata…
lawak la..hahhaha :))
durian! berkata…
terima kasih kerana terhibur. saya berasa sungguh gembira.
MegaBlue berkata…
@durian!

statement jujur nih..hahahah..
TheBentPencil berkata…
@naqib:
bayangkan anak kucing. imagine little kittens! imagine little kittens! (ayat glee season 1).

er, durian; i wanna like this but ppl will think i'm perv, so...*thumbs up, runs away*
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
kalo selipar baca ni, konfem die ckp "ko igt ko kelakar ke yan... ko da tinggi la sgt skang kan"
hahaha
ya_iera berkata…
haram kejadah..mati2 ngat nk kentut or terkucil..hahahaa..terbaik lo story reality nih..muakakaa

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.